Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

BOLEH BELI APA JIKA DUIT TINGGAL RM50 ?

Terbaca satu posting di Facebook, "katakanlah korang tinggal RM50 sahaja dalam dompet, apa agaknya korang akan beli sementara tunggu gaji lagi seminggu? "

Agak menarik staus Encik Muhammad Fairul Mohd Salleh ini di Facebook.  Pertama sekali, mummy suka baca komen. Ada yang suruh sedekah RM50 tu, nanti rezeki bertambah. Erm...sedekah memang bagus. Tapi, kalau betul RM50 sahaja ada, macam mana nak makan, isi minyak, itu, ini..

Ada juga yang suruh melabur dengan RM50. Melabur ini, kena faham ye, long run. Bukan untuk masa yang pendek. Aih...Macam-macam komen dan pendapat orang ramai. 


Duit Tinggal RM50, Beli Apa Sementara Tunggu Gaji ?

Duit Tinggal RM50, Beli Apa Sementara Tunggu Gaji ?

Bila terbaca posting "Duit Tinggal RM50, Beli Apa Sementara Tunggu Gaji ?" nampak juga ramai yang terkesan dengan keadaan ekonomi kini. Satu je nasihat mummy, usah perlekehkan pendapat orang lain. Lelagi yang terkesan dengan ekonomi sekarang ini. Kita tidak berada di kasut mereka.

Ada juga yang memberikan pendapat bernas untuk jimat cermat dan cadangan apa agaknya yang boleh di beli dengan RM50 sementara tunggu gaji lagi seminggu.


Duit Tinggal RM50, Beli Apa Sementara Tunggu Gaji ?



Duit Tinggal RM50, Beli Apa Sementara Tunggu Gaji ?



Cadangan Apa Yang Boleh di Beli Sementara Tunggu Gaji 


Ini adalah cadangan mummy untu "apa yang boleh di beli dengan RM50 sementara tunggu gaji lagi seminggu "


Telur sepapan +/-RM13
Ikan bilis RM5
Cili kering RM3 (kedai eco RM2.40 cukup 1 pek tu kot utk seminggu)
Enoki (2x mkn) RM2
Fish balls (2xmakan) RM3.50
Fish cakes (2x makan) RM3.50
Bawang merah, putih, halia, serai.. RM5 (beli loose / timbang bajet seminggu)
Cili padi RM1
Daun kunyit RM1
Daun kari (petik / kalau kedai acheh boleh mintak dalam 20 sen)
Rempah kari
Ayam (setengah ekor / seekor tengok berat dan harga semasa)
Kobis RM1

****Ngam RM50 atau kurang RM50 boleh dapat ni...kalau beras, gula, garam, segala sos ada di rumah******

Bukan kata menu seminggu...menu 2 minggu pun boleh dapat oii


Menu Telur

Telur goreng letak cili api, kicap, bawang
Telur Mata
Telur Dadar
Kari Telur
Telur Berlado
Nasi Goreng Telur

Menu Sup

Sup Pecah telur
Sup Enoki
Sup Ayam
Sup Fish balls 

Menu Sambal

Sambal Gesek
Sambal ikan bilis
Sambal Ayam
Sambal Telur
Nasi Goreng Kampung / Cili Api

Menu Ayam

Ayam Goreng
Ayam Masak Lemak Cili Api
Ayam Berlado
Ayam Masak Kari
Ayam Sambal
Nasi Goreng Ayam

Menu Kobis

Kobis Goreng Tabur Cili Api dan Bawang
Sup Kobis
Nasi Goreng Kobis
Kobis Goreng Sama Ikan Bilis

Tapi..kalau ikut betul-betul.. Kalaulah duit ada RM50 sahaja di tangan dan gaji lagi seminggu. 

Kalau mummylah...cukup-cukup untuk minyak dan tol je, tu huhuhu.

Kalau korang pula macam mana?

GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED !

GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED ! - Assalamualaikum ! Salam Syawal semua ! Bila cerita bab Syawal ini, mesti nak cerita tentang duit raya anak kami. Orang kata sekadar berkongsi ilmu ! Eh...eh tentang duit raya anak kami, mummy dah ceritakan dah pun di SINI. Hidup ini ada banyak jalan kita boleh pilih. Nak berkongsi atau tidak ! Nak senang, nak susah ! Nak ada duit, tak nak ada duit ataupun mahukan gandakan duit yang ada. Entri mummy kali ini, bukanlah entri 'menjual' , sekadar perkongsian sahaja. Teringat dahulu semasa kerja di bidang perbankan. Mummy kerap educate people tentang investment dan compounded dividend pada low risk. Kiranya risiko tak tinggi. Kalau dah nama pelaburan ini tak kira ASB, ASN atau apa sahaja. Memang di panggil 'risiko'. Tapi, seperti yang semua orang tahu ASB (di asaskan oleh kerajaan) nilai belian dan jualannya adalah tetap sebanyak RM1 yang membezakannya adalah dividen dan risiko lain. Mummy suka ASB sebab dividend tak pernah menghampakan ! Walau tak banyak, tapi tak pernah sedikit ! Berbalik GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED ! Macam mana? Ok jom baca....


GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED !


GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED ! Mummy harap ianya tak terlambat untuk mummy kongsikannya, mungkin ada yang tahu tentang compunded interest / compounded dividend ni. Mungkin juga ada yang belum tahu. Bagi yang tak tahu, jom kita praktikkan dari sekarang. Investment paling mudah dan investment yang kita boleh kawal sendiri mengikut berapa yang kita nak simpan !

SIMPAN RM200, DAPAT  RM5,929.41


Ini adalah anggaran (jika simpanan di lakukan awal tahun dan konsisten tanpa pengeluaran), tapi insyaallah nilainya tak beza mana dari semasa ke semasa. Jangan samakan ye simpanan ini dengan unit trust atau lelain. Mummy juga mempunyai simpanan unit trust tapi unit trust ini lain, harga belian dan jualan juga berbeza dari semasa ke semasa. Manakala, risiko dia medium to high risk (kalau tak faham boleh google).

Ilustrasi di bawah contoh terdekat adalah ASB. Di mana nilai beli dan nilai jual tetap pada kadar RM1. Dividend pula, mummy letak 7% walau hakikatnya dividend tahun lepas melebihi 7%



Contoh di atas jika anak berumur 1 tahun, dan kita boleh buat bajet simpanan yang anak akan ada pada umurnya 15 tahun nanti.

Baki pembukaan : RM200
Simpanan : RM200 setahun (duit raya setahun sekali kononnya dapat)
Dividend : 7% setahun
Simpan selama 15 tahun
Jumlah simpanan : RM5,929.41

SIMPAN RM200, DAPAT  RM3,559.20


Manakala, jika kita menyimpan duit raya anak dalam bank biasa atau tabung haji (dividend tahun 2018 sebanyak 1.25%)

Baki pembukaan : RM200
Simpanan : RM200 (setahun, kekononnya duit raya anak setahun sekali je simpan)
Dividend : 1.25% setahun
Simpan selama 15 tahun
Jumlah simpanan : RM3,559.20

SIMPAN RM1000, DAPAT  RM8,136.64


Baki pembukaan : RM1000
Simpanan tahunan : RM200
Dividend : 7% setahun
Simpan selama 15 tahun
Jumlah simpanan : RM8,136.64

SIMPAN RM200, DAPAT  RM16,200.90


Baki pembukaan : RM200
Simpanan bulanan : RM50
Dividend : 7% setahun
Simpan selama 15 tahun
Jumlah simpanan : RM16,200.90

Kalau kita yang dewasa ni pula, mummy suka suggests ASB loan... sebab bank dah dulukan duit (bentuk sijil ke ASB). 

Contoh jika loan ASB RM100,000. Kita bayar setahun ke bank tak sampai pun RM100K. 

Tapi dividend hujung tahun, kita akan dapat dari RM100K. Lebih kurang RM7K (jika dividend 7%). Aummsssss ! 

Tak pakai dividend tu? Simpan je dalam ASB? Mak aiiii, bergandalah duit dalam ASB.

Syiokkan ! 

Nak apply ASB loan boleh pi memana bank, kalau dulu korang boleh amek dengan mummy. Sekarang mummy tak handle dah segala loan ! Kita buat sesi sharing aje lah. Kalau mummy rajin lah ye !

Selamat menyimpan !