Showing posts with label gelongsor. Show all posts
Showing posts with label gelongsor. Show all posts

Permainan Gelongsor Bahaya?

Anak-anak kecil mmg tak pernah kenal rasa penat bermain. Dan tak pernah kenal erti bahaya. Walaupun bekali rasa sakit bila terjatuh atau terhantuk. Mereka tetap suka bermain. Bila umur Dhia meningkatkan ni, Dhia kerap ngajak main gelongsor. Bahaya ke main gelongsor ni?


Teringat akan satu artikel dari Wardina Saffiyah tentang bagusnya anak-anak bermain buaian. Untuk ketenangan dan minda anak-anak lelagi selepas seharian bersekolah. Tapi, Dhia suka main papan gelongsor. Bahaya ke papan gelongsor ni? Mengikut kata pakar, minda yang cergas lahir dari tubuh badan yang cergas. Mereka perlu bergerak aktif untuk membina kemahiran motor dan kretiviti yang lebih tinggi.


Jika permainan papan gelongsor itu sempurna dan cantik. Tak bahaya untuk anak-anak bermain papan gelongsor. Jika takut bahaya, boleh beli dan pasang terus di rumah buat taman permainan sendiri untuk anak-anak. Apa-apa pun, kene ada pengawasan dari ibu bapa.


Kami selalu bawa Dhia main di taman permainan sahaja. Jika musim hujan petang-petang tu, kami akan bawa main dalam Mc Donalds je. Tengok video tu, si adik pun dah pandai nak main sama.