Showing posts with label gelongsor buai. Show all posts
Showing posts with label gelongsor buai. Show all posts

Gelongsor Buai Anak Untuk Main Letak Dalam Rumah !

Lama betul nak cerita bab gelongsor buaian anak-anak. Tapi, dari sehari ke sehari dapat menulis sedikit demi sedikit je. Kisah hari jadi Dhia Batrisya, daddy nak belikan gelongsor mainan yang boleh di letakkan dalam rumah. Bila Dhia dapat tahu plan daddy, terus tak sabar nak beli gelongsor mainan. Manakala tok maknya pula, suruh belikan aje. Alahai anak, untung la ada tok mak tu ! Tok mak dok support je kehendak korang ni ! Mummy pun terus survey dlu harga dan gelongsor mainan yang sesuai untuk Dhia.



Dhia dan Dzal suka main gelongsor dan buai di taman permainan. Kadang kala, kami bawa mereka ke rumah adik ipar untuk main gelongsor. Tapi, sampai bila nak main rumah orang,kan? Nak bawa taman, cuaca sekarang terik (hari tu, El Nino). Memang kene kurangkan aktiviti yang terdedah dengan matahari ni. Sedang kita pun tak tahan dengan panas terik tu…apatah lagi budak-budak. Betul tak?


Daddy pulak, pergi berjanji nak belikan gelongsor. Nak ikutkan, nak tunggu gaji hujung bulan. Dhia budak-budak lagi, mana faham hujung bulan ke tidak. Dalam pada mummy dok survey-survey. Dhia pun meronta-ronta nak gelongsor.

Tok mak pula bagi green light untuk beli. Nak sponsor untuk hadiah hari jadi Dhia Batrisya yang ketiga tahun konon-kononnya. Merangkap hadiah untuk Dzal sekali bulan Jun juga :)



Antara tempat mummy survey ialah :-

Di USL Education :


Buai ada sales RM94

Nampak rumah ni, nak rumah pulak. Harga RM1K +

gelongsor budak yang ada buaian RM700++

Gelongsor sahaja RM300++ dah boleh dapat

comel je..sesuai letak dalam rumah

offer jadi RM179, tapi agak ringan dan taka da pemegang


yang ni murah ada diskaun, tapi panjang dan lebar pulak ! Harga tak sampai RM200


Duduk dalam USL Education ni, jadik tak tahu nak beli yang mana. Terus zass ke Tesco Kajang pula. Survey kot-kot ada buai dan gelongsor anak.





Sudahnya, memilih beli di Tesco Kajang. Harga asal RM700++, selepas diskaun jadi RM349+.  Datang dengan tok mak ada tinggal 4 je gelongsor buai ini. Malam masa nak beli dengan daddy, tinggal 2 set sahaja. Oh, nasib baik datang cepat.

Terima kasih daddy dan tok mak ! Belikan untuk Dhia dan Dzal gelongsor buai.

Lepas tu, terus rasa malu nak ajak kawan-kawan datang rumah, sebab rumah kami dah macam kindergarden, penuh dengan mainan dan gelongsor buai.