Showing posts with label grand bluewave hotel. Show all posts
Showing posts with label grand bluewave hotel. Show all posts

BUKA PUASA & MENANG DI BUFET RAMADAN 2020 “HOUSE OF SMOKE AND GRILL” GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

BERBUKA PUASA & MENANG SEMASA BUFET RAMADAN AL-KAREEM 2020 “HOUSE OF SMOKE AND GRILL” DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. amacam hari ini? Sihat ke tu? Harapnya masih sihat dan sentiasa sihat hendaknya. Mummy di fahamkan graf Covid-19 masih tak berapa stabil, sekejap naik, sekejap turun. Huhuhu, marilah kita berdoa yang baik-baik untuk kita semua ye ! Nyahkau virus jahat dari muka bumi ini. Oh ya, sebelum masalah Covid-19 ni datang, mummy ada ke preview Buffet Ramadan tahun 2020 di Grand BlueWave Shah Alam. Insyaallah, kalau di panjangkan umur jomah kita reramai ke BUKA PUASA & MENANG DI BUFET RAMADAN 2020 “HOUSE OF SMOKE AND GRILL” GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM 

BUKA PUASA & MENANG DI BUFET RAMADAN 2020 “HOUSE OF SMOKE AND GRILL” GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM 





Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) sekali lagi mengalu-alukan kedatangan Bulan Suci Ramadan dengan hidangan bufet yang amat menarik bersama lebih 100 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa serta terdapat 16 jenis gerai. Tahun ini, Bufet Ramadan di Restoran Royale Songket, GBWHSA menampilkan tema “House of Smoke & Grill”. 


Bufet iftar ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan yang akan bertukar setiap hari. Antara masakan tempatan yang boleh dinikmati ialah Nasi Putih, Nasi Kukus Pilaf Mentega, Nasi Kukus Lentil Mentega, Nasi Kukus Mentega, Lebanese Chicken & Char Grilled Vegetable, Ayam Bakar bersama Sos Cendawan, Sambal Tumis Udang bersama Petai, Rendang Tok Daging, Pizza, Udang Masak Kelio, Gulai Ikan Ala Kampung dan pelbagai lagi masakan untuk dicuba! 



Tambahan lagi, terdapat masakan Pilihan Antarabangsa iaitu Assortment Garden Salad, Salad Tuna, Salad Ayam Panggang, Salad Tabbouleh, Coleslaw, Salad Makaroni Klasik, pilihan sos dan Seafood on Ice; Kupang, Udang dan Ketam. Tetamu juga boleh mencuba makanan Pilihan Tempatan seperti Ulam-ulam bersama 6 jenis Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Assam dan 4 jenis Raita, Jeruk Buah-Buahan, Aneka Keropok, Lemang, Ketupat, Nasi Impit bersama Kuah Kacang & Serunding Ayam, Kerabu Ayam, Kacang Botol, Jantung Pisang, dan Kacang Panjang & Som Tham. 

Selain itu. tetamu juga boleh melihat barisan 16 gerai yang menampilkan konsep yang berbeza semasa iftar nanti. Antara gerai yang boleh dikunjungi ialah “Must Try Nasi Kandar”, “Ramadhan House of Smoke & Grill”, “Wagon from Texas”, “Wok with Me”, “The Asian Fritters”, “The Penang Street”, “Oriental Favourite”, “Something Sweet”, “Sahara Tent”, “Seafood on the Grill”, “Oishii!!!”, “Noodle Galore”, “Little India”, “The Hot Pot”, “Italian Memories” dan “Bazar Favourite”. 

Tarikan utama Bufet Ramadan kali ini ialah gerai “House of Smoke and Grill” kami yang juga merupakan konsep utama Bufet Ramadan kali ini. Di gerai ini, tetamu berpeluang mencuba masakan istimewa kami iaitu Smoke Hickory Roasted Whole Lamb bersama Sayur Panggang, Lada Hitam, Rosemary, Cendawan dan Sos Pudina. 









Antara hidangan lain yang menjadi kegemaran ramai ialah Nasi Kandar bersama Daging Masak Hitam Mamak, Ayam Goreng Berempah Madu, Kari Ikan Berbendi, Dhalca Sayur, Kobis Koot, Acar Buah, Acar Timun dan Papadom Massala. 

Terdapat juga pelbagai gerai sepanjang lobi yang menawarkan pelbagai masakan panas serta aneka masakan yang terdiri daripada pelbagai konsep. Antara menu yang boleh dinikmati tetamu adalah Burger, Mee Goreng Mamak, Yong Tau Foo bersama Sotong Kangkong, Nasi Ayam Hainan, ABC, Nasi Arab, Ayam Mandy, Ikan Merah Panggang, makanan Jepun seperti Sushi, Maki, Terriyaki, pelbagai jenis Laksa, Murtabak Ayam, Roti Bom, Roti Jala, Sup Ayam Utara, Bubur Lambuk, Pasta, Roti John dan pelbagai lagi boleh dicuba. 

Antara lain yang dinanti-nantikan semasa berbuka puasa selepas seharian menahan lapar dan dahaga, tentulah pilihan minuman. Terdapat dua gerai minuman iaitu Minuman Panas dan Minuman Sejuk. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba minuman-minuman seperti Kopi O Kampung, Teh Tarik Penang, Nescafe Tarik, Air Soya, Tebu, Bandung Cincau, Jagung Manis, Mangga, Blue Lime Soda, Coklat Ais and Air minuman berperisa. 

Selain dari hidangan buffet yang membangkitkan selera, tetamu juga berpeluang mencuba pemanis mulut yang lazat. Chef Pastri kami menyediakan bermacam jenis pemanis mulut termasuklah Serawa, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Bubur Cha Cha bersama Keladi, Aneka Kek dan Pastri, Aneka Kurma, Buah-buahan tropika, pilihan kuih-kuih Melayu dan Dodol, Aneka Jeli, Agar-Agar dan Puding, Sago Gula Melaka dan Tembikai Susu bersama Sagu Pearl. 

Bufet Ramadan Al-Kareem “House of Smoke & Grill” dibuka setiap hari bermula jam 7.00pm hingga 10.00pm dari 24 April 2020 sehingga 23 Mei 2020. 

HARGA BUKA PUASA & MENANG DI BUFET RAMADAN 2020 “HOUSE OF SMOKE AND GRILL” GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM 


Harga bagi bufet Ramadan ini ialah RM148.00 bersih setiap orang bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi setiap kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu, harga RM150.00 bersih ditawarkan bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. 

Terdapat potongan harga istimewa untuk tempahan awal dan bayaran sebelum 1 Ramadan (24 April 2020) apabila tetamu berbuka pada 1 Ramadan sehingga 10 Ramadan (24 April 2020 sehingga 3 Mei 2020) iaitu dengan harga RM74.00 bersih bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi kanak-kanak dan warga emas. 

Sebagai penghargaan terhadap tetamu yang amat kami hargai, GBWHSA melancarkan promosi Beli 10 Percuma 1 iaitu beli 10 baucar Bufet Ramadan bagi dewasa, pelanggan akan mendapat 1 baucar Bufet Ramadan. Lebih menarik, mereka yang membeli 15 baucar Bufet Ramadan layak mendapat 1 baucar penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam. 

GBWHSA juga memenuhi keperluan majlis berbuka puasa di dewan. Bagi mengadakan majlis berbuka puasa di dewan, harga pakej adalah serendah RM68.00 bersih bagi minimum 100 orang dan pakej ini didatangkan dengan 1 pilihan gerai. Promosi ini ditawarkan khusus buat 

syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka di dewan bankuet GBWHSA. 

Tarikan lain bagi promosi Bufet Ramadan tahun ini ialah sesi cabutan bertuah. Setiap pembelian 5 baucar dewasa bagi Ramadan Bufet akan mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah. 

Terdapat 5 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi apabila anda berbuka puasa di Bufet Ramadan GBWHSA. 

Hadiah yang dinanti-nantikan adalah :-

Pakej Umrah untuk 2 orang bagi tempat pertama, 

Pakej Umrah untuk 1 orang bagi tempat kedua, 

manakala tempat ketiga akan memenangi baucar penginapan selama 3 hari 2 malam di bilik Deluxe Suite bernilai RM1,300.00. 

Sementara itu, tempat keempat akan memenangi baucar penginapan selama 2 hari 1 malam di bilik Deluxe yang bernilai RM650.00 dan 

hadiah tempat kelima ialah baucar makan dan minuman di GBWHSA bernilai RM300.00. 

Cabutan Bertuah akan diadakan selepas bulan Ramadan iaitu pada bulan Syawal. 

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu boleh dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam kami di Surau kami. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran kami di talian 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 ataupun menghantar email dosm@bluewavehotels.com atau Jabatan Telepemasaran melalui WhatsApp +60192736801 atau +60192757801 . 





YEE SANG HALAL CHINESE NEW YEAR (CNY) 2020 DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

YEE SANG HALAL CHINESE NEW YEAR (CNY) 2020 DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM - Lagi beberapa minggu nak sambut Tahun Baru Cina (Chinese New Year). Acara wajib bila tibanya, CNY ini ialah makan besar ! Makan besar CNY bersama menu wajib YEE SANG. Mummy memang penggemar Yee Sang. Sebanarnya, sebagai orang Islam agak sukar nak mencari Yee Sang HALAL. Dan, tak semua Yee Sang di Malaysia ni HALAL ye. Kalau korang nak tahu HOtel Grand BlueWave merupakan HOTEL HALAL friendly ye ! So, semua food di sini semuanya HALAL ! Okay, jom tengok mummy layan YEE SANG HALAL CNY 2020 DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM 

YEE SANG HALAL CNY 2020 DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM 



YEE SANG HALAL CNY 2020 DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM  ini korang boleh nikmatinya di  Tingkat 1 Tung Yuen Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam










Makan besar Tahun Baharu Cina tidak lengkap tanpa hidangan Yee Sang. Ia merupakan hidangan tradisi yang menjadi simbol kepada nasib yang baik, kesihatan dan kekayaan. Oleh itu, Auspicious Yee Sang Selection sememangnya perlu dinikmati ketika berada disini. Terdapat tiga pilhan Yee Sang yang boleh dicuba iaitu Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish, Crispy Fish Skin, Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin dan juga Vegetarian Yee Sang. Harganya ditawarkan bermula serendah RM40.00+.















Selain itu, pelanggan boleh menikmati makan besar bersama ahli keluarga sempena perayaan yang penuh makna ini dengan memilih set Deluxe Prosperity Treasure Pot Packagae – Prosperity Delxe “Lo Hei Poon Choy” Special. Untuk set ini, pelanggan dapat merasai menu-menu lazat seperti Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin, Double Boiled Chicken Soup with Madagascar Coconut and Black Garlic, Halal Deluxe “Lo Hei Poon Choy”, Baked Fish Fillet with Salted Egg Yolk and Milk, Stir Fried Hong Kong Seasonal Vegetable with Whole Garlic, Eight Treasure, 

Dried Oyster, Fragrant Rice in Lotus Leaf dan Mixed Fruit Platter. Set ini ditawarkan dengan harga RM1188.00+ setiap set




Set CNY ini diketuai oleh Chef Patrick NG bermula 15 Januari 2020 sehingga 15 Februari 2020 dari

Lunch :11.30 pagi sehingga 2.30 petang.
Dinner :6.30 malam sehingga 10.30 malam.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi atau layari :-


Booking : 03-55118811 ext 2612 / 2724


Grand BlueWave Hotel
Persiaran Perbandaran 
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor




2 Jenis Promosi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam untuk Hi-Tea, Dinner New Year 2020

2 Jenis Promosi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam untuk Hi-Tea, Dinner New Year 2020 - Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Tak sabar nak ke wawasan 2020 . Eh ! Tahun baharu 2020 lah ! Cerita tentang awal tahun atau tahun baru ini, mummy suka lepak dengan family atau keluarga santai makan-makan. Tempat lepak dan makan yang mummy suka pastinya di GrandBlueWave Hotel SHah Alam. Tempat makan yang tenang, teratur, cukup fasiliti seperti kemudahan parking, bilik air dan surau. Nak borak-borak pun best, sebab suasana di sini tak bising !

2 Jenis Promosi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam untuk Hi-Tea, Dinner New Year 2020

Kalau korang nak tahu, sempena 2020, Hotel Grand BlueWave Shah Alam (GBWHSA) mengalu-alukan ketibaan Tahun Baharu 2020 dengan Hi-Tea Tahun Baharu di Restoran Royale Songket, Aras G. Nak rasai semangat musim perayaan dengan menu buffet yang menarik dan menyelerakan untuk membangkitkan keceriaan sambutan Tahun Baharu? Jom nikmati 2 Jenis Promosi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam untuk Hi-Tea, Dinner New Year 2020



Sebelum mummy bercerita tentang 2 Jenis Promosi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam untuk Hi-Tea, Dinner New Year 2020. Kalau korang nak tahu, mummy paling suka dessert di sini. Dan terawal mummy akan terjah ialah misi mencari dessert hehe. Tengok tu ha. Penuh pinggan weiiii. Puas makan hi-tea kat sini.






Tidak lengkap sesi hi-tea tanpa pelbagai jenis pemanis mulut dan pastri kal;au ke hotel. Hi-Tea Tahun Baharu, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan pelbagai pilihan pemanis mulut dan pastri yang disediakan khas oleh kumpulan Pastri hotel. Antaranya ialah Aneka Puding, Aneka Biskut, Christmas Stollen, Kek Buah, Aneka Pastri Perancis, Mufin, Tart, Yule Log, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain, Aneka Aiskrim dan Chocolate Soufflé. 


Makan reramai , nak buat gathering memang mummy highly recommended sini, lah !



Tetamu boleh memulakan keterujaan menikmati hi-tea dengan pelbagai pembuka selera seperti Open Faced Sandwich, Parade of Cold Seafood on Ice, Assorted Cheese Platter, Cold Cut Display, Seasonal Salad Bar & Vegetable Crudités, Caper Salad, Waldorf Baby Potato Salad, Italian Seafood Salad, dan Orzo Pasta Salad bersama Roasted Baby Roma & Basil. 



Tumpuan utama hi-tea adalah barisan masakan utama yang pastinya akan membangkitkan selera anda seperti Nasi Briyani, Kambing Bamia, Kari Ikan, Japanese Tofu with Taukan, Ayam Kukus bersama Sos Soya, Chicken Cordon Bleu, Butter Vegetable, Grill Foot Long Sausage, Mussel Au Gratin dan Piza Satay. 


Seterusnya, pengunjung dapat menikmati pilihan menu masakan Barat di Carving Station. Menunya termasuklah BBQ Prawn Skewer, Beef Wellington with Sauce dan Grill Seabass with Sauce. Manakala, di gerai Live Action, tetamu boleh mencuba Pasta dengan beberapa pilihan sos. 




Selain daripada itu, penggemar makanan laut boleh mencuba makanan laut di bahagian Seafood on Ice seperti Crab Stick dan Mussel. Terdapat juga sudut Kid’s Corner yang menghidangkan Chicken Nugget dan Mac n Cheese. Tidak lupa juga pilihan sup pada hari tersebut, Cream of Chicken Chowder Soup dan Cheese Bread Croutons. 



HARGA HI-TEA DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM


Hi-tea Tahun Baharu yang meriah ini diadakan pada 1 Januari 2020 (Rabu) bermula dari jam 12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang. 

Selain Hi-Tea Tahun Baharu, Restoran Royale Songket juga akan mengadakan Makan Malam Ambang Tahun Baharu dengan menawarkan hidangan bertemakan BBQ dan Grill, Masakan Itali, dan menu kegemaran Malaysia. Ia bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam pada Selasa, 31 Disember 2019. 


Promosi 

New Year Hi Tea : RM69.00+ setiap orang (dewasa) 
Tempoh promosi : 1 Januari 2020 (Rabu) 
Tempat : Restoran Royale Songket, Aras G. 

Makan malam ambang Tahun Baharu : RM95.00+ setiap orang (dewasa) 
Tempoh promosi : 31 Disember 2019 (Selasa) 
Tempat : Restoran Royale Songket, Aras G.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut ataupun tempahan, blehlah hubungi bahagian telepemasaran melalui 03-55118811 sambungan 2723 atau 2724 atau Whatsapp 019-2736801 atau 019-2757801. 

Layari laman web www.bluewavehotels.com untuk maklumat lanjut.

4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM


4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Wow..wow..wow promosi buffet dinner DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM kembali lagi ! Apa yang menarik 4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM . Ha..jom baca sampai habis ye !




4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM food di sini adalah dari Chef (Senior Chef De Cuisine) : Chef Al-Hafiz Bin Redzuan yang menawarkan tema terbaharu bagi bufet makan malamnya iaitu 4-in-1 Buffet Dinner. Bufet makan malam yang mewah ini mengetengahkan empat tema utama iaitu BBQ dan Grill, Masakan Itali, Makanan Jepun dan menu Kegemaran Malaysia di Royale Songket Restaurant di Grand BlueWave Hotel Shah Alam . 


Di sini, terdapat pelbagai pilihan pembuka selera yang boleh didapati di kawasan hidangan pembuka selera dan salad bar seperti Salad, Mixed Lettuce, Tomato, Cucumber, Carrot, Caesar Station, Gherkin, Oliver, Kalamata, Sunday Tomato, Boil Eggs, Croutons, Kidney Bean, Corn, Gado – Gado, Tossed Mozzarella Cheese, Tomato & Basil Salad with Olive Oil, 7 Herbs Dressing dan Condiments. 




Tumpuan utama bufet makan malam kami ini semestinya BBQ & Grill di gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station), di mana pengunjung dapat menikmati hidangan seperti Grill Lamb Cutlet, Beef Steak Ribs, BBQ Chicken dan Mini Pizza. Selain itu, pengunjung boleh juga mencuba menu di gerai Seafood on Ice yang menghidangkan Udang Harimau dan Kupang. 


Selain daripada gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station) dan seafood on ice, sajian bufet ini turut menghidangkan menu kegemaran Malaysia. Antaranya, Satay Ayam, Ayam Masak Lemak, Dhall Sayur, Nasi Goreng Ayam bersama Sayur & Kacang Gajus, dan Ikan Goreng Masam & Manis. 


Terdapat juga Gerai Jepun yang semestinya menarik minat pencinta makanan Jepun seperti Sushi, Sashimi, Tempura, Teppanyaki dan Sup Miso. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati masakan Barat seperti Black Pepper Steak, Lamb with Rosemary & Garlic, Grilled Seasonal Squid and Mussel yang boleh didapati di Gerai Grill Section Meat & Seafood. 


Masakan Itali yang menjadi salah satu tema bufet makan malam di sini juga boleh di dapati di gerai Sri Tanjung BBQ dengan pilihan menu seperti Spaghetti Bolognaise bersama Cream Sauce dan Mexican Nachos. Di gerai ini juga, terdapat pelbagai pilihan masakan lain seperti Arizona Baked Beans, Roasted Potatoes with Capsicum & Cajun Spices, French Fries, Corn on Cobs, Cheezy Meatball, Arabic Shawarma dan Burger Mini. Antara menu lain yang ditawarkan ialah Mee Mongolian BBQ, Udang Maha Celup Tepung dan Ketam Celup Tepung. 


Dessert / Pencuci mulut 4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM

Cakap tentang pencuci mulut ini, haih...part ni paling anak-anak kami suka ! Yang sorang suka kek coklat, sorang lagi suka kek pelangi ! Tak cukup makan kat Hotel Grand BlueWave. Siap bungkus bawa balik lagi tau !





So, kanak-kanak ni memang tak pandai bohong ! Kalau sedap, memang dorang akan kata sedap !





Selain 2 kek yang mummy nyatakan di atas. Ada lagi pilihan pencuci mulut yang lain seperti Coconut Pudding, Chocolate Panna Cotta, Baked Pineapple & Caramel Tart, Mixed Berry Financiers, Longan & Honeydew Melon Terrine, Chilled Red Bean & Sago Soup, Mango – Mandarian Pudding dan banyak lagi! 



HARGA 4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM


4-in-1 Buffet Dinner di Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam berlangsung pada setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. 

Harga yang ditawarkan ialah 
RM 95.00+ bagi seorang dewasa
RM47.00+ bagi setiap kanak-kanak (4 tahun hingga 11 tahun)

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi :-

Telepemasaran : 03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606 

Layari laman web www.bluewavehotels.com untuk maklumat lanjut.