Showing posts with label karaoke. Show all posts
Showing posts with label karaoke. Show all posts

Karaoke Bersama Family dan Cousins!

Karaoke Bersama Family dan Cousins ! Tak di nafikan, sejak dua menjak ni, mummy terlampaulah busy + penat dan terkejar-kejar masa. Semua orang macam tu jugak, kot ! Sapa yang tak busy dan penat, kan? As usual, kalau penat...weekend memang kami ambil masa untuk berehat bersama keluarga. Luruskan pinggang dan keep stress away. Apa aktiviti kami? Aktiviti kami adalah Karaoke Bersama Family dan Cousins!


Karaoke Bersama Family dan Cousins!



Karaoke Bersama Family dan Cousins!

Lama tak berkaraoke dan melepak dengan keluarga suami dalam bilik karaoke. Dedulu zaman adik beradik asben tak ramai anak dan kami belum ada anak. Rajin kitorang menyumbang dalam bilik karaoke. 

Jenis family type kami semua, nak karaoke pun...bawa semua sekali harung sumbat dalam bilik karaoke.

Karaoke Bersama Family dan Cousins!

Dhia pun suka menyanyi, mengandung dulu rasanya. Ada juga pi karaoke hehehe. 

Karoke session kat dalam bilik hotel, pun boleh hahaha


Masing-masing nak nyanyi, lupa anak buah da besar-besar. So, kali ini...depa je lah nyanyi. Mummy nantilah next session lak. Biar anak-anak dan anak buah happy sekali sekala pegang mic


Baby Daim pun pandai nak karok hahaha..siap menari-nari angkat tangan. Allahu pandai dengar muzik ye, dik ! Baby Daim 1st time masuk bilik karaoke. Tak meragam, tak nangis . Alhamdulillah....perangai baik je masa ni ye.

Seronok kumpul reramai la, tu.

Selesai sumbangkan suara di Karaoke Alamanda, terus pi lunch di Johnny's Alamanda. 

Best dapat berkumpul sekali sekala macam ni reramai. Jumpa nanti semua di harai raya. Apa projek raya depa? Entah, yang pasti...memang dorang ni ada macam-macam projek. Mummy follow ajeee

Keluarga Karaoke


Lama tak keluar berjimba malam minggu.  Selalunya kami kerap ke shopping mall je.  Bawa anak main musical car sambil beli barangan rumah.  Malam minggu bebaru ni, kami sekeluarga dan beberapa keluarga adik beradik suami ke Mypop Avenue Karaoke di Jalan Reko Kajang. Tak jauh dari rumah kami semua.  Sebab majoriti adik-beradik suami mmg tinggal di Kajang.  Mudah nk eratkan silaturrahim kekeluargaan. Alhamdulillah.


Pakej yang ada :
1. ikut jam / bilik 
Small Room (untuk 2-4 orang dewasa) dari RM20++
Medium Room (8-10 orang dewasa) dari RM35++
Party Room (>10 orang dewasa) dari RM40++

atau
2. pakej siap dengan makan, minum dan 3 jam karaoke / bilik
Small Room (untuk 2-4 orang dewasa) dari RM88++
Medium Room (8-10 orang dewasa) dari RM118++
VIP Room (>10 orang dewasa) dari RM168++




PROMO K-lunch 12pm - 3pm
Dari RM9.90 untuk makan tengah hari dan karaoke


Senior berumur 50 tahun ke atas, ada potongan 50% 





Berbelanja RM100 ke atas, dapat 1 entri cabutan bertuah bulanan. 
Menarik ni!!



Ada perkhidmatan lif juga.  Sesuai untuk keluarga yang berkunjung di sini.



Sambil menunggu turn utk sumbangkan beberapa lagu. Kita selfie dulu. Tu adik tu...susah nau nk statik. Suka pandang sana sini.



Turn daddy sumbangkan satu lagu. Lagu apa,ya? Erm...tak ingat dah mummy..banyak kot lagu yang daddy nayanyi (lebih 2 lagu tu dah kira plural. Plural tu...banyak..) hehehehe


Pandai nk menyanyi.  
Tapi, bila pegang mic. Sore macam malu2 je. Cer dalam kete. Boleh tahan!! hehehe



Kerut2 dahi dah tu...tinggi ke pitching tu?
Masa kitorang pergi Sabtu malam aritu, amek bilik Medium je. Sebab pergi pun dalam 7 orang dewasa dan 4 kanak-kanak. 


Ni pulak, gambar beberapa minggu yang lalu. Tempat karaoke yang sama Mypop Avenue, Jalan Reko Kajang. Bilik VIP, besau, sangat privasi dan puas hati. Ada tandas dalam ni. Tak perlu keluar cari tandas. 


Lepak bersama familia. Memang best!! Santai2 keluarga karaoke ;)

Pertama kalinya karaoke berempat bersama

Lama nau rasanya tak jejakkan kaki ke bilik karaoke. Last sekali, masa ngandungkan Dzal Aidi yg ke berapa bulan pun tak ngat dah hehehehe. Tu kat putrajaya tu. Yg Green box Cheras ni, rasanya last gi masa zaman couple kot ;) Bila lama tak jejakkan kaki, memacam dah berubah. Dulu pilih lagu pakai remote je. Skrg kene touch screen lak.


Plan nk jenjalan kat luar mcm malas. Dhia pun baru baik dr Chicken pox. Kasi pantang sket udara luar dulu. Takut kene hujan ke apa ke kan. So, cr tpt yg boleh relax2, ank2 senang nk direct feed, anak2 boleh berehat dan tidur serta ada makan, minum. So, green box paling sesuai

Alhamdulilah dedua anak kami ok sesangat during karaoke session. Siap boleh tidur dengan lena bdk 2 org ni.

Penat beno la tuh!!


Kita kasik anak2 layan lagu2 mereka juga. 3 jam tu oi!!Mau terkeluar anak tekak kalo memanjang nyanyi berdua,kan!!

Lagu2 untuk si Dhia, Children song, Let it go ... 
Let it go ni, lagi lah suka gila dok ulang2 berkali2. Macam la umh tak de rekod citer ni.