Showing posts with label kari ayam. Show all posts
Showing posts with label kari ayam. Show all posts

Mahu masak apa,ya?

Soklan yang sentiasa bermain di minda. Bukan sekali sekala. Tapi, setiap masa. Nk masak lauk apa, ye? Nak makan apa malam nanti,ye? Kering nau idea masak memasak ni. Bila tanya en somi nk makan apa? Dia akan jawab, masak je apa2. Dalam hati,'apa-apa tu apa ye?' erm..



Siap potong memotong bebahan, mana yang nk di tumbuk, perlu di tumbuk. Tumiskan terus rempah ratus bersama bawang2, rempah kari dan daun kari.
Ayam masih keras kejung lagi. Kasik biarkan di suhu bilik. Balik nanti boleh terus zaaas masukkan dalam periuk. 



Air barli pun dah siap2 buat. Homemade katanya. Sejukkan dalam peti sejuk je. Boleh minum berulang kali dan bila-bila masa sahaja. Sesuai untuk diri sendiri, suami mahu pun anak-anak.

HA!!! dah macam iklan bunyiknya kan....

Ye la sekarang ni musim panas...sejukkan badan dengan air barli pulak ler kita hehehe

Jadi..apa menu untuk malam ini,ya? Menu makan malam hari ini, ayam goreng, ayam masak kari je la kot. Cukuplah tu kot.