Showing posts with label kelab blogger ben ashaari. Show all posts
Showing posts with label kelab blogger ben ashaari. Show all posts

Mempelam asam cili masam manis masin

RESIPI MANGGA ASAM CILI

Salam Ramadhan semua. Kembali lagi dengan perkongsian resepi mudah 30 Hari Ramadhan. Bulan puasa ni macam-macam selera yang datang.  Dah terlanjur rumah ada mangga muda tu kan. Terus mummy buat mangga asam cili. Perghhh..makan sejuk-sejuk mangga asam cili memang terangkat ! Kalau beli kat shopping mall, 100gm dan RM2-3.

Kisah resepi Mangga Asam Cili ini dulu terkenal dengan viralnya. Tapi, memang sedap pun makan pedas-pedas ni. Peminat pedas kan !



CARA BUAT MANGGA MUDA ASAM BOI BERCILI / JAMBU ASAM BOI BERCILI

Kadabng-kadang buat guna asam boi putih masin. Tapi, tahu-athu je lah kan. Stoknya cepat habis. Jadi mummy gunakan asam boi merah. Kurang sedikit masinnya.


Bukan je mangga muda mummy buat. Versi jambu batu pun buat sekali. Urmmmmph !! 


Ada kalanya, mangga dah masak pun mummy belasah je guna resepi ini ! Hehehe. Pasar malam Selasa aritu, mummy dapat beli mangga dengan harga RM10 - 3 KG. Murah kan !

CARA BUAT MANGGA MUDA ASAM BOI BERCILI / JAMBU ASAM BOI BERCILI


  • Buah Mangga / Jambu Batu - di potong
  • Cili padi - potong (Ikut kepedasan yang nak)
  • Sedikit gula dan garam
  • Asam boi - beberapa biji


Resepi Epal Asam Boi Hijau Bercili di SINI


Karnival 7 Likor Sempena Syawal 2016 di Rembau

Karnival 7 Likor Sempena Syawal 2016 di Rembau Negeri Sembilan. Ada yang tak shopping baju raya, kuih raya ke? Mummy nak war-warkan ini, ada karnival raya di Rembau, Negeri Sembilan. Yang mana nak cuci mata atau nak shopping raya. Jom cepat-cepat ke Karnival 7 Likor Sempena Syawal 2016 di Rembau Negeri Sembilan.

Karnival 7 Likor Sempena Syawal 2016 di Rembau

Karnival 7 Likor Sempena Syawal 2016 di Rembau


Ianya bakal berlangsung di Dewan Agora Rembau, Rembau Negeri Sembilan mulai 24 Jun 2016 hingga 2 Julai 2016 dari 11 pagi hingga 2 pagi. 

Sakan boleh shopping sampai 2 pagi tu ! Ok semua....cepat terjah ye ! 


Karnival 7 Likor Sempena Syawal 2016 di Rembau

PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

JOM GEGAR SIBER | PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK


Kata alu-aluan oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) PTPTN - Encik Wan Ahmad Wan Yusoff

Ahad lepas, Mummy telah menghadiri Majlis Minum Petang "Hi-Tea" bersama pihak pengurusan korporat PTPTN yang bertempat di Pullman Hotel, Bangsar Kuala Lumpur. Program ini, di namakan Jom Gegar Siber bersama Tabung Pendidikan (PTPTN).




Haaaa......bila sebut PTPTN semua rasa nak lari, nak marah, nak sakit hati kan ! Sebab apa? Sebab ada tunggakan, lah tu ! hehehe. Bahaya tau, bila ada tunggakan ini. Sebab PTPTN sudah masukkan rekod pemiutang ke sistem rekod hutang (CCRISS). Kalau ada tunggakan... Memang pasti, tak boleh buat apa-apa pinjaman di bank ! 



PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK


Fuh !!! Masak ni,kan? Nak beli rumah, nak beli kereta, nak mohon kredit kad... Semua TAK LULUS lah nanti jawabnya ! 


PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

Haaaa...naya,kan !!
Sebenarnya, mummy bukan nak cerita pasal bab hutang. Tapi, apa yang mummy nak kongsikan di entri kali ini ialah bab SIMPANAN ANAK-ANAK KITA melauli SSPN-i Plus.

Mummy lama dah tahu tentang kewujudan simpanan anjuran PTPTN, iaitu SSPN-i sebelum ini. Cuma, macam tak berapa pasti apa kelebihannya dan agak tak faham program ini. 

Kalau nak kata menyimpan..Erm..simpanan di bank, ASB dan Tabung Haji itu lebih menguntungkan. Kan?? Betul,kan? 

Eh... salah,ye?

Entah..mummy pun kurang pasti sebenarnya.


PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK



Ha, bila tengok gambar di atas, kita nampak perbezaan simpanan kita. Kan? Baru mummy nampak fungsi sebenar SSPN-i Plus ini.


APAKAH ITU SSPN-i PLUS?

SSPN-i PLUS merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pengajian tinggi. SSPN-i Plus di tambah baik dari SSPN-i sebelum ini. Di mana SSPPN-i PLUS ini terdapat perlindungan takaful yang murah dan koperehensif.

Di mana, ada beberapa pakaj komitmen yang di tawarkan serendah RM30 sebulan.


SSPN-i Plus Mempunyai Kelebihan Seperti :-

    PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

  • Komitmen serendah RM1 sehari
  • Patuh Syariah - Simpanan Islamik bukan Konvensioanal
  • Pelepasan Cukai  "Tax Relief"
  • Keuntungan Dividen (Ikut Syariah)
  • Pampasan Kematian
  • Manfaat Takaful 36 Penyakit Kritikal
  • Elaun Hospital
  • Khairat Kematian
  • Tiada Pemeriksaan Kesihatan
  • Tidak perlu Medical Check up
  • Simpanan DI jamin oleh Kerajaan
  • Layak Memohon Pembiayaan PTPTN


SYARAT PEMBIAYAAN PELAJARAN DARI PTPTN DIPERKETATKAN




PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

Ada anak kawan mummy ini, sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Nottingham University Semenyih. Kos yurannya setahun adalah RM60,000 . Sebulan lebih kurang RM5,000 kene simpan. Huhuhu. 

Kalau lah kita mengharapkan pinjaman semata-mata RM60,000 untuk setahun. Yakni RM180,000 untuk tempoh 3 tahun. 

Jika harapkan pinjaman. Memang tersiksa nak membayarnya kelak tu, nanti !!

Ini, yuran zaman 2016. Lagi 20 tahun, macamana pula kos yuran Dhia dan Dzal tu, ye?

Allahuakbar ! Pening pulak mummy, di buatnya.

Nak bergantung pada pinjaman PTPTN? PTPTN pun, dah ketatkan syarat. 

SYARAT KELAYAKAN MENDAPATKAN PINJAMAN PTPTN :


  • Pelajar atau penjaga penerima BR1M, boleh mendapatkan 100% pinjaman PTPTN.
  • Jika, pendapatan ibubapa tidak melebihi RM8,000 sebulan dan bukan penerima BR1M, kelayakan maksimum pinjaman PTPTN sehingga 75% sahaja.
  • Manakala, pendapatan penjaga melebihi RM8,000 sebulan dan bukan penerima BR1M. Pembiayaan PTPTN yang layak hanya 50% dari jumlah maksimum.
Hrm,,,,nak tak nak. Mummy kene paksa juga, diri sendiri untuk menyimpan. Sedikit-sedikit, lama-lama membukit.

Lagi pun, anak-anak tu amanah Allah s.w.t. Tak rugi menabung untuk anak !

PAKEJ SSPN-i PLUS

PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

Sejak mummy update pakej SSPN-i PLUS serendah RM30 sebulan di facebook dan instagram. Ramai yang PM mummy bertanyakan tentang pakej SSPN-i Plus ini.

Haaa...teruja,kan ! Memang murah sangat pakej ni.


MACAM MANA NAK REGISTER SSPN-i PLUS SECARA ONLINE?

Pakej sebelum ini SSPN-i boleh di daftarkan di pejabat PTPTN atau agen terpilih seperti bank. 

Tapi, untuk mendaftar simpanan SSPN-i PLUS ini boleh register secara online ! Mudah !



1. Klik link SSPN-i Plus ini 

2. Klik Pembukaan Akaun SSPN-i Plus










3. Selepas siap, isi butiran. Terus boleh pilih portal pembayaran menggunakan kad debit, kredit atau bank transfer.



Yeay...berjaya !! Mudah kan?



Manakala, untuk bayaran bulanan nanti. Hanya tekan butang penambahan deposit sahaja


MACAMANA JIKA NAK KELUARKAN DEPOSIT SSPN-i PLUS ?

Senang je, boleh tinggalkan minima deposit sebanyak RM1,000 


NAK TUTUP AKAUN SSPN-i PLUS BOLEH?

Boleh ! Jika nak tutup akaun, penyimpan boleh dapatkan semua simpanan yang ada berserta dividen.

Selamat menyimpan kawan-kawan, adik-adik, anak-anak !


Gambar bersama Chief Executive Officer (CEO) PTPTN - Encik Wan Ahmad Wan Yusof. 





Mummy dapat external hard disk 500GB. Jangan jeles, sangat ! Sebab lucky draw penyimpan SSPN-i Plus lagi lumayan hadiahnya. Rumah berharga RM500,000 meruapakan hadiah utama. Best tak? Mestilah best. Bukan ada rumah je. Ada kereta, motosikal dan banyak lagi hadiah untuk cabutan bertuah SSPN-i Plus ini.

Keterangan lanjut boleh layari :

Buka Akaun SSPN-i Plus : REGISTER sini
Web Rasmi PTPTN : www.ptptn.gov.my
Instagram:@instaptptn
Twitter : @twitptptn

MENU RINGKAS DAN SEDAP SERUNDING SEGHOTI DAGING DAN DENDENG DAGING ISTIMEWA DARI NJOIMAKAN


Pada yang ada ikuti facebook dan instagram mummy. Mungkin tahu aktiviti masak-masak mummy hujung minggu.

Mood masak non-hado, sebab daddy bebudak ini kerja sampai Ahad. Bertambah malas nak masak lunch. Bebudak ini pula, makan tak memilih sangat. Nasi dengan ayam goreng pun ok.

Nak makan luar dengan bawa dak 2 ketul tu...Memang sangatlah malas juga! Dengan cuaca panas. Kesian bebudak ini.




LAUK RINGKAS DAN SEDAP - SERUNDING SEDAP SEGHOTI DAGING  dan DENDENG DAGING ISTIMEWA


Jadi, mummy memlilih makan lunch berlaukkan SERUNDING SEDAP SEGHOTI DAGING  dan DENDENG DAGING ISTIMEWA dari NJOIMAKAN .

Perut memang enjoy makan nasi panas makan dengan dua lauk ini !! Serundingnya memang sedap...abes makan dengan nasi..boleh pulak mummy buat ratah!




Ratah cenggitu pun dah sedap. . 

Lepas ini mudah bawa bekal gi kerja. Makan dengan roti ! Eh...nak travel pun boleh bawa ini, serunding ini tahan sehingga 5 bulan !




Dendeng daging pula boleh bertahan sehingga 6-7 hari. Mummy tak habis makan sorang. Simpan balik dalam peti sejuk. Nanti daddy balik boleh panaskan dan makan malam bersama-sama.

Haaa...jimat sangat masa ... Njoi Makan !

Pada yang ingin mencuba..boleh hubungi terus ke:-

Dendeng Daging Istimewa

FBnjoimakan 
Instagram njoimakan 
Tel: 018 7724826



Serunding Sedap Senghoti
Instagramserunding_asli
Tel: 011 3139 4595

MALINDO'S STEAK HAUS | WESTERN DAN ITALIAN FOOD MURAH DAN SEDAP DI AMPANG

MALINDO'S STEK HAUS. Nama seakan-akan airlines MALINDO. Tapi,  MALINDO'S STEAK HAUS ini, tak ada langsung konsep macam airlines MALINDO ye. Agak unik konsep yang di ketengahkan. Konsep ala koboi ! Memang menarik.

Chef di sini mempunyai 10 tahun pengalaman dalam makanan western dan italian.

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RESTORAN PILIHAN MALINDO'S STEAK HAUS AMPANG | WESTERN DAN ITALIAN FOOD YANG MURAH DAN SEDAP

 
 JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RESTORAN PILIHAN MALINDO'S STEAK HAUS AMPANG YANG MURAH DAN SEDAP


Terletak di tengah ibu kota. Kira-kira dalam 30 minit dari Kajang. Bagi yang tak arif jalan ke Ampang. Mummy sarankan guna Waze - taipkan Menate Steak. Sebab lokasinya belakang Menate je. Pada yang arif Jalan ke Ampang. Boleh terus ke Taman Nirwana, Ampang !

ANTARA MENU MAKANAN DAN MINUMAN PILIHAN DI MALINDO'S STEAK HAUS AMPANG


JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RESTORAN PILIHAN MALINDO'S STEAK HAUS AMPANG YANG MURAH DAN SEDAP 

 JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RESTORAN PILIHAN MALINDO'S STEAK HAUS AMPANG YANG MURAH DAN SEDAPJALAN-JALAN CARI MAKAN DI RESTORAN PILIHAN MALINDO'S STEAK HAUS AMPANG YANG MURAH DAN SEDAP


JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RESTORAN PILIHAN MALINDO'S STEAK HAUS AMPANG YANG MURAH DAN SEDAP 
  

 JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RESTORAN PILIHAN MALINDO'S STEAK HAUS AMPANG YANG MURAH DAN SEDAP

Antara Western Food dan Italian Food yang ada di MALINDO'S STEAK HAUS, AMPANG. Rib steak (berharga RM16.90)


 

Meatball Spaghetti Bolognese (RM10.90) antara kegemaran pengunjung di sini.

Makanan di sini memang tak mahal. 

Makan mewah pada harga yang berpatutan ! Sangat mampu milik !


Ada bermacam-macam jenis jus di sini. Mummy sangat suka air jus kedondong asam boi. Berharga RM4.50 sahaja.

 

  

Anak-anak memang suka strawberry. Jus strawberry di sini sangat pure ! Siap ada diletakkan setengan biji strawberi di atas air untuk hiasan dan juga makan. Harga jus strawberi ini ialah RM4.00 

  

Bukti makanan di sini sedap... Habis sepinggan Meatball Spaghetti di kerjakan ! Sedap ! Licin  terus.

HARGA MAKANAN DAN MINUMAN DI MALINDO'S STEAK HAUS AMPANG

 
 

PENGALAMAN MUMMY MAKAN DI MALINDO'S STEAK HAUS AMPANG

Secara keseluruhan mummy berpuas hati makan disini. Sebab:

1. Harga yang berpatutan.
2. Servis cepat.
3. Restorannya bersih.
4. Pekerja melayan dengan baik setiap pelanggan yang datang. Muka manis je... 
5. Tempat parking kereta yang banyak, mudah parking dan PERCUMA.
6. Kerusi budak juga di sediakan. 

Walaupun baru beroperasi, tapi restoran ini sentiasa di penuhi pelanggan. 


Peminat steak, western food dan Italian food. Jom lupa singgah makan di restoran ini. 

Malindo's Steak House
B3-10-G Garden City Commercial Centre, 
Taman Nirwana, Ampang.

Tel : 016-263 7769


Restoran ni beroperasi dari 11 pagi hingga 1 pagi.

BEN ASHAARI BLOG PILIHAN ONLINE | ANUGERAH PILIHAN ONLINE (APO)

www.benashaari.com BLOG PILIHAN ONLINE | ANUGERAH PILIHAN ONLINE (APO)




Salam semua...salam sejahtera. Tak sangkakan, blogger pun ada anugerah. Rupanya, ada juga yang menghargai para blogger. Terharu sekejap mummy. Walaupun, mummy bukan lah blogger ternama. 

Tapi, bila rakan ada tercalon. Mummy turut bangga. 

Siapa pilihan mummy dalam APO?
Mummy memilih www.benashaari.com .

Kenapa memilih www.benashaari.com? 
1. Salute dengan papa blogger. Full time pulak.
2. Kerap update blog..salute lagi sekali !
3. Banyak tip parenting dan lifestyle dalam blog beliau.
4. Founder kami...banyak tunjuk ajar yang beliau berikan. Tips menulis terutamanya.
5. Antara senior blogger yang lama dan konsisten penulisannya.
6. Sentiasa banyak idea...inspirasi kepada penulisan mummy.

Dan banyak lagi..nak tulis semuanya. Mau 7 hari 7 malam tak habis hehehehe.

Jadi..hari-hari mummy akan bertekad untuk undi beliau.

Jom undi @ben_ashaari sebagai Blog Pilihan Online dalam Anugerah Pilihan Online ( APO )

Cara-caranya :

1.Masuk kelaman web dan login menggunakan akaun FB/Google/Twitter http://apo.mstar.com.my/undi.aspx

2.Cari Kategori Nombor 15 

3.Undi Ben Ashaari 

#benashaari
#APO2016
#blogpilihanonline
#mstaronline 
#suriafm
#icewatch
#dnarsskincare
#anugerahAPO
#kelabbloggerbenashaari
#kbba9

Yusmizee Naturopathic Centre Pusat Perubatan Alternatif Naturopati Lebih Islamik



TIDAK SIHAT? PILIH KAEDAH PERUBATAN KONVENSIONAL ATAU PERUBATAN ALTERNATIF SEMULAJADI ?


Salam Isnin semua. Sihat ke hari ini? Ramai yang tidak sihat pada musim panas ini dan cuaca sedikit jerebu ini kan? Kalau tak sihat, apa patut di lakukan ye? Pilihan macam mana yang di pilih? Mummy akui, mummy seorang pengamal suplemen. Suplemen ini sebagai protection. Bukan makan pada musim tak sihat. Di kala sihat pun, mummy akan makan. Jika tidak sihat pula. Perkara utama, wajib berjumpa dengan doktor dan makan ubat yang doktor berikan. Tetapi, apabila penyakit itu berlarutan dan tidak dapat di sembuhkan. Insyaallah mummy akan cuba untuk berubat kaedah lain. Antara kaedah yang mummy percayai ialah Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy).

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.



Apakah itu Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy)?
Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy) berdasarkan kepercayaan, bahawa badan boleh sembuh dengan sendirinya. Pengamal Naturopati percaya badan manusia mempunyai keupayaan untuk membaiki diri sendiri dan pulih daripada penyakit jika ia disokong oleh persekitaran yang sihat. Bantuan dari Pengamal Naturopati dalam proses penyembuhan menggabungkan pelbagai kaedah kesihatan alternatif yang berasaskan kepada keperluan individual, bukannya dari perubatan konvensional.

Berapa ramai Naturopath di Malaysia?
Di Malaysia terdapat 300 naturopath berdaftar bawah Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia. Mereka menyediakan kursus dan pendidikan di pusat naturopati seperti pemakanan, hidroterapi, herba, tumbuh-tumbuhan / bunga, homeopati dan urutan (sekadar menamakan beberapa jenis). Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu. Ianya menampakkan perbezaan kelainan yang besar di antara perubatan konvensional dan naturopati.

Apa yang Naturopati boleh bantu?
Naturopati boleh membantu seseorang dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan yang lebih baik, dari peringkat pencegahan untuk keadaan yang serius atau kronik. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan pengamal naturopati (Doktor Naturopati yang bertauliah)  untuk memeriksa tahap kesihatan mereka, mendapatkan bantuan daripada sekecil-kecil penyakit seperti selesema atau alahan atau untuk merawat keadaan yang lebih serius seperti penyakit jantung atau kencing manis (diabetes).

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Tertubuhnya Yusmizee Naturopathic Centre adalah untuk memberikan perkhidmatan tersebut. Yusmizee Naturopathic Centre menyediakan kaedah rawatan naturopati seperti Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, Teknik Pembetulan Tulang pinggul dan tulang belakang, Terapi Hipnosis dan Penawar herba homeopati.

Yusmizee Naturopathic Centre juga menawarkan 3 harga yang berpatutan ;
1) Harga untuk rawatan pesakit biasa.
2) Harga untuk rawatan VVIP.
3) Harga Ekslusif untuk penyakit kronik yang mengikut Protokol rawatan Naturopati.

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Kursus Naturopati
Selain menyediakan khidmat rawatan, Yusmizee Naturopathic Centre juga menjalankan kursus-kursus dan ceramah berkaitan perubatan Naturopati.


Rawatan Di Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka
Rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre lebih Islamik dan juga menyediakan perawat khas wanita untuk merawat pesakit-pesakit wanita.

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Yusmizee Nuropathic Centre terdapat pelbagai rawatan semulajadi di sediakan seperti rawatan resdung, rawatan bekam,rawatan sakit pinggang,terapi pembetulan sakit tulang belakang,akupuntur sinergi , urutan tradisional dan juga penawar herba hemopati.

Selanjutnya, boleh hubungi :-

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka
Telefon : 012-3556736
Facebook : Yusmizee Naturopathic Centre