Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ | Semalam, mummy berkesempatan untuk menyaksikan YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan dan Jakel Shah Alam Trading Sdn. Bhd dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah . Turut menyaksikan rakan media dan rakan blogger.

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA JAKEL SHAH ALAM & AHLI PARLIMEN TANAH MERAH BAGI SUMBANGAN 60000 PASANG BAJU RAYA 

Ahli Parlimen Tanah Merah YB Dato' Sri Haji Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Barisan Nasional seperti tahun-tahun lalu. Setiap kali raya, beliau akan memberikan baju raya kepada penduduk Tanah Merah, Kelantan. Samada tinggal di Tanah Merah atau tinggal di luar Kelantan tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik.

Hadiah ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan penduduk Tanah Merah Kelantan. Yang telah berikan kepercayaan kepada beliau dalam mentadbir Tanah Merah, Kelantan selama 4 tahun ini.


60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

Hadiah baju raya ini, tentunya menjadi kegembiraan warga Tanah Merah, Kelantan.

Sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam persiapan raya.

Hadiah baju raya ini, di khaskan buat warga Tanah Merah Kelantan yangg telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017.

Antara sumbangannya ialah :-

Lelaki Melayu - Baju Melayu
Wanita Melayu - Baju Kurung
Lelaki bukan Muslim - Baju Kemeja
Wanita bukan muslimah - Kain

10 RAMADHAN HINGGA 15 SYAWAL TARIKH AGIHAN BAJU RAYA JAKEL PERCUMA UNTUK WARGA TANAH MERAH KELANTAN


Agihan bermula pada 10 Ramadhan hingga 15 Syawal. 

Dato' Sri Haji Ikmal Hisham Abdul Aziz sedia maklum dan memahami bahawasanya kebanyakan penduduk yang mendaftar di Tanah Merah merantau dan bekerja di negari atau negara lain dan akan pulang di akhir Ramadhan untuk menyambut Syawal, jadi mereka tidak perlu gusar jika tidak dapat sumbangan ini maka Dato' Sri Haji Ikmal Hisham memanjangkan agihan ini sehingga 15 Syawal nanti.

Caranya, hanya tunjukkan MyKad sahaja ! Mudahkan...

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ



Pelbagai design untuk Aidilfitri dari Jakel


Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri. Jakel juga baru sahaja memperkenalkan duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 icon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.

Dan buat pertama kalinya Jakel Shah Alam dengan kerjasama Haqqi (sebuah portal online barangan haji & umrah dan barang muslimah) membangunkan khemah besar jualan Aidilfitri bersebelah Petronas Seksyen 7 Shah Alam. Terdapat lebih 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan bermula hari ini sehingga malam raya.

Korang jangan lupa ke Jakel tau, dengar kata banyak hadiah menarik untuk pengunjungnya. 

Jakel Shah Alam
Alamat: No. 27, 29, 31, 33 & 35, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 740000 Shah Alam, Selangor
Facebook: Jakel Online
Instagram: @jakeltextile

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan terletak di sebelah Istana Balai Besar di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Tak jauh dari Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu Kelantan. Pada awalnya, kami fikirkan Muzium ini adalah Muzium biasa-biasa sahaja. Jiwa kami yang asalnya pun, tak berapa excited nak ke Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan.

Tapi, bila fikir-fikir balik. Rugi tak masuk sini. Bukan selalu pun kami ke Kelantan. Kan? Hotel pun tak berapa jauh untuk ke Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan ini.

Kami bersetuju untuk masuk ke Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan ini. Kami ke Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan dengan menaiki van Xcell Travel



Bayaran sebanyak RM1 seorang dewasa di kenakan untuk memasuki Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan ini.

Sampai pintu masuk Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan, Dhia dan Dzal nampak kedai. Langsung terus singgah kedai dulu.

Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan


MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

Kene paw ! Hehehe bertabahlah daddy ye ...


MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN
Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

Di hadapan pintu masuk Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan, tersergam indah binaan kesenian negeri Kelantan. Tetiba... perasaaan mummy sangat teruja nak masuk, yang kekonon pada awalnya tak interested kan...hehehe

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN




Anak-anak pun teruja sama...feeling kerabat-kerabat sat na..Naik kereta kuda di raja.

Inilah kereta kuda yang di naiki oleh Sultan Kelantan pada satu masa dahulu.

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN


MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN


MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

Nak tahu istiadat-istiadat di raja Negeri Kelantan? Di Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan,mummy melihat gambaran istiadat. Antaranya ialah meminang, merisik, kenduri perkahwinan, bersunat, lenggang perut ketika mengandung, bersalin, berpantang dan upacara memijak tanah.

Bila terbaca bab upacara pijak tanah, teringat pada laki sendiri. Kecil-kecil dulu, daddy budak ini tak di benarkan memijak tanah sehingga umur 2 tahun (tak silapnya). Sebelum memijak tanah..ada upacara pijak tanah.


MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

Jangan tak percaya...ironman pun dah masuk Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan tau !

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

Ini pula, perahu yang di hadiahkan oleh Raja Siam (Rama V) kepada Sultan Muhammad IV. Panjang perahu ini ialah 14.3 meter. Memang panjang...

Selain itu, di sini juga ada muzium senjata yang pernah di guna pakai oleh Sultan Kelantan dan kerabatnya. Kalau nak tahu, apa yang menarik di sini. Ha...kene terjah Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

SEJARAH ISTANA JAHAR, MUZIUM DI RAJA KELANTAN


Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan sebenarnya adalah sebuah Istana kebanggan Rakyat Kelantan dahulu dan kini. Serta ianya adalah antara istana-istana  yang menarik yang terdapat di Kota Bharu.

Istana ini mula dibina semasa pemerintahan Long Senik Mulut Merah atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad II (1837 – 1886)

Sultan Muhammad II membina istana ini untuk dikurniakan kepada cucundanya yang bernama Long Kundur Bendahara. 

Setelah kemangkatan Sultan Muhammad II pada 1886, Long Sulong yang lebih dikenali sebagai Sultan Ahmad telah menyambung pembinaan istana ini hingga sempurna.

Sultan Ahmad telah mangkat pada tahun 1889 dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Long Kundur Bendahara dengan gelaran Sultan Muhammad III. 

Baginda telah menjadikan Istana Jahar sebagai Balai Besar dan tempat persemayaman baginda.



Selesai melawat Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan. Kami terus pulang ke hotel, dengan berjalan kaki sahaja. Bila lagi nak meronda ambil angin di sekitarnya,kan? Penat jalan kaki, boleh naik beca. Tapi, tak sampai-sampai pula ke hotel hehehe

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

MELAWAT ISTANA JAHAR MUZIUM DI RAJA KELANTAN

Memang best dan seronok visit Kelantan kali ini. Banyak tempat menarik di Kelantan yang kami dapat lawati bersama keluarga tercinta.

Siapa cakap Kelantan tak best? 

Pada yang belum pernah pi Kelantan. Jangan lupa ke tempat-tempat yang mummy dah lawati ini ye :-




3Hari2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga

3 Hari 2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga Alhamdulillah dapat juga bercuti lama dengan keluarga kecil kami. Lama kami tak bercuti bersama-sama. Yang sebelum ini, ada pi bercuti 2 minggu berturut-turut. Tapi, mummy dan anak-anak je pi bercuti. Kami bercuti  tanpa daddy mereka. Daddy agak sibuk tahun ini, demi mencari rezeki buat keluarga kecil kami. 

Walaupun hanya bercuti dalam negeri 3 Hari 2 Malam sahaja di Kota Bahru Kelantan, kami rasa puas dapat bercuti dan berehat bersama-sama.

Sebelum mummy cerita lanjut tentang percutian ini.

Mummy ingin berterima kasih pada Exchange Feed Group EFG Blogger. Yang sebenarnya official day terakhir group ni adalah pada hari ini sob..sob.. No more EFG Group dah.

Yang kedua kalinya..terima kasih EFG. Kerana 1st EFG Gathering tu la mummy menang lucky draw pakej percutian ni. Mana yang terlepas story..boleh baca di SINI dan SINI ye .


3Hari2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga

3Hari2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga

3 Hari 2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga 

Percutian kami sekeluarga ke Kota Bahru, Kelantan ini memang boleh di katakan best dan relaks.

Kerana kali ini, daddy tak perlu drive. Sampai sahaja di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru Kelantan. Xcell Travel and Tours sudah menunggu kami.

Sepanjang percutian kami 3 Hari 2 Malam di Kota Bahru Kelantan, semua itinerary kami di aturkan oleh Xcell Travel Tour .

Nak tahu apa aktiviti kami selama 3 Hari 2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga ?

Aktiviti Kami Selama 3 Hari 2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga


Hari Pertama



Kami sekeluarga bertolak ke Kota Bahru Kelantan dari KLIA dengan menaiki pesawat MAS MH1384. Seawal jam 5 pagi dah keluar rumah dengan menaiki KLIA Transit Train di Putrajaya Sentral.






Flight kami jam 8 pagi. Datang awal boleh rehatkan diri, sarapan pagi dan bawa anak pusing-pusing KLIA.

9 pagi. Sampai di Kota Bahru, pick up by Xcell Travel and Tours untuk ke destinasi seterusnya.




Kami di bawa ke Medan Ikan Bakar (MiB) River Cruise. 



Bukan nak pi makan ikan bakar tau. Kami nak naik bot ke Kampung Pulau Suri (Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Yang Pertama di Malaysia).




Selesai makan di Kg Pulau Suri dan jalan-jalan di Pasar Terapung - Kelantan Floating Market. 

Kami terus Check in di Hotel Ridel, Kota Bahru Kelantan. Pakej hotel juga termasuk dalam pakej 3 Hari 2 Malam City Tour by Xcell Travel and Tours.

Penat berjalan..kita berehat di hotel.

Malam...






Lebih kurang jam8 malam.. Kami bertolak dari Hotel Ridel dengan van persiaran Xcell Travel and Tours ke Wakaf Che Yeh, Kota Bahru Kelantan



Makan malam di Wakaf Che Yeh. Pilihan kami nasi putih berlaukkan lauk biasa je.

Si Dzal Aidi Fiqry pula nampak durian..terus merengek nak durian.

Hantu durian dak Dzal ni.



Shopping baju Dhia, Dzal, daddy dan Mummy. Sorang sehelai je ;) 

Buah tangan sedikit untuk anak-anak buah.


Baby nenas beli kat Wakaf Che Yeh. Buat makan kudap-kudap dalam bilik hotel. Sedap manis !

Lebih kurang jam 11 malam, Van Xcell Travel and Tours pick up dari Wakaf Che Yeh. Dan hantar kami ke Hotel Ridel, Kota Bahru Kelantan.

HARI KEDUA


Hari Kedua, kami bersarapan di Hotel Ridel Kota Bahru Kelantan. 

Nasi kerabu pilihan mummy. Almaklumlah..nak berjalan.. kene lah isi tangki perut dulu.



Seawal 10.30 pagi kami bertolak ke Pengkalan Kubor dengan menaiki van persiaran Xcell Travel and Tours. Pekena aiskrim Baba yang femes. Baru tau nama aiskrim ni huhu.


Beli mainan anak-anak sorang satu. Nak bagi anak happy bercuti.



Dari Pengkalan kubor...terus ke Muzium di sekitar Kota Bahru. Menarik Muzium ni, banyak benda baru yang mummy baru tahu. Entri tentang Muzium ni mummy cerita entri lain ye.



Selesai berjalan-jalan, kami terus balik ke hotel. Aktiviti selepas itu, adalah aktiviti bebas.


Kami pusing-pusing sekitar Hotel Ridel sahaja. Untung duduk di sini. Semua tempat makan dan jalan-jalan dekat je.

Hotel kami menghadap Sungai Kelantan.

HARI KETIGA



Seperti biasa ...pagi tu breakfast di hotel. 

Selesai breakfast. Balik bilik, berehat dan siap berkemas.

Jam 2 petang kami check out dari Hotel Ridel.


Xcell Travel and Tours pick up kami u tuk airport transfer.

Tapi sebelum ke Airport Kota Bahru. Xcell Travel and Tours bawa kami ke KB Mall. Lunch dan bersiar-siar sekejap di KB Mall.

4.30 petang terus kami di bawa ke Airport




Check in flight jam 7 malam untuk flight kami 8malam. 

Hujan lebat ketika itu..alhamdulillah flight kami di jadualkan seperti biasa.

Ada juga flight lain yang delayed.




Syukur..kira-kira jam 9 malam kami selamat tiba di KLIA.

Terima kasih Xcell Travel and Tours untuk percutian 3 Hari 2 Malam City Tour. 

Terima kasih juga pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam percutian kami.

Oh ya..lupa nak beritahu pakej Xcell Travel and Tours Kota Bahru City Tours ini berharga RM299 sahaja termasuk Hotel dan breakfast di hotel.

Amacam?? Murah kan??

Nak tengok pakej percutian lain. Boleh layari :



Atau hubungi : En Wan 010 9282086