Showing posts with label kids. Show all posts
Showing posts with label kids. Show all posts

SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20

SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20 TAHUN - Dikenali juga sebagai MEGA CARNIVAL 2023 LITTLE CALIPHS telah dilancarkan YB Puan Anfaal binti Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor disaksikan oleh Datuk Haji Roslan bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB dan juga Datin Dr. Hh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik (CAO) LCISB.


SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20

SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20



Litte Caliphs® International Sdn Bhd (LCISB)


Litte Caliphs® International Sdn Bhd (LCISB) merupakan peneraju dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ianya terus konsisten selama 20 tahun dan sehingga kni masih meneruskan komitmen untuk melahirkan kanak-kanak prasekolah yang cemerlang secara menyeluruh melalui modul The Little Caliphs® Program (TLCP).


SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20

Sambutan Ulang Tahun ke-20 Little Caliphs di MEGA CARNIVAL 2023 LITTLE CALIPHS


Sempena sambutan ulang tahun ke-20 Little Caliphs di MEGA CARNIVAL 2023 LITTLE CALIPHS, dalam ucapan perasmian YB Puan Anfaal binti Saari turut menyampaikan rasa bangga dan gembiranya terhadap pencapaian Tadika Little Caliphs® yang giat berusaha memberi pendidikan kepada anak-anak pra-sekolah yang seimbang dunia dan akhirat.


SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20

SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20

SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20


SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20


Aktiviti  Menarik Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-20 Little Caliphs 


Terdapat lebih 30 reruai menampilkan karnival makanan dan reruai pameran serta pelbagai aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan seperti inflatable castle, face painting, Jenga gergasi, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Pengunjung juga dapat menelusuri perjalanan 20 tahun yang menakjubkan oleh LCISB menerusi history timeline wall yang dipamerkan. Kita boleh lihat bagaimana pencapaian Little Caliphs® yang berkembang selama 20 tahun.


SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20


Persembahan oleh Aniq Muhai bersama kanak-kanak dari tadika Little Caliphs juga antara tarikan. Begitu juga dengan Parenting Talk oleh Datin Hajjah Sabariah Faridah binti Jamaluddin, Pengasas Little Caliphs® bersama Ustaz Adnin bin Roslan, Pempengaruh Media Sosial, dan penampilan istimewa maskot Amir dan Amirah antara aktiviti yang menjadi tarikan pengunjung di karnival ini.


Maskot yang diberi nama Amir dan Amirah ini adalah hasil idea namanya dari Datin Dr. Hh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik (CAO) LCISB. Mempunyai maksudnya yang tersendiri sesuai dengan Little Caliphs® yang gah terus menjadi pilihan ibubapa yang mahu anak-anak mereka mendapat penididikan awalan terbaik.


SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20


Maskot Little Caliphs Amir dan Amirah 


Maskot Little Caliphs, Amir dan Amirah akan menjelajah ke semua cawangan Little Caliphs® di Malaysia dan mungkin juga akan ke luar negara seperti Indonesia.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh 20 tahun ini, LCISB mempunyai hampir 500 buah rangkaian tadika di seluruh Malaysia dan 3 buah di Indonesia dengan sejumlah hampir 40,000 orang pelajar keseluruhannya kata Datuk Haji Roslan bin Nordin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB.




SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20


Sangat meriah karnival yang berlangsung tempoh hari di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 9 pagi hingga 9 malam. Tahniah The Little Caliphs® untuk kecemerlangan 20 tahun! 

Selanjutmya, boleh ikuti media sosial Little Caliphs di Little Caliphs dan www.instagram.com/littlecaliphsofficial

HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI

HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKHA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua . Korang ada car seat khas untuk baby tak? Kalau kita tengok negara barat, mereka amat menitik beratkan penggunaan kerusi kereta bayi / car seat for baby. Negara kita, soon akan berkuatkuasa untuk mewajibkan penggunaannya ! Oh ya cerita tentang car seat / kerusi kereta bayi ini. Baru ini, HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKHA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI


HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKHA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI


HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI

HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKHA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI . Daiichi merupakan salah satu pengeluar kerusi kanak-kanak dari Korea. Apa yang menarik tentang car seat / kerusi kereta bayi dari jenama Daiichi ini adalah :-

1. Daiichi - First Seven Plus menekankan aspek penyelidikan dan penciptaan produk.

2. Selain Daiichi - First Seven Plus, mereka juga memasarkan produk pam susu jenama Spektra, pensteril UV dri jenama Upang dan juga jenama Freemie.

HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI

3. Kerusi kanak-kanak Daiichi - First Seven Plus ini, mempunyai fungsi keselamatan tambahan termasuk perlindungan kesan sampingan empat kali ganda (Q-SIP), sistem tahan kejut yang berevolusi, empat lapisan perlindungan yang melindungi bahagian kepala anak ketika perlanggaran berlaku.

HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI

4. Daiichi - First Seven Plus di reka bentuk 'Safe-Back' yang ergonomik sangat baik untuk menyokong bahagian belakang badan dan boleh di gunakan pada sepanjang tahap pertumbuhan kanak-kanak, terutama pada bahagian kepala, leher dan pinggang.

5. Daiichi - First Seven Plus mempunyai empat posisi tempat duduk dalaman  yang boleh cabut.

HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI

6. Daiichi - First Seven Plus juga mempunyai visor matahari yang boleh menghalang sinaran UV merbahaya sehingga 99.8% sekali gus melindungi mata dan kulit anak.

HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI


Selain itu, Histopoint memperkenalkan juga Daiichi's Louis All In One. Baby carrier yang di reka untuk membolehkan sokongan lumbar melalui tempat duduk pinggul dan ketinggian tempat duduk





Lutfya juga turut ke majlis - HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI

HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI

HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI

HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI
Yatt Hamzah - HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI
HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI
HAPPI KIDDO DAN HANIS ZALIKA LANCAR KERUSI KERETA BAYI JENAMA DAIICHI

Bagi yang berminat dengan produk ini, korang  boleh membeli dari kedai Happi Kiddo atau terus ke website Histopoint di www.histopoint.com.my

Weekend Treats Breakfast Dominos

Weekend Treats Breakfast Dominos - Ahad hari penuh dengan plan ! Mummy ambil keputusan untuk bawa anak-anak Weekend Treats Breakfast Dominos selepas mummy jumpa PR. Upah depa sketlah kan, dah teman mummy buat kerja mummy. Takkan tak nak bagi rewards. Tapi, depa memang suka pun kalau dapat keluar selalu macam ni. Tak payah cakap apa, tetau je semua pandai dah siap. Pilih baju sendiri melawa.

Weekend Treats Breakfast Dominos 


Weekend Treats Breakfast Dominos

Dah settled mummy jumpa PR, dah kemas baju-baju lama Dhia untuk hantar rumah adik, kemas sket-sket almari bebudak tu, nak kemas bebanyak ikut Marie Kondo tu, belum ada kekuatan lagi.

Sebelum ke rumah mama su depa, kita makan dulu kat Dominos. Bebudak ni, request nak makan ayam dan sup ! Tak semua cawangan Dominos ada sup. So, kalau balik Kajang dan singgah Dominos. Tak pernah, tak order sup !


Weekend Treats Breakfast Dominos

Sementara menunggu makanan siap, posing dulu. Dak Dzal ini kemahen bergaya. Pilih baju seluar. Padahal nak pi makan Dominos depan rumah je pun huhu.


Weekend Treats Breakfast Dominos

Acah-acah intagrammerr sangat, ni pun lagi sorang bergaya nombor satu. Pandai pilih baju apa nak pakai. Tak nak kita tentukan dahhhh huhu


Weekend Treats Breakfast Dominos

Makanan dah sampai, 2 sup, 2 air teh o ais limau, 5pcs drummet 

Ni memang fav dorang ni

Pizza memang tak order, sebab kang depa ratah isi je. Malas mumny nak perabihkan hat roti semata. 

Weekend Treats Breakfast Dominos

Weekend Treats Breakfast Dominos

Zoom sket drummet, ntah kenapa ntah depa suka sangat drummet ni ha..

Weekend Treats Breakfast Dominos

Mushroom soup ni, memang favorite...ikut mummy. Mummy pun suka makan soup, kalau kat rumah tu selalunya memang ada je standby Kimball Mushroom soup ni.

Weekend Treats Breakfast Dominos

Teh Lipton ni sorang satu depa nak, harga kat DOminos ni agak boleh tahan jugak lah. RM4.20 se tin.


Weekend Treats Breakfast Dominos

Drummet Dominos pulak, harganya dalam RM13 lebih.

Weekend Treats Breakfast Dominos

Si kecik ni, seronok sangat main belon. Makan pun tak nak sangat. Belikan fries McD je. Giler fries dak kecik ni. 

Nasi pun kuat makan jugak. 

Weekend Treats Breakfast Dominos

Pizza, drummet Daim tak suka sangat. Mungkin sebab tak selalu makan kot, sekali sekla je makan...jadi Daim macam tak gemar sangat.

Mummy pun masih try n error food untuk Daim. Apa yang Daim suka dan tak suka.

PIZZA HUT LEPAS DAIM BAIK DARI CHICKEN POX

PIZZA HUT LEPAS DAIM BAIK DARI CHICKEN POX - Happy giler mummy lama benau cuti masak haha sebab anak chicken pox, pantang masak sket lah. Kita ikutkan je, sebab budak kecik tu, sakit ke gatal. Merengek je pandai ! Dah merengek, cranky kang sapa yang susah? Mummy jugaaaaa.

Anak-anak mummy sejenis kalau cranky je, nak mummy. Tak mahu depa duduk dengan daddy tu ha. Semua mummy. Mummy berak pun, nak ikut ! tak boleh berpisah hahaha.


PIZZA HUT LEPAS DAIM BAIK DARI CHICKEN POX



Bukan je Daim Naufal perangai macam tu, Dhia, Dzal semua peel depa sama masa kecik. Manja ya rabbi ! Nak kemas rumah, nak vacum, nak masak pun tak senang. 

Tapi, daddy sangat memahami. Dia faham situasi mummy. Kalau anak semua cranky, tak sihat ke apa. Memang daddy ajak makan luar je. Terima kasih wahai kekasih hati

Hahaha..


Selalunya, Ahad lah hari kami rajin makan dinner kat luar sebab nak ke rumah Tok Mak. Tengah hari tu, masa simple je lah! Kali ini, daddy belanja Pizza Hut sebab bebudak ni yang request. Nak sup, spaghetti dan pizza tarik cheese.

Ikut mummy, mummy tak obses pizza sangat. Sebab harga, agak pricey kalau makan berlima ni. Selagi boleh jimat duit daddy tu, mummy memang nak tolong jimatkan. Supaya bila duit banyak..boleh bawa mummy travel hahaha.

Ada udang di sebalik meeeee...


Mummy suka bonding time makan begini, boleh bercerita panjang sambil menunggu makanan. Borak-borak, discus lah apa-apa planning minggu ni, minggu depan dan tahun depan juga.

Mummy pun dapat relax, sebab tak busy, so fokus pada topik-topik yang perlu di sampaikan bila bersama begini.

Kalau kat rumah tu, kang sibuk masak, kemas, layan anak, bfeed anak, pastu...nak borak lelama pun tak dapat. 


Baru cerita separuh dengan daddy dan anak-anak nak kena to be continue pulak hahaha.

Spoil jalan cerita.

Pastu mummy pun lupa apa ntah yang nak disampaikan. huhuhu. Alamaklumlah ada anak kecik yang menyusu badan tiap bape jam (kadang-kadang tiap bape minit) memang menduga kesabaran. Masa mummy almost habis dengan baby Daim je.

Tapi, tak mengapa..soon bila putus susu nanti mesti mummy akan rindu saat ni lagi !


Kalau dulu, mummy kenal daddy sewaktu sebelum kahwin. Tak ada rasa sangat daddy ni romantik haha. Tak nampak sangatlah dia punya caring tu, tapi dah kahwin. Beliau cukup memahami seorang isteri ! Syukur alhamdulillah.

So, pada yang belum kahwin...lelaki sebelum kahwin tu yang romantik bagai tu belum tentu romantik lepas kahwin tau ! Jejaga koranggg hahaha.

Jangan kecam ye ! 

Mummy larikk dulu.....

KAD KEAHLIAN SIMANJA TAWAS ANAK-ANAK !

KAD TAWAS ANAK-ANAK ! - Anak Selangor? Yes, mummy anak Selangor sebab di di lahirkan di Selangor. Walau asalnya keturunan mak abah dari Johor kacukan Jawa dan Bugis. Mak mummy (tok mak) keturunan Dato Bentara Luar Johor (Mohd Salleh bin Perang) di mana nenek moyangnya berketurunan DAENG. 

So far, salah silah belah mak je lah yang dapat trace sebab keturunan belah mak ni ramai background yang educated. Dah bapa moyang Dato Bentara Luar (yang buka peta Johor, arkitek terkenal satu masa dahulu). Haruslah ramai yang educated, kan?

Oleh kerana mak berkahwin dengan abah dan merantau ke Selangor. Terus, kami adik beradik jadi warga Selangor. Mak abah pun dah beli rumah di Selangor. So, kami warga Selangor pulak lah hehe. Anak-anak mummy, memang lahir di Selangor jugak. Sebab kami tinggal di Kajang


KAD KEAHLIAN SIMANJA TAWAS ANAK-ANAK !


KAD KEAHLIAN SIMANJA TAWAS ANAK-ANAK !

Apa kena mengena dengan Kad Tawas anak-anak? Cerita tentang Anak Selangor, anak kami dah daftar di bawah keahlian SI MANJA TAWAS. Pendek cerita, bila umur dah matang. Anak-anak akan terima RM1500 dari YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor ).

Kad Daim Naufal lama dah siap, almaklumlah, mummy dok isi borang TAWAS dan submit masa dalam pantang lagi. Dasyat tak dasyatlah kan mummy ni. Busy nau nau dalam pantang. Senang sebenarnya kalau buat semua masa dalam pantang. Lepas tu, dah tak payah fikir lagi dah !

Bila mummy collect kad Daim Naufal ini, tengok-tengok lain pulak design kad TAWAS dengan kakak dan abangnya. Udahnya, mummy minta tukar kad Dzal Aidi Fiqry. Boleh tukar, cuma kena isi borang dan bayar RM10. Tak pelah, asalkan sama design dengan abang dia hehe. Boys !

Kad TAWAS ni pun kena jaga elok-elok kang, silap haribulan tak dapat claim pulak RM1500 hehe lama tu nak menunggu. Tunggu umur anak matang !

APA TU TAWAS?


TAWAS atau nama panjangnya Tabung Warisan Anak Selangor ini khas untuk anak yang berkelahiran di Selangor dan ada beberapa term and conditions (T&C) juga. 

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

SYARAT PERMOHONAN TAWAS


Syarat 1

Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
2. Belum mencapai usia 3 tahun
3. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

Syarat 2

Permohonan adalah terbuka kepada 'Anak yang dilahirkan di Selangor' yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN
5. Cop pengesahan Taraf mastautin. Cop boleh diambil dari :-


i. Ahli Parlimen Selangor
ii.Pusat Khidmat DUN Selangor
iii.Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
iv.Penghulu/Ketua Kampung
v. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
vi.Ketua Komuniti/Nazir Masjid


Syarat 3

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. **Ibu/Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang sama didaftarkan (merujuk kepada perkara 1) dan sedang menetap di daerah sempadan yang sama

**Ini merujuk kepada contoh berikut :- 
Anak lahir di sempadan Selangor iaitu Negeri Sembilan, DAN; Ibu/Bapa mestilah lahir di Negeri Sembilan (sama dengan anak yang ingin didaftarkan) serta perlulah menetap di Selangor yang beralamat di daerah sempadan yang sama (Negeri Sembilan) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada :-


i.Penghulu/Ketua Kampung
ii. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
iii.Ketua Komuniti/Nazir Masjid



KHAIRAT KEMATIAN AHLI TAWAS


Khairat Kematian TAWAS adalah dibawah Skim Tabung Warisan Anak Selangor yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk Ahli TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Ibubapa/penjaga boleh menuntut sumbangan bernilai RM1500.00 di pejabat YAWAS dengan membawa bersama dokumen seperti berikut:

- Sijil kematian.
- Kad SiManja
- Salinan muka buku hadapan akaun bank / salinan penyata akaun (bahagian yang tertera no akaun). 
- Penyata Simpanan TAWAS (sekiranya ada)

Walaubagaimanapun, khairat ini hanya boleh dituntut oleh waris jika berlaku kematian Ahli TAWAS selepas 1 MAC 2014. Pembayaran sumbangan akan dibuat dalam bentuk cek.


Kalau korang nak info yang lebih lagi, boleh layari ke :  http://tawas.org.my

Cuti Sekolah Bawa Anak ke BlueBlue Playland Ipoh Perak.

Cuti Sekolah Bawa Anak ke BlueBlue Playland Ipoh Perak - Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidiladha ! Selamat bercuti dan selamat bercuti sekolah juga. Eh..bape banyak selamat entri blog mummy kali ini ye ! Nampak sangat excited tu ha...excited lah kan, sebab bulan birthday mummy. Nama je birthday mummy, tapi kita lebih pada meraikan hari cuti sekolah anak-anak. Jadi semua program kali ini, khas istimewa untuk anak-anak ! Kemana kami bawa anak-anak masa cuti sekolah kali ini? Cuti Sekolah kali ini, kami Bawa Anak ke BlueBlue Playland Ipoh Perak.

Cuti Sekolah Bawa Anak ke BlueBlue Playland Ipoh Perak.






Cuti Sekolah Bawa Anak ke BlueBlue Playland Ipoh Perak.  BlueBlue Playland Ipoh Perak ini di bawah Master Badminton Datuk Wira Lee Chong Wei sebenarnya. Dah sampai sini, baru mummy tahu hehe. Ginilah kalau tak pernah berjalan ke Ipoh ! Sebab tu orang kata, jauh perjalanan luas pandangan dan luas ilmu jugak hehehe.


Tarikh cantik 18.8.18


Ada program zumba


Blueblue Playland (BBP) beroperasi dari 30 Januari 2017 merupakan indoor playland untuk kanak-kanak yang terbesar di Ipoh, Perak yang mempunyai keluasan 21,000 sq. ft. 

Di sini ada pelbagai tempat untuk beraktiviti iaitu trampoline park, court badminton, akedemi Badminton yang sepenuhnya di bawah pengawasan Datuk Wira Lee Chong Wei.

Di BlueBlue Playland bukan sahaja tempat bermain untuk anak. Malah ada pelbagai aktiviti yang  boleh di lakukan di sini seperti birthday celebration, contest, pertunjukkan, games dan banyak lagi 



games - baling bola bulu tangkis


bawa bulu tangkis



Masukkan bulu tangkis dalam bekas



Games ini adalah secara berkumpulan. Di mana kumpulan masing-masing beralwan mata dengan memasing. Teruja tengok anak bermain dalam kumpulan masing-masing. Mereka tak sama kumpulan. Alhamdulillah, pandai depa bawa diri.

Mummy yang cuak lebih pada mulanya hahahaha.



Geng anak-anak, depa di bahagikan kepada 3 kumpulan untuk games berkumpulan di dalam BlueBlue Playland



Mak-mak bergambar bersama anak-anak pulak hehehe. Ada sorang tu je bukan mak orang hehe mak sedara yang baik ati bawa anak buah jenjalan.



Mummy tak risau sangat bawa baby Daim kat sini, sebab bila tiba waktu menyusu Daim. Mummy boleh berehat sekali dalam mother's lounge yang ada aircond dan sofa empuk ! Selesa sangat susukan Daim di sini !


Birthday Party di BlueBlue Playland Ipoh Perak




Birthday celebration. Ye haaa...kat sini pun boleh raikan majlis hari jadi sambil main. Moment ini semestinya wishlist anak-anak. Sumpah mereka akan suka !



Gula-gula kapas..once a while. Kami bukan jenis mak pak yang terlampau suka nak melarang anak-anak. Ada masa, kena bagi mereka merasa apa itu manis, pahit, masam. Sama macam kehidupan juga, tiada manis yang berpanjangan. Semua fasa kita akan lalui.





Sebahagian menu...semua sedap-sedap ! Sandwiches, spaghetti, fruits, puding, dan banyak lagi.

Penyampaian Hadiah dan Sijil


Majlis penyampaian hadiah. Games yang tadi tu, kumpulan Dhia yang menang ! Tahniah semua ! Good job !


Seterusnya, penyampaian sijil penyertaan kami sekeluarga. Thank you BlueBlue Playland !



Geng mak-mak (ada orang tu mak sedara je) tak lepaskan moment terindah di sini. Bukan senanag nak jumpa kan! Nice to meet u all !

Sambung Main Lagi di BlueBlue Playland



Daim 1st time masuk indoor playland macam ni. Teruja sangat tu. 

Fokus nau bermain tu huhu


Menung apa tu, Dzal? Hehe




Move to lautan bola pulak, enjoy ur self Daim 😊


Kita posing-posing pulak




Dhia dah berani main sendiri dalam playland. Pandai cari kawan dan berkawan dah




Gelongsor







Dhia pun dah berani main kat sini. Dzal masih takut lagi




Musim penyakit HFMD. Tak takut ke bawa anak ke tempat macam ni. Gilerrr tak takut..takut oiii. 

Tempat ni bagus ..sentiasa di sanitation tau !

Oh ya, lagi satu...di sini tempat permainan ini selain di jaga rapi jauh dari kuman. 

Sanitizer pun ada di letakkan dimerata-rata tempat. Kena guna untuk nyahkan germs dan lain-lain

BlueBlue Playland ni, bab kebersihan depa jaga tip top !

Okay, so..kalau korang nak bawa anak jenjalan cuti sekolah atau korang ada ke Ipoh. Masukkan BlueBlue Playland dalam lists ok !

Seven Evernew PLT (LLP0009438-LGN) 
No.2, Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, Gunung Rapat 31350, Ipoh, Perak. 

Tel : +60 5 312 6866 


Buka setiap hari Selasa - Ahad pada jam10 pagi to 8 malam