Showing posts with label kitchen cabinet. Show all posts
Showing posts with label kitchen cabinet. Show all posts

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN  - Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua! Amboi korang PKP hari tu memasing dekorasi rumah ye. Sampai kita pun terpengaruh haha. Tapi, sepanjang PKP aritu. Misi cat rumah je baru settled. Lelain tu, sama je macam sesebelum tu. Nak di jadikan cerita PKPP, masa husband masih kerja dalam rotation dan kami rajin dating berdua. Hahaha. Masa dating, macam biasalah borak pasal anak, borak pasal masa depan, borak pasal rumah. Borak punya, borak dengan husband tentang rumah. Keluar lah topik dapur rumah yang dah 10 tahun gitu je. Husband cakap dapur untuk kitchen cabinet sekarang mahal. Dan, sayang duit habis gitu. Erm, betul juga lah tu. Zaman sekarang ni, kena ada simpanan. Kita tak tahu nasib negara, nasib kita macam mana. Tengok je lah zaman covid-19 ni. Berapa banyak company yang bungkus? Innalillah.. Moga ekonomi kita semua bertambah baik. Insyaallah! 

Bila dok fikir-fikir..erm, jom lah buat kira-kira dulu... 

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN
Sebelum ada tingkap jenis sliding

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN
Selepas pasang tingkap sliding

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN 


Macam mana ada idea nak dekorasi dapur dan ubah SUAI DAPUR apartment kami? OK.. Berbalik kisah discussion kami suami isteri ni. Mummy keluarkan idea, untuk kami tengok-tengok je lah dulu harga kitchen cabinet. So, daddy (husband) setuju. 

Ada 4 tempat kami tengok-tengok. Dan, kami berpuasa hati dengan 1 company ni. Harga kitchen cabinet berkualiti dia sangat murah berbanding tempat lain. 

Bab kitchen cabinet ni, mummy tak nak cerita panjang sangat kat sini. Sebab belum siap apa pun! Tunggu siap.. kita cerita habis lah ye!

Dedulu rasa sayang je nak reno dapur. Tapi, anak makin besar. Nak tak nak, kena minimalist kan dapur juga. Nak amek video & gambar pun tak de lah nampak sepah. 

Sebelum nak buat kitchen cabinet, kami nampak ada beberapa part dapur kami yang perlu di bela / baiki. 

Dapur kami ada 2 bahagian. Dapur attached hall & dapur separate dengan pintu dari dapur asal. 

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN
Dapur asal. Sebelah luar tingkap tu , yard

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN

Consider wet & dry kitchen area juga. Cuma, mummy tak pratikkan wet & dry kitchen. Separate kan tempat dapur sinki dan almari barang. Luar kat kitchen yard buat tempat laundry, simpan perkakas masak & tempat memasak.

Bila dah confirm nak naik kitchen cabinet, kami dok fikir. Takkan kitchen yard tu nak biar macam tu. Kitchen yard kami simen je. Tak ada tiles. 

Dan laundry bar tu, kami akan letakkan satu cabinet bahagian atas kawasan mesin basuh. Cabinet aluminium tu sebenarnya free dari company kitchen cabinet kami buat. 

Box cabinet tu.. Boleh jadikan storage box, shoes cabinet juga. Tapi kami buatkan laundry bar je. Lain sket pemikiran kami kan hahaha.

Alkisah bermula lah part 1,kiranya 1% je baru siap. Ye beb! 1% je.. baru! Banyak sungguh lah nak kena buat dapur ni. Serabut yakmat.

Part 1 dekorasi dapur dan ubah SUAI DAPUR apartment kami. Kami buatkan tingkap sliding dulu, kat bahagian kitchen yard. So, nampaklah kemas dan angin tak terus masuk rumah. Barang juga tak jatuh bile di tiup angin. 

Kat situ ada para kami buat pakai besi grill macam tu. Boleh la support barangan masak BERBENTUK plastik. Ringan-ringan je. 

Para dengan awning kami buat dalam 8 tahun lepas. Sekali grill wrought iron depan rumah RM1K gak lah dulu habis. 

Selesai bab kitchen yard tingkap sliding tu! Berapa kami habis untuk tingkap sliding? Kami habis dalam RM620. Tempah dengan kedai dekat rumah je. Memang kedai tu specialise buat aluminum dan barang berkaca. Macam sliding door, pintu kabinet dan banyak lagi. 

Next projek, tukar daun tingkap bilik, pintu bilik dan pi tu depan. Moga ada rezeki kami amin.... 


Next... Kita buat tile pulak kat kitchen yard ni. Dan.. naik tile (tukar tile lama ke tiles baharu) bahagian kitchen cabinet. 

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN

Kitchen cabinet ready made sedia ada semua dah keluarkan dari dapur. Alhamdulillah kami sedekah je pada jiran tetangga yang memerlukan. Cepat keluar, cepat lah kami boleh kemas dapur. 

Misi kosongkan dapur settle. Semua barangan dapur tolak ke dining hall. Kitchen yard pulak barang macam dapur, mesin basuh tolak sana sini juga. Dapur lama, dapur biasa tu kami tak ada perancangan lagi. Tapi macam nak let go. Sebab macam tak sesuai dengan kitchen cabinet kami. 

Dan, banyak barangan yang kami sparks joy. No choice la kan, banyak sampah not good for our environment too. 

Okay lah, nanti mummy sambung story part seterusnya. Insyaallah part tile kita update! 


5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil

5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil


Bagi seseorang yang hobinya memasak, memiliki dapur yang praktikal dan lengkap semestinya adalah satu impian. Tidak kira kecil atau besar ruang yang ada, selain hiasan dan reka bentuk dapur tersebut haruslah mengikut cita rasa si tukang masak.

Jika anda masih mencari idea untuk renovate dapur anda, jom lihat reka bentuk dapur kecil atau kompak yang telah diubah suai oleh kitchen contractor dan kitchen interior designer untuk beberapa buah rumah kondominium di Malaysia. Selepas melihat hasil kerja mereka ini, anda pasti tidak sabar untuk hubungi mereka untuk mendapatkan sebut harga. ;)


1. Kondominium di USJ 1, Subang Jaya

Kemas dan rapi adalah adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkan dapur pelan terbuka ini. Kabinet dapur serba putih dari lantai ke siling membuatkan dapur kecil ini kelihatan lebih lapang. Ditambah dengan lampu gantung dengan terendak jenis besi corak geometri, dapur ringkas ini tampak lebih moden dengan serta merta. Pemilihan bahan yang tahan lasak dan menarik untuk permukaan juga sangat penting, dan juru hias dalaman telah memilih untuk menggunakan white solid surface countertop untuk dapur ini. Untuk meluaskan lagi ruang dapur, island counter bentuk L dibina di antara ruang dapur dengan ruang makan. 


5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil

 Projek oleh La Conception Hauz




2. Kondominium di Serene Residence RT2, Rawang

Susun atur bentuk L sangat sesuai untuk dapur yang kompak kerana selain dapat menggunakan sepenuhnya ruang yang ada, work flow si tukang masak juga akan menjadi lebih lancar. Dapur ini juga telah diubah suai dengan bijak oleh kitchen contraktor dengan menggunakan kombinasi warna kayu asli dalam tona cerah dan putih pada kabinet untuk membuatkan ruang itu kelihatan lebih luas dan kemas. Tingkap luas dengan pintu gelangsar pula ditambah dengan roller blind putih, sedondon dengan tema dapur.

5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil




3. Kondominium di Waldorf Tower, Mont Kiara

Ruang simpanan yang praktikal adalah penting bagi ruang dapur yang kecil. Bagi dapur yang hanya mempunyai satu dinding ini, ia telah dilengkapkan dengan kabinet di bahagian bawah kaunter serta kabinet tergantung sehingga ke siling. Walaupun ruang yang ada adalah terhad, ia tetap mempunyai ruang untuk pelbagai jenis peralatan elektrik atas kaunter dan jenis built-in. Jadi, pemilik rumah ini tetap boleh menyediakan pelbagai jenis masakan dengan segala kelengkapan yang ada untuk keluarga dan tetamu. 



5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil

Projek oleh Box Creative


4. Kondominium di Bukit Jalil

Dapur kompak ini telah dilengkapkan dengan kabinet dapur dengan reka bentuk yang moden dan ringkas. Untuk pintu kabinet, warna kelabu muda menjadi pilihan, dan digandingkan dengan permukaan kaunter granite berwarna kelabu gelap dan berkilat. Jubin putih high-gloss pula menjadi pilihan untuk memenuhi bahagian backsplash dan lantai dapur. Dengan susun atur L, ruang dapur ini nampak sangat cerah dan ceria kerana ia memperolehi pencahayaan yang sempurna dari tingkap empat daun yang luas. 


5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil

Projek oleh La Conception Hauz



5. Kondominium di Serin Cristal Residence, Cyberjaya

Dapur moden ini mempunyai kabinet dapur dengan rangka dan permukaan kaunter berwarna putih, dan pintu berwarna kelabu muda. Tombol kabinet yang diperbuat daripada besi tempa berwarna hitam pula menjadi pilihan, sedondon dengan sinki, terendak lampu gantung dan corong penyedut asap yang juga berwarna hitam. Kawasan memasak tampak lebih unik dan menarik dengan jubin yang disusun seakan batu bata. Untuk lantai pula, kepingan vinyl yang tahan lasak menjadi pilihan. 


5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil

Projek oleh La Conception Hauz


Inginkan suasana baru untuk dapur kecil anda?


Sebagai pemilik rumah, semestinya anda mempunyai pelbagai idea menarik untuk mereka hias dapur di rumah anda. Walau bagaimanapun, penting untuk anda tahu yang tidak semua idea boleh direalisasikan dengan mudah. Faktor lain seperti, jenis bahan yang sesuai, pencahayaan, pengudaraan, ciri keselamatan dan saiz ruang dapur perlu diambil kira. 

Bagi memastikan kerja renovate dapur anda berjalan dengan lancar, dapatkan khidmat kitchen contractor atau kitchen interior designer yang boleh dipercayai dan berpengalaman. 

Recommend.my mempunyai 900 kontraktor dari seluruh negara yang berdaftar dengannya. Kongsi maklumat ringkas tentang idea ubah suai yang anda mahu dan anda akan terima beberapa anggaran sebut harga dalam tempoh beberapa jam sahaja.