Showing posts with label lazada. Show all posts
Showing posts with label lazada. Show all posts

Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 untuk Lazada

Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 untuk Lazada - Domino’s Pizza baru-baru ini menganjurkan parti hari jadi sempena ulang tahun ke-7 Lazada! Untuk memperingati hari yang penuh istimewa ini, kanak-kanak dari Rumah Perlindungan al Nasuha, tokoh media sosial dan juga peminat setia dijemput untuk menyertai sambutan. 

Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 untuk Lazada



 Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 untuk Lazada


Suasana riang ria menceriakan sambutan apabila kanak-kanak dan tetamu jemputan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Lazada, dan seterusnya menikmati kek hari jadi yang lazat serta pelbagai sajian makanan yang disediakan oleh Domino’s Pizza. Selain piza, tetamu disajikan berbagai-bagai hidangan sampingan termasuk tawaran terbaru Royale Chicken Wings daripada Domino’s Pizza, yang membawakan ayam kuning telur masin dan pencuci mulut seperti Blueberry Cheesecake Lava Cake yang menjadi kegemaran ramai. Para tetamu jelas teruja apabila Lazzie, mascot Lazada, muncul untuk meluangkan masa pada petang itu bersama kanak-kanak dan tetamu lain. 

 Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 untuk Lazada

Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Kami amat teruja untuk merayakan ulang tahun ke-7 Lazada bersama dengan semua tetamu kami pada hari ini. Kami percaya kerjasama kami yang utuh ini membawa nilai dan pengalaman yang amat bermakna bagi para pelanggan kami. Oleh itu, kami benar-benar menghargai sokongan dan kerjasama kami dengan Lazada selama ini. Berpegang teguh kepada janji kami ‘It’s All About You’, kami percaya penghargaan bukan sahaja patut diberikan kepada pelanggan kami, tetapi juga kepada rakan-rakan kerjasama kami yang dihargai atas dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi. Kami harap perkongsian dengan Lazada ini dapat diteruskan bagi tahun-tahun akan datang!” 

Andrew Gnananantham, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, berkata, “Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Domino’s Pizza kerana menganjurkan parti hari jadi ke-7 Lazada. Dengan transformasi Lazada kepada destinasi gaya hidup setempat, kami ingin menyatukan pelanggan menerusi pengalaman yang lebih menyeronokkan dan boleh dikongsi dengan keluarga dan kawan-kawan, menerusi hiburan, permainan dan sudah tentu piza! Lazada membawakan tawaran eksklusif Domino’s untuk pelanggan kami sambil merayakan parti hari jadi ini, untuk anda!" 

 Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 untuk Lazada


Selain menjamu selera, tetamu jemputan juga berpeluang untuk menyertai permainan dan kuiz yang menyeronokkan, dan memenangi baucar daripada Domino’s Pizza dan Lazada. Kanak-kanak dari Rumah Perlindungan al Nasuha juga menerima beg hadiah yang disediakan khas untuk mereka sebagai tanda penghargaan kerana menghadiri parti hari jadi Lazada. 

Sempena ulang tahun ke-7 Lazada, Domino’s Pizza akan menawarkan peluang kepada pelanggan di seluruh Malaysia untuk merayakannya menerusi Set Parti Hari Jadi Lazada, yang meliputi 8 tawaran berharga RM77.70 dan ke atas. Pelanggan boleh jimat RM63.65 apabila mereka membeli set ini yang mengandungi 4 Piza saiz Regular (Biasa), 1 Crazy Chicken Crunchies (Original/Tomyam), 1 roti Breadstix/Cinnastix, 1 Botol Minuman dan 1 Chocolate Lava Cake PERCUMA. Untuk setiap Set Parti Hari Jadi Lazada yang dibeli, pelanggan akan menerima kod baucar daripada Lazada. 

Untuk merayakan dan mengukuhkan pakatan antara Lazada dan Domino’s Pizza, Lazada juga akan mengagihkan 7,000 kupon diskaun kepada pelanggan setia Domino’s bernilai RM84,000. Di samping itu, Lazada juga akan menawarkan 7 jenis Tawaran Kupon Hari Jadi Domino’s bagi peminat setia Domino’s. Tawaran ini boleh didapati dari 27 Mac 2019 hingga 27 April 2019. 

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Domino’s Pizza Malaysia menerusi Lazada dan juga promosi lain, sila layari laman http://www.dominos.com.my/ atau https://www.lazada.com.my/

ADA APA DENGAN LAZADA MATCH DAY SALES 2018?

ADA APA DENGAN LAZADA MATCH DAY SALES 2018? - Mesti korang tertanya-tanya apa ttu LAZADA MATCH DAY SALES,kan? Hehe sama macamana mummy tertanya pada diri sendiri tentang Lazada Match Day.  ADA APA DENGAN LAZADA MATCH DAY SALES 2018? Ha, kalau korang nak tahu pada hari Lazada Match Day, korang boleh nikmati diskaun kaw kaw sehingga 90% potongan diskaun untuk pembelian di Lazada. Dah lepas raya ni, memang mencari tempat jualan murah je, mummy ni ha. Kalau korang sejenis macam mummy. Nak shopping hat murr murr dan nak diskaun kaw kaw. Jom kita shopping di Lazada sempena LAZADA MATCH DAY. Nak tahu lebih lanjut tentang Lazada Match Day, korang boleh semak di :  https://www.lazada.com.my/match-day?hybrid=1

ADA APA DENGAN LAZADA MATCH DAY SALES 2018?


ADA APA DENGAN LAZADA MATCH DAY SALES 2018? - Mesti korang tertanya-tanya apa ttu LAZADA MATCH DAY SALES,kan? Hehe sama macamana mummy tertanya pada diri sendiri tentang Lazada Match Day.  ADA APA DENGAN LAZADA MATCH DAY SALES 2018? Ha, kalau korang nak tahu pada hari Lazada Match Day, korang boleh nikmati diskaun kaw kaw sehingga 90% potongan diskaun untuk pembelian di Lazada. Dah lepas raya ni, memang mencari tempat jualan murah je, mummy ni ha. Kalau korang sejenis macam mummy. Nak shopping hat murr murr dan nak diskaun kaw kaw. Jom kita shopping di Lazada sempena LAZADA MATCH DAY. Nak tahu lebih lanjut tentang Lazada Match Day, korang boleh semak di :  https://www.lazada.com.my/match-day?hybrid=1

ADA APA DENGAN LAZADA MATCH DAY SALES 2018? Lazada mengajak semua peminat bola sepak untuk sertai Lazada Match Day sale pada 15 Julai 2018, sangatlah rugi kalau korang terlepas. Sebab ianya sangat ekslusif dengan potongan diskaun sehingga 90%. Mana nak dapat weii. Hehehe.

LAZADA MATCH DAY SALES 2018 kali ini, meliputi ekslusif offers dari barangan sukan, barang dapur, aksesori elektronik, TV serta barang penjagaan lelaki dari jenama antarabangsa seperti Coca Cola, Puma, Senheng, Vivo,Tesco, Watsons, Sports Direct, Clear Men, Optimum Nutrition,Guardian, Blackmores dan banyak lagi.

LAZADA MATCH DAY SALES 2018 juga ada offer menarik seperti 888 Vouchers, Flash Deals from RM1 dan Exclusive Partners Offers.

LAZADA MATCH DAY SALE 2018 ni bukan sahaja ada jualan murah di Lazada. Malah, korang juga boleh menang dengan sertai kuiz khas dari Lazada Match Day. Sapa rasa dia teror bab bola sepak? Jom sertai kuiz ni. Jangan tunggu lagi ! Untung-untung boleh bawa balik hadiah lumayan !

LAZADA MATCH DAY QUIZ 2018


Macamana nak sertai Lazada Match Day Quiz 2018? Okay, kalau dah peminat bola sepak tu, kan. Of course korang pejam mata je pun, dah boleh jawab hehehe.

Cara bermain kuiz Lazada Match Day :-

1 - Download dan log in ke Lazada App.

2 - Jawab soalan kuiz yang di jadualkan pada 1 petang 14 Julai 2018 dan 11 pagi 15 Julai 2018

450 peserta pertama yang berjaya menjawab dengan betul, akan memenangi hadiah dari Lazada.

Jom berkuiz kita, manatahu rezeki ada di sini kan !


Selanjutnya tentang LAZADA MATCH DAY QUIZ 2018, boleh layari ke https://www.lazada.com.my/wow/i/my/2018MatchDay/match-day-quiz?hybrid=1

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Lazada Online Revolution Blogger Contest - Kalau LAZADA Malaysia buat blogger contest. Pastinya, mummy tak akan lepaskan peluang ! Rugi sangat rasanya kalau lepaskan begitu sahaja peluang untuk Lazada Online Revolution Blogger Contest. Kalah menang tu, adat pertandinganlah, kan! Yang pastinya, kita jangan mengalah sebelum bertanding ! Ewaahhh...

Lazada Online Revolution Blogger Contest



Korang yang sedang baca ni, dah join ke Lazada Online Revolution Blogger Contest? Cepat join, masih ada masa ni ! Lazada Blogger Contest ini bermula dari 1 November 2017 sehingga 14 December 2017 . 

Manakala LAZADA Online Revolution bermula 11 November 2017 sehingga 14 December 2017 . Di mana kali ini, LAZADA MALAYSIA berikan pelbagai diskaun hebat dan tawaran yang menarik.

Mummy paling suka LAZADA Flash Sales yang diadakan setiap 2 jam. Yang ni, kena cepat-cepat tengok sebab barangannya cepat habis !

HARI INI GENAP 2 TAHUN SETIA BERSHOPPING DENGAN LAZADA


Cerita bab LAZADA Malaysia ini, pertama kali mummy shopping di LAZADA Malaysia pada 14 Disember 2015. Genap 2 tahun harini rupanya mummy bersama LAZADA MALAYSIA.




Nah ! Mummy siap buka balik history order ! Oleh kerana LAZADA MALYSIA pilihan di hati, mummy terus borong 7 Photobook Malaysia 6' x 6' Mini Square Softcover Photobook 40 pages. Hasil Photobook pertama boleh tengok di SINI

PRODUK APA YANG MUMMY SUKA BELI ONLINE?


Sebenarnya mummy suka beli barangan anak-anak, semasa dalam pantang tempoh hari. Mummy beli storage breastfeeding bottle, plastic breastfeeding storage, diapers,  baby rompers, baby swaddle dan banyak lagi. Majoriti barang anak-anak yang mummy beli online. Sebab, kalau ke shopping mal dengan dorang. Asyik terlupa je beli barangan anak-anak.

Tahu-tahu je lah, kids department selalunya ada permainan dan juga taman permainan. Bawa dorang semua tu, main. Terus tak boleh nak shopping dah ! Kadang-kadang, sampai lupa apa yang nak di belikannya ! Hahaha. Balik rumah kita kasi klik..klik beli online je lah jawabnya !

KENAPA MEMILIH BELIAN ONLINE LAZADA?


Mummy suka beli Online di LAZADA Malaysia? Okay sejujurnya mummy suka beli online di LAZADA MAlaysia sebab :-

  • Banyak harga barangannya lebih murah dari pasaran
  • Tak perlu keluar rumah. Jimat masa
  • Tak perlu bawa kereta untuk bersesak ke Shopping Mall. Jimat petrol ! Petrol pun mahal dah sekarang ni
  • Boleh bayar online menggunakan kad debit atau kredit 
  • Penghantaran juga amat cepat !
  • Jika tak puas hati dengan barang yang di beli, LAZADA boleh pulangkan balik wang kita ! Ha...best,kan?

Nak Beli Apa Sempena Lazada Online Revolution ?


Kalau cerita bab apa nak beli di LAZADA semasa LAZADA ONLINE REVOLUTION. Banyak wishlist mummy sebenarnya.  Antaranya :-

1. Mirrorless Camera

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Sony Alpha a5100 Mirrorless Harga asal RM2,500. Tapi masa LAZADA ONLINE REVOLUTION ni boleh dapat pada harga RM1,599 je !

2. Drypers Drypantz Pororo


Drypers Drypantz Pororo limited edition ni pun menarik sangat ! Kalu budak-budak kat rumah tu tau. Melonjaklah suka dapat pempes Limited Edition ni !Harga untuk 3 beg hanya RM82 je ! satu beg jatuh pada harga RM27.33.

3. Sofa


Lazada Online Revolution Blogger Contest


Oleh kerana sofa kat rumah tu dah agak nazak. Mummy terasa nak beli sofa baru yang macam ni. Murah pun murah, baru RM300 lebih je.

Ha..korang dah pi cuci mata kat LAZADA ke? Shopping apa lak, tu? Share sket !


HADIAH MENARIK UNTUK LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST !


Korang yang ada blog tu pula, jemputlah tau join Lazada Online Revolution Blogger Contest ! Hari ini hari terakhir tau untuk Lazada Online Revolution Blogger Contest ! Mummy saje je join hari ini untuk Lazada Online Revolution Blogger Contest sebab nak sama dengan tarikh first time beli di LAZADA katanya hehehe. 14 Disember 2015 - 14 Disember 2017 ! 2 tahun bersama LAZADA dah aummms ! 

Korang nak tahu apa hadiah yang menarik untuk Lazada Online Revolution Blogger Contest. Hadiahnya adalah seperti berikut :- 

Kurang dari 200 Peserta (RM3,150 untuk 25 pemenang):

Tempat pertama : 1 x RM300
Tempat kedua : 9 x RM150
Tempat ketiga : 15 x RM100

Lebih dari 200 Peserta (RM6,150 untuk 50 pemenang):

Tempat pertama : 1 x RM500
Tempat kedua : 15 x RM150

Tempat ketiga : 34 x RM100


Lebih dari 350 Peserta (RM10,400 untuk 80 pemenang):

Tempat pertama : 1x RM750
Tempat kedua : 35 x RM150

Tempat ketiga : 44 x RM100


Lebih dari 500 Peserta (RM14,500 untuk 111 pemenang)

Tempat pertama : 1 x RM1,000
Tempat kedua : 50 x RM150

Tempat ketiga : 60 x RM100


Untuk keterangan lanjut tentang Lazada Online Revolution Blogger Contest klik di : https://www.lazada.com.my/blogger-contest/

HUGGIES MURAH DI LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR !

HUGGIES MURAH DI LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR 26 JULAI 2017 HINGGA 31 JULAI 2017 ! Bila anak dah 3 ni, kan.. Mummy memang alert sangat dengan harga lampin pakai buang atau diapers. Sebab benda ni, antara barangan paling utama untuk anak-anak. Sebulan berbeg-beg lampin pakai buang atau diapers kami spend untuk mereka. Kalau tak ada sales atau jualan murah untuk lampin pakai buang / diapers ni. Boleh terketar-ketar tangan daddy nak keluarkan duit. Hehehe. Bila LAZADA ada buat promosi HUGGIES MURAH SEMPENA BIG BABY FAIR. Terasa lega banyak !  Jimat pun banyak. Boleh beli simpan buat stok ! Kebetulan Big Baby fair di LAZADA berlangsung dari 26 Julai hingga 31 Julai 2017 ngam-ngam daddy dah gaji. Apa lagi? Buat stok teruih la..


HUGGIES MURAH DI LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR !

HUGGIES MURAH DI LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR DARI 26 JULAI 2017 HINGGA 31 JULAI 2017 !


Mesti ada mak-mak yang tak sabar nak tahu harga lampin pakai buang atau diapers HUGGIES MURAH DI LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR, kan?

Harga HUGGIES DRYPANTS JUMBO PACK di LAZADA serendah RM79.90 untuk 3 beg.

Sebeg tu jatuh RM26.33 sahaja tau ! Mana nak dapat harga semurah tu. Jimat banyak !

Jumbo pek pulak tu !

HUGGIES MURAH DI LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR !

HUGGIES MURAH DI LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR !

Tak pasti anak sesuai dengn saiz apa?  Atas ni, mummy dah sertakan saiz yang sesuai mengikut berat. Panduan saiz diapers untuk HUGGIES tape dan pants.

HUGGIES MURAH DI LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR !

Berminat nak cuba HUGGIES pants? Tak tahu cara pakai dan buka dengan betul? Jangan risau..ada panduannya ni mummy sertakan sekali.

HUGGIES MURAH DI LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR !

HUGGIES pants ni, banyak kelebihannya. Antaranya..Lilitan getah pinggang yang selesa, clinically proven, ada quick layer, double leak barrier,  breathable dan juga sesuai di pakai pada waktu malam.

Apa yang mummy paling suka selain 6 ciri ini ialah..Dhia dan Dzal boleh pakai sendiri. Mudah mummy, boleh fokus pada baby Daim Naufal

HUGGIES MURAH DI LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR !

80% DISKAUN UNTUK FESYEN KANAK-KANAK DAN KELENGKAPAN BAYI DI BIG BABY FAIR LAZADA


Baby Fair LAZADA kali ini, bukan sahaja ada promosi HUGGIES diapers sahaja tau.

Malah, Baby Fair LAZADA kali ini turut ada promosi diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi.

Pelbagai jenama terkemuka yang para rakyat Malaysia boleh dapatkan sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku, Fisher Price dan banyak lagi

PENGHANTARAN PERCUMA LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR LAZADA !


Part ni pun paling best ! Dah la dapat beli barangan BIG BABY FAIR pada harga murah dan jimat. Penghantaran juga PERCUMA sempena BIG BABY FAIR LAZADA untuk produk terpilih.

HUGGIES MURAH DI LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR !

JOM MENANGI HADIAH HEBAT DI LAZADA SEMPENA BIG BABY FAIR

BIG BABY FAIR LAZADA bukan sahaja akan menikmati diskaun hebat dan penghantaran PERCUMA. Tapi, berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia terutamanya di LINE Lazada Malaysia.

Okaylah semua..mummy nak pi sambung shopping barang anak-anak kat LAZADA ni.

Korang jangan lupa tau..cepat-cepat shopping. Sales ni tak lama. Lambat-lambat kang, gigit jari lah jawapnya hehehe.

Maklumat lanjut tentang LAZADA BIG BABY FAIR . Layari :-




5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI

Diam tak diam dah 12 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Mummy yakin, ramai yang dah siap untuk persiapan baju raya untuk diri sendiri mahupun untuk anak-anak. Mummy pun macam tu juga, persiapan anak-anak dah 90% siap ! Kini, rasanya,,, mummy dah boleh kemas-kemas dan buat persiapan untuk Raya Aidilfitri untuk dekorasi rumah pulak, ni. Korang dah siapkan persiapan dekorasi rumah untuk Raya Aidilfitri? 

Antara dekorasi persiapan rumah untuk Raya Aidilfitri. Kebiasaannya 5 dekorasi wajib ni harus ada. Ye lah kan, setahun sekali je kita menyambutnya. Haruslah kena deko rumah.

Bagi yang tak ada idea untuk dekorasi persiapan rumah untuk Raya Aidilfitri. Jom tengok 5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI 

5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI 




5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI

1. Lampu Raya.

Lampu raya antara lampu yang wajib bagi setiap rumah. Mummy suka ronda-ronda malam raya. Sebab seronok tengok lampu di setiap rumah. Kebanyakan rumah akan memasang lampu raya. Lampu raya ni, dapat  memeriahkan suasana raya. 

Lampu raya di Lazada berbentuk ketupat jenama MIKOMI 6pcs berharga RM48. Nampak sesuai dengan rumah mummy yang tak berapa besar.


5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI

2. Balang kuih raya.

Balang kuih raya pun antara dekorasi wajib. Kalau tak ada balang raya, macamana nak letkakkan kuih raya. Betul tak?

Mummy suka balang raya ala-ala kristal macam ni. Lawa pun lawa.

4 biji hanya berharga RM32.90 je di Lazada

5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI

3. Langsir

Setiap rumah mesti mempunyai langsir,kan? Langsir juga merupakan hiasan deko wajib. Ada yang tukar langsir setiap tahun, ada juga yang tukar sekali sekala.

Mummy lama juga tak tukar langsir rumah. Teringin jug nak berlangsir baru.


5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI

4. Alas meja dan alas kerusi

Nak tukar meja makan tetiap tahun rasa macam melampau la kan. Nak nampak lain dari yang lain. Boleh gunakan alas meja dan alas kerusi baru. 

Pastinya tampak sedikit pembaharuan dan kelainan meja makan di hari lebaran nanti.



5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI

5. Sofa

Oleh kerana sofa di rumah tu macam nak nazak, Mummy masukkan sofa half leather ni sekali dalam tips dekorasi persiapan rumah untuk Raya Aidilfitri.

Tukar-tukar perabot di hari lebaran juga dapat menaikkan semangat hari raya.

Juga keselesaan pada tetamu yang datang beraya

Cukup 5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI  dari mummy. Mana yang kekeringan idea untuk deko rumah tu. Jangan risau, Lazada ada menyediakan semua keperluan rumah. Mudah dengan adanya Lazada !


Pelbagai barangan keperluan rumah pada diskaun sehingga 90%





Sempena Marhaban Ya Ramadhan by Lazada ini, ada bermacam-macam jualan murah dari pelbagai jenama di Lazada sehingga diskaun 90%! 


Tempoh promosi ini bermula dari 19 Mei sehingga 15 Jun. Riang Ria Raya Sale pula berakhir pada 30 Jun. Cepat-cepat ke Lazada tau !


Ramadhan Raya Blogger Contest



Selain itu, ada berita baik juga untuk yang bergelar blogger. Lazada juga menyiadakan contest khas buat blogger. Untuk RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST boleh baca di : https://www.lazada.com.my/blogger-contest/

BARANGAN JENAMA Goo.N UNTUK ANAK, BELI DI LAZADA MALAYSIA

BARANGAN JENAMA Goo.N UNTUK ANAK, BELI DI LAZADA MALAYSIA - Goo.N jenama yang tidak asing lagi bagi mak-mak untuk anak mereka. Termasuklah mummy, mummy memang suka lampin pakai buang yang berteknologi dari Jepun. Dan, Goo.N adalah salah satu jenama lampin pakai buang atau pempes dari Teknologi Jepun yang mummy minati.



BARANGAN JENAMA Goo.N UNTUK ANAK, BELI DI LAZADA MALAYSIA



Sebenarnya,  jenama Goo.N ini bukan sahaja mengeluarkan jenamanya untuk lampin pakai buang atau pempes.










Malah, Goo.N ada mengeluarkan barangan lain seperti Goo.N BABY WIPES (tisu basah) dan kelengkapan lain untuk anak kecil.

Mummy shopping kat mana untuk semua barang jenama Goo.N ini? Boleh di katakan mummy agak sarat juga sekarang ni. Masa juga, sangat terbatas. Jadi, mummy memilih untuk membeli belah secara online sahaja untuk barangan Goo.N di LAZADA MALAYSIA.

LAZADA MALAYSIA kan macam-macam ada hehehe.

Jika bernasib baik, akan dapat diskaun lebih dan kadang-kadang boleh dapat penghantaran secara PERCUMA juga. Itulah antara kelebihan online shopping di LAZADA MALAYSIA !

Best, kan?

REVIEW GOO.N PANTS

Alhamdulillah, mummy puas hati sangat dengan Goo.N Pants ini. Sebab Lampin pakai buang Goo.N ini sangat sesuai untuk Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry.

Dari segi reka bentuknya, sangat fit untuk umur mereka 4 tahun dan 3 tahun

Kulit anak-anak juga tidak ada kerengsaan mahupun gatal-gatal.

Corak Doraemon dan rakan-rakan menarik minat anak untuk belajar memakai Goo.N pants sendiri.


Comel, kan corak kartun Doraemon ni !


Senyum simpul si Dzal Aidi Fiqry ni ha !


Ok...kami dah siap pakai lampin pakai buang Goo.N. Jom kita gi jalan !

Untuk belian produk Goo.N di LAZADA MALAYSIA, boleh terus klik link ini : 

Lazada Big Baby Fair Blogger Contest



Mummy mencuba nasib sekali lagi dalam Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest. Walaupun Lazada Birthday Contest tempoh hari, tak menang. Tapi, tak ada salahnya, jika mummy mencuba lagi dalam Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest.. Mana tahu, kot-kot ada rezeki anak-anak dan baby baru. Kan ! Ameen.....

Lazada Malaysia Big Baby Fair kali ini, diskaunnya hebat juga...sehingga 85% ! Ni yang membuatkan mummy tak sabar nak tunggu Lazada Malaysia Big Baby Fair yang akan berlangsung pada 29 Mac 2017 hingga 2 April 2017.



Lazada Malaysia Big Baby Fair 

Antara jenama yang turut serta dalam Lazada Malaysia Big Baby Fair ialah seperti MamyPoko, Anakku, Nestle, Huggies, FisherPrice Goo.N, Sweet Cherry, PediaSure dan banyak lagi !

Wah...ada jenama kegemaran kami, lah di Lazada Malaysia Big Baby Fair 






Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest 


Untuk Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest seperti biasa ada beberapa soalan yang perlu mummy jawab. Jom tengok apa soalannya dan apa pula jawapan dari mummy.


1. Apakah brand lampin pakai buang yang menjadi kegemaran mummy untuk anak-anak?






Secara jujurnya, semasa mereka baru lahir..memang mummy akan pakaikan anak-anak dengan lampin pakai buang (tape) jenama MamyPoko. Kerana mereka sangat sesuai jenama MamyPoko semasa baru lahir.




Manakala, bila anak-anak dah meningkat ke umur 1 tahun dan ke atas. Mummy suka pakaikan mereka lampin pakai buang (tape) jenama Huggies Ultra. Kerana lapisan yang lembut, tahan lasak dan berkualiti.


http://www.lazada.com.my/goo-n/?searchredirect=di%20mart&di-mart&sort=popularity&viewType=gridView&searchContext=supplier&fs=1&offer_id=283&affiliate_id=45576&offer_name=MY+Deeplink+Generator_0&affiliate_name=URBAN+GENERATION+TRADING&transaction_id=102833842a96fc05fcb32969393108&offer_ref=_xxmo0000000at0000&aff_source=

Untuk lampin pakai buang (seluar) pula, mummy sukakan jenama Goo.N. Kerana anak-anak ni dah pandai memilih, bila dah besar. Mereka dah ada sifat ingin tahu dan sukakan pada design Goo.N yang ada karakter doraeomon sangat comel. 


Apakah susu formula kegemaran mummy untuk anak-anak?

Sebenarnya, dari baru lahir mereka ni memang minum susu ibu sahaja. Tapi, dah besar ini mana boleh menyusu lagi. Nak-nak mummy sedang mengandung. Nak tak nak, kena putuskan susu badan dan mencari alternatif susu formula.

Oleh kerana anak-anak mummy ini dah besar dan ada kemahuan tersendiri. Mereka sendiri yang akan buat keputusan susu formula apa yang mereka nak minum.

http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/?offer_id=283&affiliate_id=45576&offer_name=MY+Deeplink+Generator_0&affiliate_name=URBAN+GENERATION+TRADING&transaction_id=102228308cf512879ed28671d872b8&offer_ref=_xxmo0000000at0000&aff_source=

Dhia Batrisya memilih susu formula S26. Kenapa susu formula S26? Mungkin... Dhia Batrisya terpengaruh dengan Upin Ipin, kot ! Tapi, tak mengapa...mummy menyokong sahaja. Sebab susu formula S26 juga banyak kelebihannya yang tersendiri.


1 produk dari Lazada Malaysia yang mummy nak berikan pada anak-anak.

Dan, yang terakhir, apa 1 produk yang mummy nak berikan pada anak? Huhu kenapa 1 produk? Mummy ada anak lelaki dan anak perempuan kot ! Susahnya nak pilih kalau di berikan 1 pilihan.

http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/?offer_id=283&affiliate_id=45576&offer_name=MY+Deeplink+Generator_0&affiliate_name=URBAN+GENERATION+TRADING&transaction_id=102228308cf512879ed28671d872b8&offer_ref=_xxmo0000000at0000&aff_source=

Apa pilihan mummy ya? Nampak gayanya, untuk adil dan saksama mummy kena pilih 1 produk yang anak-anak boleh kongsi bersama. Jadi mummy memilih Fisher-Price Puppy & Friend Learning Table. Di sini, anak-anak akan dapat tingkatkan skil moto kasar dan halus !


Fuh ! Selesai mummy menjawab 3 soalan sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest.

Korang apa tunggu lagi, tu? Baucer RM500 dari Lazada Malaysia sedang menanti. Jom cepat join, Lazada Big Baby Fair Blogger Contest  sehingga 2 April 2017.

Dan..kepada pembaca blog mummy pula. Jangan ketinggalan, membeli belah di LAZADA BIG BABY FAIR http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/ dari 27 Mac 2017 hingga 2 April 2017. Diskaun sehingga 85% tau !! 






Lazada Birthday Blogger Contest

Hai semua ! Entri mummy kali ini ialah entri Lazada Birthday Blogger Contest .  Jangan tak tahu, mummy pun sememangnya KAKI CONTEST  juga hehehe. Doakan ada rezeki mummy untuk Lazada Birthday Blogger Contest kali ini, ye !

Kalau korang blogger, korang pun boleh join juga Lazada Birthday Blogger ContestNak join Lazada Birthday Blogger Contest senang je. Hanya perlu menjawab beberapa soalan je dan ikut arahan yang pihak LAZADA sediakan.


Lazada Birthday Blogger Contest 



Lazada Birthday Blogger Contest


What do you love about Lazada Malaysia? 

Soalan pertama dari Lazada Birthday Blogger Contest, berbunyi... apa yang mummy suka dengan LAZADA MALAYSIA? Sebenarnya, banyak yang mummy suka dengan LAZADA MALAYSIA. Antaranya ialah :

i) Website www.lazada.com.my ini desktop dan mobile friendly. Memang senang nak mencari belian barangan di sini.

ii) Bila search sesuatu produk, tak perlu tunggu masa yang lama. 

iii) Bila dah beli nak buat pembayaran juga mudah, boleh menggunakan online banking, paypal, kad debit, kad kredit, secara TUNAI (COD) pun boleh .

iv) Jika ada masalah dengan barang yang di beli, pelanggan berhak untuk mendapatkan gantian !

Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 


Soalan kedua ini, memang mummy suka sangat. Apakah 3 barangan pilihan mummy di LAZADA? Jeng..jeng..jeng. Pening juga nak pilih. Sebab ada banyak pilihan mummy di www.lazada.com.my

Antara 3 produk yang menjadi pilihan mummy dari LAZADA ialah :-



Oleh kerana, mummy akan melahirkan babayD tak lama lagi. Mummy suka mencari barangan baby di portal LAZADA. Ergobaby pula antara jenama pilihan mummy. Paling best, ada sales sekarang ni !



Bila dah berumah tangga, ada anak kecil dan kami suami isteri bekerja. Kadang-kadang, memang ada rasa penat untuk membersihkan rumah. Robot Vacuum ini antara barangan pilihan mummy untuk  membantu kami meringankan kerja membersihkan rumah.



Barangan pilihan mummy yang ke-3 pula ialah freezer...bila ada anak kecik dan nak fully breastfeed kan anak. Freezer amat penting bagi mummy untuk memudahkan buat stok susu.

Kalau esok-esok anak dah besar pun, boleh pakai lagi, untuk simpan stok lauk pulak hehehhe. 

How do you think Lazada Malaysia can improve? 

LAZADA memang dah banyak improve. Bagi mummy memang dah TIP TOP dan di kenali ramai dengan portal membeli belah secara talian paling selamat dan juga pilihan yang banyak.

Bagi mummy, apa yang LAZADA boleh lagi...ialah dengan memberikan perkhidmatan penghantaran PERCUMA untuk kesemua barangan. Contohnya, PERCUMA 5kg yang pertama.

Kerana penghantaran PERCUMA tanpa cas ini, boleh menarik lebih ramai pembeli untuk membeli ONLINE di LAZADA. Serta meningkatkan jualan semasa LAZADA.



What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

Sempena ulangtahun ke-5 LAZADA, mummy ingin ucapkan semoga LAZADA lebih berjaya dari tahun sebelum ini dan terus berjaya ! Dan, jangan lupa berikan mummy hadiah yang menarik pada hari ulangtahunmu setiap tahun ! :)


Selesai sudah entri mummy untuk Lazada Birthday Contest. 

Harap-harap ada rezeki mummy untuk contest kali ini. Korang yang berminat untuk sertai Lazada Birthday Contest. Boleh layari terus ke : http://www.lazada.com.my/blogger-contest/