Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

SELAMAT HARI MALAYSIA DAN SELAMAT BERCUTI

SELAMAT HARI MALAYSIA DAN SELAMAT BERCUTI - 16 September merupakan Hari Malaysia. Hari Malaysia tahun 2018 pulak, jatuh pada hari Ahad. Maka, cuti sampai Isnin lah ofis di Malaysia. 

Cuti Malaysia kami tak travel luar Selangor KL. Kami bercuti dalam Selangor KL sahaja. Korang pi mana je tu?

SELAMAT HARI MALAYSIA DAN SELAMAT BERCUTI 



Happy holidays from us www.azlindaalin.com

DHIA SAMBUT HARI KEBANGSAAN 2018 DI TABIKA KEMAS

DHIA SAMBUT HARI KEBANGSAAN 2018 DI TABIKA KEMAS - Selamat Hari Merdeka ! Selamat Hari Kebangsaan yang ke-61. Alhamdulillah kita di kurniakan negara yang aman, damai dan masih dapat menikmati makanan yang sedap-sedap di negara sendiri ! Tahun ini, merupakan tahun pertama anak kami Dhia Batrisya menyambut Hari Merdeka di sekolah TABIKA KEMAS nya.

DHIA SAMBUT HARI KEBANGSAAN 2018 DI TABIKA KEMAS



DHIA SAMBUT HARI KEBANGSAAN 2018 DI TABIKA KEMAS, Hari Merdeka, Hari Kebangsaan, Malaysia, HARI KEMERDEKAAN yang ke-61
Posing depan sekolah

Mummy dan daddy agak busy dan ketandusan idea. Tak dapat nk fikir pakaian HARI KEBANGSAAN 2018 untuk Dhia Batrisya sambut di sekolah. Nasib mummy ada beli bendera Malaysia hujung minggu lepas. Sudahnya, malam tadi baru hantar ke tailor sebelah rumah mak. Dalam hujan-hujan gigih jugak ke rumah orang memalam buta hehe.

Tak nak susahkan tailor Kak Ina, maka kita suruh dia buatkan lubang masuk kepala dan jahit tepi je. Ala-ala baju kelawar gitu. Dhia request nak dres ala-ala Sofea The First tu. Erm, next year lah nak ye !

DHIA SAMBUT HARI KEBANGSAAN 2018 DI TABIKA KEMAS, Hari Merdeka, Hari Kebangsaan, Malaysia, HARI KEMERDEKAAN yang ke-61

Gambar dari cikgu Dhia, kemahen anakku posing photoshoot hehehe. Moga Dhia ada semangat patriotik yang tinggi dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

DHIA SAMBUT HARI KEBANGSAAN 2018 DI TABIKA KEMAS, Hari Merdeka, Hari Kebangsaan, Malaysia, HARI KEMERDEKAAN yang ke-61

Dhia dan Cikgu Ina (pembantu). Cikgu Ina ni baik sangat. Masa memula Dhia masuk alam sekolah, Dhia selalu nangis dan moody. Cikgu Ina ni lah yang banyak melayan dan pujuk Dhia.

Thank you Cikgu Ina !

DHIA SAMBUT HARI KEBANGSAAN 2018 DI TABIKA KEMAS, Hari Merdeka, Hari Kebangsaan, Malaysia, HARI KEMERDEKAAN yang ke-61

DHIA SAMBUT HARI KEBANGSAAN 2018 DI TABIKA KEMAS, Hari Merdeka, Hari Kebangsaan, Malaysia, HARI KEMERDEKAAN yang ke-61


Meriahnya sambutan MERDEKA di KEMAS Dhia. Maaf, mummy tak dapat join perarakan Dhia pagi tadi, mummy kena p kerja. 

Comel-comel je anak-anak ni semua berpakaian HARI MERDEKA. Dan...tetiba mummy pun jadi semangat nak sambuat HARI KEMERDEKAAN yang ke-61 juga.

Daddy, jom tengok bunga api malam ni, yok ! hehehe


Selamat Hari Malaysia, 16 September !

Selamat Hari Malaysia 2016 buat semua pembaca blog mummy ! Yang bestnya Hari malaysia pada hari ini 16 September 2016 ialah cuti umum ! Yeayyyy sekali lagi. Cuti di hari biasa. Tak perlu ambil cuti tahun ! Jimat cuti!



Selamat Hari Malaysia, 16 September !


Kenapa ada Hari Malaysia,ye? Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Pada tahun 1963. Ianya juga sejarah bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Mencari Nilai Hari Malaysia


16 September, Hari Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.

Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.

Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina meperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.  Dan.. akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

16 September ini, bukan sahaja cuti umum semata-mata. Sejarahnya, jangan di lupakan sama sekali. 

Moga anak cucu cicit kita akan datang memahami erti Merdeka dan juga Hari Malaysia ini.

Cuti ni, korang pi mana? Mummy pi berjalan ke Lumut,Perak. Aummmm...jom bercuti !

SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia

Merdeka ! Merdeka! Merdeka ! Salam 31 Ogos dan Selamat Hari Merdeka semua ! Tahun ini adalah SehatiSejiwa untuk Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia. Kenapa SehatiSejiwa di pilih untuk tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia, ye? Ha..kalau nak tahu kene baca sampai habis entri mummy ini, ye.


SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA  !


SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia

MAKSUD SehatiSejiwa 

SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.


SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia


SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia


Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.


LOGO DAN LAGU SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN2016 MALAYSIA

Sementara, Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan.

Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober 2016 termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.

Jangan lupa sertai program-program tersebut,ye ! Mummy pun tak sabar nak bawa anak-anak ke sana. Nak hidupkan semangat patriotik dalam diri mereka sejak kecil.