Showing posts with label mancing. Show all posts
Showing posts with label mancing. Show all posts

Sedapnya Dapat Dinner Udang Fresh Mancing di Jalan Reko Kajang

Sedapnya Dapat Dinner Udang Fresh Mancing di Jalan Reko Kajang . Cuti bebaru ini, anak-anak sibuk ajak daddy gi mancing udang. Mungkin sebab daddy dorang ni, pernah bercerita plannya nak mancing udang. Biasalah bebudak ni, excited tiap kali daddy nak mancing.

Mancing udang ini, pengalaman pertama untuk anak-anak. Selalu dorang ikut daddy mancing ikan sahaja. 

Sedapnya Dapat Dinner Udang Fresh Mancing di Jalan Reko Kajang


Oleh kerana, cuti aritu mummy FREE (sebab minggu sebelum-sebelumnya , jadual mummy penuh weekends). Dan, kebetulan pulak Mummy pun, macam dah lama tak makan udang fresh.

Maka, marilah kita semua follow daddy mancing udang ! Yehaaaaaaa.


Sedapnya Dapat Dinner Udang Fresh Mancing di Jalan Reko Kajang

Sebelum mummy bercerita panjang. Mummy tayang udang fresh dari Kolam Mancing Jalan Reko Kajang dulu. Amacam ? Besar dan FRESH kan?

Buat masak apa? Daddy masak goreng kunyit campur bebawang je. Tekak kami nak makan simple je untuk dinner.

Sebab lunch, mummy dah masak ayam goreng, telur goreng dan ayam masak Bali.


KOLAM MANCING UDANG HARIMAU JALAN REKO, KAJANG



Sedapnya Dapat Dinner Udang Fresh Mancing di Jalan Reko Kajang

Harga mancing udang kat Kolam Mancing Udang Jalan Reko Kajang ni berharga RM32 sejam. Batang pancing di berikan sekali. Tapi, untuk umpan pulak. Kena beli sendiri atau beli di sana. 1 bekas umpan untuk mancing udang berharga RM12.

Kalau, nak makan udang FRESH mummy rasa berbaloi kot dengan harga mancing di sini. Lagi satu, mancing ni memang hobi daddy. Mancing adalah satu terapi selepas daddy penat bekerja setiap hari.

Kalau rasa-rasa nak makan udang murah, boleh je beli kat pasaraya atau pasar.


Sedapnya Dapat Dinner Udang Fresh Mancing di Jalan Reko Kajang



Sedapnya Dapat Dinner Udang Fresh Mancing di Jalan Reko Kajang

Kemahen semua nak mancing, ops gambar Dhia takde pulak ! Mana Dhia? Dhia ada sibuk lepak kat kedai makan tepi tu. Tu sebenarnya, motif nak pi tempat mancing. Sebab dorang boleh makan dan minum dengan bahagia. 

Daddy pun, sibuk mancing. Jadi, perkataan NO setiap permintaan anak-anak tu...akan bertukar kepada YES 

"daddy nak air, boleh?"  "Daddy nak order makan, boleh?"

Semua boleh nak ! hehehehe