Showing posts with label minyak. Show all posts
Showing posts with label minyak. Show all posts

BILA MINYAK MURAH RM1.92/LITER, ISI PENUH TAK SAMPAI RM40 PUN !

BILA MINYAK MURAH RM1.92/LITER, ISI PENUH TAK SAMPAI RM40 PUN ! - Assalamualaikum, selamat hari Jumaat semua ! Setiap hari Jumaat je, mummy mesti kalut pepagi isi minyak kereta. Ye lah kan, minyak kereta untuk harga minggu depan (announce malam ni) belum tentu turun lagi. Kalau turun ...alhamdulillah. Kalau naik?? BILA MINYAK MURAH RM1.92/LITER, ISI PENUH TAK SAMPAI RM40 PUN ! Jadi, ada baiknya mummy sesiap isi minyak pepenuh bukan mahal mana pun.


BILA MINYAK MURAH RM1.92/LITER, ISI PENUH TAK SAMPAI RM40 PUN !




Cerita tentang BILA MINYAK MURAH RM1.92/LITER, ISI PENUH TAK SAMPAI RM40 PUN ! . Kalau dulu lah kan..isi penuh satu tank kancil tu... dekat RM50 jugak lah. Sekarang ni, untuk Kancil, tak sampai RM40 dah penuh.

Memula tadi...Mummy pun dah tak tahu berapa harga se tank. So, pepagi ni, isi je lah RM40. Tup..tup attendant minyak (tolong mummy isi kan minyak) cakap banyak sangat ni. Tak sampai RM40 satu tank dah boleh penuh katanya. Mummy malas nak cakap banyak, diamkan aje.

Rupanya...betul RM38 je penuh satu tank Kancil mummy tu ha..

Pam attendant suruh mummy tunggu di kereta, dia nak tolong ambilkan balance isi minyak tu.

Dalam hati mummy. "eh ko dahlah tolong aku isi minyak kereta. Walaupun aku bawa kancil je. Selalunya kalau bawa kancil ke petrol pam. Jarang sekali orang nak bantu !" . 

Keduanya,"baiknya hati beliau nak bantu aku amekkan balance isi minyak kereta".

Terus mummy cecepat bersuara,"okay terima kasih ya tolong ambilkan balance. Nanti u ambil sahaja bawa pergi makan.

Mummy ni simple je orang nya....."orang berbudi kita berbahasa"

Okay berbalik kisah minyak murah ni kan..Grand Livina pulak penuh tank dalam RM80 lebih. Bila harga minyak turun ni. Dalam RM60 lebih tak silapnya.

Masa harga minyak mahal aritu. Kalau mummy bawa Livina ulang alak ke ofis dan balik ke rumah. 2 hari je dah lebih RM30. Memang sakittt juga.

Tapi, mummy selang seli bawa kereta ke tempat kerja. Taklah memanjang bawa Livina.

Kereta pun nak kena panas enjin jugak, duduk dendiam kang merajuk. Banyak pulak rosaknya.

Korang dah isi minyak pepenuh ke tuuu?