Showing posts with label mummy. Show all posts
Showing posts with label mummy. Show all posts

Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun !

Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun ! - 2 Jun 2018 genaplah kami laki bini menjadi kekasih halal ! Diam tak diam dah 6 tahun kami layari alam rumah tangga bersama. Anak pun dah 3, alhamdulillah di kurniakan keluarga bahagia. Mummy sentiasa doakan agar kami sekeluarga bahagia selamanya ! Korang pun, yang baca entri mummy ni. Mummy doakan kalian bahagia dan sentiasa di murahkan rezeki sederasnya.

Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun !

Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun !


Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun ! 6 tahun layari alam berumah tangga, memang tak di nafikan ada onak duri. Tapi, itu semua mendewasakan hubungan kami. Syukur alhamdulillah, mummy di kurniakan suami yang penyayang dan sentiasa support dalam apa juga urusan mummy. Jarang sekali beliau 'SAY NO'.

Yang mana kurang baik, kita perbaikilah untuk jadi baik.

Mummy pun bukannya 100% isteri terbaik. Ada juga kadang-kadang terlepas cakap, terkasar bahasa dan juga degil. 


Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun !


Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun !

Terima kasih encik suami untuk kasut Sketchers di hari Wedding Anniversary. Serba salah pulak, mummy tak bagi apa-apa pada daddy. Nantilah birthday daddy. Mummy belikan sekali harung ye !

Anak-anak pun super duper seronok sebab depa pun dapat kasut juga ! Kemahen korang ! Okaylah, anniversary mummy daddy anniversary kamu semua jugak !


Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun !

Kitorang sejenis memang family type...celebrate wedding anniversary ke hape. Angkut je semua anak-anak. Penyeri kot, depa tu semua !

Kalau dorang tak ada, kami berjalan berdua dengan asben je. Kadang tu, boleh jadi kekoh juga berdua tanpa anak-anak. Hehehe

GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA

GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA | Mummy terbangun dari lena bila terbaca nukilan yang di sebarkan melalui Whatsapp baru-baru ini ! Dalam kehidupan ini, mencari wang sangat penting. Dalam masa yang sama, moment bersama keluarga juga penting. Mummy dan daddy memang nakkan terbaik untuk kedua benda ini. GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA ini bukan boleh di ulang tayang..repeat forward !

Ya ! Kalau boleh...mummy nak sangat duduk rumah habiskan GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA. Tapi, apakan daya...duit juga perlu di cari demi kehidupan yang selesa. Walau apa pun, kami suami isteri selalu ingatkan sesama sendiri untuk tidak mengabaikan GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA. 

GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA

GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA


GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA

Dan, terciptanya blog www.azlindaalin.com sebenarnya adalah untuk merakamkan detik GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA. Supaya kelak, mummy tak lupa saat-saat indah bersama yang tersayang.


Oh ya ! Jom kita baca cerita GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA dari whatsapp yang mummy terima baru-baru ini !

TUJUAN AKHIR

Seorang pengurus yang memiliki gaji 30,000/bulan sedang berdiri di tepi pantai dan memandang ke arah laut, ketika seorang nelayan merapatkan perahunya. 

Pengurus itu bertanya : Berapa lama waktu yang dihabiskan untuk menangkap ikan sebanyak ini?


“Tidak lama, 5 jam sahaja " jawab nelayan.

“Mengapa tidak pergi lebih lama lagi dan menangkap lebih banyak lagi ?”

“Ini sudah cukup buat keluargaku.”

“Apa yang di lakukan diluar waktu menangkap ikan?”

“Bermain dengan anak-anakku, tidur siang, makan tengahari bersama keluargaku, menghantar dan jemput anak ke sekolah, berbakti kepada kedua ibu bapaku, keluar dengan kawan2, beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta .......hidup yang begitu kunikmati.”

“Saya ada idea untuk membantumu,” ujar si pengurus. Saya lulusan dari Amerika. Saya cadangkan, habiskan waktu tuan lebih banyak utk menangkap ikan, beli perahu yang lebih besar, dapat lebih banyak duit, beli lagi beberapa perahu. Jangan jual ikan kepada orang tengah, jual terus ke pembeli hingga tuan memiliki kedai sendiri. Kendalikan produk, agihan dan penghantaran. Setelah itu... anda pindah ke kota besar, kemudian ke luar negeri untuk mengembangkan usaha ini.”

“Menarik,Tapi berapa lama waktu yg di perlukan supaya dapat mencapai semua itu?” tanya nelayan yang mulai tertarik.

“Lima belas tahun paling cepat. Dua puluh tahun paling lambat,” jawab si pengurus. 

“Setelah itu tuan ?”

“Inilah bahagian yang paling menarik, anda boleh menjual saham perniagaan di bursa dan menghasilkan duit yang banyak.”

“Wah, menarik ya. Lepas tu tuan?”

“Lalu, anda boleh istirahat dan pulang ke rumah. Pindah ke desa kecil di tepi laut, memancing, bermain dengan anak-anak, tidur siang, makan bersama keluarga, menghantar anak ke sekolah, berbakti kepada ibu bapa serta lepak dengan teman2 rapat dan beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta.

Oooooooh..kalau TUJUAN AKHIRnya cuma itu, sekarang SAYA SUDAH MENDAPATKAN apa yang SAYA INGINkan, kalau menunggu 20 tahun lagi. Anak-anak saya sudah besar, jadi.. tak mungkin lagi saya dapat bermain dan menghantar mereka ke sekolah. 

Jika ibu bapaku dipanjangkan umur pun rasanya mereka sudah tidak mampu untuk bergerak jauh dan lama, sahut si nelayan sambil meninggalkan manager yang kebingungan.

Moral of Story : Jangan lewatkan GOLDEN MOMENT bersama ANAK-ANAK, IBUBAPA & KELUARGAmu. Kerana HAL INDAH ini TIDAK AKAN TERULANG DUA KALI dalam kehidupanmu. Syukurilah semua hal baik yang kau miliki bersama keluarga mu saat ini.

#copypaste