Showing posts with label padini. Show all posts
Showing posts with label padini. Show all posts

MENGGILA BELI BAJU BILA PADINI SALES

MENGGILA BELI BAJU BILA PADINI SALES - Padini buat 4 days sales sampai esok 5 November 2017 di semua cawangan PADINI.  Sempat jugaklah mummy shopping lelaju kat PADINI SHAH ALAM MALL masa waktu rehat hari Jumaat.  

MENGGILA BELI BAJU BILA PADINI SALES - PADINI 4 DAYS SALES


Brand yang sempat mummy grab ialah PDI, PADINI AUTHENTIC je. Lelain tu, tengok gitu-gitu je. Yang penting... tshirt anak-anak, tshirt daddy dan mummy.




Almaklumlah, bukan selalu membeli kan. Bebudak ni pun cepat besar. Baju banyak tak muat dah.

Bagi mummy, berbaloi kalau shopping time macam ni. Sebab murah berganda ! Tshirt anak-anak sehelai RM9, tshirt mummy dan daddy RM13 RM19, track suit untuk riadah bercuti pulak RM39 (harga asal RM59). 

Track suit tu beli 1 helai..balik rumah berebut dengan daddy. Huhu. Masa call daddy. Mummy tanya nak apa-apa tak? Daddy jawab tak ada. Cari barang anak je !

Balik rumah, daddy tanya...mana barang daddy? Hahaha....tu la juai mahai lagi, kan? Nasib la ...mummy ni bukan luris bentul sesangat ! Mummy belikan juga baju daddy. Mestilah kena beli, walau pada awalnya daddy tak nak. Sebab bayar shopping tu semua, pakai duit daddy. Jadi, wajiblah bodek gak, kan? Hehehe

Seluar kerja dan baju kerja pun murah gak. Tapi, mummy tak sempat nak cuci mata dan nak melilau sangat. Kejar masa dan kejarkan nak membayar.

Beratur nak bayar punya lah panjang yakmat. Sambil beratur tu, sempat gak la cuci mata kiri kanan. Mana berkenan tu, sempat gak lah mummy sambung capai lagi. Hahaha.

Tiap kali, nak berjalan jauh..nak bercuti. Tiap kali tu la, kena mencari baju huhu.

Last week, dah memborong tudung yang tak perlu iron sangat. Sesuailah bawa p travel.

Barang-barang lain banyak dah settle. Baragan si Daim masih banyak belum siapkan lagi. 




Pakaian di Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya Dari RM19

Pakaian di Padini Concept Store IOI Mall Dari RM19 ! Hanya RM19 ! Ya betul tau...dari RM19 je, tak tipu...buat apa nak menipu huhu. Tshirt mak, bapak, hinggalah ke tshirt anak-anak dari RM19. 

Ada lagi, yang murah kat Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya. Beli 2 helai RM29 juga. Tapi tshirt budak, kene beli sama jantina. Tak boleh beli sehelai untuk anak perempuan dan sehelai untuk anak lelaki.

Mummy ni, biasalah...dapat duit belanja dari daddy. Mesti terus pergi beli baju anak-anak dan baju daddynya.

Memang tabiat dari dulu. Pastu, bila daddy tanya..beli apa duit yang dia bagi? Erm.....terus menggagau nak cerita. Hahahaha.

Allah ...bukan selalu pun shopping. Time sales gini la.. pi shopping dan terjah Padini Concept Store tu ha.


Pakaian di Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya Dari RM19


Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya


Mummy suka pi Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya, hari kerja mudah parking. Banyak pilihan pakaian, sebab Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya ini besar. Ada jual pakaian anak-anak juga.

Sampai bila sale di Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya. Bab ni mummy tak tahu...sebab tak ada tulis pun tarikhnya. Cuba lah terjah...manatahu ada rezeki ke kan.