Balik kerja, sebelum simpang rumah mak memang banyak gerai pisang goreng. Anak-anak pula memang minat posang goreng. Jadi, kalau balik kerja tak lewat tu...harus singgah cari pisang goreng untuk anak-anak.
Sebelum beli, wajib tanya harga dulu..baru boleh bajet nak beli berapa banyak,kan?
Hari pertama singgah kedai. Kata penjual tu RM2 - 5 keping.
Tapi..dua hari selepas itu, RM2 - 3 keping. Mak ai....beberapa hari je dah naik harga ke?
Kalau saiznya besar l, boleh masuk akal la RM2 - 3 ketul.
Takat besar ni berharga RM2 - 3 ketul. Next time, tak singgah lah jawabnya hehehehe