Showing posts with label preganancy. Show all posts
Showing posts with label preganancy. Show all posts

KEPUTUSAN BACAAN GULA DALAM DARAH (MGTT) MUMMY

Kisah beberapa minggu yang lalu, mummy ada cerita tentang kehamilan mummy dan minum air gula (MGTT). Berdebar tunggu result sebenarnya. Semalam, Alhamdulillah settle check up untuk minggu ke-20 kehamilan. Dah 5 bulan kandungan mummy. Baby dalam perut pun aktif bergerak-gerak dah. Ini antara nikmat paling best, sewaktu mengandung - bila terasa tendangan baby. Heartbeat baby pun ok 146, darah mummy (HB) juga tak ada masalah. Syukur !


KEPUTUSAN BACAAN GULA DALAM DARAH (MGTT) MUMMY 


Berbalik pada cerita minum air gula beberapa minggu lepas (pernah di ceritakan di SINI ). 

Result MGTT gula mummy dah keluar. Huhu seram nak tengok result. Walaupun mummy tahu history mengandung mummy, memang tak ada masalah diabetes.

Ok, bacaannya ialah :-




Bacaan gula dalam darah mummy , sebelum minum air gula : 3.9 (mmol/ml)
Bacaan normal : 4 - 6 (mmol/ml)

Bacaan gula dalam darah, selepas 2 jam minum air gula : 3.9 (mmol/ml)
Bacaan normal : 3.6 - 8 (mmol/ml)

Nurse pelik bacaan gula dalam darah sebelum dan selepas adalah sama. Siap tanya mummy. Ada muntah atau tidak. Yang pastinya, minum air gula kali ini..mummy jujur. Tak buang dan boleh habiskan segelas.

Berbanding minum air gula sebelum ini, ada juga mengelatnya hehehe. Apapun, bersyukur. Bacaannya normal dan mummy tiada DIABETES semasa mengandung.



Artikel Menarik : Penawar Kencing Manis / Diabetes




Demi Meatball IKEA

Demi Meatball IKEA - Tekak mak buyung ini kan, lain mcam sekarang. Nampak macam kuat makan, tapi sebenarnya selera dah berkurangan sangat. Makan sedikit je, terus macam hilang selera. Oleh kerana nak pulihkan selera makan mak buyung. Kita pi makan meatball IKEA hehehe. Orang lain pi IKEA shopping barang. Kami shopping makanan kat IKEA. 

Kalau kata weekend nak ajak daddy ke IKEA tu, macam tahu sangat jawapannya. Jadi kali ini, mummy pujuk pergi weekdays. Balik kerja, terus zassss whatsapp daddy. Memula daddy macam malas juga nk ke IKEA. Dengan parking selalu penuh, nak makan pun ramai orang.

Pujuk punya pujuk. Berjaya mak buyung akhirnya. Hehehe. Nak ikutkan, mummy boleh je drive sendiri kalau teringin nak makan meatball IKEA. Tapi, tak feel la makan sengsorang. Makan satu family, baru ada feel. 
  
Demi Meatball IKEA, IKEA Damansara


 Bergambar sebelum makan, eh nape macam nampak juling je mata mummy tu? hahahaha.

Demi Meatball IKEA, IKEA Damansara, mushroom soup

Kami order tak banyak pun, mushroom soup, meatball IKEA 15 pcs, set kids kentang goreng nuget dan kepak ayam goreng. 

Daddy siap tanya, datang jauh-jauh.. makan ni je? Nape tak order banyak?. Kita bukan nak makan berpinggan pun, dapat rasa setengah pinggah meatball IKEA dah kenyang sebenarnya.

Demi Meatball IKEA, IKEA Damansara, Chicken Wings 

Tulang je ni ha yang tinggal, tak sempat snap gambar kepak ayam goreng.
 
Demi Meatball IKEA, IKEA Damansara,

Demi Meatball IKEA, IKEA Damansara 

Demi Meatball IKEA, IKEA Damansara

Dinner on weekdays kat IKEA, memang tak beratur lama sangat. Nak cari tempat duduk pun mudah. 

Demi Meatball IKEA
 
Port makan kami, dekat play ground. Senang monitor anak main. Tapi, sebelum main.. kena makan dulu. Syarat utama untuk anak-anak sebelum bermain.

Demi Meatball IKEA

Sempat pusing-pusing sekejap dalam IKEA, seperti biasa anak-anak excited nampak bilik showroom yang comel dan lawa.

Siap mintakan mummy ambilkan gambar lagi tu.

Tapi, kalau mummy masuk ke IKEA ini...memang tak sah, kalau berangan lebih. Di sebabkan rege nya pun boleh tahan juga. Hanya mampu berangan je lah



Demi Meatball IKEA

Wajah-wajah kesayangan yang triple happy. Stay sampai IKEA tutup. Tapi sempat gak memborong karipap telur kat IKEA. Lama tak makan karipap telur IKE. Happy tummy la mummy.

Bye IKEA, ada rezeki nanti. Kami datang lagi..............

MGTT ATAU MINUM AIR GULA SEMASA HAMIL

Bila bab kena minum air gula (MGTT) semasa hamil memang bab paling mummy tak suka. Manisnya sampai perit tekak. Kenapa ye, setiap kali mengandung wajib minum air gula? Semasa mummy mengandungkan Dhia Batrisya (anak pertama), kena minum satu kali air gula (MGTT) semasa hamil. Tapi, ada kes mengelat jugaklah. 


Anak kedua pula, Dzal Aidi Fiqry. Mummy dah kena minum 2 kali air gula (MGTT) semasa hamil. Tapi, 1 kali je mummy hadiri appointment minum air gula di Klinik Kesihatan Kajang (KK Kajang). Sebab di KK Kajang, appointment untuk minum air gula (MGTT) semasa hamil pada setiap Jumaat pagi sahaja. 


MGTT ATAU MINUM AIR GULA SEMASA HAMIL


APA ITU MGTT ATAU MINUM AIR GULA SEMASA HAMIL?


Minum air gula semasa hamil atau Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan untuk memastikan ibu hamil tidak mempunyai masalah kencing manis ketika hamil atau Gestational Diabetis Mellitus (GDM). MGTT lebih dikenali ramai sebagai ujian minum air gula.

Untuk kehamilan anak nombor tiga ini, mummy buat appointment di Klinik Desa Kg Melayu Subang. Alhamdulillah, mummy berjaya habiskan 1 cawan air gula tanpa mengelat. Hahahaha..kantoi cerita lama! 


Air gula di Klinik Desa Kg Melayu Subang lebih sedap...aumss gitu. Eh..eh..tipu je. Dah namanya air gula, haruslah sama je rasanya. MANISSSSS...

Tapi, tekak mummy kali ini...boleh terima manis air gula. Tekak orang mengandung ni, memang pelik. Setiap kali mengandung, memang berlainan rasa tekak tu..bukan sama je rasanya. 

Mummy rasakan air gula yang mummy minum semalam tu tak semasnis sebelum ini. Tapi, kena sound juga denagn nurse KD Kg Melayu Subang tu,"Puan Azlinda, jangan termenung lama sangat. Minum cepat sket ya !"

Lain orang lain cara minum, kita minum memang beradab. Seteguk, seteguk tiap kali minum. Cara orang Islam, ada ke mengajar minum sekali teguk dalam satu gelas? 

Eh..mummy bukan ustazah sangat. Mummy akui, banyak tips yang suruh minum seteguk terus air gula untuk elakkan loya atau rasa tak sedap.

Mummy tak biasa minum sebegitu, kalau buat tentu boleh terluah balik. Masing-masing punya tips la kan. Mummy tak salahkan sesapa pun dalam tips minum air gula.

Ikut keselesaan masing-masing, nak minum air gula macamana.

 MGTT ATAU MINUM AIR GULA SEMASA HAMIL

PROSEDUR MINUM AIR GULA MGTT  UNTUK WANITA HAMIL.


Di Klinik Kerajaan yang mummy selalu pergi ni, sama sahaja prosedur untuk minum air gula.

1. Puasa selepas 10 malam (sehari sebelum), jam 8 pagi dah kena berada di Klinik Kesihatan untuk ambil nombor giliran.

2. Apabila nombor giliran di panggil, nurse terus ambil darah mummy. Untuk bacaan semasa puasa.

3. Selepas, darah di ambil di bahagian lengan, mummy terus diberikan air gula.

4. Habis satu cawan air gula, mummy kena berehat selama 2 jam. Tak boleh makan, minum dan tak boleh keluar dari perkarangan klinik.

5. 2 jam kemudian, mummy di panggil untuk mengambil darah lagi di lengan.

6. Selesai prosedur ambil darah dan minum air gula.

Bagaimana dengan keputusannya? Untuk Klinik Desa Kg Melayu Subang, mummy akan diberitahu keputusan semasa appointment yang akan datang.   

Nanti mummy kongsikan result mummy ye :) 

SENARAI SEMAK UJIAN MGTT / AIR GULA


1) Umur >35 
 
2) BMI >=27kg/m2 atau berat >= 80 kg

3) Sejarah keluarga ada diabetes
 
4) Sejarah Gestational Diabetes (GDM)

5) Sejarah keguguran 2-3 kali berturutan

6) Sejarah Kelahiran IUD / stillbirth / 0-6 hari / Congenital malformation

7) Kenaikan berat badan melebihi 2kg /minggu

8) 2 kali glycosuria

9) Recurrent UTI/ Candidiasis 

10) Polyhydramnios

11) Sejarah melahirkan bayi 4kg ke atas
 



TIPS MINUM AIR GULA (MGTT) IBU HAMIL

Sedikit tips minum air gula (MGTT) ibu hamil, yang ingin mummy kongsikan. Tips ini mummy perolehi dari website majalahpama. Jika, ada yang nak mencuba tips ini. Boleh mencubanya.
 
1. Jaga pemakanan

Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak yang boleh. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran di dalam hidangan makanan.

2. Berpuasa

Seawal jam 10 malam sehari sebelum ujian air gula, anda perlu berpuasa. Walaupun diminta berpuasa, anda hanya tidak boleh makan tetapi, masih dibenarkan untuk minum. Walau bagaimanapun, hanya air kosong dalam kuantiti yang sedikit dibenarkan. Air manis dan bergula dilarang sama sekali.

3. Minum dengan cepat

Anda perlu minum dalam masa yang pantas. Minum 200ml air gula itu sekali gus dan bukannya sedikit demi sedikit. Jika perlu tutup hidung, asalkan anda dapat menghabiskan air gula yang diberi secepat mungkin.

4. Kumur mulut selepas minum

Rasa gula yang manis mudah membuatkan anda berasa loya dan mahu muntah. Bagi mengelakkan hal itu, segera kumur mulut dengan air paip yang bersih. Secara tak langsung ini dapat membantu anda menghilangkan kemanisan air gula yang ada di dalam mulut.

5. Berehat di tempat yang selesa

Jika mahu pitam, berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian. Seelok-eloknya anda habiskan masa dua jam sebelum ujian darah kedua di tempat yang tidak mempunyai bau supaya dapat menghindarkan anda daripada termuntah.

6. Jangan terus makan berat

Selepas ujian darah kali kedua dilalui, jangan terus makan makanan berat. Seelok-eloknya, mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti terlebih dahulu. Apabila keadaan kembali stabil, barulah anda boleh menjamah makanan seperti biasa.


 







SONOVISION KELANA JAYA, 2D SCAN ULTRASOUND PERCUMA PADA AWAL KEHAMILAN

Sonovision menawarkan scan ultrasound PERCUMA untuk awal kehamilan. Menarik tak, bila dapat scan ultrasound PERCUMA? Mummy teringat zaman mengandungkan Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry. Tak ada scan ultrasound percuma masa tu. Melainkan scan ultrasound di Klinik Kerajaan je lah kan boleh dapat PERCUMA. Cumanya, kalau scan ultrasound di Klinik Kerajaan, awal kehamilan tak nampak apa pun sangat, ukur pajang lebar pun semua tak dapat. Dan ada setengah KK tak buat scan ultrasound ini. Beza pula dengan Sonovision Ultrasound ini. Awal kehamilan pun boleh nampak ! PERCUMA untuk awal kehamilan lak, tu !

Sonovision Scan Ultrasound, Sonographer Jezzlyn


Mummy dan Jezzlyn

Sebab tu dulu kala, mummy suka pi buat scan ultrasound dengan Sonographer, Jezzlyn. Dedua anak kami, buat scan ultrasound dengan Sonographer Jezzlyn. Siapa Jezzlyn? Jezzlyn ialah Sonographer dan beliau sebenarnya adalah pemilik Sonovision Ultrasound. 


PENGALAMAN KE SONOVISON UNTUK SCAN ULTRASOUND PERCUMA



Sonovision terletak di Plaza Kelana Jaya berdekatan juga dengan kompleks latihan MAS (Malaysia Airlines, Kelana Jaya). Tempat meletakkan kereta pun ada di sediakan.



Sonovision berikan perkhidmatan PERCUMA untuk scan ultrasound bagi usia kandungan  5 hingga 10 minggu.



Sessi perjumpaan pertama ini di panggil sebagai "Dating Scan"


Walaupun scan pada usia awal kehamilan 5 hingga 10 minggu. Mummy masih lagi teruja ! Dah anak masuk 3 orang pun teruja,ke?

AZLINDA ALIN MENGANDUNG?



Eh, mummy mengandung ke? Ops...pecah tembelang di sini ya ! Tak boleh simpan rahsia betul, lah mummy ni kan?



Oleh kerana, entri blog mummy ini lebih pada parenting. Tak syiok la kan. Kalau  mummy tak share bab SCAN ULTRASOUND PERCUMA ni. 



Mummy nak semua pembaca blog mummy boleh dapatkan scan ultrasound percuma di Sonovision untuk tempoh kehamilan 5 hingga 10 minggu ini.



Berbalik pada kes mummy mengandung, ke?



Ya..mummy mengandung anak nombor 3 sekarang. Alhamdulillah ..syukur. (Mohon doa baik-baik untuk kami dan anak dalam kandungan ini supaya sihat walafiat ya) 



Surprise sangat tau kali ini. Mummy terkejut bila dapat tahu sedang mengandung.



Ye lah kan, mummy kan ambil perancang keluarga. Tapinya, tak displin. Maka...jeng..jeng..jeng lah jawabnya hehehehe.



Macamana dapat tahu mengandung?



Ada satu hari tu, terasa nak beli preganancy test. Sebab badan asyik tak sihat je. Baju dan seluar pun dah macam sendat balut buah nangka je,kan. Tapi, sebelum tu minta permission daddy dulu. Once, setuju..mummy pun beli pregnancy test dan buat ujian air kencing sendiri.






Ya Allah..positif ! Terus whatsapp asben laju-laju dalam toilet tu juga. Nak buat cemana katanya, dah rezeki kan. 

Lepas dapat tahu, terus ke Klinik Kesihatan Kajang untuk check up. Senang buka buku terus.

Bila nurse tanya, bila last period. Mummy tak ada jawapan sebab, mummy yakin tak akan mengandung. Huhu..jadi tak rekod bila last period. Dan, tak tahu lah berapa usia kehamilan mummy masa itu. Scan pun, tak nampak apa lagi.



Tak puas hati lagi...pergi pula cari pregnancy test digital. Maksimum 3+, tapi dalam kertas tu bagi tahu kandungan mungkin dalam 5 minggu.



SCAN ULTRASOUND DI SONOVISION KELANA JAYA




Penting bab EDD due date bersalin. Jadi, kami terus bookong appointment dengan Jezzlyn, untuk dating 2D scan ultrasound PERCUMA ni.




Setelah Jezzlyn buat scan ultrasound, alhamdulillah dapat EDD anak kami nombor 3. Iaitu pada 9 Julai 2017 Insyaalah. Oleh kerana mummy bersalin secara ceaserian. Kemungkinan tarikh bersalin awal 2 -3 minggu. Samada beberapa hari sebelum raya atau sedang raya Aidilfitri.



Scan Ultrasound ini seronok sangat. Seronok sebab dapat melihat wajah kesayangan kita ketika mereka dalam perut. Walaupun panjangnya baru 1.33cm ketika usianya 7 minggu 4 hari (2D scan ultrasound pada 24 November 2016) Comel je dengar heartbeat nya pada bacaan 153. Jezzlyn beritahu, semuanya berada dalam keadaan normal. 




Alhamdulillah !

Ish..geram dan tak sabar untuk next scan ultrasound !! 

Anak nombor satu dan dua dulu, segala jenis scan ultrasound 2D, 3D, 4D mummy buat dulu. Cumanya, dulu tak ada scan ultrasound 5D, sekarang dah ada...issh...teruja pula nak buat scan ultrasound 5D ini.



Scan ultrasound 5D ini hanya ada di Sonovision. Canggih betul Sonovision ultrasound ini, kan?

BAGAIMANA NAK BOOKING DENGAN SONOVISION PREGNANCY ULTRASOUND?


Langkah-langkah booking scan ultrasound dengan Sonovision :-

1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:



Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183

Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya



On my 25th week of Preggy

On my 25th week of Preggy. Timbullah kisah-kisah persiapan barangan baby apa yang perlu dibeli dan tak patu di beli !

On my 25th week of Preggy.

Sape tak risau oiiiii..Dah nak masuk 7 bulan kot. Akibat kerisauan, jom update sedikit sebanyak pasal baby New Born:-

Mengandung kali ini ada macam-macam ssedikit halnya, antaranya :-
1. Hb low
2. Placenta (uri) bwh lg
3. Baby mcm kecik (kata mid wife gov clinic)

So, takut apa-apa yg akan jadi (wallahualam) kita hanya mampu merancang. Kalau Allah tu nk keluarkan si dia dlm perut lambat @ cepat. Kita kena menerimanya.

Dan apabila bincang-bincang dgn en asben. Dia pun agreed utk listing budget2 baby dan beli sedikit demi sedikit.

Kalo nk beli lump sum in one time. Mmg bole xmakan la jwbnya..kan? kan?.hahaha.

Budget nak sambut org baru pn bole tahan. Segala checklists itu, saya google aje.. Pilih la mana perlu & mana xperlu. Nak beli skrg / kemudian pun bole la write down..

On my 25th week of Preggy

PERSIAPAN BABY SEMASA KANDUNGAN 7 BULAN 


DAh 60% persiapan baby on 6th month of preggy.
Ok la kan.. 7mnths nt, 70% pulak..hahaha. Jadiknya, bole hit time frames la,kan!! (poyo sket mummy nih).

Ni br settled baju, sock, mitten, bag, bottle, diapers (plg xthn beli awal2), tilam set & lain2. Sb ada sale, so grab aje..Mamypoko S jumbo RM41.90 , Huggies Merah Jumbo 68 free 4pcs RM28.99. 


On my 25th week of Preggy

Oleh krn kerisauan gatal2 yg kdg2 menjelma dan en asben warning supaya tak mo tgk any stretch marks. Maka, bininya pn berusaha bsungguh2 utk mcari pelbagai ikhtiar. Setiap bln, berlainan produk yg saya akan mcuba. Seronok buat kajian2 ni.. Oleh krn itu, ssh sket nk bg review. Cuma boleh share yg Pureen tu byk paraben. Sesungguhnya tak bagus paraben utk ibu mengandung (dr hasil kajian melalui google  www.google.com)




Koleksi gmbr2.. Gmbr baby tu ms scan 3D/4D ms wk 15 buat appt online je dgn Jezlyn kat bayi-ibu.com



On my 25th week of Preggy

Jeng3x... barut & bedung / blanket baby in progress. Baju2 lama dr anak2 adik & baju baru pn dah di cuci utk d simpan terus dlm almari.. tp tbasuh guna mesin basuh la pulak. Pttnya kne hand wash.. huhu.

Dan tetiba terbeli stroller pulak. Agak cpt kan? Sbbnya?? Takut xsmpat & malas nk fikir2 lg. 2013 nk focus pd kenduri doa selamat & brgan mommy to be pulak.
Psl stroller ni mmg pening, nampak best yg ikut citarasa adalah SCR6 + SCR7 sbbnya bole msukkn car sear tu dlm stroller. Tp besar & berat pulak. Si Combi ni ok ringan tp sampai 2-3 thn je katanya. Nk buka & basuh pn xde masalah. User friendly jugak. So, mls nk fikir byk (nanti uban keluar byk pulak). Kita grab aje lah combi. Tgk review blogger pn rmai suggest combi.