Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

ANMUM™ MATERNA DAN RIDING PINK BERKONGSI DETIK-DETIK INDAH KEHAMILAN DENGAN MERAIKAN KECEKALAN PARA IBU MENERUSI PENGALAMAN LUAR BIASA SEMPENA HARI IBU

Alhamdulillah, sekali lagi mummy di raikan sempena Hari Ibu tahun ini. Terima kasih tak terhingga kepada Anmum™ Materna dan Riding Pink. Kerana telah membawa mummy ke Klinik untuk pregnancy check up, bi-weekly dan juga bawa pulang ke rumah setelah selesai bi-weekly pregnancy check up. Pengalaman pertama mummy menaiki Riding Pink memang best. Sebab pertama kali juga naik teksi ala-ala Uber dan Grab Car yang di khaskan untuk wanita sahaja. Terasa selamat dan tak perlu ragu-ragu !

Anmum™ Materna dan Riding Pink Hantar dan Bawa Pulang Mummy Ke Klinik Untuk Pregnancy Check Up


ANMUM™ MATERNA BERKONGSI DETIK-DETIK INDAH KEHAMILAN DENGAN MERAIKAN KECEKALAN PARA IBU MENERUSI PENGALAMAN LUAR BIASA SEMPENA HARI IBU INI, riding pink


Inilah pemandu Riding Pink mummy tempoh hari. Peramah dan sangat baik hati. Siap share banyak tips tentang kehamilan dan juga delivery baby.

Banyak info kehamilan yang mummy masih belum hadam walaupun anak dah nak masuk nombor 3 huhu.

Antara sharing yang menarik dari Anmum™ Materna dan Riding Pink ialah jantung wanita yang mengandung berdegup 20 kali lebih setiap minit berbanding wanita yang tidak mengandung? Boleh tak, selama ini mummy tak perasan? Hehehe...

Sebab apa degupan jantung orang mengandung ini laju? Ini untuk memastikan si ibu dan anak di dalam kandungan mendapat oksigen dan nutrisi yang secukupnya. 

Perubahan-perubahan fizikal ini yang mana si ibu menyokong pertumbuhan si manja memberi kesan kepada kehidupan sehariannya di mana tubuh si ibu mengalami perubahan luar biasa setiap hari. 


ANMUM™ MATERNA BERKONGSI DETIK-DETIK INDAH KEHAMILAN DENGAN MERAIKAN KECEKALAN PARA IBU MENERUSI PENGALAMAN LUAR BIASA SEMPENA HARI IBU INI, riding pink


APAKAH ITU RIDING PINK? 


Riding Pink, perkhidmatan pengangkutan wanita yang pertama di Malaysia, ditubuhkan dengan matlamat untuk memberi sokongan kepada para wanita dan ibu, menjadi penjana pendapatan tambahan melalui khidmat kenderaan yang selamat bagi pihak wanita. Berkongsi matlamat yang sama, Anmum™ Materna memberikan keyakinan kepada para ibu sepanjang perjalanan sebagai seorang ibu, dengan memberikan nutrisi yang sesuai untuk menyokong kehamilan mereka. Dengan visi ini, Anmum™ Materna dan Riding Pink telah memulakan inisiatif ini agar ibu-ibu mengandung dapat menikmati pengalaman yang sememangnya luar biasa.



ANMUM™ MATERNA BERKONGSI DETIK-DETIK INDAH KEHAMILAN DENGAN MERAIKAN KECEKALAN PARA IBU MENERUSI PENGALAMAN LUAR BIASA SEMPENA HARI IBU INI


Ada yang ibu mengandung di luar sana nak naik kenderaan dari Riding Pink secara PERCUMA?

Dari 8-31 Mei 2017, 25 ibu mengandung pertama yang mendaftar dengan Riding Pink akan mendapat perkhidmatan pengangkutan menakjubkan secara PERCUMA daripada Anmum™ Materna - sama ada untuk menghadiri pemeriksaan pra-natal, ke tempat kerja, membeli barangan dapur, atau untuk keluar bersantai dengan kawan-kawan. 

Apa yang menarik. Untuk menjadikan perjalanan ini lebih istimewa, ibu-ibu akan mendapat pilihan lagu istimewa Hari Ibu untuk dinikmati, dan juga nasihat pakar tentang teknik pernafasan untuk ketenangan diri bagi ibu-ibu terpilih. 


Setelah selesai perjalanan, ibu akan menerima pek hadiah ekslusif daripada Anmum™ Materna yang mengandungi pek nutrisi dan hadiah menarik sebagai persediaan untuk hari kelahiran. 


Bukan itu sahaja, 100 orang lagi ibu yang mendaftar akan menerima potongan RM5 untuk perjalanan mereka dan juga sebuah Kit Vital Mama eksklusif yang dilengkapi dengan produk-produk khas untuk kegunaan ibu dan pilihan lagu Hari Ibu.

ANMUM™ MATERNA BERKONGSI DETIK-DETIK INDAH KEHAMILAN DENGAN MERAIKAN KECEKALAN PARA IBU MENERUSI PENGALAMAN LUAR BIASA SEMPENA HARI IBU INI


CARA NAK MENDAFTAR PERCUMA DENGAN MENAIKI RIDING PINK

ANMUM™ MATERNA BERKONGSI DETIK-DETIK INDAH KEHAMILAN DENGAN MERAIKAN KECEKALAN PARA IBU MENERUSI PENGALAMAN LUAR BIASA SEMPENA HARI IBU INI

1. Ibu yang sedang mengandung
2. Email anmumpink@gmail.com berserta details seperti Nama penuh, No tel, tempoh kehamilan, tempat yang hendak di tuju
3. Hantar email dan tunggu maklum balas dari pihak Anmum™ Materna

Haaa...mudah je kan?


Sempena Hari Ibu ini, jom kita raikan detik-detik kehamilan yang luar biasa bersama Anmum™ Materna dan Riding Pink !

Untuk mendapatkan informasi selanjutnya, boleh layari terus www.facebook.com/ConnectedMumsClub/ atau www.facebook.com/RidingPink 

Lama Tak Dating dengan Dentist

Lama Tak Dating dengan Dentist - Tiap kali mengandung memang masalah gigi akan datang. Faktor umur pun ye juga tu. Jangan kata mummy tak minum susu dan amek kalsium tau. Padahal mummy memang minum susu dan makan pil kalsium (ostematrix). Hehehe. Siap mentioned gitu, 

Doktor klinik ibu dan anak memang sarankan pada mummy, yang ibu mengandung di haruskan untuk buat check up gigi. Mummy dah selesai check masa kandungan 3 bulan di KK Kajang. Doktor gigi kata gigi mummy sihat. Cuma kena scalling je. Aah, lama tak scalling gigi. Memang patut kena scalling ni,ha !

Tapi, mummy dapat rasakan tampalan gigi geraham mummy dah pecah. Tak tahu lah doktor tu perasan ke tak. Oleh kerana dia kata gigi mummy, ok. Maka, mummy pun positif je la..

Anggap gigi mummy ok jugak, lah !

Dan baru-baru ini, mummy dah tak boleh gigit makanan sebelah kiri dan kanan. Dedua geraham tu rasa ngilu bila menggigit makanan.

Nak tak nak, Sabtu yang lalu...mummy ke dentist depan rumah, Dr Pinky Kajang Perdana. Kekonon datang nak check dan dapatkan nasihat je. Jumlah nak kena buat 2 tampalan geraham - redo, 1 tampalan baru dan harus kena cuci 'scalling'.


Lama Tak Dating dengan Dentist -  Masa untuk dating dengan Dentist !


Lama Tak Dating dengan Dentist -  Masa untuk dating dengan Dentist !


Muka takut nak buat treatment gigi. Hahaha. Mummy memang jenis tak tahan sakit. Scalling pun tak tahan ! Tapi, demi untuk makan dan baby dalam perut. Harus kena buat juga. Kalau tak scalling nanti gusi cepat berdarah, bila dah berdarah banyak la kuman dalam mulut dan mulut pun mudah berbau.

Terus mummy pilih buat scalling dulu. Treatment seterusnya, baru buat tampalan la kot.


Lama Tak Dating dengan Dentist -  Masa untuk dating dengan Dentist !

Lama Tak Dating dengan Dentist -  Masa untuk dating dengan Dentist !


Peneman mummy untuk berjumpa dengan dentist. Nasib buat scalling tak lama, dalam 10 minit je. Terima kasih anak-anak. 

Dok pikir lagi lah ni, samada nak buat tampalan geraham - redo pada waktu terdekat ini ke tunggu nanti. Sebabnya, redo ni wajib bius, nak korek tampalan lama dan buat tampalan baru.

Bius pula, kurang bagus untuk wanita mengandung. Dentist lain, sarankan untuk tunggu hingga bersalin. Jika mummy boleh tahan. 

Buat masa ni, gigi dah tak ngilu. Mungkin sebab dah scalling. Hilang rasa ngilu-ngilu yang dulu. Macam majik pulak hehehe.

Cuma nya tampalan gigi geraham tu dah pecah, dan ada lubang kecil.

Di belenggu sekejap huhuhu...



Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya

Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya - Alhamdulillah, selesai buat details scan 2D 3D babyD. Banyak nau pulak D ye ! Mummy buat details scan baby kali ini di tempat biasa, Sonovision Kelana Jaya. Masih setia dengan Sonographer - Jezzlyn atau Jezz. Dari zaman Dhia dan Dzal mummy memilih scan baby dengan beliau. 

Zaman kakak dan abang babyD hanya buat sekali scan je dengan Sonographer Jezzlyn. Untuk BabyD ni special sket. Kasik 4x scan insyaallah.

Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya



Mummy bersama Sonongrapher Jezzlyn dan juga BabyD. Scan kali ini ialah details scan 2D 3D di mana scan ini melibatkan semua anggota badan dan dalam badan babyD. Betul-betul details !


Mummy jumpa awak ikut skrin je dulu ye , sayang ! Insyaallah lagi beberapa bulan.. kita jumpa live pula.



Details scan 2D 3D page 1, tumbesaran mengikut umur babyD. Serta gender babyD pun ada dalam rekod tu. Ehem...geng Dzal Aidi Fiqry rupanya.

Kami dah agak dari awal. Sebab masa awal mengandung tu suka asam. Padahal mummy bukan penggemar asam. 

Berlawanan mengandungkan Dhia, awal kehamilannya suka makanan yang manos-manis.

Tapi, bila dah banyak bulan dan bintangya...selera makan dah jadi carca marba.

Paling ketara dapat tahu babyD boy sebab Dzal Aidi Fiqry tetiba berenggang sedikit dengan mummy. Pendek kata, tak suka mummy :(

Siap cakap, "adik tak sayang mummy". Hoi...nangis mak kau ni, tau tak!

Apa-apa pun..tak boleh terlalu selesa juga dengan keputusan ini.

Walau mummy tahu, dari zaman Dhia dan Dzal. Scan seawal 18minggu untuk gender dengan Jezz adalah tepat tekaan gender nya.

Apa BEZA 2D, 3D, 4D, HD, 5D SCAN?

Yang mummy buat scan baby kali iniialah 2d dan 3D





2D scan 
- hitam / putih scan di klinik / hospital untuk mengetahui perkembangan bayi. Terdapat 3 jenis 2d scan iaitu 2d growth scan / 2d full detail scan / 2d partial detail scan.


(a) 2d growth (4-40week)
- check baby saiz, placenta, air ketuban, kedudukan tetapi tidak check kecacatan baby. 


(b) 2d FULL detail scan (20-24week) 
- check kecacatan baby termasuk kira jari kaki dan tangan , tulang2 semua , organ dalaman , otak, muka , jantina , tulang belakang, Tengok jantung berlubang , Accuracy 80-90% fizikal kecacatan baby akan dikesan


(c) 2d PARTIAL detail scan (24-30week)
- check kecacatan baby tetapi tidak akan mengira jari dan kaki baby sebab baby padat , otak structur tidak akan diukur sebab tidak accurate . tulang2 baby baby , tulang belakang, organ, muka . Accuracy 50-60% fizikal kecacatan baby akan dikesan





3D 4D scan 
- 3d scan merupakan gambar tidak bergerak manakala 4d scan ialah video baby secara live. 


HD scan 
- Hd scan sama dengan 3d4d , ianya bukan 5d scan , sebab tiada extra dimensi yang boleh dikelihatan - BEZA dengan 3d4d scan ialah , texture baby kelihatan lebih real macam kulit baby.


5D scan 
- dalam bentuk 4d scan video baby, anda boleh merasa extra 1D lagi dengan memakai SPEC 3D dan menonton melalui TV. 


90% success rate baby muka boleh dikelihatan, tiada alasan baby muka sorok , halang dengan tangan, block dengan uri , gender tidak nampak dan lain-lain.


REPORT DETAILS SCAN 2D 3D BABY DARI SONOVISION KELANA JAYA



Page kedua pula report yang seterusnya. Mummy tak larat nak cerita dari awal hingga akhir. Korang baca je dari gambar tu ye ;)


Alhamdulillah semua dalam keadan normal mengikut umur kandungannya.

Injap jantung, buah pinggang, pundi kencing dan lain-lain telah berfungsi sepenuhnya. Alhamdulillah ! Syukur..


Koleksi CD scan babyD. Insyaallah nanti mummy print ke photobook ya !


Okey lah..nanti mummy cerita pengalaman scan babyD untuk 5D 6D pula. Dengar kata nampak real muka baby.



Huhu...cant wait to see u again...



Untuk yang berminat scan dengan our most favourite Sonographer Jezzlyn. Boleh buat booking online je.

Langkah-langkah booking scan ultrasound dengan Sonovision :-


1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:

Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183

Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya


Artikel Terdahulu :
Dating Scan di Sonovision DISINI
NT Scan di Sonovision DISINI

BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS PANTANG JUGA SEMASA MENGANDUNG

BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - Bengkung antara barangan wajib di pakai ketika dalam pantang. Beberapa bulan ni, mummy memang tercari-cari bengkung untuk bersalin selepas pembedahan dan bengkung untuk support perut ketika mengandung. Almaklumlah..kandungan dah 5 bulan. Perut sakan bergoyang inul. Bila bergoyang tu, rasa macam tak selesa nak berjalan laju. Macam, ada gegaran gitu.

Hehehe...anak ketiga katanya kan. Mungkin gara-gara kisah bersalin yang lepas-lepas secara pembedahan. Tahu-tahu lah goyang inul nya tu macamana,kan?

Kalau ada belly support - bengkung yang boleh menahan perut dari gegeran tu. Tak adalah goyang inul di situ,kan?

Alhamdulillah..mummy telah berjumpa dengan bengkung moden yang murah. Selain boleh support perut 5 bulan ni. Ianya juga boleh di jadikan bengkung selepas bersalin.


BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS



BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS

Bengkung moden dari Shapee ada 2 jenis iaitu Belly Wrap Plus dan juga Hips Wrap Plus.


BENGKUNG MODEN SHAPEE BELLY WRAP PLUS


BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS

Apa yang menarik tentang bengkung moden ini. Ianya sangat senang dan mudah di pakai dan di buka. Kerana tidak ada butang, klip atau zip.

Bengkung moden Shapee Belly Wrap Plus ni juga, sangat sesuai untuk ibu yang baru lepas pantang atau lepas bersalin. Sebab, ianya bersaiz besar. Hanya laras dengan cara tampal dan buka dengan pelekat zap..zap.. je. 

Kalau mummy lepas bersalin pembedahan pun, boleh pakai ini. Sebab Shapee Belly Wrap Plus ini, mempunyai sistem 'breathable fabric'. Mudah kulit bernafas terutama tempat pembedahan tu.

Juga untuk support perut dan tak perlu ikat ketat lagi.

Dengan cara berbengkung juga, badan kita boleh ada shape selepas bersalin nanti.

Badan dah ada shape...makanya, kurang lah kurang inci di pinggang.

Shapee Belly Wrap Plus ini, nursing friendly kerana dapat menjaga posture badan sewaktu menyusukan bayi.

BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS

Harga bengkung moden Shapee Belly Wrap Plus ini tak mahal. Hanya berharga RM65 sahaja ! 


BENGKUK MODEN MURAH UNTUK PINGGUL - SHAPEE HIPS WRAP PLUS




BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS

Bengkung Shapee Hips Wrap Plus pula sesuai untuk bahagian pinggul. Lepas bersalin, bahagian pinggul juga akan besar dan sedikit menggelebeh.

Oleh itu, bengkung moden Shapee Hips Wrap Plus dapat membantu menjaga shape bahagian pinggul dan bahagian belakang badan.

Apa yang mummy suka, bengkung moden Shapee Hips Wrap Plus ni boleh support perut bahagian bawah kandungan mummy yang semakin berat ke bawah. Pendek kata, nak kurangkan goyangan inul ketika berkerja atau beraktiviti.

Orang kata sebagai belly supports.

Memang sedap pakai Shapee Hips Wrap Plis ketika mengandung. Perut tu, macam firm terletak !

BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS

Harga bengkung moden Hips Wrap Plus ini sangat murah. Berharga RM45 sahaja.

BENGKUNG MODEN MURAH SHAPEE SESUAI UNTUK LEPAS BERSALIN JUGA SEMASA MENGANDUNG - BELLY WRAP PLUS DAN HIPS WRAP PLUS

Zap..zap..zap.. siap !

Material kedua-dua bengkung moden Shapee ini ialah dari 65% polyester,  20% elastane, 15% cotton.

Manakala nak menjaganya mudah sahaja. Basuh tangan pada suhu 40 darjah, cuci dan terus sidai. 

Selanjutnya tentang Bengkung Moden Murah Shapee. Boleh layari :


Website :


Facebook :


Instagram :