Showing posts with label safety. Show all posts
Showing posts with label safety. Show all posts

Mari belajar menunggang motosikal : for toddler only


Ada gaya rider,tak? Dah macam nak lalui ujian memandu menunggang motosikal JPJ pulak tengok gambo Dhia dan daddynya ni. Pertama kalinya, pakaikan Dhia helmet. Sesebelum ni, dok ajar main moto tanpa helmet. Erm..erm..salah rupanya cara kami ajar anak bermain. Sepatutnya, mummy kene ajar pakai helmet sekali. Baru lah, anak akan mengerti bahawa pentingnya helmet ketika menunggang motosikal atau membonceng. Tak gituuu? Tapi, helmet yang Dhia pakai ni, helmet untuk main basikal. Helmet basikal pun tak pe la kan. Asalkan anak mengerti kegunaan helmet tu.

Nak beli helmet pun kalau boleh kene beli yang ada cop SIRIM dan dah di luluskan oleh kerajaan. Kan? Supaya boleh guna untuk bermain atau pun keguaan untuk membonceng di jalan raya. Jimat. 


So, sessi kali ini ialah mari belajar menunggang motosikal ( for toddler only) bersama daddy. Terima kasih cik ily (adik ipar) credit for this pics, pinjamkan helmet Farhan dan motor Farhan. 

Daddy Dhia memang boleh di katakan cikgu terbaik untuk anak-anak. Daddy nampak je diam-diam. Tapi, multitasking sebenarnya. Boleh di katakan banyak idea dan pandai psycho anak-anak juga. Skil jaga anak-anak sewaktu mummy keluar bekerja pun boleh. MAsa tu, mummy tak leh cuti. Baby sitter lak nk cuti. Nasib daddy boleh cuti dan tolong babysit anak-anak. Lagi terurus dari mummy jaga anak sengsorang. Mmg tabik spring tau.

Bukan itu sahaja, daddy juga berkebolehan memberikan idea dan perbaiki tulisan mummy. Pernah satu artikel tu mencanak page view. Hasil idea encik suami ku. Suamiku encik SERBA BOLEH. Nasib suamiku bukan BLOGGER. Kalau blogger jugak? Abes la mummy tak leh cari makan hehehe.

Eh..tetiba mummy melalut. Dari nak cerita pasal mari belajar menunggang motosikal (for toddler only) lain lak kesudahan entri ini.

Ok, mummy nak cari satu helmet basikal dan satu helmet motorsikal. Eh..eh..eh kalau yg two in one helmet pun bagus gak kan? JIMAT $$ RM mummy daddy