Showing posts with label snow. Show all posts
Showing posts with label snow. Show all posts

Snow Walk iCity Main Salji !

Snow Walk iCity Main Salji ! - Lama nau bebudak ini dok zikir nak main salji, nak pergi tempat salji. Sebenarnya depa nak cakap p Korea. Tapi, dorang tak tahu nama 'KOREA'. Yang depa tahu SALJI dan musim sejuk je. Bagus depa tak tahu KOREA tu, kalau tak pengsan mummy daddy nak tunaikan janji !

Rasanya dari Daim lahir, depa dok meminta nak pi tempat musim sejuk nak main salji. Pernah sekali dulu, kami bawa pi Genting Highlands, kami beritahu anak-anak ni lah tepat sejuk. 

Depa tanya pulak,'mana salji?' . Kebetulan tempat salji di Genting Highlands tu under construction. 

Dan...dan..tulah depa buat muka hampa ! Hahaha

Snow Walk iCity Main Salji !




Okay..setelah bertahun lamanya (gigih menunggu baby Daim 1 tahun 4 bulan), baru kami decided nak bawa anak-anak ke Snow Walk iCity Main Salji ! Lama nak tunggu Daim besau..sebab baby bawah setahun tak di benarkan masuk. Sejuknya -5 darjah Celcius. Bahaya bawa baby kan !

Ibu mengandung, warga emas yang menggunakan kerusi roda atau bertongkat juga tidak dibenarkan masuk !

Pepagi lagi, kami dah keluar rumah untuk breakfast dan celebrate birthday daddy di Tony Romas. Kemudian meneruskan perjalanan dari Citta Mall ke iCity.


iCity Main Snow ! secara real, muka ada happy ! 


seronok dapat pakai pakaian winter gini. Memasing muka tak sabau nak tengok salji di iCity Main Snow !


Harga masuk ke Snow Walk iCity Main Salji ! ini pukul rata kanak-kanak tinggi melebihi 100cm hingga dewasa berharga RM35. Nak murah? Beli online (valid 2 bulan), tapi kena beli awal sehari sebelum.



Mummy install Aplikasi iCity di hand phone sebab di iCity sana semua cashless. Nak beli air ke apa, semua kena pakai apps. Reload dan deduct direct .



Total damages RM100 untuk kami sekeluarga  ke Snow Walk iCity Main Salji ! Okaylah, berbanding nak pi Korea semata-mata nak cari salji ! Mummy dan daddy pun tak larat kot jalan jejauh dengan askar-askar yang ada. 

Kita jenjalan dekat-dekat je lah! Lagi pun, banyak tepat di Shah Alam belum habis terjah. 


Dhia main slide tu..sejuk + sakit bontot. Melambung anakku huhu !

Kat iCity pun ada banyak tempat best untuk jalan-jalan. Tapi, kami hanya ke Snow Walk iCity Main Salji ! je..sebab nak check in tido hotel lagi. Dinner lagi.

Fuh..penuh aktiviti dari pagi !

Rewards anak-anak dan birthday boy of the month - daddy !


Family portrait again n again !

Sejuk sangat ! Sempat main balik-balik ai..tapi gamabr n video nan hado !


Kasut Daim asyik tercabut je !







"Macamana anak-anak? Best tak? Real tak snow?' Depa semua jawab BEST ! Puas hati ! Okay..no more hutang bawa ke tempat salji dah !

Oh ya ! Di Snow Walk ini, depa sediakan baju dan kasut. Glove kena beli sendiri !