Showing posts with label sonovision. Show all posts
Showing posts with label sonovision. Show all posts

SCAN BABY 2D 3D 4D 5D 6D MURAH DI SELANGOR | SONOVISON

SCAN BABY 2D 3D 4D 5D 6D MURAH DI SELANGOR | SONOVISON - Selesai dah scan baby 2D, 3D, 4D dan kini masanya untuk kami buat 5D dan 6D HD scan. Scan baby 5D dan 6D ini adalah scan baby yang terbaru di pasaran. Setahu mummy. Tak semua tempat scan di Malaysia ada scan baby secara 5D dan 6D. 

SCAN BABY 2D 3D 4D 5D 6D MURAH DI SELANGOR | SONOVISON


SCAN BABY 2D 3D 4D 5D 6D MURAH DI SELANGOR | SONOVISON


Kebiasaannya, klinik dan hospital di Malaysia buat scan baby secara 2D dan 3D. Tapi, mummy as usual . Teruja nak buat scan baby 5D 6D jugak ! Nak tahu juga cemana kan. Seperti biasa tempat kegemaran mummy untuk SCAN BABY 2D 3D 4D 5D 6D MURAH DI SELANGOR - SONOVISON ! Betul ! Tak tipu. Memang murah dan sangat-sangan murah SCAN BABY 2D 3D 4D 5D 6D MURAH DI SELANGOR - SONOVISON.

Kebiasaannya, promosi-promosi scan baby di SONOVISON KELANA JAYA ini akan di update di FACEBOOK SONOVISON.

SCAN BABY 5D 6D DI SONOVISON




SCAN BABY 2D 3D 4D 5D 6D MURAH DI SELANGOR | SONOVISON

Inilah hasil scan..tak nampak macam 5D 6D kan? Ha...sebab scan baby 5D 6D tu kena pakai spek mata hitam yang di khaskan. Baru la boleh nampak pergerakan baby berpusing-pusing dan nampak seakan-akan wajah baby yang real.

BULAN KE-7 MASUK BULAN KE-8

Alhamdulillah, kandungan mummy +/- dalam 29 30 minggu. Iaitu bersamaan dengan 7 bulan masuk 8 bulan dah.

Sekejap masa berlalu. Sekjap je baby dah besar dan nak keluar.

Scan baby kali ini, baby dah nampak besar dan tembam dari sebelumnya. Wajahnya ada iras abang Dzal Aidi Fiqry.

Beratnya pula, lebih kurang dalam 1.4kg.

Apa BEZA 2D, 3D, 4D, HD, 5D SCAN?


Apa BEZA 2d, 3d 4d hd 5d 6d scan?
2d scan  berwarna hitam / putih scan untuk mengetahui perkembangan bayi. Terdapat 3 jenis 2d scan iaitu 2d growth scan / 2d full detail scan / 2d partial detail scan.

(a) 2d growth (4-40week)
> check baby saiz, placenta, air ketuban, kedudukan 
tetapi tidak check kecacatan baby.

(b) 2d FULL detail scan (20-25week) 
check kecacatan baby termasuk kira jari kaki dan tangan , tulang2 semua , organ dalaman , otak, muka , jantina , tulang belakang, Tengok jantung berlubang , Accuracy 80-90% fizikal kecacatan baby akan dikesan

(c) 2d PARTIAL detail scan (26-30week)
check kecacatan baby tetapi tidak akan mengira jari dan kaki baby sebab baby padat , otak structur tidak akan diukur sebab tidak accurate . tulang2 baby baby , tulang belakang, organ, muka . Accuracy 50-60% fizikal kecacatan baby akan dikesan

3d 4d scan 
3D scan merupakan gambar tidak bergerak manakala 4D scan ialah video baby secara live.

hd scan / 5d scan
HD scan sama dengan 3d4d , ianya bukan 5d scan , sebab tiada extra dimensi yang boleh dikelihatan ~ beza dengan 3d4d scan ialah , texture baby kelihatan macam kulit baby . Akan tetapi banyak klinik namakan hd scan sebagai 5d scan . Untuk kurang keliruan , hd /5d scan dikategorikan dalam sama

6d scan ( sebelum ni dikenali sebagai real 5d cine) 
6D scan dalam bentuk 4d scan video baby, anda boleh merasa extra 1D lagi dengan memakai SPEC mata dan menonton melalui TV.

Apa yang best scan baby di SONOVISION ialah :

1. 90% success rate baby muka boleh dikelihatan, tiada alasan baby muka sorok , halang dengan tangan, block dengan uri , gender tidak nampak dan lain-lain.

2. JIKA tidak berjaya mendapat muka baby, SONOVISION akan beri FREE scan.

3. REFUND kalau jantina salah (22minggu keatas) , semua scan dijalankan oleh pakar sonographer.

Bagi yang berminat. Boleh ke  LOKASI 3d4d free hd/5d 6d scan di KELANA JAYA SONOVISION atau layari


Selanjutnya boleh layari:

Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183

Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya



Artikel Terdahulu :
Dating Scan di Sonovision DISINI
NT Scan di Sonovision DISINI
2D 3D details scan DISINI

Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya

Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya - Alhamdulillah, selesai buat details scan 2D 3D babyD. Banyak nau pulak D ye ! Mummy buat details scan baby kali ini di tempat biasa, Sonovision Kelana Jaya. Masih setia dengan Sonographer - Jezzlyn atau Jezz. Dari zaman Dhia dan Dzal mummy memilih scan baby dengan beliau. 

Zaman kakak dan abang babyD hanya buat sekali scan je dengan Sonographer Jezzlyn. Untuk BabyD ni special sket. Kasik 4x scan insyaallah.

Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya



Mummy bersama Sonongrapher Jezzlyn dan juga BabyD. Scan kali ini ialah details scan 2D 3D di mana scan ini melibatkan semua anggota badan dan dalam badan babyD. Betul-betul details !


Mummy jumpa awak ikut skrin je dulu ye , sayang ! Insyaallah lagi beberapa bulan.. kita jumpa live pula.



Details scan 2D 3D page 1, tumbesaran mengikut umur babyD. Serta gender babyD pun ada dalam rekod tu. Ehem...geng Dzal Aidi Fiqry rupanya.

Kami dah agak dari awal. Sebab masa awal mengandung tu suka asam. Padahal mummy bukan penggemar asam. 

Berlawanan mengandungkan Dhia, awal kehamilannya suka makanan yang manos-manis.

Tapi, bila dah banyak bulan dan bintangya...selera makan dah jadi carca marba.

Paling ketara dapat tahu babyD boy sebab Dzal Aidi Fiqry tetiba berenggang sedikit dengan mummy. Pendek kata, tak suka mummy :(

Siap cakap, "adik tak sayang mummy". Hoi...nangis mak kau ni, tau tak!

Apa-apa pun..tak boleh terlalu selesa juga dengan keputusan ini.

Walau mummy tahu, dari zaman Dhia dan Dzal. Scan seawal 18minggu untuk gender dengan Jezz adalah tepat tekaan gender nya.

Apa BEZA 2D, 3D, 4D, HD, 5D SCAN?

Yang mummy buat scan baby kali iniialah 2d dan 3D





2D scan 
- hitam / putih scan di klinik / hospital untuk mengetahui perkembangan bayi. Terdapat 3 jenis 2d scan iaitu 2d growth scan / 2d full detail scan / 2d partial detail scan.


(a) 2d growth (4-40week)
- check baby saiz, placenta, air ketuban, kedudukan tetapi tidak check kecacatan baby. 


(b) 2d FULL detail scan (20-24week) 
- check kecacatan baby termasuk kira jari kaki dan tangan , tulang2 semua , organ dalaman , otak, muka , jantina , tulang belakang, Tengok jantung berlubang , Accuracy 80-90% fizikal kecacatan baby akan dikesan


(c) 2d PARTIAL detail scan (24-30week)
- check kecacatan baby tetapi tidak akan mengira jari dan kaki baby sebab baby padat , otak structur tidak akan diukur sebab tidak accurate . tulang2 baby baby , tulang belakang, organ, muka . Accuracy 50-60% fizikal kecacatan baby akan dikesan





3D 4D scan 
- 3d scan merupakan gambar tidak bergerak manakala 4d scan ialah video baby secara live. 


HD scan 
- Hd scan sama dengan 3d4d , ianya bukan 5d scan , sebab tiada extra dimensi yang boleh dikelihatan - BEZA dengan 3d4d scan ialah , texture baby kelihatan lebih real macam kulit baby.


5D scan 
- dalam bentuk 4d scan video baby, anda boleh merasa extra 1D lagi dengan memakai SPEC 3D dan menonton melalui TV. 


90% success rate baby muka boleh dikelihatan, tiada alasan baby muka sorok , halang dengan tangan, block dengan uri , gender tidak nampak dan lain-lain.


REPORT DETAILS SCAN 2D 3D BABY DARI SONOVISION KELANA JAYA



Page kedua pula report yang seterusnya. Mummy tak larat nak cerita dari awal hingga akhir. Korang baca je dari gambar tu ye ;)


Alhamdulillah semua dalam keadan normal mengikut umur kandungannya.

Injap jantung, buah pinggang, pundi kencing dan lain-lain telah berfungsi sepenuhnya. Alhamdulillah ! Syukur..


Koleksi CD scan babyD. Insyaallah nanti mummy print ke photobook ya !


Okey lah..nanti mummy cerita pengalaman scan babyD untuk 5D 6D pula. Dengar kata nampak real muka baby.



Huhu...cant wait to see u again...



Untuk yang berminat scan dengan our most favourite Sonographer Jezzlyn. Boleh buat booking online je.

Langkah-langkah booking scan ultrasound dengan Sonovision :-


1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:

Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183

Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya


Artikel Terdahulu :
Dating Scan di Sonovision DISINI
NT Scan di Sonovision DISINI

Penting Ke Ultrasound NT Scan 2D 3D Pada Kehamilan 12 Hingga 13 minggu?

Dah anak masuk tiga baru ada knowledge tentang Ultrasound NT Scan 2D 3D, pada asalnya mummy blur juga kenapa agaknya Ms Jezzlyn - Sonographer Sonovision ini buatkan appointment Ultrasound NT Scan 2D 3D kehamilan 12 - 13 minggu. Penting ke Ultrasound NT Scan 2D 3D pada kehamilan 12 - 13 minggu ?


Penting Ke Ultrasound NT Scan 2D 3D Pada Kehamilan 12 Hingga 13 Minggu?




Scan kali ini, bawa anak-anak pula. Nak bagi mereka nampak baby dalam perut. 

NT Scan ini mengambil masa yang lama sedikit. Sebab bacaannya perlu di ambil ketika bayi dalam perut statik. 

Baby kitorang ni aktif sangat, siap lambai-lambai tangan masa NT Scan tempoh hari. Macam tau-tau je kakak dan abangnya ada.

Sebelum mummy cerita panjang. Mesti ada yang nak tahu apakah ia Ultrasound NT Scan ni.

Entri sebelum ini, dating scan mummy dengan Sonovision berjalan dengan lancar.  Dating scan pada trimester pertama ketika mummy hamil lebih kurang 7 minggu. Ianya bertujuan untuk mengesahkan janin masih hidup, untuk tetapkan usianya, mengesahkan denyutan jantung bayi dan juga untuk mengukur panjang bayi.

Alhamdulillah bayi dalam kandungan mummy sihat.

Trimester kedua ini pula, mummy telah menjalani Ultrasound NT Scan 2D 3D.


Mengikut bayi-ibu.com NT Scan iaitu Nuchal Translucency ini tujuannya untuk mengukur kawasan cecair di bawah kulit leher janin dan kehadiran tulang hidung. Tulang hidung merupakan penanda (soft marker) untuk keabnormail kromosom.

Ianya boleh mengesan hampir 90% masalah genetik seperti sindrom down.

Haaaa...penting tak agak-agaknya NT Scan ini?




Ms Jezzlyn minta mummy dtang pada kehamilan 12 -13 minggu kerana pada waktu ini bacaan NT Scan tepat

NT SCAN ini di sarankan bagi wanita :

  • Ada mengambil ubat-ubatan atau dadah merbahaya
  • Mempunyai sejarah keluarga kecacatan kelahiran tertentu
  • Mengandung pada lewat usia, iaitu 35 tahun dan keatas
  • Ada menggunakan insulin yang disebabkan kencing manis
  • Mempunyai jangkitan virus semasa hamil
  • Terdedah kepada radiasi yang tinggi



Video NT Scan di SONOVISION

Bagaimana Ketepatan ujian NT Scan ini?

  • NT Scan boleh mengesan hampir 90% masalah genetik terutamanya SIndrom Down
  • Bacaan NT yang tinggi ( 2.5 - 3mm) dan tulang hidung tiada kelihatan meningkatkan risiko SIndrom Down
  • Untuk Lebih tepat Ujian lain akan di jalankan selepas NT Scan


Alhamdulillah bacaan ujian NT Scan baby D ialah 1.4mm.


Thank you to my favorite Sonographer - Ms Jezzlyn. Jumpa lagi next appointment :)


CARA BUAT APPOINTMENT ULTRASOUND SCAN DI SONOVISION

Bagi yang nak buat appointment di Sonovison Kelana Jaya ini. Boleh ikut langkah-langkah booking scan ultrasound ini :-

1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:


Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183


Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya

SONOVISION KELANA JAYA, 2D SCAN ULTRASOUND PERCUMA PADA AWAL KEHAMILAN

Sonovision menawarkan scan ultrasound PERCUMA untuk awal kehamilan. Menarik tak, bila dapat scan ultrasound PERCUMA? Mummy teringat zaman mengandungkan Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry. Tak ada scan ultrasound percuma masa tu. Melainkan scan ultrasound di Klinik Kerajaan je lah kan boleh dapat PERCUMA. Cumanya, kalau scan ultrasound di Klinik Kerajaan, awal kehamilan tak nampak apa pun sangat, ukur pajang lebar pun semua tak dapat. Dan ada setengah KK tak buat scan ultrasound ini. Beza pula dengan Sonovision Ultrasound ini. Awal kehamilan pun boleh nampak ! PERCUMA untuk awal kehamilan lak, tu !

Sonovision Scan Ultrasound, Sonographer Jezzlyn


Mummy dan Jezzlyn

Sebab tu dulu kala, mummy suka pi buat scan ultrasound dengan Sonographer, Jezzlyn. Dedua anak kami, buat scan ultrasound dengan Sonographer Jezzlyn. Siapa Jezzlyn? Jezzlyn ialah Sonographer dan beliau sebenarnya adalah pemilik Sonovision Ultrasound. 


PENGALAMAN KE SONOVISON UNTUK SCAN ULTRASOUND PERCUMA



Sonovision terletak di Plaza Kelana Jaya berdekatan juga dengan kompleks latihan MAS (Malaysia Airlines, Kelana Jaya). Tempat meletakkan kereta pun ada di sediakan.



Sonovision berikan perkhidmatan PERCUMA untuk scan ultrasound bagi usia kandungan  5 hingga 10 minggu.



Sessi perjumpaan pertama ini di panggil sebagai "Dating Scan"


Walaupun scan pada usia awal kehamilan 5 hingga 10 minggu. Mummy masih lagi teruja ! Dah anak masuk 3 orang pun teruja,ke?

AZLINDA ALIN MENGANDUNG?



Eh, mummy mengandung ke? Ops...pecah tembelang di sini ya ! Tak boleh simpan rahsia betul, lah mummy ni kan?



Oleh kerana, entri blog mummy ini lebih pada parenting. Tak syiok la kan. Kalau  mummy tak share bab SCAN ULTRASOUND PERCUMA ni. 



Mummy nak semua pembaca blog mummy boleh dapatkan scan ultrasound percuma di Sonovision untuk tempoh kehamilan 5 hingga 10 minggu ini.



Berbalik pada kes mummy mengandung, ke?



Ya..mummy mengandung anak nombor 3 sekarang. Alhamdulillah ..syukur. (Mohon doa baik-baik untuk kami dan anak dalam kandungan ini supaya sihat walafiat ya) 



Surprise sangat tau kali ini. Mummy terkejut bila dapat tahu sedang mengandung.



Ye lah kan, mummy kan ambil perancang keluarga. Tapinya, tak displin. Maka...jeng..jeng..jeng lah jawabnya hehehehe.



Macamana dapat tahu mengandung?



Ada satu hari tu, terasa nak beli preganancy test. Sebab badan asyik tak sihat je. Baju dan seluar pun dah macam sendat balut buah nangka je,kan. Tapi, sebelum tu minta permission daddy dulu. Once, setuju..mummy pun beli pregnancy test dan buat ujian air kencing sendiri.






Ya Allah..positif ! Terus whatsapp asben laju-laju dalam toilet tu juga. Nak buat cemana katanya, dah rezeki kan. 

Lepas dapat tahu, terus ke Klinik Kesihatan Kajang untuk check up. Senang buka buku terus.

Bila nurse tanya, bila last period. Mummy tak ada jawapan sebab, mummy yakin tak akan mengandung. Huhu..jadi tak rekod bila last period. Dan, tak tahu lah berapa usia kehamilan mummy masa itu. Scan pun, tak nampak apa lagi.



Tak puas hati lagi...pergi pula cari pregnancy test digital. Maksimum 3+, tapi dalam kertas tu bagi tahu kandungan mungkin dalam 5 minggu.



SCAN ULTRASOUND DI SONOVISION KELANA JAYA




Penting bab EDD due date bersalin. Jadi, kami terus bookong appointment dengan Jezzlyn, untuk dating 2D scan ultrasound PERCUMA ni.




Setelah Jezzlyn buat scan ultrasound, alhamdulillah dapat EDD anak kami nombor 3. Iaitu pada 9 Julai 2017 Insyaalah. Oleh kerana mummy bersalin secara ceaserian. Kemungkinan tarikh bersalin awal 2 -3 minggu. Samada beberapa hari sebelum raya atau sedang raya Aidilfitri.



Scan Ultrasound ini seronok sangat. Seronok sebab dapat melihat wajah kesayangan kita ketika mereka dalam perut. Walaupun panjangnya baru 1.33cm ketika usianya 7 minggu 4 hari (2D scan ultrasound pada 24 November 2016) Comel je dengar heartbeat nya pada bacaan 153. Jezzlyn beritahu, semuanya berada dalam keadaan normal. 




Alhamdulillah !

Ish..geram dan tak sabar untuk next scan ultrasound !! 

Anak nombor satu dan dua dulu, segala jenis scan ultrasound 2D, 3D, 4D mummy buat dulu. Cumanya, dulu tak ada scan ultrasound 5D, sekarang dah ada...issh...teruja pula nak buat scan ultrasound 5D ini.



Scan ultrasound 5D ini hanya ada di Sonovision. Canggih betul Sonovision ultrasound ini, kan?

BAGAIMANA NAK BOOKING DENGAN SONOVISION PREGNANCY ULTRASOUND?


Langkah-langkah booking scan ultrasound dengan Sonovision :-

1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:



Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183

Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya