Showing posts with label storytelling. Show all posts
Showing posts with label storytelling. Show all posts

McDonald's Storytelling Contest 2017

Minggu lepas sekali lagi, mummy di berikan kepercayaan untuk menjadi juri McDonald's Storytelling Contest 2017 Live Audition. Untuk kisah McDonald's Storytelling Contest 2016 tahun lepas, boleh baca di SINI . Seronok jadi juri ni sebenarnya, automatik mummy pun datang semangat berani yang berkobar-kobar.




Mummy, bukan jenis yang berani sangat berdiri depan orang ramai. Kecik-kecik dulu pun, tak pernah masuk pertandingan bercerita. Sebab tu, mummy salute dengan anak-anak kecil ni semua. Semangat mereka tinggi dan berani bercerita di hadapan khalayak ramai.



McDonald's Storytelling Contest 2017

Inilah barisan juri untuk McDonald's Storytelling Contest 2017 di McDonald's Seksyen 3, Shah Alam.





Sempat kami bergambar bersama. Dari kiri Queen (emcee of the day), Cikgu Athirah (juri), Datuk Aznil Hj Nawawi (juri) dan mummy (juri jugak :) ).


McDonald's Storytelling Contest 2017 - Hadiah Bernilai RM100,000 Untuk Dimenangi



Kalau ada dapat tahu sesuatu pertandingan, mummy suka tengok hadiahnya tau. Korang nak tahu apa hadiah untuk McDonald's Storytelling Contest 2017? Hadiah yang ditawarkan tahun ini memang sangat sangat sangat lumayan untuk McDonald's Storytelling Contest 2017. 

Tetiba..rasa macam nak register je tahun depan eh..hehehe.  

Tahun lepas, McDonald's Storytelling Contest menawarkan hadiah bernilai sehingga RM70,000. Tapi, untuk McDonald's Storytelling Contest 2017 kali ini di naikkan sehingga RM100,000.





Hadiah yang di tawarkan untuk McDonald's Storytelling Contest 2017 ialah :- 





1 x Grand Prize: 
a. Return trip ke Tokyo Disneyland & DisneySea untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan penginapan. 



1 x Hadiah Tempat Pertama : 
a. Return trip ke Hong Kong Disneyland & Ocean Park untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan penginapan. 




1 x Hadiah Tempat Kedua : 
a. Return trip ke Shanghai Disney Resort untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan penginapan. 



1 x Hadiah Tempat Ketiga: 
a. Return trip ke Thailand Cartoon Network Amazone Waterpark for untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan penginapan. 



11 x Hadiah Saguhati: 
a.Hadiah bernilai RM2000 setiap seorang 



Menarik,kan hadiah yang di tawarkan?




Peserta Cilik Yang Menghiburkan McDonald's Storytelling Contest 2017









Ini adalah 5 peserta dari 21 peserta McDonald's Storytelling Contest 2017 Live Audition.

Ada yang bercerita dalam Bahasa Melayu dan juga bercerita dalam Bahasa Inggeris.

Yang paling mummy tertarik, apabila emcee temuduga peserta. Semua peserta macam malu-malu je.

Tapi, bila dah mula bercerita....tergamam mummy dengan kepetahan dan watak yang mereka bawa. Macam magic ! :)




Tahniah pada semua peserta McDonald's Storytelling Contest 2017 Live Audition. Anda semua adalah pemenang juga ! 

Pada yang terpilih ke peringkat akhir, mummy ucapkan TAHNIAH dan semoga berjaya ! Buat yang terbaik, ye.



Terima kasih McDonald's kerana berikan mummy peluang untuk menjadi juri di Semi Final McDonald's Storytelling Contest 2017.

Korang yang nak join McDonald's Storytelling Contest akan datang, jangan lupa terjah sealu website mereka di : SINI