Showing posts with label suhu demam panas. Show all posts
Showing posts with label suhu demam panas. Show all posts

DAIM KENA VIRUS RSV ADMITTED AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S HOSPITAL

DAIM KENA VIRUS RSV ADMITTED AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S HOSPITAL 


Ada ramai yang tanya, kenapa dengan Daim Naufal? Influenza ke hehehe. Okay, ala-ala influenza (flu virus.. Tapi lain.. Sama tapi tak serupangituuu) 🤗 Okay, pada mulanya Daim demam (suhu tinggi makan ubat paracetamol pun..suhu tak turun. Selama 3 hari panas). Ada selsema yang teruk dah seminggu, batuk mengokol (menkokol ke ejaan nya.. Belasah aje lah...) dalam 5 hari.

Macam mana mummy boleh tahu situasi Daim ini agak serius? 🤔

Pada mulanya, Daddy suruh mummy bawa Daim ke klinik. Tapi, kebanyakan klinik tak ada test utk influenza. Kalau ada pun, kena byr pun mahal juga. Alang-alang buat test tu, nak kena bayar juga dan nak ke sana sini. Amek keputusan terus ke hospital dan indirectly teringat Avisena je. Mummy buat desicion jumpa pakar di klinik pakar terus. Kebetulan hari Sabtu, ada pakar di klinik pakar. Mereka terima appointment sehingga 11.30 pagi je. So, apa lagi kelam kabut siapkan anak-anak. Husband mana? Husband dah g kerja. Tak apa lah, tak payah bazirkan cuti. Selagi mummy boleh handle, insyaallah. Sebab tu, amek keputusan ke Avisena. Mudahkan kerja mummy jugak dah situ. Tempat makan, tempat main untuk kids semua banyak situ. 

Bab ni, sebenarnya 'instict' mak-mak juga😁 (sama macam kwn mummy - Nadeera Yusoff yg tergerak nk buat test influenza anaknya juga). Tup.. Tup.. Anak beliau influenza A. (sekarang dah sihat. Aritu lah.. Sama pulak tarikh admit. Tapi hospital lain) 

Untuk cek influenza, ada ujian swap flu test. Ambil sample selesema. Dari situ akan tahu.

Dari ujian tu, Daim negatif influenza tapi POSITIF virus RSV.😅RSV (RESPIRATORY SYNCYTIAL VIRUS) 

Treatment Daim di sini pula... Daim di bawah pengawasan Dr Shereen Sherina Pakar Kanak-kanak di Avisena Shah Alam. 






DAIM POSITIVE FLU VIRUS RSV ADMITTED AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S HOSPITAL



 Check in wad, terus kena amek darah

Malam kena neb, 1st day nangis sebab tak biasa kena neb. Siap pakej bedung huhu

Lepas neb, happy to the max hahaha

 Day 2, breakfast

Dah nak mula biasa dengan tangan yang kena balut tu ha

Lepas mandi, bawa pi main luar bilik

 Tq tok mak, atok datang melawat

Dah boleh main, tangan dah boleh bergerak



 Suap sendiri kekdahnya



 Tq adik dan adik iapr datang



2nd day muka ada happy kene neb, daddy pandai amek ati anak neb



Kits kami kat rumah yang sempat bawa ke spital. 

Doktor pakar tak bagi antibiotics untuk Daim.. just paracetamol / ubat masuk punggung, spray untuk tekak dan on nebuliser every 4 hours.

Suhu demam memang masih range 38 - 38+ untuk hari pertama dan kedua. Sebab virus ni, memang suhu demam akan lambat turun. Ambil masa yang lama untuk turun. 

Malam kedua insyaallah reduce 6 jam sekali nebuliser . Sebab Daim, sangat cepat recover (kata doktor pakar pagi ni) 😍

Mana taknya , direct breastfeeding non stop sepanjang malam😅.

BTW, Terima kasih atas semua Doa dan ucapan (Alam maya& Alam nyata). Daim baik-baik je sepanjang di Avisena. Aktif macam biasa je 🤣 cuma kena nab je lah akan nangis 

Hari ketiga dah boleh discharged. Alhamdulillah 

Monitor dari rumah aje... 

Masuk Avisena guna apa? 
Bab ni, dah tentu lah pakai GL INSURANS AIA hehehe. Nak ikutkan bilik yang kami ambil tu berharga RM230 semalam. Short untuk RM80 Semalam kena top up. 


Bilik untuk bonda.. Best me time sini


Ketahui demam panas bayi anda

Tanda-tanda demam panas
=========================
1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je… sebab badan tak selesa…

Apa perlu buat kalau anak demam panas?
=====================================
1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat… kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan…

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.

Sumber: Petua Anak Demam Panas Dan Terkena Sawan Tarik

Oleh itu. Bayi demam bukan boleh di ambil sbg hal remeh temeh. Jika panas yg tnggi dan berterusan, bayi boleh terkena sawan. (Minta2 dijauhkan). Jd kita sbg ibu bapa juga perlu monitor thp suhu badan bayi ketika demam.

"Sblm ini, ada termometer yg lmbt dpt bacaannya..

terpaksa tkr ke infrared termometer. dlm 1 saat dah dpt bacaan.

Tak perlu main kejar2 dgn baby utk monitor suhu badan ;) "

Berminat dgn infrared termometer ini?
**Hanya rm68 sahaja (free postage)**

Pm sms/whatsapp/call 012-6460421