Showing posts with label tudung aidijuma. Show all posts
Showing posts with label tudung aidijuma. Show all posts

Tudung Aidijumaku

Bila dah terjebak tetengok design cecomel dari Aidijuma dan modelnya Datin tu memakainya. Mummy sangat lah terpengaruh. Fefeling muka cantik macam Datin bila pakai tudung koleksi Aidijuma. Mmg sedap pakainya, tak jarang, tak singkat. Harga pun memang mampu milik untuk White Label RM10 (kalo beli direct website). Tapi, mmg cepat nau la sold out. Jadiknya, kene beli dgn seller tudung Aidijuma. Rege tudung Aidijuma jatuh RM13- RM15 


Ni first tudung yg di beli dari seller tudung Aidijuma RM15+RM6 postage.
Design ni pun dah abes dah. Tak keluar lagi kat website. Mmg koleksi tudung Aidijuma sangat lah laris.


Koleksi tudung Aidijuma yang kedua ni pulak dari jenis White Label Abstract.
Bergegas beli 2 helai kat online. Alhamdulillah dapatlah rege RM10.
1 kita pakai, 1 lagi untuk customer Shaklee kita ;)



Koleksi ketiga tudung Aidijuma dari White Label Love 
Beli dgn seller RM13+6 postage.
Macam tak cantik mcm Datin pakai je, kan?





Koleksi seterusnya tudung Aidijuma Whitelabel Blue Tree dan Black Flower
Alhamdulillah dapat grab online RM10 sehelai.


Dan, akhir sekali dari tudung Aidijuma Green Label beli dgn kawan. Rege RM18 by hand tak de pos-pos.
Mmg geram tgk design2 yang hado. Akan zass mummy rebut nak beli. Pantang cuci mata. Oleh kerana ada lambakan tudung yang banyk di rumah. Nampaknya, kene puasa beli tudung dah. Setiap minggu nak beli tudung, bile nampak corak cecantik. Lagi satu, rege pun mampu milik, tak mahal. Tu yang rasa mcm nak shopping selalu.

Lepas tu, pening nak match dgn baju. Sbb design ni sesuai dengan baju yang plain. Kalo pakai dgn baju yang berdesign banyak tu. Macam serabut mata pulak nampaknya. Kan?