Giveaway Akhir Tahun Blogger Hasrul Hassan - Wang Tunai dan Template Blogger Premium

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Korang dah join ke Giveaway Blogger Hasrul Hassan ni? Sifu online senang cerita lah. Okay, pen...

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Korang dah join ke Giveaway Blogger Hasrul Hassan ni? Sifu online senang cerita lah. Okay, pengenalan entri mummy tak mo citer panjang. Cerita panjang untuk Giveaway Akhir Tahun Blogger Hasrul Hassan - Wang Tunai dan Template Blogger Premium ni korang boleh baca terus di bawah ni.... 

Giveaway Akhir Tahun Blogger Hasrul Hassan - Wang Tunai dan Template Blogger Premium



Klik Banner Untuk Join


Giveaway ini mudah. Buat mereka yang berminat, anda hanya perlu memenuhi syarat yang dinyatakan dan lakukan langkah-langkah diberikan untuk layak dalam giveaway ini. Selain hadiah wang tunai yang disediakan, HH juga akan tawarkan hadiah template blogspot premium berharga RM50 dalam giveaway ini.

Syarat nak sertai giveaway ini adalah seperti berikut:

1. Wajib menjadi followers blog HH. Jika belum atau tidak pasti, anda boleh klik pautan ini - FOLLOW untuk follow/ikuti blog ini dengan menggunakan id Google. 
Mummy sudah follow, lama jugak follow Tuan HH ni

2. Dah menjadi sebahagian fans di FB fanpage hasrulhassan.com
Yang ni pun DONE, wajib follow sifu sifu FB 🤣

3. Letakkan banner giveaway disediakan di atas dalam satu post baharu di blog anda, dan link kepada blog atau blog post ini.
Mummy selesai buat juga. 

4. ATAU jika anda tidak mempunyai blog, boleh share post ini di Facebook anda kemudian TAG FB HasrulHassan.com.

5. Anda dikehendaki membuat komen mengenai blog beliau, atau berkongsi pendapat mengenai dirinya sebagai seorang penulis blog aktif sepenuh masa sejak 2010. Contohnya, sejak bila kenal, macamana boleh kenal, kenal sebab apa atau kenapa anda suka baca blog beliau, atau apa keistimewaan blog nya pada pandangan anda dalam post anda tersebut.

Bagi mummy, blog Tuan HH :
1. Blog yang sangat friendly 
2. Blog mudah masuk. Tidak loading lama
3. Blog beliau kemas, mudah baca. Font yang di gunakan juga tidak terlalu kecil dan besar. Nice! 
4. Sharing dalam blog semuanya penuh informasi. Dan menjadi rujukan mummy juga... 

✅ Tentang Tuan HH
1. Mummy kenal beliau dari blog, Google search
2. Pernah bersemuka beberapa tahun lepas di Bangi Golf Resort
3. Nama saya Linda, dan bininya juga nama Linda. Senang ingat! 
4. Tuan HH ni walau ilmu online dari segi blog ni agak tinggi. Tapi, tak pernah sombong. Masih buat sharing di media sosial dan Baru-baru ni, Tuan HH bantu untuk susun atur blog mummy. Alhamdulillah, blog mummy dah laju tanpa tukar template. Blog mummy juga Tuan HH dah setting cantik. Bounce rate pun rendah. Alhamdulillah, hanya mummy kena semakin rajin untuk buat entri baru setiap hari. 

6. Bila dah siap, tinggalkan url post blog atau facebook tersebut sebagai bukti penyertaan di FB HasrulHassan.com di sini - Senarai Penyertaan

7. Kongsikan url blog atau status FB anda di media sosial supaya lebih ramai rakan blogger mahupun pembaca blog Malaysia menyertai giveaway ini.

Oh ya, sebelum terlupa, beberapa perkara lain mengenai Giveaway Akhir Tahun ini:

1. Tarikh tutup penyertaan adalah 30 hb November 2019 sebelum jam 11:59 malam.
Pemilihan pemenang adalah secara rawak menerusi Random.org.

2. Senarai peserta dengan nombor penyertaan akan diletakkan dalam fanpage blog ini nanti.

3.Pengumuman pemenang akan dibuat pada minggu pertama bulan Disember 2019.

4.Untuk penyenaraian dalam bloglist, hanya 30 blog terawal yang memenuhi syarat di atas sahaja akan dimasukkan.

Okay... Mummy dah settle part mummy. Moga ada rezeki aminnn... 


Baca Ini Juga


10 comments

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -