SET KOMBO SEDAP TAUHU BERGEDIL, TAKOYAKI, VIETNAM ROLL TEA TIME PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKP

TAUHU BERGEDIL, TAKOYAKI, VIETNAM ROLL TEA TIME PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKP - Alhamdulillah, sedapnya tekak dapat makan set kombo tea ...

TAUHU BERGEDIL, TAKOYAKI, VIETNAM ROLL TEA TIME PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKP - Alhamdulillah, sedapnya tekak dapat makan set kombo tea time TAUHU BERGEDIL, TAKOYAKI, VIETNAM ROLL untuk tea time di kala tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP. Dah terlanjur beli untuk diri sendiri ini, kan. Mummy teruslah amek order dengan jiran tetangga di apartment mummy ni ha ! Alhamdulillah ada tingkat 5 dan tingkat 10 buat order. Senanglah, runner hantar delivery ke 1 aparment mummy ni, terus !

TAUHU BERGEDIL, TAKOYAKI, VIETNAM ROLL TEA TIME PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKP 


Mummy memang craving lama dah dengan takoyaki ini ha. Favorite kami sekeluarga ! Tauhu bergedil pun lama mummy mencari juga. Nak buat sendiri tu, ada sedikit malas. Bukan apa, mummy ni semakin duduk rumah , semakinlah busy tau ! Buka blog pun setiap pukul 1-2 pagi. Kalau tertido 1-2 pagi tu, maaflah blog ye. Tiada entri untukmu hehehe. So, alhamdulillah, set kombo tea time TAUHU BERGEDIL, TAKOYAKI, VIETNAM ROLL mummy dapat tunaikan permintaan anak tekak untuk tea time di kala tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP



1 set kombo tea time TAUHU BERGEDIL, TAKOYAKI, VIETNAM ROLL ini mummy beli dengan harga RM30 sahaja. Delivery charges RM5 je. Okaylah tu kan, PKP ni ko nak demand harga cas penghantaran. Tak payah layan ! Tanamkan dalam hati ikhlas membantu para driver delivery ini. Masa ini lah pun, dorang boleh jana income. Waktu tak PKP, sendu juga job macam depa ni ha


Tauhu bergedil ada 6 pcs dalam set kombo ini, isi dalammnya padat, ada sos kicap cili api . Sosnya memang sedap. Pedasnya, pedas-pedas manja. Nak pedas lagi, tu ha..gigitlah cili api tu hehe. Mummy paling suka sosnya, siap simpan ! haha


Takoyaki ini pula, ada 12 pcs dalam satu set kombo ini. Sedap  ! memang kena dengan tekak ! Rasa dia sama macam mummy beli kat AEON Mall Cheras. Tu antara tempat favorite mummy beli takoyaki hehe. Semua cukup rasa ! Adesss,,rasa tetiba terliur pulak waktu update blog ini.



Vietnam roll ini pula, merupakan pertama kali nak try. Tak pernah makan lagi sebelum ini. Dalamnya ada bihun, crab stik / prawn, sayuran . Sosnya pula sos cili amasam manis pedas ! Sedap !

DI MANA BOLEH DAPATKAN SET TAUHU BERGEDIL, TAKOYAKI, VIETNAM ROLL MASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKP ?


Kalau korang ada yang teringin nak makan TAUHU BERGEDIL, TAKOYAKI, VIETNAM ROLL semasa PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKP. Penjual ini ada jual siap delivery kawasan Kajang, Bangi dan Putarajaya.

Serius sedap dan puas hati ! Jiran tetangga pun, siap recommeded kat group apartment kami. Hehe time PKP ni memasing rajin bertegur sapa dalam wasap. 

Okay, berbalik set kombo ini, bagi yang nak order, korang boleh wasap : http://www.wasap.my/60122624896/salam+nak+setkombo+dapat+info+dari+www.azlindaalin.com


Baca Ini Juga


5 comments

  1. sedapnya lahai, terliur tgk gambar..

    ReplyDelete
  2. can i have this too please !!!

    ReplyDelete
  3. Amboi nampak sedap tapi tauhu bergedel tu sampai sekarang saya tak makan. Kalau makan saya ambil isi dalam kalau campuran ayam dna kentang. Kalau ada bubuh tauhu memnag saya tak makan.. Hahaha.. Vietnam roll tu saya tak oernah try makan lagi. Nanti nak try lah. Nampak sedap pulak.

    Akak di tag https://www.mimiazirah.com/2020/04/pencarian-bloglist-by-aisyhah-nyais.html?m=1

    ReplyDelete
  4. memang mengancam set nie.. gemuk-gemuk popia vietnam tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -