Showing posts with label covid 19. Show all posts
Showing posts with label covid 19. Show all posts

HUSBAND SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES

HUSBAND SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES - Alhamdulillah, selesai vaksin pertama suamiku. Beliau terima tarikh vaksin agak mengejut juga. Dua hari sebelum tarikh pemberian vaksin. Okay jugaklah sebenarnya, masih ada masa lagi boleh apply cuti (kebetulan hari kena kerja ni). Waktu suami terima tarikh pemberian vaksin ini, mummy tak dapat lagi tarikh pemberian vaksin. Nampaknya daddy dulu lah yang dapat inject vaksin coronavirus.

HUSBAND SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES

HUSBAND SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES


Bila dah dapat tarikh pemberian vaksin, kami tertanya-tanya juga apakah vaksin yang HUSBAND akan TERIMA DI PPV MIECC MINES. Mujur kami dapat lists dari Whatsapp boleh baca di SINI . Nak kata percaya tu tak sangat lah. Tapi, memang tepat pun, HUSBAND TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES

Tak kisah sangatlah sebenarnya vaksin apa. Asalkan dapat slot , syukur sangat dah ! Dengarnya, lepas ni Malaysia akan beli vaksin brand lain juga.

APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DIGUNAKAN DI MALAYSIA? 

Apakah vaksin yang bakal masuk Malaysia lepas ni? Jeng jeng jeng....

Terdapat beberapa jenis yang akan digunakan di Malaysia iaitu: 
• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech - Dah masuk
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka - Dah masuk
• Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac  - Dah masuk
• Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran Cansino 
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya

Yang masih dok pilih-pilih vaksin tu, korang hati-hatilah ye. Melainkan memang korang tak layak untuk Sinovac . Vaksin Sinovac ni paling sensitif. Bukan semua orang layak terima vaksin Sinovac.

Korang tidak layak menerima vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac) sekiranya: 

Individu yang sedang mengalamai penyakit akut seperti acute diseases, acute exacerbation of chronic diseases, severe chronic diseases, allergies dan demam perlu ditangguhkan jika perlu. 

Mempunyai alahan kepada CoronaVac atau mana-mana bahan kandungan CoronaVac (sila lihat bahagian Penerangan Produk). 

Tanda-tanda tindak balas alahan mungkin termasuk ruam atau kegatalan kulit, sesak nafas dan bengkak pada muka atau lidah. Hubungi doktor anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital terdekat dengan segera sekiranya anda mengalami tindak balas alahan. 

Mempunyai sejarah alahan terhadap mana-mana vaksin yang lain 

Mempunyai penyakit neurologi yang serius seperti radangan saraf tunjang (transverse myelitis), demyelinating diseases dan sindrom Guillain-Barre 

Mempunyai penyakit teruk dan/atau kronik yang tidak terkawal Jika anda hamil atau sedang menyusukan bayi

Suami mummy daddy ada alahan G6PD, tetapi doktor mengatakan Sinovac boleh di ambil oleh individu yang mempunyai G6PD.

Dalam amsa beberapa hari ini, alhamdulillah husband sihat dan tiada alahan berlaku !

DAH DAPAT TARIKH VAKSIN COVID-19, APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DAPAT IKUT PPV?

DAH DAPAT TARIKH VAKSIN COVID-19, APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DAPAT IKUT PUSAT PEMEBERIAN VAKSIN (PPV) ? - Alhamdulillah, bulan ni ramai yang dah dapat tarikh vaksin Covid-19. Kami suami isteri pun sama dah dapat juga. Kami sebenarnya memang tak battle untuk vaksin sukarela AZ (Astra). Bukan kata tak sokong vaksin atau anti vaksin. Mahupun memilih vaksin , nak pfizer ke apa.

DAH DAPAT TARIKH VAKSIN COVID-19, APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DAPAT IKUT PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV)?


Bagi kami senang je, dah register dalam mysejahtera tu ha. Jadi, biarlah my sejahtera yang pilihkan vaksin yang sesuai untuk kami. Nak cepat pun, nak ke mana? InsyaAllah vaksin mencukupi dan negara kita akan berikan vaksin yang terbaik untuk kita.

Rata-rata pemberian vaksin Covid-19 Julai ni , akan terima vaksin Sinovac. Mummy tak kisah vaksin apa pun. Dah dapat vaksin pun alhamdulillah.

Daddy dapat dulu tarikh vaksin iaitu pada 12 Julai 2021 di Pusat Pemberian Vaksin Mines (PPV Mines). Manakala , mummy pula dapat tarikh 14 Julai 2021 di Pusat Pemberian Vaksin 360 Eco-Hill Semenyih.



DAH DAPAT TARIKH VAKSIN COVID-19, APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DAPAT IKUT PPV?



DAH DAPAT TARIKH VAKSIN COVID-19, APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DAPAT IKUT PPV?



Yang mana nak tahu apakah vaksin yang akan dapat. Korang boleh refer bawah ni. Tapi, tertakluk juga pada bekalan terkini. Dan, mummy pun dapat dari group Whatsapp.  Vaccine accordance to the PPV (venue)


1. Mines - Sinovac

2. Pwtc - AZ

3. Sunway CC - Pfizer

4. Uitm Seksyen 7 - SinoVac

5. Uitm Puncak Alam - Sinovac

6. Movenpick - Sinovac

7. Dewan serbaguna Salak Tinggi - Pfizer / Sinovac

8. UKM - AZ

9. UM - AZ

10. IDCC shah alam - Sinovac/AZ

11. Tzu shi cing hall kepong - Sinovac

12. SACC Setia Alam - Sinovac

13. USIM - Sinovac 

14. Bukit Jalil Stadium - Sinovac

15. Stadium Axiata - Pfizer

16. MiTEC KL - Sinovac/Pfizer

17. KLCC - Sinovac

18. An-Nur - Pfizer

19. MSU S/Alam - Pfizer / Sinovac

20. USIM - Sinovac

21. UTAR Sg Long - Sinovac

22. HUKM Drive Thru - Pfizer

23. Putrajaya - Pfizer & Sinovac

24. An-Nur Bangi - Pfizer

25. KPJ Klang - Sinovac

26. Dewan Org Ramai Kg Ampang Indah - Pfizer

27. Poliklinik Damai, Kesuma- Sinovac

28. UKM,Dewan Gemilang - AstraZeneca

29. Dewan Org Ramai Tmn. Bkt. Mewah - Sinovac

30. Bangi Golf Club - Sinovac

31. KPMC kajang - Sinovac

32. Bangi Avenue Convention centre - Sinovac

33. Klinik Kita Bandar Baru Saujana Kajang - Sinovac

34. Kompleks Komuniti Muhibbah Bkt Jalil - Pfizer 

35. Dewan Tanjung MBSA Sek 19, Shah Alam - Pfizer / Sinovac

36.Club 360 Eco Hill - Sinovac

Kalau di lihat PPV terbaharu ini, 90% kawasan kami di sekitar Kajang ni akan terima Sinovac. Yeaaay Kajang is Sinovac's Clan hahahaha.

Bersyukur sangat apabila KKM bekerjasama dengan agensi swasta, lebih banyak PPV di buka dan lebih cepat rakyat Malaysia terima vaksin.

Good job semua ! Apa yag penting? KERJASAMA

PERCUMA PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA

PERCUMA PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA - BERITA BAIK untuk pemegang polisi AIA ataupun bukan pemegang polisi AIA. Ye, bukan client AIA pun boleh dapatkan PERCUMA PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA tau !. Berikutan pengumuman Kerajaan mengenai pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Nasional, AIA mempunyai rancangan perubatan bersama kerana AIA sangat yakin bahawa AIA akan melindungi rawatan perubatan mereka untuk mereka yang mengalami komplikasi atau kesan sampingan (side effect)yang memerlukan kemasukan ke hospital setelah mengambil vaksin COVID-19 


Perlindungan Komplikasi Vaksin (Side Effect) Covid19 PERCUMA dari AIA


PERCUMA PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA


PERCUMA?! Ya! PERCUMA PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA untuk semua rakyat Malaysia!

Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 hingga 70 tahun yang sedang bermastautin di Malaysia.

Bukan pelanggan AIA juga boleh mohon. Manakala, pelanggan AIA sedia ada WAJIB mohon ! Sebab kalau tak mohon, nanti tak dapat claim pula !

APAKAH PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA SECARA PERCUMA ITU?

AIA menawarkan perlindungan komplikasi atau side effect secara PERCUMA, seperti :-

1. Kematian disebabkan Covid19 Vaccination Complication = RM 20,000

2. Kemasukan wad disebabkan Komplikasi Vaksin - RM 100 sehari maksimum sehingga 14 hari.

3. Tempoh pendaftaran di link ini https://www.rsc.aia.net.my/rsc/86425  sehingga 14 June 2021 sahaja


MACAMANA NAK DAFTAR Perlindungan Komplikasi Vaksin (Side Effect) Covid19 PERCUMA dari AIA?

Nak dapatkan secara PERCUMA PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA mudah sahaja, korang mestilah mematuhi syarat di bawah ini :-


2. Klik INTERESTED dan isi butiran yang diperlukan seperti nama, nombor telefon, email dan seterusnya tekan SUBMIT

3.Anda akan menerima email pengesahan dalam tempoh 14 hari bekerja.

4. Selepas itu, anda boleh mula memuat turun aplikasi MyAIA untuk melihat manfaat yg anda perolehi selepas pendaftaran anda disahkan.

5. Tempoh perlindungan adalah sehingga RM 3 Juta dana selesai atau pun akan berakhir pada 31 Disember 2021

6. Jom cepat2 daftar sebelum terlambat! FREE je!!! Jangan lupa share dengan kawan-kawan dan keluarga tau!

Keterangan lanjut boleh hubungi :

Linda

12 ORANG DI BENARKAN SOLAT BERJEMAAH DI SELANGOR DENGAN MENGIKUT SOP PROSEDUR PKPB

12 ORANG DI BENARKAN SOLAT BERJEMAAH DI SELANGOR DENGAN MENGIKUT SOP PROSEDUR PKPB - Perkhabaran Berita baik! Masjid, surau di Selangor fan boleh di buka dan boleh solat BERJEMAAH uollsss! Best tak? Best-best juga... Tapi korang jangan lupa ikut SOP Prosedur Solat Berjemaah di Selangor tau! 


12 ORANG DI BENARKAN SOLAT BERJEMAAH DI SELANGOR DENGAN MENGIKUT SOP PROSEDUR PKPB




Perkara ini di pekenankan oleh SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membenarkan solat Jumaat dan solat Aidilfitri diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri), Masjid Diraja dan Masjid Daerah bermula hari ini. 

Manakala, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad membenarkan hanya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan imam saja yang dibenarkan iaitu seramai 3 hingga maksimum 12 orang



"JAIS masih mengekalkan untuk semua masjid dan surau tidak boleh mendirikan solat Jumaat seperti ketetapan awal jabatan menerusi surat bertarikh 16 April lalu.

"Namun, Sultan Sharafuddin berkenan selepas berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Selangor dan JAIS.

"Selepas mendapat pandangan dari sudut hukum syarak, hanya AJK masjid dan imam saja yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di masjid iaitu seramai tiga hingga maksimum 12 orang," katanya dalam kenyataan semalam. 


PROSEDUR SOLAT JEMAAH DI MASJID & SURAU DALAM TEMPOH PKPB


# Merangkumi solat Jumaat, jemaah setiap waktu, sunat Tarawih & Aidilfitri

# Masjid dan surau dalam zon hijau

# Tertakluk kelulusan pihak berkuasa agama negeri

# Adanya kawalan oleh polis dan penguat kuasa agama

Tanggungjawab pengurusan masjid & surau

# Sediakan kaunter periksa suhu badan & sanitasi tangan

# Ambil rekod maklumat kehadiran jemaah

# Arah jemaah pulang jika gagal bawa kad pengenalan

# Dapatkan kerjasama polis dan penguat kuasa agama

# Patuhi SOP ditetapkan MKN dan KKM

# Sanitasi ruang solat, kawasan sekitar, tandas & tempat wuduk sebelum & selepas solat

# Had penggunaan tandas mengikut jumlah bilik yang ada

# Jumlah 3 hingga 30 jemaah setiap sesi solat tidak termasuk imam

# Satu sesi solat jemaah setiap waktu sahaja

# Pintu masjid dibuka sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selesai solat

Tanggungjawab setiap jemaah

# Bawa kad pengenalan setiap kali hadir

# Berwuduk di rumah

# Bawa sejadah sendiri ke masjid

# Wajib memakai pelitup muka

# Pastikan penjarakan sosial ketika berada dalam dan luar masjid

# Jarak 1 meter di antara jemaah ketika solat

# Penghidap penyakit kronik dan warga emas berusia lebih 70 tahun dilarang hadir

# Kanak-kanak bawah usia 15 tahun tidak dibenarkan hadir

AKTIVITI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI : CAT RUMAH

AKTIVITI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI (PKP 2020): CAT RUMAH. -Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hampir 2 bulan duduk rumah sepanjang  PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI (PKP 2020). PKP satu, memula tu rasa macam bosan sket. Bosan? Memang akan ada lah bosan tu kan, menipu lah kalau kata tak ada perasaan bosan tu. Si daddy dah merungut , tak tahu nak buat apa dah dalam rumah hehe. Aktiviti sama je setiap hari. 



Mummy pun, apa lagi bagilah beberapa idea pada daddy. So, salah satu adalah mengecat rumah. Idea tulah , di terima daddy. Balik je rumah, tengok-tengok di bawanya 1 tong besar cat hahaha..


Aktiviti ni kami buat masa PKP 1, lama benar entri ini duduk dalam draft blog da... Bosan-bosan pun, lama tak update blog ye hehehe. Sampai dan masuk PKPB dah pun hehehe. So, kali ini, nekad ! Nak post juga sebelum habis PKP hahaha.



Cat kali ini , daddy beli jenama Jotun, 1 tong besar tu dalam RM300. 1 tong besar cat tu cukup ke satu rumah? Kalau rumah kami bersaiz hampir 900sq ft tak cukup 1 tong besar tu. So, hanya cat di kawasan ruang tamu, dinding luar bilik, dan balkoni aje.





Tu pun, daddy dah tak larat. Penat katanya, mujur ada anak-anak dan atok turut bantu daddy untuk megecat. Kami buat sesi mengecat tu sebelum bulan Ramadan. Kalau Ramadan, memang tak larat lah gamaknya nak settlekan sesi cat mengecat ni ha..



Warna pilihan daddy, kuning gelap ke arah gold sedikit. Memula tengok macam tak lawa. Tapi, lelama tengok kat dinding nampak lawa dan kemas.



Pandai daddy pilih color. Nampak ceria aje ! Amek gambar dalam rumah pun nampak terang dan tenang gitu.


Hehe. Terima kasih daddy tolong cat rumah, kalau nak harap mummy tak sempatlah. Anak-anak ni ada amsa , nak berkepit aje. Tak boleh berenggang lama sangat !

Selesai update aktiviti PKP 1 kami, nanti mummy update lagi aktiviti PKP kami seterusnya ye !

HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG !

HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG ! - Assalamualaikum semua, selamat sejahtera. Apa khabar semua ? Sihat? Mummy doakan semua sihat walafiat hendaknya. Zaman-zaman Covid-19, Corona Virus ini, antara barangan hot adalah hand sanitiser . Hand sanitiser ini, untuk emergency jika kita keluar rumah, ke kedai, drive atau pun selepas berjumpa dengan orang atau sebelum berjumpa dengan orang. Mummy dah lama mengamalkan hand sanitizer sebab dari dulu . Sebab kerja mummy asyik berjumpa dengan orang / client. Ada masa, berjumpa dengan client yang ada baby. So, sebelum masuk rumah mereka. Pakailah hand sanitiser dahulu. Hand sanitizer favorite mummy adalah dari jenama Pureen ! Baunya natural, manakala kandungan alkoholnya tak terlalu tinggi atau pun terlalu rendah. Mummy dan anak-anak insyaallah selamat gunakannya. Anak-anak pun dari awal tahun, memang mummy bekalkan hand sanitizer.

HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG !


Walaupun, amalan membasuh tangan dengan sabun selama 20 saat itu paling penting, tapi...hand sanitiser juga wajib ada tau ! Kalau time keluar tu, tak ada air dan sabun. Haaa..macam mana? Okay, berbalik kisah hand sanitizer Pureen ini. Mummy faham masalah PKP Movement of Control (MOC) ni. Terhad untuk ke kedai. Makanya, mummy ada buat jualan di sekitar Kajang. Bagi yang memerlukan hand sanitizer ini. Dah alang-alang beli untuk keluarga, beli sekali untuk jiran tetanga dan kawan-kawan. Kalau korang yang berada di sekitar Kajang nak dapatkan hand sanitizer ini. Boleh roger mummy ye. Ready stock, manakala yang nak beli secara pos pun boleh juga. Beli sekali untuk jiran tetangga , jimat pos !


HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG, hand sanitizer, hand sanitiser, 6 KELEBIHAN HAND SANITIZER PUREEN, CARA PAKAI HAND SANITIZER PUREEN INSTANT ANTIBACTERIAL,

6 KELEBIHAN HAND SANITIZER PUREEN !


Korang mesti tertanya-tanyakan, apa kelebihan hand sanitizer Pureen ni. Jom baca 6 KELEBIHAN HAND SANITIZER PUREEN !

1. Kalau korang nak tahu, hand sanitiser Pureen ini bersifat anti bakteria, mengandungi 68% alkohol. Membantu melindungi kita dari virus merbahaya termsuklah Covid-19 !

2. 99.99% berupaya membunuh semua jenis kuman dan virus

3. Hand sanitizer Pureen ini, insyaallah tak keringkan kulit. Kerana mengandungipelembab semulajadi dan Vitamin E

4. Sangat sesuai untuk kanak-kanak sehingga dewasa dan juga yang mempunyai kulit jenis sensitif !

5. Tak perlu membilas setelah di gunakan.

6. Hand sanitizer Pureen ini bersifat gel. Makanya tak mudah tertumpah dan tertuang banyak. Jimat !

HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG, hand sanitizer, hand sanitiser, 6 KELEBIHAN HAND SANITIZER PUREEN, CARA PAKAI HAND SANITIZER PUREEN INSTANT ANTIBACTERIAL,

CARA PAKAI HAND SANITIZER PUREEN INSTANT ANTIBACTERIAL


Cara pakai hand sanitizer Pureen Instant Antibacterial ini sangat mudah ! 

1. Buka penutup Hand Sanitizer Pureen.

2. Tuangkan sedikit gel Hand Sanitizer Pureen ke tepak tangan

3. Gosokkan rata tangan, jari, celah jari , kuku sehingga gel Hand Sanitizer Pureen meresep .

4. Siap !

HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG, hand sanitizer, hand sanitiser, 6 KELEBIHAN HAND SANITIZER PUREEN, CARA PAKAI HAND SANITIZER PUREEN INSTANT ANTIBACTERIAL,

Nak Hand Sanitizer Pureen? HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG ! Boleh wasap terus https://www.wasap.my/60126460421/nak+hand+sanitizer+pureen

Oh ya ! Harga RM7.50 tak termasuk delivery . FREE COD di sekitar Kajang Perdana !

Pengeposan pula, 1 - 10 botol , kos pos courier hanya RM8 sahaja (sem Malaysia)


TARIKH PEMBAYARAN BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

TARIKH PEMBAYARAN BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Korang tengah buat apa tu? Ha? Tengah cek akaun bank, samada duit BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL dah masuk ke belum? Hehehe. Jangan risau mana yang tak masuk hari. Kalau lulus tu, insyaAllah duit akan masuk. Cumanya, tak semestinya hari ini 6 April 2020.

Nak tahu tarikh BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL ? Okay jom baca d bawah ini, mummy ada screenshot BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

TARIKH PEMBAYARAN BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL





Kategori : B40, Isi Rumah RM4,000 ke bawah
Jumlah bantuan : RM1,600
Fasa Pembayaran : April RM1,000 dan May RM600
Tempoh pembayaran : 6 April hingga 12 April 2020
Kaedah pembayaran : Bank details dari Bantuan Sara Hidup (BSH) atau data dari percukaian LHDN

Kategori : B40, Bujang RM2,000 ke bawah
Jumlah bantuan : RM800
Fasa Pembayaran : April RM500 dan May RM300
Tempoh pembayaran : 6 April hingga 12 April 2020
Kaedah pembayaran : Bank details dari Bantuan Sara Hidup (BSH) atau data dari percukaian LHDN

Kategori : M40, Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
Jumlah bantuan : RM1,000
Fasa Pembayaran : April RM50 dan May RM500
Tempoh pembayaran : 13 April hingga 15 April 2020
Kaedah pembayaran : Bank details dari Bantuan Sara Hidup (BSH) atau data dari percukaian LHDN

Kategori : M40, Bujang RM2,001 hingga RM4, 000
Jumlah bantuan : RM500
Fasa Pembayaran : April RM250 dan May RM250
Tempoh pembayaran : 13 April hingga 15 April 2020
Kaedah pembayaran : Bank details dari Bantuan Sara Hidup (BSH) atau data dari percukaian LHDN

Yang pastinya, Minggu awal ni Kategori B40 yang akan terima duit BPN DULU la ye. M40 pula mohon bersabar. Selepas 13 April 2020.ye duit akan masuk hehe.

Yang mana rasa layak, tak tak dapat. Jangan risau. Jangan menang is ye!  Boleh semak di, dan mohon di :

UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL


UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL - Bermula 1 April 2020, Pusat Perubatan Nilai (Nilai Medical) akan menawarkan ujian pandu-lalu Covid-19 yang memberikan keputusan dalam tempoh 48 jam. Jangka masa yang cepat ini akan membolehkan mereka yang berkeputusan negatif untuk menarik nafas lega serta membolehkan tindakan perubatan dilaksanakan segera untuk kes positif. Inisiatif pantas oleh Pusat Perubatan Nilai ini bertujuan untuk menyokong usaha Kementerian Kesihatan bagi menambahbaik pengesanan, pengasingan dan rawatan; dengan matlamat untuk mengurangkan penyebaran wabak dan menghilangkan virus tersebut. 


UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL



Menurut Jasmine Lau, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Nilai, "Dengan peningkatan jumlah kes Covid-19, ujian pandu-lalu 10-minit ini akan menggalakkan orang ramai melakukan ujian jika mereka mempunyai sebarang kebimbangan atau mengesyaki bahawa mereka mungkin telah terdedah kepada virus itu. Konsep pandu-lalu ini mengurangkan kontak rapat sementara memastikan keselamatan kakitangan kami. Swab (sampel bahan uji) akan diambil sementara individu kekal berada di dalam kenderaan mereka. Sekiranya mana-mana individu didapati positif, kami akan memaklumkan serta mengarahkan mereka dengan serta-merta untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang sesuai. 

"Dengan ujian pandu-lalu yang cepat diproses ini, Pusat Perubatan Nilai dapat memainkan peranan penting dalam mempercepatkan langkah perubatan dan pengasingan. Kami ingin menghulurkan tangan untuk membantu rakan professional penjagaan kesihatan di kemudahan kerajaan dan bersama-sama menangani krisis ini," kata beliau. 

Ujian pandu-lalu Covid-19 di Pusat Perubatan Nilai dibuka dari Rabu hingga Jumaat, 2.00 petang - 5.00 petang. Ujian ini ditawarkan dengan harga RM580 untuk orang ramai dan RM500 untuk warga emas (berumur 60 tahun ke atas) dan pekerja penjagaan kesihatan. Hubungi 06-8505100 atau emel hotline@nilaimc.com untuk menempah slot masa pandu-lalu anda.

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500 I-LESTARI SECARA ONLINE

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINEBagi yang sudah ada i-akaun KWSP, korang boleh terus ikuti langkah yang mummy akan share kan di bawah. Manakala, yang belum ada i-akaun KWSP, korang kena buat dulu. Boleh refer ke : CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE   untuk cara mohon i-akaun username / id dan password secara online. Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, telah membenarkan pencarum EPF mengeluarkan maksimum RM500 dari akaun 2 EPF memasing. 

So, di sini, mummy sharekan macam mana nak buat pengeluaran i-akaun KWSP secara online tanpa ke pejabat KWSP 


CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINE

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINE sangatlah mudah hanya 14 langkah je !

Langkah 1 :


1. Layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my



Langkah 2


2. Pilih i-Akaun Ahli dan masukkan ID dan Password anda.

Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Forgot User ID / Password” untuk mendapatkan kata laluan baru.


Langkah 3

3. Kemudian pilih “Withdrawal” pada bahagian atas sebelah kanan.


Langkah 4


4. Tekan “New Application” untuk membuat pengeluaran.




Langkah 5

5. Pilih “Withdrawal Type”.




Langkah 6


6. Pilih i-Lestari untuk pengeluaran RM500 sebulan.

Selain i-Lestari, anda juga boleh memohon pelbagai jenis pengeluaran bergantung kepada syarat kelayakan.




Langkah 7 & 8

7. Akaun keluar satu popup notis. Sila klik pangkah atau “X”

8. Kemudian klik “Next”.



Langkah 9 & 10


9. Kemudian masukkan amaun pengeluaran yang anda inginkan. Minima RM50 manakala maksima RM500 sebulan.

10. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun anda.

Pastikan akaun anda aktif. KWSP akan terus masukkan duit mengikut butiran maklumat yang anda isi.



Langkah 11


11. Jika perlu, sila kemaskini maklumat terkini anda.



Langkah 12 & 13


12. Kemudian klik  pada ruang checkbok.

13. Klik “Request TAC”


Langkah 14


14. Masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan dan klik “Submit”




15. Siap!

Jimat cermatlah duit yang ada ye, sebab kita tak tahu effect ekonomi wabak Covid-19 sehingga bila. Pakai untuk keperluan paling penting. Jangan ikut kehendak, malah fikirkan keperluan !



Kredit tutorial ini kepada saudara Luqman Hariz 

CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP

CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP - 1 April 2020 bermulalah gelombang baru iaitu gelombang pengeluaran KWSP akaun 2. Beberapa hari lepas PM kita ada mewar-warkan semua orang boleh mengeluarkan duit dari KWSP (akaun 2) yang di beri nama i-LESTARI KWSP.

Malangnya, bagi yang tidak pernah ada kod online EPF tu macam mana ye? Memasing mengeluh, pejabat KWSP tutup dan talian telefon juga tidak berjawab. Siap ramai pulak tu yang beratur di hadapan pejabat KWSP hari ini ! Aduh PKP uolss ! Please lah ! Putuskan rangkaian Covid -19. Stay at home ! Duduk Rumah !

Jangan panik ! Jangan risau kengkawan ! Semuanya boleh di selesaikan secara online sahaja ! Macam mana DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP


MACAM MANA NAK DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP


Perkongsian dari Facebook Farah Nisa. Yes alhamdulillah dah boleh daftar i-account KWSP secara online. Tak perlu pergi ke kiosk untuk register TAC no pun pada musim RMO ni.


CARA-CARA NAK DAFTAR I-AKAUN EPF ONILNE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP


Cara-cara DAFTAR I-AKAUN EPF ONILNE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP:


1️⃣ Pertama anda perlu #install 3 apps yang tertanda hijau tu:


- Adobe Acrobat (untuk isi form dengan tulisan bertaip, ni memang pihak EPF yang request, boleh tengok borang yang di attach)

- Documents (untuk rename setiap file sebab EPF suruh save setiap file ikut format yang ditetapkan) 

- Mail / Email


2️⃣ Pergi link ni untuk download borang dan buka guna Adobe Acrobat:


https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147596/Borang+Pendaftaran+i-Akaun+%28Ahli%29+melalui+e-mel.pdf/a357f55e-d4bd-e403-1e97-5fc01fae1af5?t=1585660004622


3️⃣ Isi borang and prepare document, ada 5 items kena prepare







📝 Anda perlu attach sekali

1. IC DEPAN BELAKANG
2. GAMBAR SELFIE ANDA BERSAMA IC
3. BUKTI NO HANDPHONE ANDA.
• JIKA ANDA PAKAI POSTPAID LAMPIRKAN BIL ANDA
• JIKA ANDA PAKAI PREPAID SILA SCREENSHOT STATEMENT YANG ADA NAMA DAN NO HANDPHONE ANDA.
4. BUKU BANK/BANK STATEMENT YANG ADA NAMA DAN NO ACCOUNT BANK ANDA.

4️⃣ Save doc yg korang dah prepare ke apps Documents and rename setiap file ikut format.

5️⃣ EMAIL KAN SEMUA 1-4 ke iakaundaftar@epf.gov.my.

Pihak KWSP akan sahkan permohonan anda.

Jika permohonan anda berjaya, anda akan dapat SMS ID dan Password sementara daripada pihak KWSP.

Aktifkan i-Akaun dan anda perlu tukar password sementara kepada password baru.

i-Lestari boleh dikeluarkan daripada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.

AMBIL PELUANG INI JIKA ANDA TIADA EMERGENCY SAVING WALAUPUN BELANJA ANDA CUKUP.

🔴 Anda boleh kumpul emergency fund
🔴 Boleh langsaikan hutang jahat guna teknik snowball atau avalanche
🔴Boleh masukkan duit tersebut di tempat pelaburan yang boleh bagi pulangan lebih tinggi sebagai contoh Unit Trust

Anda dibenarkan membuat pengeluaran minimum RM50 dan maksimum RM500 dalam tempoh sebulan tetapi hanya 1 pengeluaran sahaja dibenarkan dalam tempoh sebulan.

Kredit kepada Puan Azila Akmar untuk gambar.

Lagi sekali saya ingatkan, entri ini adalah untuk korang yang tak boleh accses i-akaun EPF . Tunggu sehingga dapatkan id dan password untuk memohon pengeluaran duti i-lestari KWSP.

Selanjutnya, boleh baca di www.kwsp.gov.my

Sidang Media Khas - Perintah Kawalan Pergerakan (30 Mac 2020) ( Kemaskini)

Sidang Media Khas - Perintah Kawalan Pergerakan (30 Mac 2020) (Kemaskini) - Assalamualaikum, selamat sejahtera. Semakin hari semakin mendebarkan. Lelagi bila PM mengada kan siang media khas berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan. So, harini ada lagi siang media khas. Jom baca intipati Sidang Media Khas - Perintah Kawalan Pergerakan (30 Mac 2020) ( Kemaskini) 

Sidang Media Khas - Perintah Kawalan Pergerakan (30 Mac 2020) ( Kemaskini) 








Sidang Media Khas - Perintah Kawalan Pergerakan (30 Mac 2020) ( Kemaskini) 

1. PKP Fasa Kedua: Waktu operasi semua premis perniagaan barang keperluan harian termasuk Pasaraya dan Pasar, 8.00 pagi hingga 8.00 malam


2. Operasi Stesen Minyak dihadkan dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam


3.*Ralat 

3. PKP Fasa Kedua: Waktu operasi pengangkutan awam kekal 6.00 pagi hingga 10.00 malam


4. PKP Fasa Kedua : Teksi dan E-Hailing dibenarkan beroperasi 6.00 pagi hingga 8.00 malam

5. PKPD yg kedua telah dilaksanakan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui, Hulu Langat berikutan peningkatan jumlah positif jangkitan COVID-19

6. PDRM telah menahan 828 individu kerana ingkar PKP

7. PDRM bersama ATM telah membuat sebanyak 1520 Sekatan Jalan Raya dan melakukan pemeriksaan kpd lebih 257,287 kenderaan

8. Sekatan Jalan Raya di plaza tol di seluruh negara, ditambah dari 23 kepada 65 dan akan ditingkatkan kepada 114 plaza tol

9. Jumlah keseluruhan anggota yang bertugas dalam pelaksanaan PKP adalah seramai 67,77

10. Kerajaan menggalakkan orang ramai supaya membuat pembelian secara atas talian (online)

11. Aktiviti riadah tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian

12. Kelonggaran kepada golongan Autism & OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar tetapi tidak dibenarkan secara berkumpulan

13. Kerajaan tetap harga siling topeng muka RM1.50

14. SOP PKP Tahap 2 akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2020



*Ralat 

3. PKP Fasa Kedua: Waktu operasi pengangkutan awam kekal 6.00 pagi hingga 10.00 malam 

4. PKP Fasa Kedua : Teksi dan E-Hailing dibenarkan beroperasi 6.00 pagi hingga 10.00 malam

Sumber MINDEF MALAYSIA

COVID-19 PENDEMIK KATA PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO)

COVID-19 ADALAH PENDEMIK, KATA PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) - Assaalmualaikum dan selamat sejahtera semua, jarang-jarang mummy nak menulis tentang penyakit. Almaklumlah, mummy bukan doktor nak kupas isu COVID-19, tapi bila WHO memberitahu bahawa COVID-10 adalah pendemik. Bahasa-bahasa ini biasanya di tuju khas buat penyakit berjangkit yang baharu. Erm....takutnya.......... Eh korang tahu tak Pendemik tu apa?


COVID-19 PENDEMIK KATA PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) 



Secara amnya,ianya sama tapi tak serupa ENDEMIK, EPIDEMIK dan PANDEMIK ni. Apa perbezaan antara Endemik, Epidemik dan Pandemik ?


Endemik bermaksud kejadian sesuatu penyakit yang sentiasa wujud dalam sesuatu masyarakat atau tempat. Bilangan kes penyakit tersebut sentiasa ada dan pada kadar yang stabil.

Epidemik membawak makna penyakit berjangkit yang mudah merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama sehingga tidak terkawal.

Pandemik kejadian penyakit merebak ke peringkat atau skop lebih besar, merentasi negara dan benua serta ianya berlaku secara cepat dan pantas.

Macam sekarang la Covid-19 yang tersebar begitu cepat ke seluruh pelusuk dunia. 13 kali ganda merebak. 

Pendemik Influenza pernah terjadi pada zaman perang satu ketika dahulu. Di mana separuh penduduk dunia menghidapinya. Allahuakhbar, moga scientist atau pakar dapat temui penawarnya dengan cepat !

AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ?

AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ? - Yes, salah satu soalan hot buat mummy. Almaklumlah... mummy kan agent insurance AIA. Walau ramai orang pandang negatif pada agent insurance. But, i am ok with this line. I love this line sebab nawaitu mummy nak bantu orang bukan nak menyusahkan orang especially adik beradik, saudara mara dan juga kawan-kawan mummy. Kalau mampu RM30 sebulan pun tak apa. Ada je insurance semurah RM30 ! Okay stop pasal harga insurance ini... berbalik kepada soalan hot yang sering mummy terima AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ?


AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ?


AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ? Sebelum mummy jawabkan bab ini. Terlebih dahulu mummy nak share sedikit basic info tentang COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS . 



1. COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS permualaannya adalah dari demam dan selsema

2. Demam selsema yang lebih 3 hari ini, biasanya kalau ke hospital swasta memang confirmed akan masuk wad hospital. Kes sebegini AIA Insurance cover (jika ada medical card)

3. Jika di dapati demam selsema itu adalah COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS . Pesakit terus di hantar ke hospital kerajaan.

4. COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS  untuk masa ini hospital kerajaan akan handle.

5. Jika masuk wad di hospital kerajaan, AIA Insurance akan bayar RM100 sehari untuk elaun hospital (basic medical card). Manakala, COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS pula, AIA akan bayar RM200 sehari untuk elaun hospital kerajaan

Kena bayar extra ke untuk kes COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS . . Okay bab ini apa yang mummy dapat info dari pihak AIA adalah NO EXTRA CHARGE ? NO EXTRA COST bagi yang sudah ambil polisi sebelum 31 Mac 2020.

Atas ini, pencerahan mummy tentang kemasukan wad dan juga pemegang pilisi insurance AIA yang mempunyai plan medical card (kad perubatan). Macam mana pula jika berlaku kematian? ada pampasan kematian dari AIA Insurance tak?

Bab ini, pampasan kematian iaitu jika pemegang polisi mempunyai polisi LIFE INSURANCE / INVESTMENT LINKED dengan AIA Insurance. Yes, korang akan dapat extra RM10K pampasan ! Dengan syarat , polisi di ambil sebelum 31 Mac 2020 ! extra RM10k ye. Bukan kaleng-kaleng !

Secara amnya, AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ? Hehehe..bab ni mummy tak nak jawab dah. Jemput baca aje lah :)

Nakkan benefits ini tanpa kos tambahan? Bolehlah ambil mana-mana plan insurance dengan agent AIA, kalau korang tak suka nak ambil dengan mummy sekali pun.

Sebab apa? HARIMAU MATI TINGGALKAN BELANG, KITA MATI TINGGALKANLAH $$$$$$

Kalau nak tahu harga , jenis polisi yang sesuai ikut bajet. Korang boleh je whatsapp mummy. Insyaallah, mummy akan berikan harga kasih sayang untuk korang yang tersayang. Hehehe

Tekan aje link ini : http://www.wasap.my/60126460421/AIA



Walau korang dah ada perlindungan polisi insurance, kebersihan jangan sesekali di abaikan ye ! Sanitised dan basuh lah tangan dengan kerap. Lelagi, apabila kerap bersalam atau berjumpa dengan orang yang ramai dan padat.

Moga kita di jauhkan dari malapetaka ! Amin..