Tanda-tanda demam panas
=========================
1. Suhu badan 37°C dan ke atas.
2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.
3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)
4. Kalau anak kecil, merengek je… sebab badan tak selesa…
Apa perlu buat kalau anak demam panas?
=====================================
1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat… kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.
2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.
3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan…
4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.
Sumber: Petua Anak Demam Panas Dan Terkena Sawan Tarik
Oleh itu. Bayi demam bukan boleh di ambil sbg hal remeh temeh. Jika panas yg tnggi dan berterusan, bayi boleh terkena sawan. (Minta2 dijauhkan). Jd kita sbg ibu bapa juga perlu monitor thp suhu badan bayi ketika demam.
"Sblm ini, ada termometer yg lmbt dpt bacaannya..
terpaksa tkr ke infrared termometer. dlm 1 saat dah dpt bacaan.
Tak perlu main kejar2 dgn baby utk monitor suhu badan ;) "
Berminat dgn infrared termometer ini?
**Hanya rm68 sahaja (free postage)**
Pm sms/whatsapp/call 012-6460421
Menyusukan anak semasa hamil???Apa yang kita perlu tahu???
===============================
"BOLEHKAH IBU YANG SEDANG HAMIL MENYUSUKAN ANAK DALAM MASA YANG SAMA???ADAKAH NUTRISI DAN ZAT DALAM SUSU AKAN BERKURANGAN DAN ADAKAH IANYA MERBAHAYA UNTUK SAYA???"
Inilah antara persoalan yang saya nak sharekan dengan kalian hari ini...
First sekali yang saya nak kata.Jangan ikut2 orang!!! Hehee
Pastikan kita benar2 tahu tentang perkara ini dan jika perlu, rujuklah kepada doktor (yang benar2 tahu dan expert tentang kehamilan dan penyusuan) sebelum kalian membuat apa2 keputusan.
Secara umumnya, perkara ini sering menjadi perdebatan dan banyak persoalan yang timbul..rata2 ibu di Malaysia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penyusuan semasa hamil kerana bimbang akan kondisi kandungan, kondisi si ibu sendiri dan terpengaruh dengan kata2 doktor yang bukan pakar dalam ilmu penyusuan (maaf ye doktor)...
Mari kita lihat satu artikel yang ummi petik dari buku ini.
La Leche League International (LLLI) ada menyebut didalam buku BREASTFEEDING ANSWER BOOK, 3rd Edition.
" Walaupun terdapat kontraksi semasa mengandung, itulah adalah perkara normal didalam tempoh mengandung. Kontraksi ni juga boleh berlaku semasa aktiviti seksual/intim bersama pasangan, yang mana kebanyakan pasangan melakukannya semasa mengandung "
" Buat masa ini, tiada garis panduan spesifik yang menyatakan bahawa penyusuan semasa mengandung dapat memberi risiko pada bayi "
Mari kita lihat pula dari sudut kacamata islam..
Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).
Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.
Menurut pembacaan saya, bagi seorang ibu yang mendapat cukup zat dan nutrien yang di perlukan di tambah pula dengan rehat yang mencukupi, insya allah, ia bukanlah satu masalah besar untuk si ibu menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama.
Sepertimana yang di sebut dalam artikel di atas, adakalanya, si ibu akan merasa seperti sakit perut. Ini terjadi kerana berlakunya pengecutan rahim kerana badan si ibu mengeluarkan hormon oxytosin iaitu hormon untuk pengeluaran susu.
Inilah yang sering menggusarkan ibu2 hamil yang menyusukan anak...tetapi, sebenarnya rahim wanita hanya akan mengecut sepenuhnya selepas kehamilan berusia 37 minggu, dan kebiasaannya jika seorang wanita itu benar2 sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kehamilan, rahimnya tidak akan mengecut sepenuhnya semasa beliau menyusukan anak sewaktu hamil.
Sungguhpun begitu, terdapat beberapa keadaan di mana kebiasaannya doktor tidak akan menggalakkan si ibu yang sedang hamil menyusukan anak:-
1) Si ibu pernah melahirkan bayi pra matang
2) Si ibu pernah keguguran semasa hamil
3) Si ibu pernah mengalami sakit perut yang kuat semasa hamil
4) Si ibu pernah mengalami sebarang pendarahan dari vagina semasa hamil
Saranan bagi mereka yang sedang hamil dan ingin terus menyusukan anak
1) Jika wanita hamil memerlukan tambahan sebanyak 200-400 kalori sehari,sudah pastilah ibu yang hamil dan menyusukan anak lebih memerlukan tambahan sebanyak 600-800 kalori sehari. Ini bermakna si ibu seharusnya lebih menitik beratkan gizi pemakanan seimbang dalam diet sehariannya dan minum air mengikut kuantiti yg diperlukan badan.
2) Pastikan kalian mendapatkan rehat secukupnya terutama bagi ibu yang bekerjaya. Jika perlu, minta lah bantuan ahli keluarga terdekat untuk membantu kerja2 rumah bagi meringankan bebanan kalian.
3) Si ibu hendaklah mengambil pemakanan yang kaya dengan zat besi, folic asid, kalsium serta vitamin d bagi menyeimbangkan pembesaran bayi di dalam rahim dan dalam masa yang sama bagi menggalakkan penghasilan susu. Jika perlu, si ibu boleh mengambil supplemen untuk menampung kekurangan ini.
4) Bagi ibu yang menghadapi nipple yang pecah (kerana nipple akan menjadi sensitif semasa hamil), pastikan kalian bersedia secara mental dan fizikal. Jika perlu, carilah losyen atau krim yang selamat untuk di sapu pada nipple yang pecah tersebut. Atau cuba tukar posisi anak ketika menyusu, pastikan lekapan bayi adalah betul dan cuba berfikir perkara lain dan bernafas dalam2 bagi mengurangkan rasa sakit tadi.
5) Bersedia untuk penyusutan susu dan ada sesetengahnya susu yang di hasilkan akan menjadi sedikit masin (kerana wujudnya placenta). Ianya adalah sesuatu yang lumrah berlaku dan sekiranya bayi anda masih terlalu kecil, pastikan kalian sentiasa memantau berat badannya supaya dia mendapat zat makanan yang secukupnya.
Sedikit tips sekiranya kalian membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan semasa hamil.
1) Kalian hendaklah memulakan proses 'wean off" secara beransur2 dan bukanlah secara mendadak kerana semasa usia masih kecil, faktor psikologi adalah sangat perlu di titik beratkan.
2) Gunakan teknik 'DON'T OFFER & DON'T REFUSE'...Dalam kondisi ini, sekiranya si anak menunjukkan tanda2 ingin menyusu, tawarkan kepadanya snek makanan yang berkhasiat atau alihkan perhatiannya dari penyusuan.
3) Ini yang paling penting!!!Pastikan kalian sentiasa memeluk, mencium, mendakap dan membelai si bayi supaya dia tidak merasa kalian menyisihkannya atau mengabaikannya. Berikan PERHATIAN SEWAJARNYA kepada mereka ..jangan terpengaruh dengan petua2 lapuk seperti menyapukan benda2 seperti sirap (nampak mcm darah) arang atau garam dan sebagainya untuk menghentikan penyusuan. Ia bukan sahaja secara tidak langsung mengajar satu pembohongan kepada mereka, malah sebagai seorang ibu, kalian seharusnya peka dan terkesan dengan perasaan si kecil tersebut. Perasaan dan jiwa mereka juga haruslah di ambil kira dan tidak di pandang remeh!!
So, pilihan di tangan kalian. Mungkin bukan sesuatu yang mudah untuk menghentikan penyusuan berbanding meneruskannya. Yang pasti, sebagai seorang ibu, kalian adalah tunjang utama yang mencorakkan apa yang terbaik untuk di kecil kalian.
Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di urba.shaklee@gmail.com atau sms/wassap di 012-6460421.
Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Set Berpantang/Penyusuan yang Terhebat dan Jimat!
SET BERPANTANG/PENYUSUAN SHAKLEE
========================================
Askm..
Jujur saya katakan, pengalaman mengandung dan bersalin suatu pengalaman yang agak menggembirakan bagi saya. Pengaliran susu saya lebih
lancar, perasaan lebih tenang dan gembira, anak yang agak mudah dijaga dan sebagainya. Pengalaman saya ini bukannya 100% kerana Shaklee. Cuma
kebetulannya saya mengamalkan Shaklee. Cuma saya sangat percaya, apabila badan si ibu yang mengandung dan berpantang itu cepat sihat, pastinya emosinya juga gembira. Apabila gembira segala-galanya akan lancar. Penghasilan dan pengaliran susu saya juga lancar dan sehingga saat ini anak saya masih meneguk susu mummy sahaja. *Alhamdulillah*
Jadi saya sangat-sangat percaya apabila tubuh badan kita sihat, emosi pasti gembira dan segala-galanya akan berjalan dengan smooth dan lancar.
Dan saya percaya suplemen Shaklee yang saya amalkan ini adalah antara FAKTOR UTAMA saya cepat sembuh selepas melahirkan Dhia dan membantu perasaan saya menjadi tenang. Bila badan sihat, fikiran tak stress alhamdulillah, susu pun sangat mudah untuk dihasilkan.
Berpantang dengan Suplemen Shaklee je? Boleh ke? Boleh!! Saya sendiri adalah salah seorang pengguna set ini.Kalau difikir2kan macam tak percaya, tapi
percayalah memang itu hakikatnya..memang boleh berpantang cara moden..tiada jamu2 sepanjang berpantang..sebabnye saya bersalin secara caeser
Jom saya terangkan satu persatu set berpantang/penyusuan Shaklee sambil saya kongsi pengalaman saya.
Vita-Lea Iron Formula (120 biji) - Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.Sepanjang berpantang saya memang jaga makan..tak makan makanan yang gatal2, berangin, sejuk..yelah risau dah la bersalin caeser pulak tu,pengambilan vitalea shaklee membantu saya mendapat nutrien penting yang saya tak dapat dalam pemakanan saya masa berpantang..
B Complex (120 biji)- sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.B-complex sangat membantu sepanjang berpantang..saya rasa segar dan kurang rasa letih..memang saya dapat rasa perbezaannya..walaupun saya kurang tidur pada waktu malam sebab baby menangis nak menyusu, saya rasa kurang letih dan kurang rasa mengantuk waktu siang..rasa happy jer dapat melayan orang baru dan seperti macam bukan dalam pantang
Vita-C (180 biji) - penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.Luka kat perut saya cepat kering..malah muka saya dahulu teruk dengan kesan jerawat tetapi sejak mengambil Vita-C semakin berkurangan.
Zinc (120 biji)- membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin. Pengambilan zinc buat luka saya cepat baik..masa mula lepas kuar wad, bongkok jugak la saya masa berjalan.. yela nak menahan sakit kat perut..tapi dalam masa seminggu saya dah boleh berjalan cam
biasa..dah tak bongkok lagi..zinc shaklee memang bagus sangat..
Ada 3 lagi yang paling best saya ambil, Alfalfa untuk membanyakkan susu badan, ESP untuk dan Ostematrix untuk kesihatan tulang dan bermanfaat untuk ibu yang menyusu (Ini adalah pilihan, pengambilan selepas berpantang pun baik)
Alfalfa (330biji) - Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Membantu dalam memekatkan susu dan
menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Baby Dhiancepat rasa kenyang sebab susu saya jadi pekat berkrim.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan
membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pada bayi..susah nak kena kembung..Baby Dhia setakat ni cukup lena tidurnya..dan yang paling best di waktu pejabat saya membuat power pumping dan menghasilkan susu yang
banyak..*Alhamdulillah*
Energizing Soy Protein (ESP) : Pengalaman yang tak dapat saya lupakan, susu meriah teramat sangat! Breast saya membengkak! Baby Dhia bila menyusu mesti mengalir –ngalir keluar susu sebab terlalu banyak sangat susu yang memancut bila dia hisap. Ada masa tersedak gak la coz banyak sangat.ESP ni boleh diminum selepas bersalin. Lagilah melimpah-limpah susunya. Disebabkan ESP ini adalah protein, ia menjadikan susu lebih pekat dan Baby Dhia memang tidur lena dan tidak meragam..*Alhamdulillah*
OsteMatrix (120 biji) - Sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.Saya memang tidak suka minum susu maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Badan belakang saya memang terlalu sakit semasa berpantang kerana bersalin caesar..nak baring pun sakit..setelah amalkan OsteMatrix sakit semakin berkurangan dan sekarang tak rasa sakit seperti dulu lagi..malah kaki cpt cramp pun dh berkurangan.
Saya bersyukur sangat sebab dipertemukan dengan shaklee..sampai sekarang Baby Dhia(7+Bulan) masih fully bf dan tak banyak ragam (senang menjaganya)…*Alhamdulillah*
Anda tak perlu pening-pening memikirkan set bersalin yang sesuai dan ekonomi, dan menilai antara jamu itu jamu ini. Dapatkan set bersalin/berpantang Shaklee, dengan harga yang cukup murah (Set ini sebotol = 4 bulan...jimatkan!!) dan cukup bagus untuk memastikan anda sentiasa bertenaga dalam menguruskan orang baru.
Berminat untuk Berpantang dengan Set berpantang/penyusuan Shaklee
1- Vita-Lea Iron Formula
2- B Complex
3- Vita-C
4- Zinc
5- Alfalfa , ESP dan OsteMatrix (Pilihan anda)..
Hubungi saya secara terus di 0126460421 atau
Tinggalkan email anda untuk dapatkan harga yang istimewa dan free gift:
COD: Kajang Perdana, Kajang (tesco / Metropoint Kajang) / Saujana impian / Prima Saujana / damai Mewah / Hulu Langat / Billion Bdr Teknologi Kajang / Cheras
Shaklee ID : 922292
e-mail : urban.shaklee@gmail.com