ASAM PEDAS MELAKA MURAH DAN SEDAP | BERKAT SALAM, BUKIT KATIL MELAKA
ASAM PEDAS BERKAT SALAM RESTAURANT, BUKIT KATIL MELAKA | Tercari-cari tempat maskan asam pedas semasa ke Melaka? Ha..mummy dah jumpa yang sangat murah dan sedap ! Jalan punya jalan..ternampak satu restoran ni di tepi jalan " Restoran Asam Pedas Berkat Salam, Bukit Katil"
Kalau ke Melaka tak sah mencari ASAM PEDAS MELAKA. Tapi, nak cari ASAM PEDAS MELAKA ini kene hati-hati. Sebab, beberapa tahun lepas kami pernah kene ketuk hampir RM200 makan untuk 6 orang dewasa. Nasi putih, asam pedas, satu jenis sayur dan air. Tambahan makanan lain, udang goreng tepung.
Dan, alhamdulillah...kali ini kami makan di tempat yang tak ketuk kami ! Di mana? Di ASAM PEDAS BEKAT SALAM RESTAURANT, Bukit Katil Melaka yang sangat murah dan sedap !
Setelah selesai mencuci rumah. Penyewa lama tok mak keluar di Bukit Katil Melaka. Mummy, daddy dan tok mak terus memilih untuk jalan-jalan cari makan. Kali ini kami memilih ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI. Atok pula memilih ASAM PEDAS IKAN PARI.
Untuk budak-budak,daddy pilih ayam goreng kunyit dan sup kosong. Tambahan 2 pinggan nasi putih untuk tambah dan juga untuk anak-anak.
Kami memilih set yang tertera sahaja. Set ASAM PEDAS. Senang dan mudah. Ada ASAM PEDAS, Ulaman, Telur masin, Kangkong Goreng Belacan dan Air Jus Limau Kasturi Asam Boi. Kerang rebus dah habis. Harga kerang rebus mereka kata akan ditolak dalam bil nanti. Harga dan menu juga jelas ! Set untuk 4 orang untuk kami berempat RM50 sahaja.
Nasi putih, sambal belacan, timun, kobis, telur masin.
Kangkong Goreng Belacan
Semasa sampai, kami bernasib baik ada tempat duduk. Ramai sangat orang datang ke sini. Mungkin selesa dan parking pun sangat luas dan banyak.
Kami dah kenyang...puas hati kali ini makan di sini. Sedap dan memang murah !
Bagi yang takk minat ASAM PEDAS. Di SALAM BERKAT RESTAURANT ini ada juga menyediakan makanan WESTERN, ala carte dan juga set lain.
Wajib cuba tau kalau datang ke MELAKA di kawasan Bukit Katil Melaka (dekat dengan Bayao Lagoon)
LOKASI ASAM PEDAS MELAKA MURAH DAN SEDAP DI BUKIT KATIL, AYER KEROH:
Lot 2964, Jalan Tun Hamzah (Kg Tun Razak) 75050 Kampung Ayer Keroh Melaka.