Tradisi Memberi Duit Raya

Salam Jumaat semua. Salam 3 Syawal. Ada yang dah kene kerja ke hari ini? Selamat bekerja pada yang dah mula bekerja. Macam mana tahun ni beraya? Memberi duit raya ke masih jadi penerima duit raya? Atau keduanya sekali? Seronok kan bila dapat duit raya. Mummy masih ingat kecil-kecil dulu. Sanggup berjalan satu kampung demi nak kutip duit raya. Dah dapat duit banyak-banyak tu. Masukkan dalam tabung. Tak pun pergi masukkan duit raya di Bank Rakyat. Entah kenapa Bank Rakyat dulu jadi pilihan. Mungkin sebab Bank Rakyat rajin datang kat sekolah. Senang nak deposit duit. Hahaha. macam banyak duit sangat ye !

Mak tak keje dulu, mengasuh anak orang. Tu pun tak lama, abah polis je. Bukan polis berpangakat. Polis orang bawahan aje. Berapa ratus je gaji masa tu. Tak dapat nak mewah-mewah pun. 

Bila dah besar, tradisi bertukar... mummy pula kene memberi duit raya. Sebenarnya, tradisi memberi duit raya ini amat bagus nilai murninya. Orang dahulu kala, yang cipta tradisi ini. Secara positifnya, menggalakkan tangan kita supaya rajin memberi. Bukan menerima sahaja. 

Tradisi Memberi Duit Raya


Seperti biasa, setiap tahun..Duit raya akan di sediakan oleh daddy. Daddy akan sediakan duit tukar. Untuk duit RM5 tu, memang dari awal tahun mengumpul. Duit RM1 pun sama, ada yang kami kumpulkan dari awal tahun.

Kurang beban nak berbelanja selepuk terus. bila tiba nya Syawal !

Kami laki bini memang tak berapa gemar preparation last minute. Nak raya ni..tau la kan. Belanja memang sangat besar. Kalau mampu..nak selepuk semunya tak apa !

Bajet duit raya ni...paling penting bagi kami terutamanya untuk mak abah. Duit raya untuk mak abah dan bapa mertua sendiri tu, mummy berikan atas peruntukan mummy. Daddy pun sama. Asing-asing bagi.

Sampul duit raya untuk tahun ini pula...tak banyak dapat yang baru. Guna pkai yang mana ada. Banyak koleksi tahun-tahun lepas..tak pakai lagi. Tahun ni, kita guna sampul duit raya mana yang ada je.

Untuk tahun depan, kita fikir cara lain pulak kalau dah tak ada stok sampul duit raya. Tapi, sampul raya customized family kami 6 tahun lepas (sebelum mummy kahwin) masih banyak lagi. Banyak buat order tu dulu. 

Family kecil tak ada pun sampul raya customized. Sebab daddy tak minat. huhu tapi..........mummy minat !


Sebahagiaan dari ang pow duit raya yang anak terima. Terima kasih pada yang sudi memberi. Moga kalian di murahkan rezeki selalu. Amen

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI AZLINDA ALIN

SELAMAT HARI RAYA semua ! Apa khabar raya kali ini? Dah habis makan rendang ketupat dan lemang ke? eh,,,confident je mummy tanya, entah-entah lain menu semua, ni ! Makan apa hari ini? Haaa...........baru betul soalan ! Menu mummy seperti biasa. Memang akan makan rendang daging dan kuah kacang. Menu wajib tu, cuma kali ini beraya di rumah suami...tentunya nasi impit sahaja ! Sebab mummy tak pandai anyam daun ketupat.

Kalau beraya dengan tok mak dan tok abah memang akan ada macam-macam makanan. mak rajin sangat masak. Sampai kekadang tak sempat nak bersiap di pagi raya. Sibuk nau duduk dapur.

Beraya di Kamunting ni, faham-faham je lah kan. Mak mertua dah tak ada.. Adik beradik daddy mainkan peranan masing-masing. Ikutlah nak masak apa pun. 

Tapi, mummy dah siap masak awal-awal sebelum balik ke Kamunting. Tak la banyak mana masak. Kang masak banyak-banyak. Orang tak makan pula. Sayang je makanan terbuang gitu. Menu makanan raya versi mummy. Wajib ada rendang daging dan kuah kacang. Senang nanti, tak berebut duduk dapur. Hehehe. Maybe ada orang lain nak masak makanan raya versi sendiri ke kan ! Rendang daging versi pertama dah mummy update di SINI

Ok dah kenyang makan, dah boleh berehat dan beraya ! Oh..sebelum terlupa, mummy sekeluarga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN ye.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI AZLINDA ALIN

Kad raya versi online je la ye. Memang mummy ada tempah kad raya ni. Tapi, sangatlah limited. Dah habis dah pun. Maaf ye, jika ada yang tak dapat tu. 

RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA !

Mummy peminat kuah kacang. Kadang-kadang, ratah gitu je pun boleh layan. Hehehe. Kalau raya pula..memang suka lawankan menu kuah kacang dengan rendang daging. Makan dengan ketupat, lemang atau nasi impit. 

Nak tahu resopi mudah kuah kacang mummy untuk menu raya? Jom...


RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA !

RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA 


RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA !

CARA MASAK RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA !


Kacang goreng dan di buangkan kulit !


Sedikit ketumbar, jintan putih untuk di kisar. Kayu manis dan buah pelaga gorengkan sangai


Cili boh dalam 200gm cili kering yang telah di rebus, 1 inci halia, 2 batang serai, 1 labu bawang besar, 5 ulas bawang putih dan lengkuas di kisar, bersama sedikit air


Tumiskan semua dengan tambahan 1 labu bawang besar.


Sedikit air asam jawa


Masukkan kacang goreng yang telah ditumbuk atau kisar


Jika nampak pekat, boleh tambahkan air. Siap !! Boleh di makan dah..mudah tak resepi kuah kacang menu raya mummy?

Bila Letrik Tak Ada

Entah apa kene hari Sabtu hari tu, banyak kali letrik tak ada. Nasib, mummy dah siap buat kuih raya awal-awal. Penghujung Ramadhan ni, nak berehat je. Mula-mula tak ada letrik lepas Subuh, Dzal dah nangis-nangis sebab kipas tak jalan. Mummy terus bawa ke ruang tamu, buka sliding door. Lega sejuk sedikit. Dalam sejam, letrik ada kembali.

Jam 8 pagi, letrik tak ada balik ! Adusss..matahari dah la tengah naik ! Nangis lagi bebudak ini. Angin dari tingkat 8 pun macam segan-segan je nak masuk.


Nasib ada penyelamat ! Kipas lampu ini, kebetulan daddy dah siap-siap cas. Kalau tak cas ? Mendapat kepanasan. 

Dhia lagi best ! "Mummy..mummy tak bayar bil, ye?" Dah bayarlah, Dhia. "Abes tu, nape tak de letrik?", Dhia balas balik !

Grrrrrr.......

Resipi Ketam Goreng Bertelur

Ketam Goreng Bertelur ni jarang-jarang mummy masak, selalu masak ketam lemak cili apai tak pun masak ketam kari goreng cili api. Bila tengok resipi Ketam Goreng Bertelur ni macam best pulak. Nampak sedap pulak Ketam Goreng Bertelur ni.

RESEPI KETAM GORENG BERTELUR



Resipi Ketam Goreng Bertelur
gambar sumber : google



Bahan-bahan Ketam Goreng Bertelur: 




  • 2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua. 
  • 3 sudu sos tiram 
  • 3 sudu sos cili 
  • 3 sudu cili yang dah kisar
  • 7 ulas bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih yang agak besar 
  • sepotong halia Setengah inci
  • sebiji telur 
  • garam 
  • sedikit gula 
  • sedikit minyak untuk menumis 
  • bawang besar 
  • sedikit air asam jawa
  • Sedikit kunyit untuk di gorengkan ketam



Cara memasak Ketam Goreng Bertelur:

  1. Gorengkan ketam terlebih dahulu.
  2. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga naik bau.
  3. Masukkan secawan air dan air asam jawa.
  4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa 
  5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan ketam tadi dan telur yang dah dipukul.
  6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.


Mudah je kan?

Mummy Tak Perlu Risau | Seven Seas Multivitamin Syrup #DontWorryMom

#DontWorryMom | Salam Ramadhan ! Apa khabar semua? Sihat? Mummy dan keluarga alhamdulillah sihat-sihat selalu. Bila cerita bab sihat tak sihat ini, mummy adalah orang pertama yang sangat risau ! #DontWorryMom mummy akan pastikan suplemen Seven Seas di bawa bersama balik ke kampung. Ini adalah antara salah satu benda wajib dalam persiapan Aidilfitri kami.




Mummy Tak Perlu Risau Dengan Adanya Seven Seas Multivitamin Syrup #DontWorryMom


anak happy, mummy juga happy #dontworrymom


dah sampai sekotak besar suplemen dari Seven Seas

Mummy kene kuat, nak jadi mak ni kita kene kuat dan sihat ! Ya, mummy sangat setuju dengan ayat itu. Tapi, apa guna kalau mummy sihat dan anak-anak tak sihat? #DontWorryMom

SEVEN SEAS SIRAP MULTIVITAMIN


Dhia suka sangat dapat suplemen


#DontWorryMom Mummy tak mahu risau banyak, tak mahu sihat seorang diri. Secara alternatifnya... Mummy akan berikan Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry Seven Seas Sirap Multivitamin. 

KENAPA PERLUNYA SUPLEMEN TAMBAHAN UNTUK ANAK?



Mummy ada terbaca tentang kajian pada tahun 2013, kajian mendapati bahawa  4.4% daripada sampel yang di perolehi dari 3542 penduduk. Pemakanan dan pengambilan makanan kanak-kanak Malaysia berusia 6 bulan dan 12 tahun mempunyai kekurangan zat besi dan Vitamin A. Manakala nurien yang kurang untuk kanak-kanak di peringkat pra-sekolah (berusia 4-7 tahun) dan peringkat sekolah rendah berumur (7-10 tahun).

Badan yang sihat akan jadikan otak lebih cergas dan cerdas. 

KELEBIHAN SEVEN SEAS SIRAP MULTIVITAMIN


Siapa yang tak kenal dengan suplemen jenama Seven Seas yang berpengalaman lebih 80 tahun di bidang ini. Produknya juga terkenal dan di jual ke serata negara. Jadi, mummy tak perlu risau tentang produk ini #DontWorryMom . 

Seven Seas Multivitamin amat bagus untuk otak, tulang, gigi dan penglihatan anak. Selain itu ianya juga :-


  • Mengandungi 8 vitamin dan DHA
  • Membekalkan nutrisi kepada nak
  • Membantu perkembangan otak dan tumbesaran dengan sihat
  • Meningkatkan imunisasi badan

CARA MAKAN SEVEN SEAS MULTIVITAMIN SYRUP


Seven Seas Multivitamin Syrup ini berbentuk cecair perasa oren. Antara perasa kegemaran Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry. Jadi, tak menjadi masalah untuk mummy berikan pada mereka. 

Sukatan yang mummy berikan untuk Dhia Batrisya (3 tahun) dan Dzal Aidi Fiqry (2 tahun) sebanyak 5 ml sehari sekali selepas makan.

Sukatan untuk umur lain :-
  • 1 - 12 bulan sebanyak 2.5ml sekali sehari
  • 2 - 3 tahun sebanyak 5ml sekali sehari
  • 4 tahun ke atas sebanyak 10ml sekali sehari




Keterangan lanjut : 






Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya

Dah siap packing baju bawa balik ke kampung ke? Berapa pasang bawa tu?  Berapa beg bawa balik kampung untuk hari raya? Ha..sebenarnya, inilah masalah mummy tiap kali packing barang-barang. Stress juga ! Tengok orang lain relaks je kemas dan packing beg balik kampung untuk hari raya !

Memula, mummy ingat nak sumbat pakai kami 4 orang dalam 1 beg besar untuk bawa balik kampungini. Bila dah siap packing baju. Fuh, penuh ! Tak muat. Ni belum masuk baju daddy lagi ini. Huhuhu Paroh !!

Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya


Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya

Keluarkan balik semua baju-baju. Hanya letakkan pakaian mummy dan daddy je dalam ni. Selain pakaian, tuala, make up, toiletries, hanger baju, dan macam-macam lagi ada dalam ini. 

Baju siang mummy je ada 5 helai, baju jalan-jalan pula ada 6 helai, baju raya / baju kurung pula 3 pasang (tak ada dalam beg - dah gantung gosok siap-siap), seluar jeans ada 4, seluar siang dan seluar tidur ada 5 helai, tudung pula 7 helai bawa (kang pakai tudung yang sama je..macam tak best pula), pakaian dalaman semua ada 6 set. Ha...baru barang mummy je jumlahnya termasuk kecik besau..kecik besau tu dah 45 helai. 

Daddy pulak dah berapa helai, huhuhu 

Senang sebenrnya bawa baju banyak-banyak ini. Kot-kot tak sempat basuh ke tak sempat kering ke pakaian tu. Macam tahun sudah, Dhia keen muntah-muntah non-stop. Haaaa... berkali-kali la mummy kene tukar pakaian. 

Jadi, pentng juga baju standby....yang tak ada anak pun sama tau ! Buatnya korang sendiri yang muntah-muntah ke..


Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya

Ok...ni pulak pakaian anak untuk 2 beg. Pun penuh jugak ! Tipa nak muatkan baju yang dalam 30 helai ini. Harus kene gulung ye ! Kalau lipat biasa tu, memang tak muat. Kene 5 beg pakaian kot bawa balik kampung.

Entah muat ke idak kereta kami tu ye... 3 beg baju, 1 stroller, 1 bakul makanan dan minuman, 1 beg kasut anak-beranak, 1 beg songkok dan pelampung anak-anak, 1 beg lagi charger-charger dan P1. 

Apa....7 beg !!!!!! Hahaha baru anak 2, kot ! 

iViTA VITAMIN MATA UNTUK PENAWAR RABUN JAUH



Mummy memang dari sekolah ada rabun jauh. Mana kawan-kawan sekolah tu, mungkin tahu. Yang mana baru kenali mummy ni, ramai kawan-kawan mummy tak perasan yang mummy rabun jauh. Tak pakai cermin mata ke? Dulu-dulu rajin la pakai cermin mata. Mummy jenis rimas sedikit pakai cermin mata ini. Semua rasa tak kena. Rimas ! Bila dah pandai pakai kanta lekap. Dok pakai kanta lekap je. Tapi, dah ada nak kecil ini kadang-kadang terasa susah nak pakai kanta lekap. 

Power mata rabun jauh mummy tak banyak mana. Dalam 150 (kanan) dan 125 (kiri) tak masuk silau.

iViTA PENAWAR UNTUK RABUN JAUH MUMMY



Inilah penawar kepada rabun jauh mummy, vitamin mata iViTA. Di ekstrak dari 100% bahan semulajadi dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Bahan asasnya adalah lutein. 

Khasiat yang diformulasi oleh buah-buahan dan sayur-sayuran dalam produk ini adalah sangat semulajadi iaitu :

  • Lutein 
  • Probiotik 
  • Ekstrak Billberry 
  • Ekstrak Biji Bunga Matahari 
  • Ekstrak Tomato 
  • Ekstrak Lobak Merah 
  • Ekstrak Brokoli 
  • Ekstrak Elderberry 
  • Ekstrak Epal 
  • Betik 
  • Kunyit 
  • Buah Delima 
  • Daun Buah Zaitun 
  • Biji Anggur 
  • Pine Bark 

Dengan formulasi yang hebat ini dapat berfungsi melindungi penglihatan, mencegah katarak mata dan memperkuatkan retina. Selain itu, boleh mencerahkan penglihatan mata dan menguatkan imuniti, memperbaiki pencernaan dan menormalkan metabolisme badan. Dalam IVita ini juga mempunyai vitamin A dan C dari buah betik yang kaya dengan karotena yang baik untuk mata dan mata anda akan bersinar sempurna.

APA ITU LUTEIN?
Lutein adalah bertujuan untuk membaik pulih saraf mata yang berhubung dengan retina mata.

BAGAIMANA iViTA MEMBANTU ?
iViTA dapat membantu menyelsaikan masalah rabun jauh, rabun dekat, silau dan juga mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dalam masa 7 hari. 

SIAPA BOLEH MENGAMBIL iViTA?
kanak-kanak seawal 7 tahun sehingga dewasa boleh ambil iViTA

TESTIMONI MUMMY MENGENAI iViTA


iViTA VITAMIN MATA UNTUK PENAWAR UNTUK RABUN JAUH

Kalau sebelum ini power mata rabun jauh mummy 150 dan 125. Mummy terus ke kedai cermin mata untuk cek power rabun jauh mummy yang terkini.

iViTA VITAMIN MATA UNTUK PENAWAR UNTUK RABUN JAUH

Ta daaaaa... dah turun, 75 dan 25 power rabun jauh mummy ! Horeyy.... Malam pun dah boleh drive tak pakai cermin mata. 

Nak ikutkan sekarang ini lagi kerap mummy pandang pc, laptop dan handphone. Almaklumlah kan...blogger dan social media influncer separuh masa. Memang tak boleh di pisahkan dengan semua itu.

Dengan suplement iViTA ini, memang sangat membantu mummy. Power cermin mata mummy bukan semakin naik. Tapi, semakin turun.

Alhamdulillah, nanti nak perkenalkan pada suami pula. 

ANTARA TESTIMONI YANG LAIN :-

iViTA VITAMIN MATA UNTUK PENAWAR UNTUK RABUN JAUH


iViTA VITAMIN MATA UNTUK PENAWAR UNTUK RABUN JAUH

iViTA VITAMIN MATA UNTUK PENAWAR UNTUK RABUN JAUH


CARA PENGAMBILAN iViTA


Minum satu sudu pagi dan satu sudu malam. Ambil 30 minit sebelum sarapan pagi dan makan malam.

Jika ada mengambil suplemen lain, sila jaraakan dalam masa sekurang-kurangnya 30 minit.


Peringatan :-

iViTA VITAMIN MATA UNTUK PENAWAR UNTUK RABUN JAUH

  • Simpan dalam peti sejuk selepas dibuka.
  • Minum banyak air kosong.
  • Kurangkan minuman berkafien seperti kopi, nescafe, milo dan lain-lain minuman berkafien 

KELEBIHAN iVITA

iViTA VITAMIN MATA UNTUK PENAWAR UNTUK RABUN JAUH

✔ Mencerahkan penglihatan mata rabun jauh.

iViTA VITAMIN MATA UNTUK PENAWAR UNTUK RABUN JAUH


✔ Melegakan masalah gatal mata (resdung).

✔ Hilangkan masalah mata kering.

✔ Sembuhkan masalah mata merah.

✔ Pulihkan masalah Rabun malam.
✔ Sesuai untuk Masalah mata berair.



Untuk maklumat lanjut :


CASSIA LEAF MARKETING
No 42 GF Lorong BLM 1/4,
Bandar Laguna Merbok,
08000 Sungai Petani, 
Kedah Darul Aman

Facebook : iVita HQ



Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Salam 26 Ramadhan ! Ada yang dah balik kampung ke? Mummy bali kampung sebelah daddy minggu depan. Habiskan masa-masa bersama keluarga sebelah mummy sebelum raya. Cerita tentang Raya Aidilfitri. Semua orang update kisah raya dan persiapan raya, mummy pun tak nak kalah juga ! Nak juga update rambut baru untuk Aidilfitri 2016. Ahaha. Rambut raya lah sangat ye. Tapi not bad juga bila kasi try kat anak-anak. Dhia tu dah la rambut kurang. Memang ramai panggil Dhia "abang". Huhu Tak pe la nak, bertabah la ye !

Baru-baru ni kami sekeluarga dok lepak kat IOI Mall Putrajaya. Tak ada apa nak cari sebenarnya, ke sana window shopping semata dan tapau nandos je. Ops..jangan fikir lain ye. Tapau untuk buka puasa je, tu. Dok aim free ayam.

RAMBUT BARU - RAMBUT PALSU !


Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Kecik-kecik dah melaram rambut palsu ye ! Daddy punya kerja la ni. Dok bosan tengok anak meronda tempat mainan. Dok hiaskan anak-anak. Tapi, mummy tengok macam menarik je. Tapi...tak beli pun hahaha.

Dhia ni, satu peel nya tau...kalau dah jumpa tempat mainan. Memang mau 2 jam bertawaf dalam tu. Dhia akan tengok satu persatu tempat dan mainan. Semua akan explore !

Kadang-kadang minta beli. Kadang-kadang dia tengok dan main kat situ je.

Kalau tanya Dhia, Dhia nak mainan apa. Haaa....tentu Dhia akan pilih yang paling besar dan paling banyak mainan ! Set Barbie yang berharga RM200-300 pilihannya. Oh, tentunya Menteri Kewangan keluarga kita a.k.a daddy tak akan approved bab tu !

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Pandai dah selfie ! Buat muka dan tangan gitu. Baru nampak macam gegirl kan ! Rambut tocang dua.

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Test kat si Dzal pulak...haha haru ! Ops..sorry lah, kita tak puasa. Makan jajan sambil teman mummy dan daddy shopping. 

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Eh..daddy pun nak rambut baru ke? hahaha. Daddy memang rajin melayan anak-anak. Memang akan join sama sekali main dengan anak-anak. 

Ok lah, korang semua ada rambut baru ke? hahaha. 

Oklah, entri saje saje je untuk hari ini. Hingga kita jumpa di lain entri. Mummy sedang gigihkan diri dan merajinkan diri siapkan entri untuk hari-hari mendatang. 

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah..berkesempatan sertai satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?




Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.