FemMist Semburan Antibakteria AntiRadang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis

Kali ini, mummy nak share pengalaman mummy menggunakan FemMist Semburan Antibakteria dan Anti Radang khas untuk kawasan Intim Wanita (Miss V) dari  Ekstrak Manggis. Ketoksikan FemMist Semburan Antibakteria dan Anti Radang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis telah di uji bahagian Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Melalui penyelidikan bersama dengan Universiti Taylor, ia telah membuktikan bahawa FemMist® Semburan Antibakteria dan Anti Radang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis berkesan untuk membasmi beberapa mikroorganisma yang paling biasa, termasuk Candida albicans, yis yang bertanggungjawab menyebabkan rasa tidak selesa pada faraj.

FemMist Semburan Antibakteria AntiRadang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis

Apakah itu FemMist® ?


Produk FemMist® adalah satu produk baru dalam pasaran. FemMist®  pembersih kawasan intim wanita (Miss V) yang beebentuk semburan. 

Berfungsi sebagai anti radang dan anti bakteria.

FemMist® mengandungi ekstrak manggis yang mempunyai ladang di Jelebu dan beberapa kawasan lain di Malaysia

FemMist Semburan Antibakteria AntiRadang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis

Manfaat FemMist®


• Mengekalkan keseimbangan pH optimal vagina
• Anti-bakteria dan anti-fungus
• Mengatasi masalah keputihan
• Menghilangkan gatal-gatal dan inflamasi
• Kelegaan segera daripada simptom dan ketidakselesaan akibat jangkitan vagina
Melegakan kegatalan akibat rambut yang tumbuh
• Kesan melecet
• Menganjalkan dan memutihkan
• Selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit
Semulajadi dan berasaskan air, tidak merengsakan
• Pembungkusan yang tidak menonjol dan mudah dibawa bersama
• Produk diproses dalam premis yang disahkan halal (iaitu, tiada alkohol digunakan di sebarang
peringkat proses).


6 Fakta Perlu tahu Tentang FemMist®

1. FemMist® tidak menyakitkan semasa digunakan kerana sebenarnya ia adalah berdasarkan semburan yang menjadikannya penggunaan tanpa sentuhan.

2. FemMist® mempunyai 2 mekanisme yang berfungsi sebagai:
-Anti- radang (Mengurangkan Kegatalan dan Bengkak)
-Anti-bakteria / Mikrob (Mencegah/Henti dan basmi yis berbahaya dan bakteria yang menyebabkan 

3. FemMist® di buat bentuk semburan kerana medium yang paling berkesan untuk menyampaikan ekstrak FemMist® adalah dalam bentuk semburan

4.  FemMist® tidak mengandungi Steroid , Antibiotik atau Agen Peluntur

5. FemMist® adalah bebas daripada wangian / minyak wangi / bau. Kami menggunakan 100% semulajadi minyak pati lavender sahaja. Ia berfungsi untuk menenangkan dan melegakan kerengsaan juga!

6. Di reka designnya berbentuk tidak terlalu besar untuk membolehkan pengguna mudah bawa kemana sahaja.

FemMist Semburan Antibakteria AntiRadang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis


Apakah bahan-bahan yang ada di dalam FemMist®?
Akua, DermaXan™ (Garcinia mangostana), PEG-40 hydrogenated minyak kastor (Bebas dari 1,4 dioxane ), Vitamin E, 2-phenylethanol (ekstrak dari ros), caprylyl glycol (ekstrak dari ros) dan minyak Lavendula augustifolia (lavender tulen).

Bakteria atau mikrob jenis apa yang telah diuji?
Antara bakteria yang telah di uji ialah :-
Staphylococcus aureus MRSA (ATCC43300)
Streptococcus pyogenes
Pseudomonas aeruginosa
Candida albicans (Yeast Infection)
Staphylococcus mutans (ATCC25175)
Streptococcus pyogenes (ATCC 19615)
Staphylococcus aureus (ATCC 25923)
Porphyromonas gingivalis (ATCC 33277)
Diabetic wound antibiotic resistant Yersiniaenterocolitica
Diabetic wound antibiotic resistant Proteus Mirabilis

Apa yang mummy suka dengan produk ialah ianya bukan sahaja menjaga dan mengubati kawasan intim wanita (Miss V) malah ianya bebas daripada:
SLS
Paraben
Dioxanes
Agen Peluntur (Chlorides & Peroxides)
Phthalates
Acrylics
Sulphates
Steroids
Antibiotik

Mengapa kaun wanita perlu menggunakan pencuci feminin?
Keputihan, kekeringan, gatal-gatal, kebocoran kencing dan bau merupakan beberapa masalah biasa yang dialami oleh wanita. Ia adalah disyorkan untuk memastikan kawasan faraj bersih untuk kesihatan dan kebersihan faraj serta keselesaan peribadi.


Cara Penggunaan FemMist
Ianya di cadangkan:-
1. Gunakan tiga kali sehari, atau selepas ke tandas agar kekal segar sepanjang hari.
2. Biarkan 1-2 minit
3. Bilas

Produk syarikat ini telah mendapat: -
1. Pensijilan HALAL oleh JAKIM
2. Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
3. Kilang mendapat pensijilan HACCP & GMP

Mummy sangat yakin untuk menggunakan produk ini setelah mummy tahu ianya selamat dan di iktiraf.

Banyak kajian di jalankan sebelum terhasilnya FemMist. Memang mummy tak ragu-ragu !

Mummy highly recommended pada semua.

FemMist Semburan Antibakteria AntiRadang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis

HARGA FemMist :-

RM48 sahaja. Macamana nak beli? Untuk pembelian Spray8 boleh terus ke SINI

Nak diskaun RM10 pula, jangan lupa gunakan kod : FBIO-33C


Selanjutnya, boleh layari :-


DRAMA AWAK SANGAT NAKAL LAKONAN AYDA JEBAT DAN SHARNAAZ AHMAD ADAPTASI NOVEL

DRAMA AWAK SANGAT NAKAL ADAPTASI NOVEL yang bakal ditayangkan di ASTRO RIA dan ASTRO RIA HD bagi menggantikan drama Surihati Mr Pilot. Mummy dah tengok trailer Awak Sangat Nakal. Nampak menarik sangat cerita tu. Lakonan yang agak nakal dari Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad. Tak berganjak lagi lah 10 malam mummy depan tv tu nanti hehehe. Dan..takkan di lupakan rekod sesiap. Kalau terlepas, boleh tengok semula.

Ini pula sinopsis Awak sangat nakal.


DRAMA AWAK SANGAT NAKAL  LAKONAN AYDA JEBAT DAN SHARNAAZ AHMAD ADAPTASI NOVEL


DRAMA AWAK SANGAT NAKAL  LAKONAN AYDA JEBAT DAN SHARNAAZ AHMAD ADAPTASI NOVEL


Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. 

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”

“Jo..”

“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. 

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu. 

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. 

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!

Tak sabar mummy nak tunggu Isnin ni 7 November 2016 

BOH GREEN TEA LATTE SEDAP !

Mummy memang peminat Green Tea Latte, paling minat yang kat Starbucks la kan. Tapi, kalau nak kesana setiap hari pekena Green Tea Latte. Boleh bankrupt kot ! Dan..baru-baru ini, terjumpa Green Tea Latte 3 in 1 jenama BOH di pasaraya. Apa lagiiiiiii... amek 1 terus. Nak kata tak bagus produk 3 in 1 ini entahlah ye. Tapi, apa yang mummy baca tentang BOH Green Tea Latte ini, ianya mengandungi stevia. Seperti yang kita tahu, banyak kebaikan stevia..dan juga kebaikan Green Tea.

BOH Green Tea Latte

Macamana rasa BOH Green Tea Latte, rasanya sedap macam green tea latte Starbucks . Cuma kurang creamy. Kat Starbucks tu very ceramy sebab mummy suka letak whipped cream.

Tak silapnya, dalam 1 pek BOH Green Tea Latte ada 12 pcs harga tak sampai RM10 (kalau salah jangan marah..lupa harga).

BOH Green Tea Latte

Bagi peminat Green Tea Latte, jangan lupa untuk mencuba BOH Green Tea Latte tau ! 

Resipi Mudah Rojak Manis Kuah Kacang

Sapa suka makan rojak manis? Yeay...sep sket ! Mummy memang suka sangat rojak manis ni. Rojak manis ni lebih kurang rojak kat mamak. Cuma, ada lain sedikit bahan mummy guna. Pendek kata, rojak ini,,,,buat sendiri puas hati. Boleh tambah dan kurangkan ikut citarasa sendiri.

Kenapa panggil rojak manis? Ha..bab ini, tak tahu lah...ken memang orang Johor panggil rojak manis,ye? Mummy ikutkan je panggilan yang mak bagi. Dah katanya rojak manis, maka rojak manis lah kita panggil :)


Resepi rojak manis ini tak susah pun sebenarnya..bahan utamanya adalah kuah kacang. Jom tengok resepi rojak manis ini.


Resipi Mudah Rojak Manis Kuah Kacang

RESEPI ROJAK MANIS

Resipi kuah kacang boleh refer di : SINI


Resipi Mudah Rojak Manis Kuah Kacang

BAHAN-BAHAN ROJAK MANIS

Cucur udang secukupnya 
5 biji telur rebus (ikut citarasa sendiri)
5 biji kentang, rebus hingga empuk, biar sejuk dan dipotong
Daun salad secukupnya, cuci, toskan dan potong
Tauhu (digoreng dan potong kecil)
Timun (dihiris)
Sengkuang (dihiris)
Sotong (di rebus, di toskan dan di potong)

BAHAN-BAHAN CUCUR UDANG :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 camca besar gula halus
1/3 camca teh garam
1 camca teh penuh instant yeast
1/2 camca teh serbuk kunyit @ beberapa titik pewarna kuning makanan
1 cawan + 2 camca besar air
1/2 kg udang saiz sederhana.
1 ikat daun kucai

Resipi Mudah Rojak Manis Kuah Kacang

CARA MEMBUAT ROJAK MANIS


CUCUR UDANG :- 
1. Campurkan bahan di atas, gaulkan rata.
2. Ambil 1 senduk tepun tadi letakkan udang dalam nya dan masukkan ke dalam kuali berminyak panas
3. Goreng satu persatu hingga kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan.
5. Setelah sejuk, boleh potong kecil.

Setelah kesemua bahan, dan telah di potong. Hidangkan dan boleh di gaulkan bersama kuah kacang. Auuummms sedap merecik tau ! Selamat mencuba 

SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN

SUSU Anmum™ Essential UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN . Bukan mudah nak pilih susu tepung atau susu formula ni. Pastinya, kita sebagai ibu bapa mahukan susu terbaik buat si manja kita. Mummy pasti, ramai ibu bapa di luar sana akan memilih dan menitikberatkan kandungan nutrisi dalam susu tepung atau susu formula. Mummy pun macam tu juga, masuk pasaraya baca nutrisi dahulu. Kerana tidak semua susu tepung atau susu formula mengandungi kandungan yang sama. Bagaimana dengan kandungan gula tambahan? Adakah kita pasti susu tepung atau susu formula si manja kita tidak mengandungi gula tambahan? Mummy dapat tahu bahawa susu formula atau susu tepung Anmum™ Essential tidak mengandungi gula tambahan.


SUSU ANMUM UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN


SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN

Anmum™ Essential mengandungi nutrien penting untuk anak kita, tetapi tidak mengandungi gula tambahan.

APAKAH IA GULA TAMBAHAN



SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN

Ada apa dalam susu? Dalam sedar tak sedar, sebenarnya gula tambahan ini ada di dalam susu tepung atau susu formula. Gula tambahan yang ditambahkan ke dalam susu tepung atau susu formula apabila ia diproses atau disediakan. Ini tidak termasuk gula semulajadi seperti di dalam susu dan buah-buahan. Nama bagi gula tambahan ialah gula perang, pepejal sirap jagung, dekstrosa, fruktosa, glukosa, pepejal sirap glukosa, maltosa, maltodekstrin dan gula putih.

Mummy baru tahu nama-nama gula tambahan ini, lepas ini..mummy kene baca label betul-betul sebelum membeli susu untuk anak-anak.

SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN


Mummy harus menyemak label kandungan susu tepung atau susu formula terlebih dahulu. Pastikan tiada gula tambahan di dalamnya. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"


SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN


KENAPA DENGAN GULA TAMBAHAN?

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan, apa efek susu formula dan susu tepung yang ada gula tambahan ini? Gula tambahan merbahaya untuk anak kecil kerana ianya boleh mengakibatkan obesiti dan ketidakstabilan dalam metabolisma dalam badan.

Mengikut Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents 2013.

Kanak-kanak yang berusia 2- 6 tahun tidak boleh mengambil lebih dari 3 sudu gula sehari.

Manakala kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun tidak di galakkan untuk mengambil 7 sudu gula dalam masa sehari.

KEMPEN ANMUM ESSENTIAL - ADA APA DALAM SUSU



SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN

Untuk pastikan susu formula atau susu tepung anak kita tiada gula tambahan. Jom bertukarlah kepada Anmum™ Essential. Kerana Anmum™ Essential tiada gula tambahan di dalamnya . Dengan ini, anak kita bukan sahaja mendapat nutrien penting seperti GA® dan DHA, tetapi ia juga tidak mengandungi Gula Tambahan.


Jika sebelum ini, meminum susu formula atau susu tepung  bukan dari Anmum™ Essential tetapi mahu bertukar ke Anmum™ Essential.

Pastikan mengikut langkah-langkah ini jika mahu bertukar susu. Jangan terus menukar susu secara terus. 

Penukaran jenama susu tepung atau susu formula harus melakukan dengan berperingkat. Supaya anak-anak dapat menyesuaikan diri. 


SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN


VIDEO KESEDARAN Anmum™ Essential TIADA GULA TAMBAHAN



Ini pula video kesedaran dari Anmum™ Essential tiada gula tambahan. Pastikan anak kita sihat walafiat ye !

Info tentang Anmum™ Essential tiada gula tambahan : http://www.anmum.com.my/happenings/added-sugars-bm/

Selanjutnya, boleh lawati :-




Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

Berbulan juga siapkan dan planning untuk Aqiqah Dzal Aidi Fiqry. Ada yang tanya, aqiqah baby baru ke? Huhuhu aqiqah baby tua ni, tapi masih belum baligh. Maka, masih ada tanggungjawab kami. Bila nak fikir bab aqiqah ini, kena juga tambah tolak kira-kira bajet semasa. Oleh kerana aqiqah ini, lebih afdhal di lakukan dengan duit dari bapa. Jadi, aqiqah Dzal Aidi Fiqry bergantung green light daddy.


Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry


Alhamdulillah, walaupun Dzal Aidi Fiqry dah berumur 2 tahun. Rezekinya aqiqah pada usianya itu. Masa Dhia Batrisya dulu, aqiqahnya ketika mummy dalam tempoh berpantang. Awal buat aqiqah Dhia Batrisya dulu. Mungkin rezeki Dhia Batrisya pada masa itu.

 
Kambing Dhia 3 tahun lepas ;)

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry
Kambing Dzal

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry
Door Gift dalam proses :)

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry
 kad jemputan untuk di edarkan pada kumpulan Yassin dan surau ;)

Oleh kerana kali ini, aqiqah anak lelaki. Maka 2 ekor kambing akan di aqiqahkan. Seperti biasa, kami suka aqiqahkan depan mata dan aqiqah di tempat sendiri. Dan masak sendiri juga nanti. Kolot ke? Tak,kan? Dari segi pemilihan kambing, kami nak pilih kambing sendiri dan melihat kambing itu.

Ketika penyembelihan kambing aqiqah juga nak bawa anak lihat depan mata juga. 

Mencari kambing aqiqah ni pun makan masa, dekat sebulan juga mummy dan daddy survey untuk kambing Dzal Aidi Fiqry

Antara tempat yang shortlisted ialah di Ijok, Keramat (tempat beli kambing aqiqah Dhia Batrisya) dan Hulu Langat.

Oleh kerana hujung minggu aritu, hujan dengan kerap. Kami ambil keputusan ke kandang kambing di Hulu Langat je.



Sampai di sana, daddy puas hati dengan kambing yang ada, harga juga agak murah dan pilihan kambing juga banyak.

Terus kami booking terus kambing aqiqah Dzal Aidi Fiqry.

Walaupun dah buat pendahuluan dan dah pilih kambing. Pihak penjual tetap berikan kelonggaran untuk kami menukar mana-mna kambing pada bila-bila masa.

Bagus,kan !

Sehari sebelum majlis, kami akan datang kembali untuk menyaksikan penyembelihan kambing aqiqah Dzal Aidi Fiqry.


Buat masa ini, inilah 2 ekor kambing aqiqah Dzal Aidi Fiqry telah di pilih. Bertanda oren.

Apa hukum aqiqah ini, ye? Jom kita tengok hukum aqiqah .

Hukum Aqiqah

Aqiqah hukumnya adalah sunnah muakkad, sekalipun orang tua dalam keadaan sulit. Aqiqah juga telah dilakukan oleh Rasulullah saw. dan para sahabat. 

Hukum aqiqah adalah sunnah mu’akkad dan seharusnya tidak ditinggalkan oleh orang yang mampu melakukannya.

Aqiqah bagi anak laki-laki afdhalnya dengan dua ekor kambing, namun dengan seekor kambing juga dibolehkan. Sedangkan aqiqah bagi anak perempuan adalah dengan seekor kambing.

Waktu utama aqiqah adalah hari ke-7 kelahiran, kemudian hari ke-14 kelahiran, kemudian hari ke-21 kelahiran, kemudian setelah itu terserah tanpa melihat hari kelipatan tujuh. Pendapat ini adalah pendapat ulama Hambali, namun dinilai lemah oleh ulama Malikiyah. 

Aqiqah asalnya menjadi tanggungjawab ayah selaku pemberi nafkah. Aqiqah ditunaikan dari harta ayah, bukan dari harta anak. Orang lain tidak boleh melaksanakan aqiqah selain melalui izin ayah. (Shahih Fiqih Sunnah, 2/382)

Imam Asy Syafie mensyaratkan bahawa aqiqah adalah untuk orang yang mampu. 

Imam Asy Syafie berpendapat bahawa aqiqah boleh di lakukan pada bila-bila masa. Namun disarankan agar tidak dibuat ketika sudah baligh. Jika aqiqah ketika sudah baligh. Maka, ianya tidak wajib di buat oleh bapanya atau orang tua. Tetapi, anak punya pilihan, boleh mengaqiqahi dirinya sendiri atau tidak. 

Dalam aqiqah ini mengandung unsur perlindungan dari syaitan yang dapat mengganggu anak yang terlahir itu, dan ini sesuai dengan makna hadits, yang ertinya: "Setiap anak itu tergadai dengan aqiqahnya." 

Sehingga anak yang telah ditunaikan aqiqahnya insya Allah lebih terlindung dari gangguan syaithan yang sering mengganggu anak-anak. Hal inilah yang dimaksud oleh Al Imam Ibunu Al Qayyim Al Jauziyah "bahawa lepasnya dia dari syaitan tergadai oleh aqiqahnya".

Aqiqah merupakan tebusan hutang anak untuk memberikan syafaat bagi kedua orang tuanya kelak pada hari perhitungan. Sebagaimana Imam Ahmad mengatakan: "Dia tergadai dari memberikan Syafaat bagi kedua orang tuanya (dengan aqiqahnya)"

Sumber : google 

4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi

Baru-baru ini, mummy telah mencuba wangian terbaru dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Ianya telah di lancarkan di negara ini, Malaysia. Apa yang menarik tentang haruman wangian Syahirah Vitalis Eau De Cologne ini, ianya memiliki keunikan tersendiri. Membuatkan orang di sekeliling menoleh, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai diri kita. 





Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.

4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi

Syahirah dengan bangganya memperkenalkan koleksi terbaru wangian antarabangsa SYAHIRAH VITALIS. Yang disahkan halal oleh Majelis Ulama Indonesia.


4 Koleksi Wangian Haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne


Di datangkan dalam 4 wangian terbaik dan mewah iaitu Celebrite, Femme Chic, Haute Couture dan Glamstar. Gabungan bentuk botol yang elegan dan premium serta rona-rona terpilih yang berani dan terang menggambarkan personaliti harumannya yang unik, glamor dan anggun.


4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi


HAUTE COUTURE

Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

Perpaduan rose, geranium, ylang ylang, woody dan musk yang begitu sensasional menciptakan keharuman yang ekspresif dalam setiap penampilan yang menarik.


FEMME CHIC

Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

Perpaduan buah-buahan segar dan vanilla musk yang berkelas menciptakan keharuman yang tahan lama untuk keanggunan yang sejati.


CELEBRITE

Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.


4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi

GLAM STAR

Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. 

Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Testimoni Mummy Tentang Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Mummy suka dengan keempat-empat wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne ini, kerana baunya wangi, harum, tidak tengik, baunya tidak menusuk hidung.

Sesuai di gunakan ketika ke pejabat dan beriadah juga.


Mummy gunakan botol hijau  Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne Glam Star. Best sangat, tahan 8 jam ketika berada di ofis.

Ketika beriadah (outdoor) pula, mummy gemar menggunakan botol merah wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne Haute Couture.

Mummy yakin, ramai yang suka dengan wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne kerana harganya sangat sangat mampu milik iaitu RM19.90 untuk 100ml.

Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA

Siapa dalam dunia ini tak suka benda PERCUMA? Mummy pun triple suka tau, bila dapat tahu Pixajoy offer buat Business Card, Name Card atau Kad Nama (100pcs) secara PERCUMA. Mummy terus terjah website Pixajoy. Buka webiste terus tempah  Business Card, Name Card atau Kad Nama . Gelojoh sungguhkan !

Macamana tak gelojoh... Business Card, Name Card atau Kad Nama (100 pcs) dari Pixajoy secara PERCUMA ini ada limit tau, 50 pelanggan untuk sehari. Kang kalau lambat, tak dapat PERCUMA pula hehehehe. 

Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA


Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA

Ta da...... ini lah Business Card, Name Card atau Kad Nama mummy dari Pixajoy. Simple je,kan.

Mummy pilih design sedia ada dalam website Pixajoy tu, lepas tu.. edit sedikit-sedikit je. Siap !!

Sebenarnya, mummy masih ada balance 1 kotak lagi Business Card (blogger) stok dari tahun lepas. Dulu aktif pi event. Cepat je habis 2 kotak business card. 

Sekali buat dulu, 3 kotak terus. Sekarang dah jarang-jarang pi event. Tu yang lambat luak business card (blogger). Tapi tak pe, bukan ada expired pun kan. Yang penting data jangan di tukar. Kalau ada pertukaran. Kenalah tempah yang baru. huhuhu.

Penting ke tak business card? Sangat subjektif benda ini. Bagi mummy penting. Blogger ini , kadang-kadang secara tak langsung kita bekerja juga. Kebanyakan PR yang akan kita jumpa, pastinya akan bertanyakan tentang business card kita. Takkan nak bagi business card opis tempat kita kerja kan. 

Blogger sesama blogger pun, bila jumpa akan bertukar kad. Pendek kata, kena juga standby business card (blogger).

Kalau tak mahu buat pun tak pe, tak ada masalah pun.

Bagi yang ada business tak kira berniaga besar-besaran ke meniaga kecil-kecilan ke.. Perlu business card kan? Dah PERCUMA ini, boleh lah tempah terus ya !

Bila pos barang pada customer, boleh selitkan sekali business card tu :) Nak pos pada mummy sekeping dua pun ok gak :0 hehehehe


Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA

Ini pula design kedua kad dari Pixajoy. Untuk Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry pula. Amacam? Ok tak designnya? Hahahaha design sedia ada juga ini, tambah gambar, taip sedikit dan edit fonts je. Siap !

CARA BUAT BUSINESS CARD DI PIXAJOY

Oh..nak buat business card di Pixajoy ini mudah je . Pastikan untuk buat design ni dengan menggunakan PC atau laptop. Buat melalui hand phone memang tak boleh, ye : -

1. Klik dan log in di http://www.pixajoy.com.my/name-card
2. Pilih design mana yang suka, nak create design sendiri pun boleh.
3. Edit
4. Confirmkan design
5. Save dan terus buat order.
6. Bayaran secara kad debit, kad kredit dan pay pal pun boleh.

Walaupun PERCUMA, tapi harus bayar delivery charge. Untuk semenanjung RM8.48 je untuk 1 kotak (100 pcs).

Oh ya..berapa kotak boleh buat ye? Sebulan boleh buat 1 kotak (100 pcs) Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy secara PERCUMA. Kalau dah tempah bulan ini, kene tunggu bulan lagi satu untuk tempahan yang baru.

Jom tempah Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy secara PERCUMA. Sementara promosi ini berlangsung :)


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari

Baru-baru ini, mummy mencuba set kecantikan untuk kulit wajah dari Deeja Cosmetic. Banyak review positif, tu yang makin mummy tak sabar nak mencuba produk Deeja Cosmetic. Selain itu juga, produk Deeja Cosmetic ini ada masuk dalam TV3. Famous juga Deeja Cosmetic ni, kan?

Bagi yang belum tahu apakah itu Deeja Cosmetic, jom baca entri ini sehingga habis ye.


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari


APA DIA DEEJA COSMETIC?


Deeja Cosmetic ini di asaskan oleh artis Malaysia yang bernama Sherry Ibrahim.

Beliau telah mengeluarkan produk kecantikan Deeja Cosmetic produk yang mengandungi pencuci muka, toner, krim siang, krim malam dan krim nano malam. Keayuan wajah dalam masa 5 hari. Haaaa..part ni paling best kan !


BAHAN-BAHAN YANG ADA DALAM DEEJA COSMETIC


Deeja Cosmetic yang dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi dan herba-herba terpilih. Seperti kunyit, air mawar, ekstrak carrot, extrak aloe vera dan bahan lain.


SIAPA BOLEH GUNAKAN PRODUK DEEJA COSMETIC?


Produk Deeja cosmetic ini, bukan untuk orang perempuan je tau ! Deeja Cosmetic ini sesuai untuk kaum lelaki juga. 

Deeja Cosmetic juga sesuai untuk semua jenis kulit seperti kulit sensitif, jerawat, jeragat, pigmentasi, berminyak di zon T, 'black head', bintik-bintik halus di muka dan lain-lain lagi. 

Deeja Cosmetic ni boleh digunakan untuk peringkat umur 16 tahun dan keatas.


Cara Pakai Deeja Cosmetic 5 Jenis Produk Dalam 1 Set




Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari




1. Gunakan Sabun Pembersih Muka Deeja Cosmetic 


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari

Sabun Pembersih Muka Deeja Cosmetic berbentuk bar, segi empat. Seperti biasa, kalau nak jimat. Kene kerat sabun ini ye.

Mummy bersihkan muka dengan basahkan sedikit air dan sapukan sabun pembersih muka Deeja Cosmetic ke muka. 

Urut perlahan-lahan secara manja di wajah.

Selepas itu, bilas bersih. Erm....segar sangat. Kulit bersih, lembut dan tidak terlalu tegang 

Sabun ni menggunakan bahan-bahan seperti Carrot, Susu dan Air Mawar tau dan bahan-bahan ni memang sangat sesuai untuk menghalang dari jerawat, kulit kering di samping dapat menjadikan kulit kita lebih cerah. Masalah eyebag pun dapat diatasi kalau korang menggunakan sabun pembersih muka dari Deeja Cosmetic ni ! Sangat puas hati lah...

2. Tepekkan Toner Nano Deeja Cosmetic


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari

Selesai bersihkan muka dengan sabun pembersih Deeja Cosmetic. Tepekkan atau tepuk-tepukkan toner Nano Deeja Cosmetic di wajah. Toner ini best sangat, cepat meresap dan tak melekit, baunya pun wangi sebab ianya mengandungi Air Mawar dan Aloe Vera. 


3. Sapu Rata Krim Siang SPF 50 Deeja Cosmetic


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari

Siap gunakan toner nano Deeja Cosmetic. Sapu rata krim siang pula, krim ni calit-calit dan ratakan je. Mudah.

Krim Siang SPF 50 Deeja Cosmetic ini mengandungi biji Almond, Biji Tomato dan Aloe Vera. 

BIla gunakan Krim Siang SPF 50 Deeja Cosmetic ini, warna kulit lebih sekata, lembut dan pori-pori juga semakin kecil.

4. Untuk Malam, Sapukan Krim Malam Deeja Cosmetic


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari

Krim Malam Deeja Cosmetic ini di gunakan pada waktu malam. Mummy gunakan selepas mencuci dengan sabun pembersih Deeja Cosmetic dan selepas di sapukan toner Nano Deeja Cosmetic.

Krim Malam Deeja Cosmetic ini mengandungi 4 bahan utama iaitu AHA (Alpha Hidroxy Acid), Vitamin E, Retinoid Acid dan juga Gliserin. 

Apa yang best krim malam ini, ianya tak melekit. Bangun tidur pagi pun kulit mummy tak melekit. Best sangat !


5. Dan Jangan Lupa Pada Waktu Malam Sapukan Krim Nano Deeja Cosmetic


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari


Akhir sekali, selepas sapu rata, Krim Malam Deeja Cosmetic. Sapukan pula Krim Nano ni sebagai lapisan kedua tidur. 

Warna Krim Nano Deeja Cosmetic, berwarna kuning kerana mengandungi kunyit.Bila sapu ke muka pun kulit akan menjadi kekuning-kuningan. tapi..jangan risau. Bukan selama-lamanya kuning ye

Seperti mana kita tahu, banyak kebaikkan kunyit ini.Mummy akui, selepas mummy gunakan Krim Nano ini. Kulit mummy kurang gatal-gatal. Masalah selsema pun kurang.

Testimoni Mummy Menggunakan Set Deeja Cosmetic 5 Jenis Produk Dalam 1 Set



Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari
Sebelum menggunakan Set Deeja Cosmetic


Selepas seminggu menggunakan set Deeja Cosmetics


Setelah menggunakan set ini, kulit mummy mudah untuk di bersihkan. Nasi atau cacing di muka tu (whitehead)...mudah keluar. Tak perlu picit-picit lagi. Gosok-gosok je dah keluar. Kulit pun lebih lembut.

Kulit mummy juga tidak berminyak. Seperti sebelum ini, bangun tidur je...muka nampak berminyak.

Lagi satu, yang mummy suka tentang Deeja Cosmetic 5 Jenis Produk Dalam 1 Set ini, ianya tidak mengelupaskan kulit. 


Testimoni Lain dari Pengguna Deeja Cosmetic 5 Jenis Produk Dalam 1 Set :-


Testimoni Lain dari Pengguna Deeja Cosmetic



Testimoni Lain dari Pengguna Deeja Cosmetic

Testimoni menggunakan set Deeja Cosmetics, muka berseri, jerawat semakin hilang dan parut jerawat pudar dalam masa 5 hari.

Bagi mummy berbaloi memiliki set Deeja Cosmetic 5 Jenis Produk Dalam 1 Set kerana harganya sangat mampu milik iaitu RM85.00 (SM) dan RM90.00 (SS)


Untuk pembelian dan maklumat lanjut, boleh terus hubungi :

FACEBOOK : Deeja Cosmetic HQ
INSTAGRAM : @deeja_cosmetic_hq
WHATSAPP : 019 - 694 5950