SAPS SEMAK KEPUTUSAN PERIKSA ANAK SECARA ONLINE !

Zaman sekarang, zaman IT. Semua informasi hanya di hujung jari termasuklah semak keputusan periksa anak-anak. Memang mudah cara begini, cepat pun cepat,kan? Bukan mudah pada pelajar, tetapi memudahkan ibubapa melihat sendiri dengan cepat keputusan periksa anak-anak. Sistem ini di panggil SAPS. Apakah SAPS ini? Ha...jom kita baca tentang SAPS pula.

SAPS SEMAK KEPUTUSAN PERIKSA ANAK SECARA ONLINE !

 

SAPS SEMAK KEPUTUSAN PERIKSA ANAK SECARA ONLINE

 

SAPS SEMAK KEPUTUSAN PERIKSA ANAK SECARA ONLINE !


Apakah SAPS

SAPS adalah satu sistem online yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak. Sistem SAPS Ibu Bapa yang direka ini membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak. Ibu bapa perlu berjumpa dengan guru kelas dan ini agak memakan masa dan tenaga.

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.
 

CARA MENGGUNAKAN SISTEM SAPS



Untuk memeriksa secara online sila klik di sini  SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.

Ada 3 langkah sahaja di perlukan untuk masuk ke sistem SAPS :-
1. Masukkan No Sijil Lahir / Kad Pengenalan 
2. Pilih sekolah rendah atau Menengah
3. Tahun peperiksaan 


SAPS SEMAK KEPUTUSAN PERIKSA ANAK SECARA ONLINE !

Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.
Mummy suka dengan pendekatan teknologi sebegini, anak-anak pun tak boleh buat surprise result exam pada mak bapa dah. Hehehe. Silap haribulan, mak bapa yang kasi surprise pada anak !

Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.

Fresh Flowers Bunga Ros Murah di Kedai Bunga The Purple Lavender Kajang Perdana

Hati terus berbunga-bunga bila dapat tahu ada sales bunga murah-murah di Kedai Bunga The Purple Lavender Kajang Perdana. Lelagi, bunga favourite mummy, bunga Ros yang tengah sales. Apa lagiii...terus terjah Kedai Bunga The Purple Lavender Kajang Perdana lah kan hehehe

Fresh Flowers Bunga Ros Murah di Kedai Bunga The Purple Lavender Kajang Perdana 


Fresh Flowers Bunga Ros Murah di Kedai Bunga The Purple Lavender Kajang Perdana

Kedai Bunga The Purple Lavender ni sememangnya kedai bunga fresh flowers kesukaan mummy. Salah satu sebabnya, pemilik kedai bunga ini adalah orang Melayu. Dan keduanya, semua bunga di sini cantik dan berkualiti. Harga pun mampu milik.

Mummy pernah 2 kali menulis tentang Kedai Bunga The Purple Lavender Kajang Perdana Selangor ini dalam entri blog mummy.

Boleh baca di SINI dan di SINI ye


10 Kuntum Fresh Flowers Bunga Ros Murah di Kedai Bunga The Purple Lavender Kajang Perdana 


Fresh Flowers Bunga Ros Murah di Kedai Bunga The Purple Lavender Kajang Perdana

10 kuntum bunga ros, warna light pilihan pemilik kedai ini untuk mummy.

Ya Allah...memang cantik sangat. Rasa macam nak peluk-peluk je bunga tu. 

10 Kuntum Bunga Ros Fresh Flowers Berharga RM70. Murah sangat !


Fresh Flowers Bunga Ros Murah di Kedai Bunga The Purple Lavender Kajang Perdana

Harga bunga ros untuk 10 kuntum ini berharga RM132 termasuk kos wrapping.

Tapi, Kedai Bunga The Purple Lavender ini ada buat sales fresh flowers - bunga ros hanya RM70 SAHAJA. 

10 kuntum tau berharga RM70. Murah,kan??

Sales ini akan berakhir pada 10 Januari 2016. Bagi yang berminat kena cepat terjah ye.

Fresh Flowers Bunga Ros Murah di Kedai Bunga The Purple Lavender Kajang Perdana

Fresh Flowers Bunga Ros Murah di Kedai Bunga The Purple Lavender Kajang Perdana

Fresh Flowers Bunga Ros Murah di Kedai Bunga The Purple Lavender Kajang Perdana

Dhia Batrisya pun suka bunga. Hehehe siap minta mummy ambilkan gambar lagi tu. Kalau mummy jadi camerawomen. Memang penuh bergaya Dhia bergambar.

Cer orang lain yang tolong ambilkan gambar. Mau kejung je mukanya tu hehehe.

Okayyy berbalik pada sales bunga ros di Kedai Bunga The Purple Lavender ini, boleh dapatkan terus di kedai ini atau call untuk delivery.

Delivery di buat di sekitar yang berdekatan dalam Selangor, KL dan Negeri Sembilan (hampir dengan kawasan Selangor)

THE PURPLE LAVENDER
(Kedai Bunga Milik Bumiputra - Kajang Perdana)
18, Jalan Kajang Perdana 3/1, Kajang Perdana 43000 Kajang Selangor

Facebook : The Purple Lavender

Telefon : 012-2024541

PISANG GORENG RM2 UNTUK 3 KETUL?

Balik kerja, sebelum simpang rumah mak memang banyak gerai pisang goreng. Anak-anak pula memang minat posang goreng. Jadi, kalau balik kerja tak lewat tu...harus singgah cari pisang goreng untuk anak-anak.

Sebelum beli, wajib tanya harga dulu..baru boleh bajet nak beli berapa banyak,kan?

Hari pertama singgah kedai. Kata penjual tu RM2 - 5 keping.

Tapi..dua hari selepas itu, RM2 - 3 keping. Mak ai....beberapa hari je dah naik harga ke? 


PISANG GORENG RM2 UNTUK 3 KETUL?

Kalau saiznya besar l, boleh masuk akal la RM2 - 3 ketul.

Takat besar ni berharga RM2 - 3 ketul. Next time, tak singgah lah jawabnya hehehehe

Dhia Batrisya Ke Sekolah Untuk Pertama Kali

Dhia Batrisya, baru sahaja 3 tahun 10 bulan. Kalau ikutkan tahun, tahun 2017, umurnya 4 tahun. Kekononnya nak sekolah sangat. Bila dah di bawa ke sekolah, tak nak sekolah pula. 




 Dhia Batrisya Ke Sekolah

Ikutkan daddy, tak nak bagi anak sekolah awal, nak ikut progress umur yang sebenar. Mummy pula, bukan nak paksa Dhia ke sekolah. Tapi, nak bagi Dhia expose dengan suasana persekolahan. Esok..esok..bila umurnya patut ke sekolah dan mudah nanti. Tak adalah terkejut suasana sekolah, tak nak sekolah, menangis dan sebagainya. 

Dhia ini sedikit manja, tapi garang. Ini lah perwatakan seorang Dhia, walaupun peramah, mudah mesra dan boleh di bawa berborak. Ada kalanya, kalau ada benda yang Dhia rasa tak best dan macam tak berapa nak suka. Dhia memang automatik jadi tak suka.

Macam sekolah la, Dhia mesti imagine sekolah tadika tu macam sekolah Upin & Ipin. Bila masuk tadika sebenar, nampak suasana lain. Lepas tu, ternampak pula cikgu tegur seorang budak dengan nada tinggi.

"Tak nak sekolah lah...cikgu garang. Cikgu marah-marah" Dhia berkata-kata terus tak nak ke sekolah dah.

Hai la anak, kisah mengaji pun gitu gak dulu. Nak mengaji sangat pada awalnya, bila nampak ustaz pegang rotan. Terus ajak balik.

Huhuhu. Harapnya, bila tiba masa yang sesuai. Dhia boleh bersekolah dan sesuaikan diri. Insyaallah




Dzal Aidi Fiqry, adiknya yang jarak setahun ni pula. Macam ok je...seronok sampai sekolah.


HOKKAIDO BAKED CHEESE TART, AEON SHAH ALAM

Sejak  bekerja di Shah Alam, mencari makan pun di sekitar Shah Alam sahaja. Oleh kerana pernah satu kali ternampak di media sosial Hokkaido Baked Cheese Tart ini ramai yang belinya. Mummy pun tak melepaskan peluang untuk beli juga.

 

 HOKKAIDO BAKED CHEESE TART, AEON SHAH ALAM


Pertama kali mummy merasa Hokkaido Baked Cheese Tart. Biasalah kan, orang ngandung ni, nampak apa semuanya sedap. Tapi, bila makan...tak habis pun.


HOKKAIDO BAKED CHEESE TART, AEON SHAH ALAM 

Harga sebiji Hokkaido Baked Cheese Tart ini RM5.80, bila dah makan tu rasa macam biasa je. Kena tunggu lepas bersalin pulak makan. Mungkin lain taste orang mengandung ini kan :)

Kisah Viral King Coco, Kini Sudah Berumahtangga

Pada awalnya, memang mummy tak kenal pun siapa King Coco ni. Ramai yang mengatakan King Coco ini terkenal dan femes sejak kisah pelatnya di gembar gemburkan dalam media sosial. Hinggalah, beliau di panggil ke siaran televisyen Motif Viral.

Tertanya-tanya juga pada husband, "Kenal tak Coco? Yang viral dan femes tu?". Husband jawab,"tahu, aik awak tak tahu? Pelik !"

Kekeke kita bukan blogger gossip. Haruslah tak tahu.

Jadi, mummy pun ambil tahu lah sedikit kisah Coco ini. Macam katak bawah tempurung pulak, kalau tak tahu. Kemahen femes awak yer. Dah rezeki beliau kan.

Kisah Viral King Coco, Kini Sudah Berumahtangga 


Kisah Viral King Coco, Kini Sudah Berumahtangga

Kisah Viral King Coco, Kini Sudah Berumahtangga
sumber gambar : google

Berita terbaru King Coco ini, beliau telah selamat mendirikan rumahtangga. Ramai netizen tak puas hati tentang perkahwinan beliau. Kerana beliau menjadi isteri kedua, di mana isteri pertamanya kini sedang mengandung.

Apapun, mummy doakan yang terbaik buat Coco dan Captain Azrin Anas.

Erm..kalau dah jodoh, memang insyaallah menjadi.

Ni antara video viral si Coco mummy terjumpa dalam YouTube. Hehehe baru tahu sebenarnya...


ROMANO SEMBURAN DEODORAN UNTUK SUAMI TERCINTA TINGKATKAN KEYAKINAN LELAKI URBAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, hari ini mummy nak review satu produk suami dari ROMANO - Semburan Deodoran yang dapat meningkatkan keyakinan sorang lelaki urban. Jenama ROMANO sebenarnya sudah lama bertapak di pasaran.




ROMANO SEMBURAN DEODORAN UNTUK SUAMI TERCINTA TINGKATKAN KEYAKINAN LELAKI URBAN


Tidak hairanlah, produk wangian jenama ROMANO ini menjadi kegilaan ramai lelaki di luar sana. 

Sinergi adalah kunci kepada hari-hari yang memerlukan ketangkasan dalam bertindak serta keinginan untuk mencapai kecemerlangan. Sama ada anda dalam misi menyelesaikan projek-projek hebat ataupun kerja-kerja penting, ia perlu didasari perancangan berstruktur dan asas yang ampuh bagi memastikan kejayaan. Justeru, Semburan Deodoran ROMANO telah diperkenalkan, dengan formula sinergistik yang diperbaharui berserta haruman maskulin berpanjangan dan perlindungan serta kesegaran maksimum.

Semburan Deodoran ROMANO dengan wangian maskulin premium dan formula cepat keringan yang diperbaharui memberikan kesegeran 24 jam dan perlindungan kepada lelaki yang memerlukan sofistikasi dan keyakinan dalam rutin harian mereka. Dengan kandungan antibakteria, ia melindungi anda daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.

Semburan Deodoran ROMANO juga kini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya dan didatangkan dalam empat jenis wangian mengikut keseusaian gaya anda. Ia sekali gus memastikan semburan dapat bertahan lama dan membolehkan anda berbau harum dan segar sepanjang hari. Pek baharunya juga menegaskan mesej yang jelas tentang lelaki maskulin yang sentiasa cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan tetapi masih mampu mengekalkan kesegaran sepanjang hari.

4 JENIS SEMBURAN DEODORANT ROMANO 



ROMANO Metro Pulse dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini sempuran untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi.



ROMANO Prestige menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody.Tarikan utama haruman ini adalah sesn akuatiknya yang menggoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki sofistikated dan berpengaruh.



ROMANO Classic berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegrana dengan sedikit adunan Citrus serta Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi kemudiannya membentuk wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman.


ROMANO Urbane Attitude difokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kesturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini. Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personality yang menyerlah.

ROMANO Deodorant Spray 150ml dijual pada harga RM14.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.

HARI PERTAMA 2017 DALAM SUASANA YANG SERBA BARU

Di hari pertama berkerja pada tahun 2017, hari pertama bekerja di tempat baru juga, pertama kali memakain tudung pucci dan dalam masa yang sama wanita pertama bekerja dalam department ini. Hehehe Semualah yang pertama.


Entri yang lepas, mummy ada cerita tentang beli pakaian kat Muaz Textile Bangi, kan? Ok lah, OOTD sket je lah ye. Selfie penuh sket, masa semua staff pi beli breakfast.

Ini merupakan meja mummy, kemas je kan..hahaha. Mesti lah kemas sebab baru hari pertama. Cer tunggu hari ke-100. Mahu penuh sarat meja ni nanti.

Hari ini, ada banyak task, projek dan kempen dalam kepala otak untuk di keluarkan. Lama juga bercuti. Kembali memerah otak dan mencari idea di sana sini sinun.

Doakan segala urusan mummy berjalan dengan lancar dan berjaya ye. 

Selamat bekerja semua dan pada yang ke sekolah untuk menghantar anak. Selamat ke sekolah :)

Oh ya..insyaallah nanti mummy nak buat GIVEAWAY PUCCI BERSAMA AZLINDA ALIN. Stay tune ya ........

Penting Ke Ultrasound NT Scan 2D 3D Pada Kehamilan 12 Hingga 13 minggu?

Dah anak masuk tiga baru ada knowledge tentang Ultrasound NT Scan 2D 3D, pada asalnya mummy blur juga kenapa agaknya Ms Jezzlyn - Sonographer Sonovision ini buatkan appointment Ultrasound NT Scan 2D 3D kehamilan 12 - 13 minggu. Penting ke Ultrasound NT Scan 2D 3D pada kehamilan 12 - 13 minggu ?


Penting Ke Ultrasound NT Scan 2D 3D Pada Kehamilan 12 Hingga 13 Minggu?




Scan kali ini, bawa anak-anak pula. Nak bagi mereka nampak baby dalam perut. 

NT Scan ini mengambil masa yang lama sedikit. Sebab bacaannya perlu di ambil ketika bayi dalam perut statik. 

Baby kitorang ni aktif sangat, siap lambai-lambai tangan masa NT Scan tempoh hari. Macam tau-tau je kakak dan abangnya ada.

Sebelum mummy cerita panjang. Mesti ada yang nak tahu apakah ia Ultrasound NT Scan ni.

Entri sebelum ini, dating scan mummy dengan Sonovision berjalan dengan lancar.  Dating scan pada trimester pertama ketika mummy hamil lebih kurang 7 minggu. Ianya bertujuan untuk mengesahkan janin masih hidup, untuk tetapkan usianya, mengesahkan denyutan jantung bayi dan juga untuk mengukur panjang bayi.

Alhamdulillah bayi dalam kandungan mummy sihat.

Trimester kedua ini pula, mummy telah menjalani Ultrasound NT Scan 2D 3D.


Mengikut bayi-ibu.com NT Scan iaitu Nuchal Translucency ini tujuannya untuk mengukur kawasan cecair di bawah kulit leher janin dan kehadiran tulang hidung. Tulang hidung merupakan penanda (soft marker) untuk keabnormail kromosom.

Ianya boleh mengesan hampir 90% masalah genetik seperti sindrom down.

Haaaa...penting tak agak-agaknya NT Scan ini?




Ms Jezzlyn minta mummy dtang pada kehamilan 12 -13 minggu kerana pada waktu ini bacaan NT Scan tepat

NT SCAN ini di sarankan bagi wanita :

  • Ada mengambil ubat-ubatan atau dadah merbahaya
  • Mempunyai sejarah keluarga kecacatan kelahiran tertentu
  • Mengandung pada lewat usia, iaitu 35 tahun dan keatas
  • Ada menggunakan insulin yang disebabkan kencing manis
  • Mempunyai jangkitan virus semasa hamil
  • Terdedah kepada radiasi yang tinggi



Video NT Scan di SONOVISION

Bagaimana Ketepatan ujian NT Scan ini?

  • NT Scan boleh mengesan hampir 90% masalah genetik terutamanya SIndrom Down
  • Bacaan NT yang tinggi ( 2.5 - 3mm) dan tulang hidung tiada kelihatan meningkatkan risiko SIndrom Down
  • Untuk Lebih tepat Ujian lain akan di jalankan selepas NT Scan


Alhamdulillah bacaan ujian NT Scan baby D ialah 1.4mm.


Thank you to my favorite Sonographer - Ms Jezzlyn. Jumpa lagi next appointment :)


CARA BUAT APPOINTMENT ULTRASOUND SCAN DI SONOVISION

Bagi yang nak buat appointment di Sonovison Kelana Jaya ini. Boleh ikut langkah-langkah booking scan ultrasound ini :-

1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:


Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183


Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?Selamat tahun baru dan Happy New Year 2017..Ada azam tahun baru tak? Mummy tak ada letakkan specific azam. Biarlah follow the flow je. Hehehe. Azam terdekat, nak pi shopping kat Muaz Textile Bangi je. Dengar kata baju dan tudung murah-murah kat Muaz Textile Bangi tu. Almaklumlah... kita nak bekerja tempat baru. Banyak baju lama tak muat. Selama kerja di tempat lama. Pakai uniform je, baju formal untuk ke pejabat tak banyak boleh muat. Kene gak mencari baju.

Shopping jommm..

Shopping di Muaz Textile Bangi. SESAT !


Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Pi Muaz Textile dengan anak-anak je Daddy kerja hari tu. Gigih mak buyong membawa anak berjalan-jalan kan. Sambil test drive kereta baru keluar bengkel. 

Sambil testing bawa dua orang anak jalan-jalan + shopping gak sebebarnya.

Lagi beberapa bulan, anak tiga lak. Hehehe lagu mana lah nanti nak hangkut ye :)

Masa nak p Muaz Textile. Terkial-kial gak mummy mencari Muaz Textile Bangi. Ada yang kata sebelah PKNS Bangi. Tapi sebelah tu ada McD, Shopping lot, dan bangunan tak siap.

Waze Muaz Textile Bangi pun tak keluar gak. Pusing punya pusing, rupanya belakang kedai kopi yang pernah mummy lepak iaitu Paparich Bandar Baru Bangi.

Senang cerita bawah butik Jovian Bandar Baru Bangi. Sebelah kedai makan Chinese Muslim yang popular.

Mummy parking dekat depan Paparich. Jalan kaki sedikit je. Nak betul-betul parking depan Muaz Textile Bangi. Memang tak dapatlah. Yang pi butik vendor depan tu pun dah parking area depan Muaz Textile.

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Tadaaaa...Siap shopping di Muaz Textile Bangi. 1 paper bag je. 

Tak sampai 1 jam siap shopping. Cepat, kan? Tak boleh lama ber shopping, biasalah kan..anak-anak bosan dan ajak balik dah. 

Murah ke pakaian kat Muaz Textile ni? Bagi mummy, Pakaian kat Muaz Textile ni. Murah memang murah. Kena pandai pilih kualiti kain gak lah kat Muaz Textile. 

Memang kalau compare tempat lain, Muaz Textile ni murah juga. Design pun lawa gak. Mixed and match sendiri.

Harga blouse dari RM19.80 sebelum GST.

Seluar dan skirt pun harga dari RM19.80 sebelum GST.

Pucci dari RM7.80, Tudung bawal dari RM0.80

Jubah pula harga dari RM39.

Semua harga belum GST lagi.

FORMAL WEAR DARI MUAZ TEXTILE


Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Mummy beli 2 pasang baju kerja. Skirt bergetah menjadi pilihan mak buyong. Boleh tahan lama pakai kan kalau yang getah. Harap-harapnya muat sampai 9 bulan lah.

Blouse tu mummy tak amek yang harga RM19.80 amek design lain yang tak jarang dan panjang sedikit. Tapi harga masih berbaloi. Bawah RM25 lagi.

Set hijau nak pakai masa hari pertama bekerja tempat baru. Padankan dengan pucci pertama katanya hehehe. Kemahen kan..baju baru, tahun baru di tempat kerja baru. Semangat lebih sedikit ! 

Set hitam tu pakai hari kedua. Padankan dengan tudung bawal je. 

Semua set dari Muaz Textile. Nanti mummy ootd masa first day kerja ek.

TUDUNG MURAH DAN CANTIK DI MUAZ TEXTILE

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Tudung bawal pun ada di Muaz ni. Sempat gak lah pilih tudung bawal. Borong tudung bawal harga RM0.80 dan RM4.80. Untuk diri sendiri dan ada untuk hadiah pada kenalan mummy.

Ada yang nak mummy jadi personal shopper Muaz Textile ke? Ada upah sedikit. Boleh je mummy pi belikan dan poskan.

Roger lah kalau nak kirim. Hujung minggu mummy tolong belikan.

LOKASI MUAZ TEXTILE BANGI

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke

Yang nak pergi ke Muaz Textile pastikan nampak bangunan ni semua yer. Ni adalah landmark untuk ke Muaz Textile Bangi 

Jangan sesat mummy mummy dok pusing-pusing area PKNS. 


Alamatnya : 50, Jalan Medan Pusat 2C, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Okey..selamat bershopping uolssss.