SAYA BUKAN SIFU BLOG

This summary is not available. Please click here to view the post.

Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung #MYTravelAdventure ! Setiap kali mengandung, mesti mummy akan pergi jalan-jalan atau gi holiday. Dari zaman mengandung Dhia Batrisya lagi. Orang mengandung ini, bab berjalan. Memang sihat walafiat ! Kalau di tanya mummy nak bercuti di mana dan kemana. Rasanya tempat tu... terletak nombor 2 priority bagi mummy. Paling penting dan paling utama bagi mummy ialah WAJIB ke tempat yang mesti boleh beraktiviti bersama keluarga. 

Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure


Kalau nak cerita bab bercuti atau holiday buat masa sekarang mummy memilih dalam Semenanjung Malaysia. Kenapa pilihan mummy dalam Semenanjung Malaysia.. Almaklumlah kan..anak kecil-kecil lagi. Ada baiknya latih mereka bercuti dalam Malaysia terlebih dulu. 

Ok...Bila cerita bab percutian atau holiday semestinya, booking hotel paling penting.  Betul, tak? Lagi-lagi kalau masa public holiday bertembung cuti sekolah. Kalau tak booking hotel awal-awal, bahaya oooo..buatnya penuh. Nak tidur mana? huhu..dengan anak-anak kecil lagi.


PEMILIHAN HOTEL DENGAN MENEMPAH DI TRAVELOKA


Pemilihan hotel pula, mummy selalu menempah dengan Traveloka . Sebab Traveloka ada penjimatan yang banyak! Save bajet ! Hehe.


Macam sebelum ini, mummy nak ke Puteri Harbour dan inginkan hotel yang murah dan dekat. Dari traveloka website, mummy boleh nampak jarak hotel ke destinasi yang mummy nak kunjungi.

Selain itu, mummy dapat ekstra 25% potongan diskaun. Deluxe King Room berharga RM148 tapi selepas disakaun 25% dan diskaun menggunakan apps. Kami hanya perlu bayar lebih kurang RM98 sahaja semalam.

Murah, kan booking dengan traveloka?



Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Holiday di Pulau Langkawi Ketika Mengandung Anak Pertama

Mengandung anak pertama, kami holiday ke Pulau Langkawi. Mengandung anak kedua dan ketiga kami bercuti di mana? Ha..tu kena tunggu ! Nanti mummy cerita di blog satu persatu ye.

Tak mabuk perjalanan ke bercuti ketika mengandung? Alhamdulillah..syukur. Mummy di beri kekuatan untuk berholiday ketika mengandung. Anak dalam perut memang minta holiday je !

Apa itu Traveloka?

Cerita bab tempah hotel di TRAVELOKA. Lupa pula mummy nak perkenalkan apa itu TRAVELOKA. Traveloka ialah satu aplikasi perancang percutian yang paling cekap, pantas dan hebat di Malaysia kerana kita boleh menempah hotel dan tiket penerbangan. Untuk menempah hanya perlu klik www.traveloka.com.my atau muat turun aplikasi traveloka di Google atau Apps Store.

KENAPA BABYMOON ANAK PERTAMA DI PULAU LANGKAWI?


Kenapa masa mengandung Dhia Batrisya kami ke Pulau Langkawi? Salah satu sebabnya ialah daddy belum pernah jejak Pulau Langkawi. Walaupun menetap di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Sian daddy kan dah berpuluh-puluh tahun batu dapat jejak,kan kaki ke Pulau Langkawi. 


Banyak ke tempat menarik di Pulau Langkawi? Memang banyak sangat tempat menarik di Pulau Langkawi. 

Mummy pun ada tempat yang tak habis terokai lagi tu. Harap-harap ada rezeki bawa anak-anak ke Pulau Langkawi satu hari nanti.

TEMPAT MENARIK PULAU LANGKAWI YANG TAK PERNAH JEMU DI KUNJUNGI




Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure


1. DATARAN LANG PULAU LANGKAWI


Sebelum berkahwin, keluarga mummy memang suka ke Pulau Langkawi. Tak pernah jemu ke Pulau Langkawi. Sebab suasananya aman, tenang dan ada banyak tumbuhan hijau. Selain itu, mummy juga suka singgah ke Dataran Lang. Ianya, merupakan tempat wajib kami sekeluarga bergambar. 

Tanda mercu Pulau Langkawi

Dataran Lang Pulau Langkawi ni, tak jauh dari jeti. Nak naik kereta atau berjalan kaki pun boleh.



Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure


2. KERETA KABEL PULAU LANGKAWI.

Tempat menarik yang kedua, pastinya kereta kabel Pulau Langkawi.


Rindu pula nak naik kereta kabel Pulau Langkawi. Rasanya hampir 6 tahun tak naik.

Kekononnya mengandung...tak leh nak naik kan. Hehehehe


Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

3. ORIENTAL VILLAGE

Oriental Village ni terletak di perkarangan kereta kabel. Oleh kerana mummy tak naik kereta kabel. Suami pun menemani mummy bersiar-siar di kawasan Oriental Village.



Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure


Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Di sana, kami dapat menaiki kereta kuda, bersiar-siar di taman ala-ala Korea, melihat ikan dan berikan makan kepada ikan.

Kalau bawa anak-anak kami, mesti mereka teruja sama.


4. MAKAM MAHSURI


Makam Mahsuri juga antara tempat yang wajib mummy lawati setiap kali ke Pulau Langkawi


Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure


Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Ambil aura cuci kaki dengan air dari makam Mahsuri dan sapukan di perut..

Walaupun dah banyak kali ke Makam Mahsuri. Tapi, setiap kali jejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Mesti kami singgah lagi.

Takkan jemu ke tempat ini. Lagipun ada kuih telinga keling yang sedap di jual di sini.

Tak percaya? Cubalah beli dan rasa.

5. BERAS TERBAKAR


Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Kalau Dhia dan Dzal ke Beras Terbakar Pulau Langkawi ini. Pastinya, mereka akan teruja gembira seperti Rayyan.

Beras terbakar mengingatkan sejarah tentang satu ketika beras di bakar di sini.


6. PANTAI CENANG PULAU LANGKAWI


Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Pantai Cenang , pantai yang indah, bersih dan ada banyak aktiviti pantai ada di sini.

7. TEMPAT MAKAN YANG SEDAP

Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Tempat makan, memang banyak ada di Pulau Langkawi. Tak perlu risau perut keroncong ! Sedap-sedap makanan di Pulau Langkawi

8. JETI PULAU LANGKAWI

Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Kalau ke Pulau Langkawi, kami suka naik bot. Nikmati keindahan laut.

9. TEMPAT SHOPPING BEBAS CUKAI

Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure

Melancong ke Pulau Langkawi Ketika Mengandung ! #MYTravelAdventure


Dan, yang paling best di Pulau Langkawi ialah tempat membeli belah di zon bebas cukai. Sakanlah shopping kalau jejak ke Pulau Langkawi hehe.



Adventure tak adventure lah kan...mengandung sambil holiday ke Pulau Langkawi. Tapi, apa-apa pun holiday ini, memang syiokkk.


Traveloka ada menganjurkan peraduan baru (Local Blogger Contest) di mana anda boleh berkongsi dengan kami tentang kisah-kisah menarik anda di Malaysia. Mudah, kan? DAN, 20 penyertaan pertama akan mendapat baucar jelajah bernilai RM150. Bila lagi nak pergi bercuti? Macam tu je. Senang sangat, kan? Mana tahu, ini mungkin hari yang bertuah untuk anda.



Dapatkan maklumat penuh di sini - http://ow.ly/A9XQ30aVYAQ atau layari https://www.traveloka.com/en-my




SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFT HALAL DARI JAKIM

SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFT berikan kecantikan secantik gadis dan wanita Korea. Auwwwwww....mummy pun nak cantik juga ! Wanita dan kecantikan, berpisah TIADA. Gituuuu.. Okay, mummy tak mahu nak berdrama lagi. Jom teruskan membaca dan ketahui kenapa mummy suka dengan SYAHIRAH HYDRA SOFT KOREAN SECRETS.


SYAHIRAH  KOREAN SECRETS HYRA SOFT HALAL DARI JAKIM


KENAPA MUMMY MEMILIH SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFT 



  • SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFT adalah gabungan isian bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju Korea. 
  • SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFTtelah diperakui HALAL oleh pihak JAKIM
  • SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFT dirumus khas dengan teknologi terkini Korea dengan isian penghidratan Tri-Flower Essence dari bunga-bungaan putih - Bunga Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang hebat membantu meningkatkan kelembapan kulit agar lebih lembap dan mulus sekata persis wanita Korea
  • Bukan itu sahaja, ia juga memilki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi. 

SYAHIRAH  KOREAN SECRETS HYRA SOFT HALAL DARI JAKIM


PRODUK SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFT 

SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFT ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan.

SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFTmenjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata. 


Rejim lengkap SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft


SYAHIRAH  KOREAN SECRETS HYRA SOFT HALAL DARI JAKIM

1) Skrub Muka: Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.

SYAHIRAH  KOREAN SECRETS HYRA SOFT HALAL DARI JAKIM

2) Gel Pembersih Muka: Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.


3) Penyegar Tanpa Alkohol: Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

SYAHIRAH  KOREAN SECRETS HYRA SOFT HALAL DARI JAKIM

4) Krim Pelembap: Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.

5) Krim Kecantikan: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.

Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft pasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu !

Selanjutnya tentang SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft boleh layari :-



Instagram: @syahirahmalaysia








Menang Contest Ayam Goreng McD #mostawesomebite

Alhamdulillah..rezeki sekali lagi. Mummy menang contest ayam goreng McD.#mostawesomebite . Mencuba-cuba nasib, ambil video via Instagram dan YouTube tanpa suara di McDonald's sambil makan Ayam Goreng McD

Menang Contest Ayam Goreng McD #mostawesomebite


Menang Contest Ayam Goreng McD #mostawesomebite


Walaupun mummy tak menang Grand Prize RM500. Tapi, Menang Contest Ayam Goreng McD #mostawesomebite saguhati pun dah bersyukur sangat. Sebab Contest Ayam Goreng McD #mostawesomebite ni seluruh MalaysiaSengit juga ! 





IKAN SARDIN GORENG AYAM BRAND DALAM MINYAK ZAITUN DAN CILI MASAK ASAM

IKAN SARDIN GORENG AYAM BRAND DALAM MINYAK ZAITUN DAN CILI MASAK ASAM | Hari Ahad kami, merupakan hari yang memang agak busy. Seawal jam 2 petang, Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry ada kelas ballet, menari, renang dan gymnastik di Rockstar Gym. Tengah hari, dah nak kena keluar rumah. Jadi, pepagi tu.... mummy akan sibuk ketuk-ketuk di dapur untuk menyediakan bekal makan tengah hari. Menu masak mummy simple dan yang mudah masak, je !

IKAN SARDIN GORENG AYAM BRAND DALAM MINYAK ZAITUN DAN CILI MASAK ASAM


IKAN SARDIN GORENG AYAM BRAND DALAM MINYAK ZAITUN DAN CILI MASAK ASAM

Mummy masak IKAN SARDIN GORENG AYAM BRAND DALAM MINYAK ZAITUN DAN CILI MASAK ASAM. Resepi ini, sangat-sangat mudah dan senang masak. Biasanya, mummy buat ikan kerisi greng masak asam. Kali ini tukarkan IKAN SARDIN GORENG AYAM BRAND DALAM MINYAK ZAITUN DAN CILI MASAK ASAM.


RESEPI IKAN SARDIN GORENG AYAM BRAND DALAM MINYAK ZAITUN DAN CILI MASAK ASAM


Nak resipi jugak,ke? Okaylah..mummy share IKAN SARDIN GORENG AYAM BRAND DALAM MINYAK ZAITUN DAN CILI MASAK ASAM di sini. Kot-kot ada yang nak rasa IKAN SARDIN GORENG AYAM BRAND DALAM MINYAK ZAITUN DAN CILI MASAK ASAM

Bahan-bahannya :- 
1 tin Ikan Sardin Ayam Brand dalam minyak zaitun dan cili
1 Bawang merah besar dan kecil (hiris)
Halia sebesar ibu jari (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 sudu besar asam jawa ramas bersama 1 cawan air masak.
Sedikit Garam


CARA MASAK IKAN SARDIN GORENG AYAM BRAND DALAM MINYAK ZAITUN DAN CILI MASAK ASAM


1. Gorengkan ikan sardin Ayam Brand bersama minyak zaitun
2. Nampak sedikit garing, angkat dan toskan.
3. Tumis bahan hiris
4. Masukkan air asam jawa hingga nampak didih. Perasakan dengan garam.
5. Jiruskan ke dalam ikan sardin goreng tadi.

Siap.  Haaa....senang je kan? 




Bekal kami untuk ke kelas anak-anak. Kenapa bawa bekal? Sebab kami nak berkampung 5 jam disana hehehe

Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak

Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak | Jumaat baru ni, mummy ke hospital.. ramai yang tertanya-tanya kenapa dengan mummy. Dah nak bersalin,ke? Mummy hanya mampu jawab sakit perut je. Maaf ye, bukan nak sombong tak berjawab. Masa tu, mummy agak stress dan tak tahu apa yang terjadi dalam perut. Kisah awalnya, pagi Jumaat tu..perut sebelah kiri sakit sangat. Tak tahu nak cakap sakitnya, macam krem pun ada, macam keras kejung pun ada. Dah pulak tu, bila pusing ke kiri dan  kanan masa tidur. Baby pun diam je kejung. Selalunya, setiap kali mummy tukar posisi. Baby akan bergerak sama atau bagi reaksi. Setiap baby dalam perut tak sama perangainya. Dhia dan Dzal juga berbeza. BabyD kali ini, memang jenis aktif. Boleh di katakan, suka nau lah  berguling-guling dalam perut. Bila dia pause aktifnya, memang risau sangat-sangat !

Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak


Pagi Jumaat tu, ingat nak terus ke Klinik atau hospital sebab baby masih tak gerak lagi. Bila memikirkan yang mummy pegang kunci ofis. Bos dan anak bos pula kadang-kadang susah nak di hubungi pada waktu pagi. Maka, mummy ke ofis juga pagi tu, tak mahu staf seorang lagi tertunggu-tunggu di luar ofis.

Bila bos dan anak bos (pekerja merangkap bos) sampai, mummy terus minta kebenaran nak keluar. Sebelum keluar ofis, sempat menyiapkan beberapa modul untuk seminar Sabtu (esok harinya).

Kebetulan pula, Sabtu tu kami organised seminar FB Ads, Marketing Online, Offline dan Asas Blog kepada stokis dan agen baru.

KE HOSPITAL SERDANG DAN HOSPITAL KAJANG


Mummy terus ke Hospital Serdang (sebab history beranak nombor 1 dan 2 di sana). So, mesti mudah jika cek di sana.

Sampai Hospital Serdang....mereka tolak mummy ke Hospital Kajang. Dengan alasan, pesakit ramai dan alamat rumah mummy di Kajang.

Okay, fine...drive lah sengsorang ke Hospital Kajang. Pada waktu ini, baby dah gerak. Ada pergerakan dah, tapi....takkan nak patah balik ke ofis? Apa bukti yang nak di berikan pada majikan yang mummy ke Hospital?

Sampai di Hospital Kajang, dalam 12.15 tengah hari. Seperti biasa, mummy di kehendaki ambil air kencing, cek tekanan darah, cek heart beat baby. Alhamdulillah semua dalam keadaan yang baik. 

Doktor terus bertanyakan soalan kepada mummy tentang masalah mummy. Mummy terus cerita dari kisah minggu lepas ada air jernih keluar hinggalah masalah Jumaat pagi.

Masa ni, kena marah sekejap dengan doktor sebab masa ada air keluar Sabtu tu. Kenapa tak ke klinik atau hospital. Hehehe. Tak mampu nak jawap apa-apa. Sebab dah seminggu berlalu..

Beberapa jam kemudian, doktor pakar sakit puan datang scan dan cek dalam perut untuk kira pergerakan baby dan heartbeat baby sama ada konsisten atau tidak.

Pendarahan dalam perut juga tidak ada, air ketuban pun cukup.

Pemeriksaan secara konsisten itu di ambil dalam masa beberapa minit. Nak ikutkan monotoring ini nak kena buat dalam masa 24 jam. Kalau dah 24 jam tu...haruslah kena admit,kan! 

Tapi, bila doktor tanya nak admit atau tidak. Mummy jawap tak perlu. Sebab semua dah berada dalam keadaan yang normal.



Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak


Maka, mummy tak di masukkan ke hospital. Tapi, dalam buku merah ni tertulis "Mother satisfied, not keen for admission". Oh my !!! Kalau jadi apa-apa kat rumah, kiranya hospital tak bertanggungjawab.

Sepanjang di hospital Kajang tu, bertalu-talu Whatsapp dari bos. " U kat mana?' "Berapa lama lagi u di sana?"

Stress o.....

Tapi, mummy faham. Mana ada bos yang nak positif dan huzunon sangat dengan staff. Boss always right. Sebab boss bayar gaji, ma! Hehehe.

Staffs always not right. Staffs always ngok ngeks. Sebab tu, staff jadi staff. Sebab tu, mummy masih makan gaji dan tak jadi bos. Betul, tak?


Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak
Jam 12.43 tengah hari

Mummy siap curi-curi amek gambar dalam hospital untuk Whatsapp pada bos. Padahal dalam tu, tak di benarkan ambil gambar.



Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak
Jam 3.35 petang


Maaf Hospital Kajang ! Demi sesuap nasi je, ni. No viral-viral yang negatif.

Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak

At the end, mummy MC satu hari. Bila inform boss. Boss jawab, "nak buat macamana...."

Tapi, seminar Sabtu tu kena datang lah. As usual, kami ada 2 staff sahaja. So, 2 staff ini lah kena buat A-Z untuk seminar. Kalau mummy tak datang, sian lah staff sorang lagi satu tu dan anak boss pun kena buat kerja yang banyak.



MAAF DARI BIRU BAND

Lama tak layan lagu dan lirik lagu. Hari ini, mummy terasa nak feeling jiwang. Layan lagu baru MAAF DARI BIRU BAND


MAAF DARI BIRU BAND


Jom korang kita layan sesama, jiwang karat sama-sama lagu Maaf dari Biru Band dari Insictech Musicland's youtube





MUAT TURUN NADA DERING MAAF DARI BIRU BAND

Kalau ada yang nak muat turun lagu ni. Senang je,, hanya ikuti langkah-langkah ini : -

Maxis CallerRingtones -- Dial *131*563937# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1330489# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*282685# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 6371645 dan hantar ke 28383


LIRIK LAGU MAAF DARI BIRU BAND


Sayangku maafkanlah
Aku yang harus sendiri..
Sendiri tinggalkan dirimu
Maafkan bila aku pernah menyakiti hatimu
Pernah melukai jiwamu
Maafku mengalah


*Maafkanlah bila cinta ku tak bisa memaksa
Kerna cintamu bukan untukku


Sayangku maafkanku
Pernah menyakiti hatimu
Pernah melukai jiwamu
Maafku mengalah
Maafkanlah bila cinta ku tak bisa memaksa
Kerna cintamu bukan untukku


**Sungguh aku tak bisa mempertahankan semua
Kerna ini yang terbaik tuk kita


Ulang *
Ulang **
Ulang * & **
Maafkan aku 


PIGEON NEWBORN PURE TOILETRIES UNTUK BABY BELI DI MOTHERHOOD.COM

PIGEON NEWBORN PURE TOILETRIES UNTUK BABY, BELI DI MOTHERHOOD.COM - Macam-macam persiapan mummy ni, ye? Nak sambut orang baru kekononnya kan. Walau anak dah masuk tiga. Excited tetap hado ! Hehehe. Apapun, syukur alhamdulillah..hampir 90% persiapan dah ready. Gila tak ready...dah 8 bulan kot sekarang ni. Persiapan terbaru ialah mummy baru je dapatkan Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash dan Pigeon Newborn Pure Moisturising Lotion. Semua barangan Pigeon Newborn Pure ini mummy dapat dari www.motherhood.com.my

PIGEON NEWBORN PURE TOILETRIES UNTUK BABY, BELI DI MOTHERHOOD.COM


Ya..mummy dapatkan set Pigeon Newborn Pure Toiletries untuk baby baru ni, dari Motherhood. Ada yang tak tahu apakah itu Moherhood? Motherhood ini ialah portal menjual barangan ibu dan anak secara online. Motherhood pun rajin buat promosi yang best-best ! Jom tengok apa yang bestnya tentang Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash dan Pigeon Newborn Pure Moisturising Lotion.

Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash



PIGEON NEWBORN PURE TOILETRIES UNTUK BABY BARU BELI DI MOTHERHOOD.COM

Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash ini mengandungi "DUAL MOISTURISATION BY NATULAYER" . Baby newborn berkulit halus, lembut dan sangat sensitif. Dua lapisan lembapan ini penting kerana kulit bayi baru lahir adalah lebih nipis dan lebih sensitif daripada kulit orang dewasa.


Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash juga mempunyai :-
  • pH Balanced
  • 0% paraben, 0% formaldehyde dan 0% alkohol
  • dermatologically tested

Pigeon Newborn Pure Moisturising Lotion


PIGEON NEWBORN PURE TOILETRIES UNTUK BABY BARU BELI DI MOTHERHOOD.COM

Pigeon Newborn Pure Moisturising Lotion juga sama seperti body wash ianya mengandungi Dual Moisturization by Natulayer, dermatologically tested, pH balanced, 0% paraben,0% formaldehyde dan 0% alkohol

PIGEON NEWBORN PURE TOILETRIES UNTUK BABY BARU BELI DI MOTHERHOOD.COM


Mummy suka dengan Pigeon Newborn Pure Skincare Series daripada negara terkenal Jepun kerana ianya berbeza daripada produk yang terdapat di pasaran.

Pigeon Newborn Pure Skincare Series dirumus untuk melindungi dan menghidratkan kulit lembut bayi dengan bahan pelembap semula jadi, tiada bahan aditif serta diuji secara dermatologi dengan keharuman semula jadi tersendiri.

Pakar Perunding Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Leong Kin Fon berkata penggunaan air beralkali, pembersih anti kuman berkualiti tinggi atau produk organik tidak membantu sepenuhnya dalam melindungi kulit bayi.

Maka, sangat penting untuk kita sebagai ibubapa ni, memberikan yang terbaik untuk pelindungan kepada kulit bayi. Terutamanya, baby newborn (yang baru lahir).

Ha..menarik, kan Pigeon Newborn Pure Skincare Series?

Bagi yang berminat untuk membeli produk Newborn Pure Skincare Series Pigeon ini boleh dapatkan terus di  SINI dan  SINI

Selanjutnya, boleh layari ke :


Bila Kandungan Dah 8 Bulan, Mula Menyusun Botol Susu Dan Botol EBM

Bila Kandungan Dah 8 Bulan, Mula Menyusun Botol Susu Dan Botol EBM - Inilah kerja mummy di hujung minggu. Sedikit demi sedikit menguruskan persiapan orang baru, BabyD. 


Bila Kandungan Dah 8 Bulan, Mula Menyusun Botol Susu Dan Botol EBM


Bila Kandungan Dah 8 Bulan, Mula Menyusun Botol Susu Dan Botol EBM


Ni semuanya...Koleksi botol-botol lama. Tak pakai sangat botol ni, sebab anak-anak lebih suka direct breastfeed. Sanggup minum 2 oz je kalau dulu kat rumah pengasuh. Botol EBM pakai lama juga, tapi di sebabkan dorang suka direct Breastfeed. Tak banyak sangat buat stok susu. 

Botol-botol ni kasi cuci dan test pada babyD. Harap-harap BabyD suka dengan botol. Jangan buat mummy tak keruan kerja ye. 

Dulu Dhia dan Dzal mummy kerja di ofis depan rumah. Lunch boleh balik untuk susukan. 

Sekarang mummy kerja jauh sedikit. Dah pulak kerja dalam Marketing, weekend dan setengah public holiday pun kadang-kadang kena kerja.

Kalau babyD dah ada pilihan botol kegemaran. Nanti mummy barulah mummy dan daddy belikan yang baru ye.




RAHSIA DI HOSPITAL

RAHSIA DI HOSPITALTak semua mata manusia berhijab. Ada mata yang tidak berhijab. Bila mana mata tak berhijab itu ada pada seseorang itu. Maka, Segala RAHSIA DI HOSPITAL TERBONGKAR !

RAHSIA DI HOSPITAL


Mummy percaya, dalam dunia ini ada bermacam mahkluk Allah ada. Antara kita nampak atau tak nampak. Entri hari ini, sekadar perkongsian RAHSIA DI HOSPITAL. Patut lah daddy selama ini, susah nak bawa anak-anak kami ke hospital untuk melawat orang yang sakit di hospital. Apabila mummy terbaca RAHSIA DI HOSPITAL. Barulah mummy mengerti.

Jom ikuti penceritaan dari sahabat mummy. Di mana kisah mata tak berhijab dan penceritaan beliau tentang RAHSIA DI HOSPITAL.



RAHSIA DI HOSPITAL



Bila Aku Masuk Ke Dalam Wad, Tengok Kat Atas Siling, Banyaknya Makhluk Merayap!


Ingin aku kongsikan pengalaman sewaktu berada di hospital. Ini dari kaca mata seorang yang sepet matanya.


Bila aku memasuki wad hospital, mata aku yang sepet ini pasti akan memerhati sekeliling atas dan bawah sebab terlalu banyak makhluk-makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.Aku bukan bertujuan menakutkan sesiapa, tetapi itulah pengalaman si mata sepet.


*KES SATU*
Aku masuk ke wad kelas 3 Hospital Besar ***** ******. Bila tengok ke atas siling, begitu banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang, ada telinga panjang, ada muka menggerikan bagai. Mereka seakan-akan menanti saatuntuk terjun ke bawah.
Di hujung pula, aku melihat seorang lelaki berjalan sambil memegang kepalanya sendiri. Darah memancut keluar dari tengkuknya.Jururawat dan doktor seperti biasa menjalankan tanggungjawab mereka.


Hanya aku yang kadang-kadang melihat di bawah katil pesakit, mayat sedang tidur di bawahnya.Seorang kanak-kanak pula menarik tangan ibunya sambil jari menunjuk ke arah lembaga di bawah katil. Marah si ibu pada anaknya.

Lain kali ibu-ibu yang ada anaknya seperti ini, percayalah bahawa mereka dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat dengan mata kasar.


*KES DUA*
Aku melihat begitu ramai orang datang menziarahi ahli keluarga mereka yang sakit pada waktu melawat. Seorang wanita kelihatan jalannya begitu perlahan. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek dan matanya kemerah-merahan.Bila aku ceritakan pada isteri, dia terus terdiam.Aku terus baca ayat quran lalu aku hembus ke arah makhluk tersebut.


Makhluk itu terjatuh dan wanita tersebut terhoyong hayang sebelum dipegang oleh keluarganya yang menyangka dia mahu pitam atau tidak sihat.Makhluk itu tadi bangun dan mukanya kelihatan begitu marah.Dia tahu siapa empunya angkara yang menyebabkan dia terjatuh. Matanya tepatmemandang ke arah aku. 


Aku baca ayat qursi dan hembus sekali lagi, terus hilang.“Laa, pasaipa abang pi hembus? Sat lagi kecoh wad,”tegur isteri bila aku ceritakan semula kepadanya.
Ada betul juga katanya, aku hanya terdiam.Itulah sikap aku melihat sesiapa yang bawa benda ghaib yang dia sendiri tidak tahu. Aku akan buat dari jauh dan kadang-kadang aku sendiri diserang bila tertidur.


*KES TIGA*
Sedang aku melihat orang ramai mengelilingi seorang lelaki, rupa-rupanya dia di ambang sakaratul maut. Anak-anaksibuk dengan handphone, telefon sana sini.Mungkin sedang memaklumkan kepada sanak saudara tentang perkhabaran ayahmereka.


Yang paling sibuk ialah makhluk yang telinga panjang, tanduk panjang sedang menganggu lelaki itu.Saat inilah kita harus bisikkan kalimat Laaila Haillallah padanya. Kita ajarnya kalimat itu.


Bukan kita tengok dan kata pada ayah,“Ayah, mengucap ayah. Mengucap…”sambil tersedu-sedu.Kalau kita sayang mereka, kita bantu mereka saat ini.


Pedulikan handphone, bisikkan di telinganya Laaila haillallah. Saat itu matanya hanya memandang ke atas. Dia diganggu sebenarnya.
Kalau kita sayang ayah dan ibu ketika ketika saat mereka hampir sampai tak kisah sama ada anak-anak lelaki atau perempuan, ajarlah kepada ibu bapa anda. Itu tanda kasih kita pada mereka. Jangan hanya melihat dan menangis.
Kadang-kadang kalau aku ziarah, aku akan nasihatkan dan ajar anak-anak tentang kalimah ini. Biarlah mereka akhiri dengan penyudah yang baik.


*KES EMPAT*
Pernah aku masuk bilik mayat untuk meminta surat kematian ibu.Aku melihat ada beberapa makhluk sedang berdiri berhampiran peti mayat. Cuma aku tidak pasti adakah peti itu kepunyaan mereka. Mereka berpakaian seperti biasa yang kita nampak pada manusia.Ada juga yang berwajah hodoh rupanya muka pecah, lidah terjelir keluar. Cepat-cepat aku jumpa yang mengeluarkan surat dan terus pergi ke pejabatnya.


*KES LIMA*
Aku masuk ke wad jantung sewaktu ziarah ibu mertuaku.Seorang jururawat begitu tekun membantu pesakit. Tapi tanpa dia sedar dia diekori sesuatu. Wanita berambut panjang berjalan mengikutnya dari belakang. Kemana saja jururawat itu pergi, dia akan ikut. Matanya hanya pandang ke bawah saja.Sesekali rambutnya akan tersangkut atasbahu jururawat dan aku melihat jururawat itu menguis seolah-olahnya gatal. Aku hanya dapat melihat tanpa dapat melakukan apa-apa terhadap jururawat berkenaan. Biasalah kalau bertugas di hospital.Sebab itu paling bagus kita amalkan ayat al Matsurat.


Sebelum keluar dari hospital kita baca ayat matsurat atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, depan dan belakang sebelum pulang ke rumah. Amalkanlah.


Kita tak tahu apa yang mengikut kita pulang. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak kita.


Kredit : Ariff Budiman Zainal Abidin

P/s : awatlah..time nak nak dekat masanya ke hospital, mummy terbaca bab ni. Huhu