ZooMoo animations - The Hive, Origanimals, and Dinosaur Train

ZooMoo animations - The Hive, Origanimals, and Dinosaur Train | Antara cerita menarik Jun ini untuk Dhia dan Dzal. Dhia dan Dzal memang peminat ZooMoo di tv channel ASTRO 619. Kadang-kadang siap gelak ketawa dah 2 beradik tu tonton. Ntah apa yang seronoknya pun mummy kurang pasti. Sebab masa mummy kecik-kecik dulu tak ada chanel ZooMoo. Tapi, siaran channel ZooMoo sebenarnya bagus, Dhia dan Dzal banyak mengenali binatang dan haiwan semua dari channel ZooMoo ni. 

ZooMoo animations - The Hive, Origanimals, and Dinosaur Train


Kalau korang ada ASTRO Channel 619 ZooMoo, boleh la galakkan dorang tonton. Jun ini, ada siaran terbaru iaitu ZooMoo animations - The Hive, Origanimals, and Dinosaur Train. Yang akan di siarkan mulai Sabtu 3 Jun 2017 dari 3 hingga 6 petang. Mummy pasti, Dhia dan Dzal sukakan siaran ZooMoo animations - The Hive, Origanimals, and Dinosaur Train.

ZooMoo animations - The Hive, Origanimals, and Dinosaur Train


MENANGI HAMPER ZooMoo animations - The Hive, Origanimals, and Dinosaur Train


Berita baik untuk pembaca mummy, korang boleh memenangi hamper dari ZooMoo tau ! Caranya :-

1. Ambil gamabr ketika anak sedang menonton siaran ZooMoo animations - The Hive, Origanimals, and Dinosaur Train

2. Muat turun Instagram #ZooMooMarathon

3. Jangan lupa follow Instagram ZooMoo di @ZooMooAsia. 

Setiap minggu akan ada 1 pemenang untuk memenangi hamper dari ZooMoo.

Selanjutnya, boleh layari http://www.zoomoo.tv/contest 


Good luck !

Salam Ramadhan 1438, Jom Niat Puasa Jom !

Salam Ramadhan 1438, Jom Niat Puasa Jom ! Sekejap je masa berlalu, kan? Diam tak diam, esok dah 1 Ramadhan 1438. Bermulalah amalan berpuasa bagi yang beragama Islam. Puasa di bulan Ramadhan ini, paling wajib adalah niat.


Salam Ramadhan 1438, Jom Niat Puasa Jom !


Ha..korang dah niat ke untuk puasa Ramadhan 1438, jom niat puasa jom? Ke ada yang lupa niatnya? Almaklumlah kan. Setahun sekali je kita berpuasa di bulan Ramadhan.

Bagi yang lupa niat puasa bulan Ramadhan. Jangan risau, mummy dah siap-siapkan letak dalam blog mummy ni. Jemput baca dan juga jemput SHARE pada yang sudi ye hehehe.


NIAT PUASA BULAN RAMADHAN




Niat puasa sebulan : Nawaitu sauma syahri Ramadhana Kulihi Lillahi ta'ala

Maksudnya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


Niat Puasa Esok Hari : Bismillahiraahmanirrahim, Nawaitu, saumagodin an'adai fardi syahri romadhona hadzihissanati lillahita`ala.

Maksudnya : Sehaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH | Resipi kedua biskut raya yang mummy nak share untuk entri kali ini. Resipi Biskut raya dan Vanila dari Chef Nabilah. Apa yang paling penting dalam menyediakan makanan, adalah menjaga kebersihan. Tangan haruslah di bersihkan dengan sebersih-bersihnya dengan 7 langkah yang betul bersama pencuci tangan dettol ! Korang selalu basuh tangan berapa langkah? Hehe langkah-langkah tu akan mummy kongsikan nanti di entri lain ye !

CARA BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH


BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

CARA BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH


Berbalik kepada resipi yang Chef Anis Nabilah amanahkan pada mummy untuk war-warkan pada pembaca www.azlindaalin.com. Mummy akan kongsikan resipi lengkap untuk BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH. Insyaallah, kalau buat BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH mesti jadi ! Mummy dah cuba pun.

TIPS BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH


Mummy agak beruntung kali ini sebab dapat in person dengan Chef terkenal lagi cantik. Iaitu Anis Nabilah. Banyak tips baut kuih raya yang beliau kongsikan. Semua tips ini tak pernah ada dalam buku resipi masakan. Jadi, korang yang baca pun beruntung juga sebab dapat beberapa tips ini !




Melalui video di atas, antara tips buat BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH ialah :-
1. Jika tak mahu gunakan Ros kering, boleh gunakan bahan lain seperti earl grey dan lain-lain. Boleh cari di bahagian teh bukan bahagian baking.
2. Pastikan hancurkan hingga halus bunga ros kering tadi.
3. Tak digalakkan mentega keluar awal dari peti sejuk, kerana bila di gaulkan dengan gula akan jadi berminyak. Mentega atau butter jangan terlalu sejuk sangat atau sangat lembut / terlalu lama pada suhu bilik. 
4. Kalau nampak berminyak, doh boleh simpan dalam peti sejuk sekejap.
5. Esen vanila jangan terlalu banyak nanti biskut jadi pahit. Esen ros juga pakai sedikit sahaja. Kalau terbanyak, akan terlalu wangi macam bau perfume.
6. Untuk biskut ini, gula kastor menjadi pilihan. Bukan gula kasar. Sebab tak mahu biskut terlalu rapuh. 
7. Tepung jagung pula untuk berikan rasa biskut licin dan tak keras kejung.


RESIPI BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

CARA BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

Biskut
2gm teh kelopak binga ros keting (di hancurkan)
250gm mentega
1 sudu besar esen vanila
200gm gula kastor
300gm tepung gandum
70gm tepung jagung

CARA BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

Aising
150gm coklat putih
1 sudu kecil minyak kelapa
1 titik esen ros
50gm esen ros merah jambu

CARA BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

CARA BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

1. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius
2. Pukulkan mentega bersama esen vanila dan gula kastor sehingga kembang
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung bersama.
4. Masukkan campuran tepung, sedikit demi sedikit ke dalam campuran mentega dan gaul sehingga sebati. Tambahkan kelopak bunga ros kering dan gaulkan.
5. Bentukkan doh mengikut saiz kesukaan dan letakkan atas loyang pembakar.
6. Bakar sehingga 20-25 minit atau sehingga namapak kekuningan. Sejukkan biskut
7. Dalam masa yang sama cairkan coklat putih (double boil) dengan minyak kelapa. Apabila separuh coklat dah cair, matikan api dan gaul sehingga semua coklat cair.
8. Masukkan esen ros dan pewarna merah jambu. Kacau hungga rtaa.
9. Celupkan atas biskut dengan coklat dan hiaskan dengan kelopak bunga ros kering.
10. Sejukkan biskut hingga coklat keras dan boleh di hidangkan









McDonald’s menghargai jasa guru-guru di Malaysia menerusi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

Guruku, Inspirasiku - McDonald’s menghargai jasa guru-guru di Malaysia menerusi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s


Sebagai penyuluh hidup anak bangsa, guru sememangnya memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan setiap pelajar. Mereka memberikan pembelajaran sepanjang hayat yang bukan sahaja membentuk peribadi mulia seseorang individu, malah ilmu yang diajar turut disampaikan dari satu generasi ke generasi lain. Sesungguhnya, menerusi impak yang cukup besar ini, McDonald’s buat julung kalinya menganjurkan Anugerah Guru Inspirasi McDonad’s bagi menghargai sumbangan guru-guru di Malaysia.

Dianjurkan bersempena sambutan Hari Guru nasional, ‘Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s’ telah mengenal pasti enam orang guru yang telah menampilkan sikap prihatin dan memberi inspirasi yang tidak ternilai yang telah dicalonkan oleh pelajar-pelajar mereka. Secara keseluruhan, guru-guru yang terpilih ini menerima sijil hadiah dan wang tunai bernilai lebih RM30,000. Anugerah ini telah menerima hampir 1,000 penyertaan di mana peserta dikehendaki menceritakan kisah inspirasi tentang guru yang telah banyak membantu dalam membentuk kehidupan mereka. Keenam-enam guru ini mempunyai kisah inspirasi paling menyentuh hati sekaligus melayakkan mereka memenangi anugerah ini.

Guruku, Inspirasiku - McDonald’s menghargai jasa guru-guru di Malaysia menerusi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

Guruku, Inspirasiku - McDonald’s menghargai jasa guru-guru di Malaysia menerusi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s


Guruku, Inspirasiku - McDonald’s menghargai jasa guru-guru di Malaysia menerusi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s


Guruku, Inspirasiku - McDonald’s menghargai jasa guru-guru di Malaysia menerusi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s



Pemenang anugerah, Cikgu Azman Abdul Manaf dari SK Pos Musuh LZ, Tapah, Perak; Cikgu Muhammad Ashraf Ahmad dari SMK Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak; Cikgu Fong Wai Kit dari SJK(C) Kuen Cheng, Kuala Lumpur; Cikgu Mohd Azri Elias dari SMK Jelutong, Pulau Pinang; Cikgu Melvin Yeoh Chian Yik dari SMK Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor dan Cikgu Jayanthi Rani A/P Muniandy dari SK Taman Muhibbah, Kulai, Johor telah menerima kejutan istimewa semasa pengumuman anugerah ini semasa majlis sambutan Hari Guru yang telah diadakan di sekolah mereka.


McDonald’s turut menyampaikan Anugerah Guru Istimewa kepada Cikgu Suraya Abdul Rahim dari SMK Seri Kota Puteri, Pasir Gudang, Johor sebagai tanda penghargaan akan sumbangan beliau dalam membantu seorang remaja perempuan yang tinggal di pusat snooker. Cikgu Suraya telah mengambil pelajar tersebut sebagai anak angkat dan memberi tunjuk ajar di sekolah dan di luar sekolah bagi memastikan pelajarnya menamatkan peperiksaan akhir demi masa depan yang lebih baik. Kisah inspirasi beliau telah menjadi tular baru-baru ini apabila anak murid beliau memperoleh 6A di peperiksaan SPM. 


“Sebagai restoran keluarga yang ingin membantu mewujudkan masa hadapan di mana anak-anak kita boleh berjaya dan berkembang, McDonald’s Malaysia mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh golongan pendidik dalam membimbing generasi muda. Guru merupakan sumber inspirasi sepanjang zaman dan tanpa mereka, siapalah kita pada hari ini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan / Rakan Operasi McDonald’s Malaysia.


Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Guru tahun ini, McDonald’s turut menganjurkan beberapa siri seminar motivasi bertajuk ‘Guru Pembina Generasi Terbilang’ yang disampaikan oleh pakar motivasi popular Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Memasuki tahun kedua penganjurannya, seminar ini telah diadakan di Kota Bharu, Kuala Lumpur, Klang dan tidak lama lagi Pulau Pinang, Melaka dan Johor akan turut serta

Pelbagai program yang dianjurkan oleh McDonald’s adalah seiring dengan hasrat Anjakan 9 di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang bermatlamat untuk menjalin lebih banyak kerjasama melibatkan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta. Kerjasama sebegini sememangnya mampu memberi akses sama rata yang berterusan kepada rakyat Malaysia kearah pendidikan berkualiti yang mampu mewujudkan perpaduan dan melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. 


Selain itu, McDonald’s juga akan menjalankan sambutan Hari Guru di 261 restorannya seluruh negara di mana sambutan tersebut bakal disertai oleh para guru dari sekolah-sekolah berhampiran..

RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI

RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI | Orang lain sibuk dengan resipi buka puasa dan bersahur. Mummy pula, sibuk kongsi RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI. Awal ke kongsi resepi biskut raya? Rasanya tak terlalu awal kot, kan ! Mana tau ada pembaca mummy nak buat kuih raya yang mudah dan manatau juga kot-kot ada yang nak meniaga kuih raya kan.

RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI

RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI 


RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI

Alhamdulillah, mummy dapat in person dengan Chef Anis Nabilah untuk sessi buat biskut raya pada tahun ini. Program ini, di anjurkan oleh Dettol dan juga Air Wick. Memang best dapat jumpa Chef yang cantik dan comel ni. Dah la cantik..pandai masak pulak tu. Pakej ! Okaylah..Mummy tak nak kedekut ilmu yang ada di dada ni. Entri kali ini, mummy kongsikan terus RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI 

BAHAN-BAHAN RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI 


RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI

350gm tepung gandum
180gm unsalted butter
1 telur gred b (kenapa gred B? Sebab kurang putihnya)
100gm gula pasir
160 gm gula perang
1 sudu besar esen vanila
1/2 sudu kecil garam halus (kalau pakai salted butter tak perlu letak garam)
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu soda bikarbonat
150gm cip coklat putih
120gm kranberi (boleh tukar kismis, cip coklat, dan lain-lain)
1 sudi besar esen vanilla

CARA BUAT BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI 


RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI

1. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius

2. Ayakkan tepung (atau gaul untuk anginkan sahaja), soda bikarbonat, garam dan serbuk kayu manis ke dalam mangkuk (bahan kering)

3. Putarkan mentega dengan gula perang, gula pasir dan esen vanilla hingga kembang.

4. Tambahkan telur dan putar sehingga sebati

5. Masukkan campuran no. 2 tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.

6. Tambahkan cip coklat dan kranberi kering ke dalam adunan. Gaul hingga rata.

7. Boleh sejukkan adunan dalam peti jika nampak adunan sedikit berminyak atau cair.

8. Jika semuanya okay, bentukkan adunan sedikit bulat atas loyang dan atas kertas minyak. Pastikan jarang antara satu biskut.

9. Bakar sehingga ia perang dalam 20-25 minit.

10. Sejukkan atas rak penyejuk sebelum masukkan ke dalam bekas.

Mudahkan buat RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI ? 

Selamat mencuba ye kawan-kawan. Jangan lupa pos sebekas kat mummy ye..hehehe. 


Rezeki Menang Contest Traveloka #traveladventure

Rezeki Menang Contest Traveloka #traveladventure Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga kali ini. Tak sangka sangat terpilih kali ini. Walaupun, mummy tak menang grand prize. Menang voucher RM150 dari Traveloka pun dah best  rasanya, rasa nak lompat bintang pun ada hahahaha. 

Sebelum ini, Traveloka ada mengadakan contest You need holiday lah. Tapi, mummy tak berkesempatan nak join. Bila Traveloka anjurkan contest lagi. Mummy apa lagi. Kali ini, mummy tak nak lepaskan peluang lagi. Terus cepat-cepat join Traveloka contest #traveladventure

Lagi beberapa hari nak tutup contest baru perasan. Huhu tak pe lah. Kita cuba nasib je.


Rezeki Menang Contest Traveloka #traveladventure

Dalam masa beberapa hari, selepas tarikh tutup contest Traveloka #TravelAdventure. Mummy ternampak nama mummy memenangi contest tersebut. Syukur alhamdulillah. 

Boleh lah ber holiday ! Terima kasih Traveloka !



PEMENANG FINAL GEMA GEGAR VAGANZA

PEMENANG FINAL GEMA GEGAR VAGANZA| Malam tadi, merupakan malam FINAL bagi GEMA GEGAR VAGANZA (GGV). Sempat lah tonton beberapa lagu. Tapi, tak sempat nak tonton keseluruhan konsert FINAL bagi GEMA GEGAR VAGANZA (GGV).

KONSERT FINAL bagi GEMA GEGAR VAGANZA (GGV).


Siapa pilihan mummy dalam FINAL bagi GEMA GEGAR VAGANZA (GGV) malam tadi? Sememangnya dari awal dan akhir mummy suka Azmi. Kenapa suka Azmi dalam FINAL bagi GEMA GEGAR VAGANZA (GGV)?  Entah lah ye..tak tahu nak cakap cemana sebenarnya. Tapi, yang pastinya...mummy suka dengan suaranya.

Walau Azmi tak jadi juara malam tadi dalam FINAL bagi GEMA GEGAR VAGANZA (GGV). Tapi Azmi tetap Juara di hati mummy. Hehehehe.

PEMENANG FINAL GEMA GEGAR VAGANZA


PEMENANG FINAL GEMA GEGAR VAGANZA
Sumber gambar : Astro Gempak

Keputusan pemenang sememangnya ramai dah tahu kan? Siapa lagi kalau  bukan juaranya dari KUMPULAN UNIC. Yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 sumbangan Astro dan trofi.

Tempat kedua FINAL bagi GEMA GEGAR VAGANZA (GGV) :  Hijjaz membawa wang tunai RM30,000 sumbangan Astro dan trofi. Hijjaz juga memenangi Anugerah Persembahan Pilihan Penonton yang membawa pulang wang tunai RM5,000 sumbangan Serai Mas.

Tempat ketiga FINAL bagi GEMA GEGAR VAGANZA (GGV) : Mirwana mendapat hadiah berupa wang tunai RM20,000 sumbangan Serai Mas dan trofi.

Tempat keempat FINAL bagi GEMA GEGAR VAGANZA (GGV) : Azmi Saat yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM15,000, sumbangan Astro dan sebuah trofi. Azmi dipilih memenangi Anugerah Gema Terindah dan mendapat RM15,000 sumbangan Kopi Pak Belalang.

Tempat kelima dan keenam FINAL bagi GEMA GEGAR VAGANZA (GGV) : Hafiz Hamidun dan Saujana masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan RM5,000 sumbangan Astro berserta trofi.

Tahniah kepada semua. Alhamdulillah !

Ayat ke9 Surah Yaasin Bagi Memagar Diri, Keluarga dan Harta Benda

Ayat ke9 Surah Yaasin Bagi Memagar Diri, Keluarga dan Harta Benda | Baru-baru ini terbaca di timeline Facebook. Facebook siapa? Maaf terlepas pandang pula. Kisahnya, beliau telah share 1 artikel berkenaan Ayat ke-9 Surah Yaasin. Di mana mummy tertarik perkongsiannya tentang ayat ini boleh di guna pakai untuk memagar diri, keluarga dan harta benda.

Ayat ke9 Surah Yaasin Bagi Memagar Diri, Keluarga dan Harta Benda


Sebenarnya, ada pelbagai dan macam-macam kegunaan ayat Al-Quran. Buka sekadar Ayat 9 dari Surah Yaasin. Tapi, mummy share dulu kelebihan Ayat ke-9 Surah Yaasin yang boleh di amalkan bagi memagar diri, keluarga dan harta benda.


Terjemahan Surah Yaasin Ayat ke-9


Ayat ke9 Surah Yaasin Bagi Memagar Diri, Keluarga dan Harta Benda


(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) Sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai. (7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

Jika tak silap mummy arwah atok (masa bekerja sebagai seorang Polis zaman komunis) pernah gunkan ayat ini. Masa itu komunis sangat mengganas masuk ke setiap balai Polis. Arwah atok ada amalkan sepotong ayat ini. Pihak komunis memang tak nampak atok dalam balai Polis langsung. Dan, atok terselamat dalam ancaman komunis di balainya.

Alfatihah untuk arwah atok Ali bin Sayan. Moga atok tenang di sana. Masih ingat lagi, ketika arwah atok nazak. Atok siap beritahu jam berapa dia nak pergi. Dia beritahu ada orang sedang menunggu dia waktu tu. Bab ni paling mummy SEBAK. 

Arwah atok sebenranya ada banyak yang dia nak kongsikan bersama mummy. Tapi, tak sempat kongsi..atok dah pergi dulu.

Okay, berablik pada kisah cara memagar diri, keluarga dan harta.


CARA Guna Ayat ke9 Surah Yaasin Bagi Memagar Diri, Keluarga dan Harta Benda



Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. 

Baca surah Al-Fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. 

Jumlahnya 4 kali. 

Akhir sekali baca kombinasi surah ini, sambil membaca dengan mendinding keseluruhan rumah.

Selamat beramal ! Moga perkongsian mummy kali ini, dapat memberikan manfaat buat pembaca blog mummy. InsyaAllah.




BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR)

BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR) | Bangi Golf Resort (BGR) merupakan tempat wajib singgah untuk kami sekeluarga berbuka puasa. Boleh di katakan, dalam 2 tahun ini tak pernah kami tak singgah ke Bangi Golf Resort (BGR) untuk berbuka puasa. Setiap tahun mummy sekeluarga akan berbuka di Bangi Golf Resort (BGR). Tak percaya? Ha..kalau tak caye boleh baca entri mummy Ramadhan di BGR 2016 , Ramadhan di BGR 2015

BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR) 

BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR)

Kenapa mummy suka dengan BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR) ? Haa..kalau nak tahu, BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR) ada kelainan untuk menunya, tau ! 




Antaranya ialah, BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR) kali ini, ada menyediakan aiskrim GELATO DURIAN MUSANG KING.



Sebelum durian-durian ni di proses dan di masak. Kami makan durian yang asal ni untuk buat rasa-rasa dulu, ye ! 


Bukan sahaja aiskrim GELATO dari DURIAN MUSANG KING sahaja ada, serawa dari DURIAN MUSANG KING pun ada di BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR). 

Bagi peminat durian terutamanya DURIAN MUSANG KING. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR).

LEBIH 200 JUADAH BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR)


Seperti tahun-tahun lalu, BANGI GOLF RESORT (BGR) sekali lagi menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa.






BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR)  di mana menunya bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur. Seperti Nasi Lemak, Soto, Mee, Bihun, Lauk pauk, Serunding, Lemang dan banyak lagi






Pengunjung juga berpeluang menyaksikan demontrasi masakan yang terkenal dan diakhiri dengan sajian menu-menu popular seperti Kambing Bakar dan Sup kambing Mamak yang akan dihidangkan sendiri oleh Chef yang berpengalaman. 


Satay merupakan kegemaran Dzal Aidi Fiqry. Satay di BGR ini enak sebab sataynya dibakar segar setiap hari. 

Makan panas-panas, memang tak pandang kiri kanan dah !


Antara makanan yang mummy craving ialah makanan ala Barat Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Memang tak pernah lagi, mummy dapat jumpa makanan ini di tempat lain. 

Ianya telur separuh masak, yang dicampurkan dengan sos istimewa. Tapi, memang sedap !

Adoi... tetiba terliur ! 



Dhia dah jumpa Spaghetti Carbonara. Memang tak pandang lain dah tu. 

Mummy pulak, dok jeling menjeling si Lasagna Ayam. 

Kalau ke BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR). Jangan lupa, mencuba menu baru Peri-Peri Chicken Drumlets .



BGR juga ada hidangan warna warni yang menarik dan sedap ! Pelbagai jenis pencuci mulut yang dihidangkan di BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR).

Antaranya, seperti Spanish Churros bersama sos coklat pekat dan pelbagai versi kuih muih tradisional melayu,puding,agar-agar dan buah-buahan..


BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR) memang tak boring sangat berbuka disini. Sebab, sambil menjamu selera,,, kami dihiburkan dengan persembahan muzik secara LIVE dari 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. 

Best tau....Sambil berbuka, sambil dengar lagu raya hehehe feeling RAYA, sekejap !

BGR juga turut menyediakan kemudahan lain seperti surau lelaki dan wanita, tandas, ruangan untuk menghisap rokok dan juga menyediakan lebih dari 800 ruang parkir secara PERCUMA.

GIVEAWAY BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR)



Terliur tak? Rasa macam nak pergi makan BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR) tak? Dan..terasa macam nak berbuka puasa FREE, tak?

Haaaaaaaa....Kalau semua jawapannya YA. Dengan ini, mummy lancarkan GIVE AWAY BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR) SECARA PERCUMA.




Caranya mudah sahaja :- 



3. Tag 2 orang kawan di ruangan komen FB ini.

4. Share posting FB ini : ini ke FB masing-masing 

5. Komen 'SAYA NAK KUPON BERBUKA PUASA DI BGR x AZLINDAALIN' di http://www.azlindaalin.com/2017/04/buffet-ramadhan-pakej-puasa-2017-di-bangi-golf-resort-bgr.html


HARGA BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR) :

Harga buffet Ramadhan dan pakej berbuka puasa 2017 di BGR ini masih mampu milik tau. Tak mahal seperti tempat-tempat lain. Iaitu :

RM58 - dewasa 
RM28 - kanak-kanak. 

BUFFET RAMADHAN, PAKEJ BUKA PUASA 2017 DI BANGI GOLF RESORT (BGR) bermula dari 29 Mei 2017 - 23 Jun 2017

Bangi Golf Resort
No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650, Malaysia

Email : sales@bgrrest.com
Website: www.bgrrest.com
Facebook : Bangi Golf Resort

Tempahan atau pertanyaan : Nurul Adira Kamil - (60)11 1057 5088


KITSUI STEMCELL MIXBERRIES UNTUK KECANTIKAN LUARAN DAN DALAMAN MUMMY

KITSUI STEMCELL MIXBERRIES UNTUK KECANTIKAN LUARAN DAN DALAMAN MUMMY - Wanita dan kecantikan tak dapat di pisahkan begitulah juga dengan mummy. Walaupun sedang mengandung 8 bulan. Cantik tetap nak cantik. Cantik ni, bukan sahaja hanya pada luaran sahaja. Malah dalaman pun kena cantik. Jadi, kali ini..mummy mencuba minuman KITSUI STEMCELL MIXBERRIES yang dirumus khas dari buah-buahan berkualiti tinggi. InsyaAllah selamat !

KITSUI STEMCELL MIXBERRIES UNTUK KECANTIKAN LUARAN DAN DALAMAN MUMMY


KITSUI STEMCELL MIXBERRIES UNTUK KECANTIKAN LUARAN DAN DALAMAN MUMMY


Kitsui Stemcell MixBerries ini bukan sahaja untuk kecantikan luaran dan dalaman seorang wanita. Seperti yang kita tahu buah-buahan ini ada banyak kelebihannya. Begitu juga dengan KITSUI STEMCELL MIXBERRIES, ianya ada pelbagai khasiat lain untuk menjaga kulit, mengurangkan apa-apa yang tak patut pada kulit dan juga memperbaiki kulit mummy.

KITSUI STEMCELL MIXBERRIES UNTUK KECANTIKAN LUARAN DAN DALAMAN MUMMY


KELEBIHAN KITSUI STEMCELL MIXBERRIES


✔Anti Oxidant Semula jadi. 

✔ Mencegah pengaruh buruk sinar UV matahari pada kulit.

✔ Pemakaian jangka panjang (> 6 bln) menunjukkan kulit wajah terlihat lebih muda.

✔ Mengatasi pembentukan garis-garis halus wajah.

✔ Menghilangkan kerutan, kantung mata dan lingkaran hitam di bawah mata.

✔ Menjadikan kulit tidak kering, dan lembab.

✔ Mengatasi masalah kedutan halus

✔ Mengatasi masalah kulit kering


KITSUI STEMCELL MIXBERRIES UNTUK KECANTIKAN LUARAN DAN DALAMAN MUMMY

BAHAN-BAHAN AKTIF DALAM KITSUI STEMCELL MIXBERRIES


Bahan-bahan aktif atau ramuan yang ada dalam Kitsui Stemcell MixBerries ialah dari combinasi teknologi Jepun stem cells buah-buahan seperti acai berry ,blue berry, rasberry, elderberry, cranberry and collagen to menjadikan kulit sihat dan cantik dalam masa 14 hari.

CARA MINUM KITSUI STEMCELL MIXBERRIES

Cara minum KITSUI STEMCELL MIXBERRIES ini mudah je. 
1. Letakkan 150 ml air suam
2. Masukkan 1 sachet KITSUI STEMCELL MIXBERRIES
3. Kacau atau goncang hingga larut
4. Boleh terus minum.




Baunya agak wangi dan rasanya manis buah strawberry dan juga berries. Memang sedap !

PERCUMA 1 PRODUK KITSUI !
KITSUI STEMCELL MIXBERRIES UNTUK KECANTIKAN LUARAN DAN DALAMAN MUMMY

Ada yang nak dapatkan PRODUK KITSUI secara PERCUMA? Jom kumpulkan mana-mana 6 produk KITSUI dan tebus di www.kitsui.com.my . Mudah je, kan!

KITSUI STEMCELL MIXBERRIES UNTUK KECANTIKAN LUARAN DAN DALAMAN MUMMY


PRODUK KITSUI DI PASARAN.

Kitsui sebenarnya ada pelbagai jenis produk. Antara produk keluaran KITSUI ialah :-

- Kitsui Generation 2 Collagen
- Kitsui Puraria Buxz Up
- Kitsui Korean White
- Kitsui Stemcell Mixberries- Kitsui Whitening BB Drink
- Kitsui Pimple Away


KITSUI STEMCELL MIXBERRIES UNTUK KECANTIKAN LUARAN DAN DALAMAN MUMMY


Bagi yang berminat dengan KITSUI STEMCELL MIXBERRIES dan nak cantik lawa macam mummy (oh, so perasan !) Boleh beli terus di Guardian, Watson dan Lazada juga !

Harga: RM38.80 sekotak

Beli terus dengan HQ Kitsui secara online: FREE Postage

YouTube: #collagen