Tudung Jacqueline K Elysium Series Quick Dry dan Selesa

Tudung Jacqueline K Elysium Series Quick Dry dan Selesa | Bebaru ini, memang mummy ada terfikir nak beli tudung yang senang pakai, ringan dan quick dry. Almaklumlah kan..kandungan dah banyak bulan. Tak mampu nak bersiap lama. Cuaca sekarang pun boleh tahan bahangnya. Jadi selesa tu, adalah perkara penting untuk pemilihan tudung mummy.

Tup..tup mummy terjumpa dengan Tudung Jacqueline K Elysium Series Quick Dry dan Selesa . Betul tak tipu, memang selesa sangat. Tudung Jacqueline K Elysium Series Quick Dry dan Selesa kainnya dari material Microfiber and stretchable spandex !

Tudung Jacqueline K Elysium Series Quick Dry dan Selesa 


Tudung Jacqueline K Elysium Series Quick Dry dan Selesa

Comel tak mummy pakai Tudung Jacqueline K Elysium Series Quick Dry ? Nampak macam selesa je mummy pakai tudung ni,kan? Bukan sahaja selesa, malah senang nak bentuk tudung ni. Sebab tak ada awning keras di atas kepala. Jadi, kalau termasuk dalam washing machine tu...rasanya, tak rosaklah awning tu kan.

Buat masa ni tengah ada kerajinan, tak adalah cuci guna washer machine. Mummy masih hand wash lagi tudung Jacqueline K Elysium Series .


Nak bawa ke hospital masa bersalin nanti pun mudah dengan adanya tudung  Jacqueline K Elysium Series ni. Sebab tak susah nak jaga dan ianya juga tak mudah ronyok. 


Tudung Jacqueline K Elysium Series Quick Dry dan Selesa

Kemain packaging  ni. Macam hadiah dia beri kat kita hehe. Memula sampai tu terkejut juga! Kalau dah siap balut cenggini. Nak buat sebagai hadiah pun sesuai. Dah tak perlu susah susah nak balut lagi, 


Kenapa Perlu Ada Tudung Elysium ni ?

Tudung Elysium ini di keluarkan oleh PTT Outdoor, syarikat yang tak asing lagi dalam pengeluar barangan sukan outdoor. Maka, memang mummy bertambah yakinlah dengan tudung Elysium ini.

Selain itu, tudung Elysium ini best sebab :-

👉 Cooling fabric : tak rasa panas 
👉 COM-FIT : tak mudah bergerak, tak perlu risau dia terselak lagi !
👉 Quick Dry Material : Sesuai untuk cuaca sekarang panas litlit atau nak bawa bersukan.
👉 Ada banyak warna lain yang menarik : Violet / Dark Blue / Active Green



Tudung Jacqueline K Elysium Series Quick Dry dan Selesa


Harga Tudung Jacqueline K Elysium Series Quick Dry

Bagi mummy harga Tudung Jacqueline K Elysium Series ini mampu milik. Harga asal RM69 /helai. Tapi, sekarang ada harga promo tau !


📣 Harga Promo: RM55 SAHAJA!

📣 Harga Promo: RM55 SAHAJA!

📣 Harga Promo: RM55 SAHAJA!


Postage pula macamana?

✉ PERCUMA UNTUK SELURUH MALAYSIA!

✉ PERCUMA UNTUK SELURUH MALAYSIA!

Cara Nak Beli Tudung Jacqueline K Elysium Series Quick Dry

Kalau berminat dengan tudung ini, korang boleh terus ikut langkah ini :-

Whatsapp di 0164221018 (lagi senang, klik link ni untuk directly whatsapp : http://pttoutdoor.wasap.my )


Atau boleh beli direct di website :

👍 Dark Blue: https://goo.gl/WjcdIY

👍 Purple: https://goo.gl/MKdqKG

👍 Active Green: https://goo.gl/p6xgNT

Selanjut tentang apa-apa pertanyaan, boleh terus hubung PTT Outdoor di :

219, Jalan Pasir Puteh
31650 Ipoh, Perak
016-422 1018






ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA

ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA | Pejam celik..pejam celik. Anak-anak dah membesar pun ! Dhia Batrisya dah berumur 4 tahun, manakala Dzal Aidi Fiqry dah berumur 3 tahun. Masing-masing bakal jadi abang dan kakak tak lama lagi. Mereka berdua bukan umur je bertambah. Malah, akal fikiran pun bertambah. Macam-macam soalan di ajukan. Beberapa hari lepas Dhia Batrisya ada menonton YouTube dan bertanyakan soalan ini kepada mummy, "mummy minum susu materna, tak?". Dalam hati mummy, aik, tahu pulak Dhia tentang susu materna (yang bermaksud Anmum Materna). "Mana Dhia tahu susu tu?", mummy bertanyakan soalan kembali. Dhia menjawab,"ni dalam YouTube kata susu ni bagus utk pregnant, mummy minum tau !"



ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA


Terkedu mummy seketika dengan anak yang berumur 4 tahun ini !

Mummy mungkin dapat melihat anak-anak semakin membesar dan kuat secara fizikal. Namun  otak mereka juga sebenarnya sedang berkembang dengan baik.


Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otak juga agak sukar untuk diperhatikan.



ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA


ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA



ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA


Menurut Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum Malaysia, ibu bapa semestinya inginkan yang terbaik buat anak mereka. Oleh itu, ia amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak-kanak. Justeru itu, Anmum Essential telah memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong perkembangan si manja.


Mummy pun baru tahu yang sel otak mula terbentuk pada sekitar hari ke-28 kehamilan. Setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel otak yang sedang berfungsi. Selain daripada jumlah sel otak, jumlah perhubungan antara sel otak tersebut juga amat penting.

Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan sel otak ini berkembang dengan pesat dan setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubungan sel dengan sel otak yang lain setelah si manja anda dilahirkan. Apabila mencapati usia dua atau tiga tahun, hubungan sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak enam kali.

Menurut Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Nutrisi Fonterra Brands Malaysia, perhubungan antara sel otak itu juga dikenali sebagai synapse. Pengalaman awal dan persekitaran luar adalah di antara faktor yang meransang pembentukan hubungan sel otak. semakin banyak rangsangan dari persekitaran luaran, semakin banyak yang terbentuk. Tambahnya lagi, perhubungan antara sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Gangliosida amat penting dalam tumbesaran otak.

Pentingnya DHA dan Gangliosida (GA) untuk otak



DHA dan Gangliosida (GA) terdapat di dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel otak dan Gangliosida menyokong pembentukan hubungan sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.

Kajian menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak di Malaysia mengambil GA 40% lebih rendah daripada purata pengambilan GA dalam sehari. Selain dari makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur . pengambilan GA juga boleh ditingkatkan dengan susu dan produk tenusu. Anmum Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan. Selain itu, Anmum Essential juga mengandungi prebiotik FOS dan Inulin. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Anmum Essential juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ketahui lebih lanjut cara untuk menyokong tumbesaran otak si manja anda dnegan Grow Amazing dan pelajari Fakta Menarik tentang otak kanak-kanak di laman web rasmi Anmum.





SILHOUETTE CAMEO ALAT PEMOTONG PERCETAKAN DARI LIBERTY PRINTING

SILHOUETTE CAMEO ALAT PEMOTONG PERCETAKAN DARI LIBERTY PRINTING | Biasa dengar tak dengan company Liberty Printing? Liberty printing mempunyai bermacam-macam produk dari segi mencetak, menjual alat cetakan dan juga menjual alatan pemotong bahan cetakan SILHOUETTE CAMEO ALAT PEMOTONG PERCETAKAN DARI LIBERTY PRINTING. Kalau sebelum-sebelum ini, ada yang terbaca entri mummy tentang button badge, fridge magnet, mug hari ibu dan lain-lain. Haaa...semua tu dari syarikat Liberty Printing lah. Kali ini, mummy nak cerita tentang SILHOUETTE CAMEO ALAT PEMOTONG PERCETAKAN DARI LIBERTY PRINTING. 


SILHOUETTE CAMEO ALAT PEMOTONG PERCETAKAN DARI LIBERTY PRINTING. 


Ada bermacam-macam aksesori dalam dunia percetakan sekarang. Tak macam zaman dulu, kebanyakannya semua menggunakan sistem manual. Zaman sekarang semua dah canggih dan mudah. Yang terbaru di pasaran dunia percetakan ialah alatan pemotong Cameo 3. Alatan memotong dari Cameo 3 sesuai untuk sesiapa yang membuat atau nak buat perkhidmatan percetakan.

SILHOUETTE CAMEO ALAT PEMOTONG PERCETAKAN DARI LIBERTY PRINTING


Apakah Itu Silhouette Cameo Version 3?


Silhouette Cameo version 3 adalah sebuah mesin pemotong elektronik yang terus ke komputer. Saiznya pula lebih kurang sama dengan saiz printer yang dilengkapi dengan perisian yang membolehkan membuat apa-apa sahaja dan kemudian memotongnya dengan kertas, kain, vinyl atau bahan pemindahan haba.
SILHOUETTE CAMEO ALAT PEMOTONG PERCETAKAN DARI LIBERTY PRINTING



BAGAIMANA SILHOUETTE CAMEO ALAT PEMOTONG PERCETAKAN DARI LIBERTY PRINTING INI BEKERJA?


Untuk melihat Cameo 3 bekerja, boleh lihat di video ini. Mudah je nak gunakan Cameo 3 ini. 

SILHOUETTE CAMEO ALAT PEMOTONG PERCETAKAN DARI LIBERTY PRINTING

Ini adalah hasil dari mesin alat pemotong percetakan Cameo 3 oleh Liberty Printing. Banyakkan Cameo 3 ini boleh buat. Contohnya mainan dari kertas, buku skrap, sampul duit raya, dekorasi dinding dan macam-macam lagi.


SILHOUETTE CAMEO ALAT PEMOTONG PERCETAKAN DARI LIBERTY PRINTING



Kenapa anda perlu membeli Silhouette CAMEO® 3 dari Liberty Printing? 


  • mempunyai jurulatih profesional yang mempunyai pengalaman khusus dalam percetakan lebih daripada 5 tahun yang sedia membantu anda. 
  • Dapat mengikuti bengkel dalam talian secara PERCUMA di Facebook Secret Group -Silhouette Workshop untuk membantu anda meningkatkan kemahiran dan sokongan teknikal pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
  • Proses tempahan lebih mudah hanya dengan Online Order Form dan Order History Tracking.
  • Cash and Carry dan tiada minimum kuantiti order
  • Perkhidmatan penghantaran seluruh dunia
  • Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan

SILHOUETTE CAMEO ALAT PEMOTONG PERCETAKAN DARI LIBERTY PRINTING

Customer Cameo juga mempunyai group khas untuk belajar dan bertanya dalam Silhouette Workshop. 

Berminat untuk mendapatkan Silhouette Cameo version 3 ini? 




Hubungi : 
Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
Add: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, Selangor.

Contact number: 019-984 8151 (Amin) / 019-985 8151 (Elaine)
Email: cs@libertyprinting.com.my / order@libertyprinting.com.my

Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)



5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI

Diam tak diam dah 12 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Mummy yakin, ramai yang dah siap untuk persiapan baju raya untuk diri sendiri mahupun untuk anak-anak. Mummy pun macam tu juga, persiapan anak-anak dah 90% siap ! Kini, rasanya,,, mummy dah boleh kemas-kemas dan buat persiapan untuk Raya Aidilfitri untuk dekorasi rumah pulak, ni. Korang dah siapkan persiapan dekorasi rumah untuk Raya Aidilfitri? 

Antara dekorasi persiapan rumah untuk Raya Aidilfitri. Kebiasaannya 5 dekorasi wajib ni harus ada. Ye lah kan, setahun sekali je kita menyambutnya. Haruslah kena deko rumah.

Bagi yang tak ada idea untuk dekorasi persiapan rumah untuk Raya Aidilfitri. Jom tengok 5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI 

5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI 




5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI

1. Lampu Raya.

Lampu raya antara lampu yang wajib bagi setiap rumah. Mummy suka ronda-ronda malam raya. Sebab seronok tengok lampu di setiap rumah. Kebanyakan rumah akan memasang lampu raya. Lampu raya ni, dapat  memeriahkan suasana raya. 

Lampu raya di Lazada berbentuk ketupat jenama MIKOMI 6pcs berharga RM48. Nampak sesuai dengan rumah mummy yang tak berapa besar.


5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI

2. Balang kuih raya.

Balang kuih raya pun antara dekorasi wajib. Kalau tak ada balang raya, macamana nak letkakkan kuih raya. Betul tak?

Mummy suka balang raya ala-ala kristal macam ni. Lawa pun lawa.

4 biji hanya berharga RM32.90 je di Lazada

5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI

3. Langsir

Setiap rumah mesti mempunyai langsir,kan? Langsir juga merupakan hiasan deko wajib. Ada yang tukar langsir setiap tahun, ada juga yang tukar sekali sekala.

Mummy lama juga tak tukar langsir rumah. Teringin jug nak berlangsir baru.


5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI

4. Alas meja dan alas kerusi

Nak tukar meja makan tetiap tahun rasa macam melampau la kan. Nak nampak lain dari yang lain. Boleh gunakan alas meja dan alas kerusi baru. 

Pastinya tampak sedikit pembaharuan dan kelainan meja makan di hari lebaran nanti.



5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI

5. Sofa

Oleh kerana sofa di rumah tu macam nak nazak, Mummy masukkan sofa half leather ni sekali dalam tips dekorasi persiapan rumah untuk Raya Aidilfitri.

Tukar-tukar perabot di hari lebaran juga dapat menaikkan semangat hari raya.

Juga keselesaan pada tetamu yang datang beraya

Cukup 5 TIPS DEKORASI PERSIAPAN RUMAH UNTUK RAYA AIDILFITRI  dari mummy. Mana yang kekeringan idea untuk deko rumah tu. Jangan risau, Lazada ada menyediakan semua keperluan rumah. Mudah dengan adanya Lazada !


Pelbagai barangan keperluan rumah pada diskaun sehingga 90%





Sempena Marhaban Ya Ramadhan by Lazada ini, ada bermacam-macam jualan murah dari pelbagai jenama di Lazada sehingga diskaun 90%! 


Tempoh promosi ini bermula dari 19 Mei sehingga 15 Jun. Riang Ria Raya Sale pula berakhir pada 30 Jun. Cepat-cepat ke Lazada tau !


Ramadhan Raya Blogger Contest



Selain itu, ada berita baik juga untuk yang bergelar blogger. Lazada juga menyiadakan contest khas buat blogger. Untuk RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST boleh baca di : https://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Sun Kissed in Vietnam – A Guide to the Top 10 Beaches in Vietnam

Sun Kissed in Vietnam – A Guide to the Top 10 Beaches in Vietnam 

The beauty and tranquility of Vietnam’s pristine beaches is certainly one of Asia’s best kept secrets. With over 3000 kilometers of breathtaking coastline, jewel-blue seas and white sand stretches lined with beachfront resorts, Vietnam is truly a haven begging to be explored. 


From soft sand and crystal blue waters to secluded coves and islets fit for snorkeling, island hopping and scuba diving, here, we navigate through 10 must-see idyllic beaches in Vietnam: 

1. Long Beach, Phu Quoc 

Long Beach or more commonly known to locals as Bai Dai is widely considered as one of the premier beaches located on the North West coast of Phu Quoc, the largest island in Vietnam. Stretching over 20km, Long Beach is indeed the epicentre of all tourist activities as this is where you will find swanky beachfront resorts, restaurants, cafes, amusement parks, golf course and other businesses that cater to the various needs of vacationers. 

Although easily navigated on foot, adventure seekers have the option of renting a motorbike or bicycle to explore some of the traditional fishing villages and pearl farms located on the southern end of the beach.

Sun Kissed in Vietnam – A Guide to the Top 10 Beaches in Vietnam



2. Ganh Dau Beach, Phu Quoc 

Along the remote north-western tip of the island lies the Ganh Dau Cape which consists of many small beaches. Fringed by palm trees and shielded by two mountains – Mt Bai Dai and Mt Ham Rong, Ganh Dau beach is truly a hidden gem as it is one of the less populated beaches in Vietnam largely due to its remote location. You may even catch a glimpse of the Ta Lon mountain of Cambodia from the shores of Ganh Dau beach. 


Sun Kissed in Vietnam – A Guide to the Top 10 Beaches in Vietnam
Ganh Dau Beach, Phu Quoc Island (image source: http://vietnamcoracle.com/wp-content/uploads/2014/07/IMG_7354copy-final1.jpg


3. Sao Beach, Phu Quoc (or Star Beach)


With swaying palms, soft powdery white sand and cerulean seas, Sao Beach is arguably the best beach in Vietnam and the pride of Phu Quoc Island. The calm, shallow waters of this picturesque beach situated on the island’s eastern shore make it a perfect getaway for young and old alike.

Sun Kissed in Vietnam – A Guide to the Top 10 Beaches in Vietnam


4. My Khe Beach, Da Nang (or China Beach) 

Once listed in Forbes as one of the ‘World’s Most Luxurious Beaches’, My Khe Beach is situated 5km from Da Nang city centre and is a crowd favourite amongst locals and tourists alike. This is largely due to the lack of large waves, warm water all year round and broad shore stretch which make it an ideal refuge for young and old to bask in the afternoon sun and frolic in the clear waters. There are also plenty of restaurants available to satiate ones appetite here.


Interestingly, the beach was named by the American troops while visiting for some R&R during the Vietnam War.

Sun Kissed in Vietnam – A Guide to the Top 10 Beaches in Vietnam
My Khe Beach, Danang (Image source: http://www.vietnam-guide.com/da-nang/china-beach.htm

5. Non Nuoc Beach, Da Nang 

Offering breath-taking views of the Son Tra Peninsula and Marble Mountains, Non Nuoc Beach flaunts soft white sands, a gentle slope, unpolluted waters and mild waves all year long. Visitors can do plenty of sightseeing and leisure activities here including surfing up the waves and stand-up paddling where lessons are readily available for inexperienced visitors. 

The beach is also a ten-minute walk from the iconic Marble Mountains, which houses 17th-century Buddhist sanctuaries, pagoda temples and even a special circular cave which features a chimney leading to the summit where visitors will be treated to spectacular panoramic views.

Sun Kissed in Vietnam – A Guide to the Top 10 Beaches in Vietnam
Non Nuoc Beach, Da Nang (Image source: cacbaibiendep.com

6. Tran Phu, Nha Trang 

An easy walk to and from anywhere in Nha Trang City, Tran Phu beach is the centre of all action as it also plays host to the iconic Tran Phu Street – a beautiful seaside promenade with a mixture of luxury to mid-range beachfront resorts, hostels, souvenir shops, museums and seafood restaurants. 

Tran Phu Beach also has a bustling nightlife with bars, lounges and restaurants running parallel to the beach offering patrons a unique beach experience after sunset.

Sun Kissed in Vietnam – A Guide to the Top 10 Beaches in Vietnam

7. Dai Lanh Beach, Nha Trang 

The crescent-shaped Dai Lanh Beach exudes a more local flavour as it is occupied by a fishing village on one end and to the other, an attractive beach shaded by casuarina trees with stunning views of a mountainous coastline. 

This beach however is seldom visited due to its close proximity to the busy highway. Nevertheless the views are indeed a sweet treat to the eyes.


Sun Kissed in Vietnam – A Guide to the Top 10 Beaches in Vietnam


8. Doc Let Beach, Nha Trang

A quiet eden fringed by palm trees, fine white sand, sparking azure waters and a sleepy disposition pretty much sums up the charm of Doc Let Beach. Despite its resounding beauty, the beach is relatively less occupied as compared to the other beaches in the area, making it an ideal place for those seeking a peaceful getaway.

Sun Kissed in Vietnam – A Guide to the Top 10 Beaches in Vietnam


9. An Bang Beach, Hoi An 

An Bang Beach is one of the few stretches of beach in Hoi An that is relatively unspoiled by development and natural erosion, making it a popular option for locals and tourists to soak up the sun and enjoy an array of seaside activities. 

Among the popular activities at An Bang Beach include swimming, paddle-boarding, and surfing. Those looking to learn how to surf will find it handy to know that there are plenty of board rentals, surf and stand-up paddling classes offered by An Bang Beach’s expat surfing community. 


Sun Kissed in Vietnam – A Guide to the Top 10 Beaches in Vietnam




10. Lang Co Bay, Hue

Situated between Da Nang and Hue, Lang Co Bay is recognized as one of the most beautiful bays in the world as voted by Worldbays. This is likely a result of the picturesque backdrop of imposing green mountains and turquoise waters. 


Seafood lovers are certainly in for a treat here as Lang Co is rich in marine life. From lobsters to tiger prawns, white shrimps, sea crabs, mackerels as well as blue crabs, Lang Co promises a delicious spread of seafood delicacies. 

Sun Kissed in Vietnam – A Guide to the Top 10 Beaches in Vietnam


To experience Vietnam and all that it has to offer, you can now fly daily with Vietjet. What’s more, Vietjet is currently offering irresistible deals across its whole network as part of its ongoing ‘Free Summer, Fly for Free’ campaign. 

From 6 – 8 June 2017, tickets from as low as USD0 will be made available to customers during the golden period of 1.00pm – 3.00pm daily for travels within 1 August to 31 December 2017 (excluding public holidays). 

To be part of Vietjet’s fun and innovative travel experience simply visit www.vietjetair.com or www.facebook.com/vietjetvietnam and make your booking today!
  




Happy Our 5th Wedding Anniversary

Happy Our 5th Wedding Anniversary | Belum terlewat rasanya, untuk up entri Ulangtahun Perkahwinan ke 5 Tahun Kami. Sungguh laju perjalanan masa. Pejam celik pejam cilik 5 tahun dah. Syukur di panjangkan usia dan di panjangkan usia perkahwinan kami suami isteri. Alhamdulillah dah ada sepasang anak yang sentiasa menyerikan perjalanan hidup kami. Soo, masuk 3 anak dah. Bila 5 tahun usia perkahwinan semua orang ingatkan kami muda remaja kan. Hehehe 

Happy Our 5th Wedding Anniversary


Happy Our 5th Wedding Anniversary

Padahal kami kawen pada usia yang tua dalam umur 30 tahun gitu. Tak pe lah, usia bukan halangan pun. Jodoh, ajal dan maut semua di tangan Allah swt kan..

Masih terkenang perjalanan di awal perkenalan. Alhamdulillah kami tak mengambil masa yang lama dalam mengenal hati budi masing-masing. Mungkin sebab dah berusia dan memang di takdirkan jodoh kami.

2010 - kenal
2011 - bertunang
2012 - berkahwin
2013 - di kurniakan puteri pertama Dhia Batrisya
2014 - di kurniakan putera Dzal Aidi Fiqry
2017 - Insyaallah akan terima orang baru dalam keluarga kami

Moga urusan kami sentiasa di permudahkan di dunia dan di akhirat !

TAUHU SUMBAT RESEPI MASAK SENDIRI MEMBUKA SELERA

TAUHU SUMBAT RESEPI MASAK SENDIRI MEMBUKA SELERA | Lama tak update resepi masakan atau menu masakan. Lain macam letih Ramadan kali ini, mungkin kandungan dah membesar bagai juara. Badan pun dah berat. Dan menu buka puasa bebaru ini merupakan peberet mummy iaitu TAUHU SUMBAT. Sebanarnya TAUHU SUMBAT ini bukan je mummy suka, malah abah, along, daddy pun suka.

Dah lama juga craving TAUHU SUMBAT. Alhamdulillah, dapat juga makan.....Nak kata sedap atau tidak. Haruslah cakap sedap,kan. Berbanding beli kat luar, mummy tak jumpa lagi TAUHU SUMBAT macam ni. Mumm tak suka TAUHU SUMBAT cicah dengan kuah kacang.

Dan, ada yang jual TAUHU SUMBAT sayurnya tu ta fresh. Uhuuuii, bab tu boleh potong selera kot ! Tak mo, ngomel panjang resepi orang lain? Mummy kena buat sendiri lah gamaknya. 

TAUHU SUMBAT RESEPI MASAK SENDIRI MEMBUKA SELERA



RESEPI TAUHU SUMBAT


1 Biji tauhu di potong dua dan di gorengkan. Resepi ini mummy gunakan 6 keping tauhu
2 genggam taugeh (celur air panas) - buat lebih untuk ratah gitu :)
1 batang Timun 

Sos Tauhu Sumbat :
Bahagian tumbuk / kisar
5 batang Cili hidup
Sedikit air
1 biji Bawang merah kecil
1 bahagian kecil Bawang Putih

Sedikit cuka (jika suka)
1/2 sudu Garam 
1 susu Gula

CARA BUAT TAUHU SUMBAT

1. Gorengkan tauhu yang di belah dua tadi. Kemudian ke tepikan
2. Kisar bahan di atas selain cuka, garam, gula, timun, taugeh dan tauhu. Selesai kisar, panaskan atas dapur dan campurkan dengan gula, garam. Nampak sebati je, terus angkat !
3. Sumbatkan tauhu tadi dengan taugeh + hirisan timun.
4. Jiruskan sos atas tauhu.

Siap...

Mudahkan? Selamat mencuba........

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Mentang-mentanglah mummy ada akaun dengan SGshop, teruja terus untuk join SGshop “Jom Shopping!” Contest. Sebenarnya, mummy sangat tertarik dengan hadiah SGshop “Jom Shopping!” Contest. Kebetulan, tak lama lagi nak dapat orang baru. Macam banyak pulak wishlists untuk newborn baby tu nanti. Jadi, tanpa melengahkan masa...zasss lelaju mummy join SGshop “Jom Shopping!” Contest .

SGshop “Jom Shopping!” Contest


SGshop “Jom Shopping!” Contest

SGshop “Jom Shopping!” Contest ini anjuran blogger Ayue Idris. Bolek klik banner di atas untuk sertai.

Hadiah Yang di Tawarkan SGshop “Jom Shopping!” Contest 


Antara hadia-hadiah yang di tawarkan untuk SGshop “Jom Shopping!” Contest :-

Peserta lebih daripada 20:
5 X RM 300 SGshop shopping credit

Peserta lebih daripada 40:
10 X RM 500 SGshop shopping credit

RM500 SGshop Shopping credit tu menarik sangat. Hehehe. 

Cara penyertaan SGshop “Jom Shopping!” Contest 

1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest
2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda
3) Jawap 2 soalan berikut:


1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.
4) Komen di blogpost INI link entry anda
5) Share entry anda di Facebook wall anda dengan hashtag #AyueIdrisXSGshopMalaysia



JAWAPAN MUMMY UNTUK SOALAN SGshop “Jom Shopping!” Contest 

1. Apakah servis yang SGshop tawarkan?

SGshop menawarkan servis pembelian online (shopping online) dari laman web e-dagang Cina yang bekerjasama dengan logistik yang terbaik dan syarikat ekspres untuk pelanggannya.

SGshop menawarkan keselamatan dan keadaan siap pesanan. Dimana mereka juga bekerjasama dengan banyak bank-bank untuk memastikan proses pembayaran adalah seperti selamat dan cekap. 

Pelbagai barangan keperluan harian daripada barangan keperluan diri, keluarga, keperluan dalam rumah dan banyak lagi yang boleh di dapati di SGShop.

SGshop ni juga, menawarkan perkhidmatan customer service yang cekap serta after sales juga !

Perkhidmatan lain yang menarik di SGshop ialah sistem point. Di mana point terkumpul itu, boleh di tebus dengan baucer.


2. Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

Part ni agak sukar sedikit, sebab banyak wishlist mummy nak beli dalam SGshop ni. Tapi, boleh pilih 3. Okay mummy pilih 3 item pilihan yang terbaik ye.


Pilihan 1:

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Kenapa mummy memilih katil baby a.k.a Baby Coat ? Sebab mummy nak letakkan di rumah Tok Mak. Almaklumlah dah 3 anak, manalah muat nak tidur sekatil,kan? Jadi mummy perlukan katil tambahan untuk baby.

Kakak Dhia dan abang Dzal pun tidur dah lasak sedikit. Tidur sekatil, boleh kena tindan si baby tu nanti ! Harga katil baby di SGshop ialah berharga RM138.10. 

Pilihan 2: 

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Frozen Dress ni pula, mummy masukkan dalam wishlists sebab dah lama DHia minta. Dhia memang fanatik dengan Frozen, tak pernah bosan dengan barangan Frozen.

Mummy berharap, ada rezeki Dhia untuk memiliki Frozen Dress ini

Pilihan 3 :

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Set Baju Kanak-kanak Lelaki ini pula tentunya wishlist mummy untuk Dzal Aidi Fiqry. Baju ni nampak smart dan seluar berpoket.

Dzal memang suka dengan seluar berpoket gini. Hehehe baru 4 tahun dah pandai melaram,kan !

Harga pun tak mahal mana, RM32.64 untuk 1 set ni.

Alhamdulillah selesai 3 item pilihan mummy di SGshop. Ngam-ngam untuk 3 orang anak ! 


1st Day Buka Puasa 2017 Dengan Ipar Duai

Dah 6 Ramadan.. baru nak cerita pasal aktiviti 1 Ramadan. Huhu buat-buat busy je sepanjang Ramadan ni. Okaylah berbalik pada cerita 1 Ramadan. Kisah mummy, sama je dengan orang lain. 1 Ramadan...semestinya hari yang indah dan penuh bermakna. Tahun ini, 1 Ramadan..kami berbuka dengan ipar duai (keluarga husband). Yang dapat meraikan bersama-sama, hanya 4 keluarga dari 7 keluarga. Keluarga sebelah suami memang keluarga besar. 7 adik beradik ! 

1st Day Buka Puasa 2017 Dengan Ipar Duai

Walaupun mereka kehilangan emak kandung di dunia ini (Al-Fatihah untuk Nurimah Md Ali). Tapi, silaturrahim adik-adik beradik mereka sangat utuh ! Tu membuatkan mummy suka dengan keluarga daddy. 


1st Day Buka Puasa 2017 Dengan Ipar Duai

Juadah pun sedap-sedap masa 1 Ramadan yang lalu. Ada 2 keluarga datang bawa lauk. Alhamdulillah, mummy sempat masak sotong goreng serai bercili. 

Gambar tak de pulak amek. Hehehe, duduk berbuka rumah orang. Mummy tetiba jadi pemalu. Handphone pun tak buka sangat. Sebab... nak menghormati masa bersama keluarga. Bukan selalu dapat berbuka dan lepak-lepak macam ni.

Gambar ini pula, ehsan dari tuan rumah (isteri kepada adik daddy). Tuan rumah pun.. macam-macam makanan di hidangkannya. Daging salai lemak cili api, sayur campur goreng, ayam goreng, air soda bandung, air oren, milo untuk kanak-kanak dan jajan untuk anak-anak.

Minggu ni, macam adik daddy dari Taiping nak datang berbuka puasa di Kajang. Insyaallah.. kalau tak ada apa aral yang melintang. Kami join lagi. Kali ini, mungkin ramai yang akan join kot. Sebab dah seminggu awal di beritahu.

Tinggal kami je tak tahu status. 

Daddy pun, baru masuk kerja baru. Tak tahu kerjanya banyak atau sedikit. 

Okay lah, korang mana yang ada ceritera 1 Ramadan...tinggalkan link kat komen ye. Nak baca dan terjah juga !