DHIA IKUT LAWATAN SEKOLAH TABIKA KEMAS KE PUSAT SAINS, ZOO NEGARA DAN KILANG KEK LAPIS

DHIA IKUT LAWATAN SEKOLAH TABIKA KEMAS KE PUSAT SAINS, ZOO NEGARA DAN KILANG KEK LAPIS - Minggu lepas, Dhia ikuti lawatan sekolah TABIKA KEMAS buat kali kedua. Lawatan pertama beberapa bulan lepas ke kilang roti Gardenia. 

DHIA IKUT LAWATAN SEKOLAH TABIKA KEMAS KE PUSAT SAINS, ZOO NEGARA DAN KILANG KEK LAPIS 



Pepagi lagi Dhia dah menunggu di bus stop lebih kurang jam 7.15 pagi macam tu. Seronok dan happy sangat sampaikan Dhia langsung tak nangis dan tak liat bangun pagi. 

Kalu idak, pagi je moody haha. 



Dalam bas, duduk bertiga untuk 2 seat, tak apalah budak-budak je kan. Tak jadi masalah kongsi tempat duduk macam ni pun.


Sebak pulak mummy tengok DHIA IKUT LAWATAN SEKOLAH TABIKA KEMAS KE PUSAT SAINS, ZOO NEGARA DAN KILANG KEK LAPIS . Ikutkan hati nak follow juga...tapi apakan daya haha cikgu tak bagi ikut.

Pertama kali Dhia jenjalan lama tanpa mummy (dekat seharian jugak), pergi pulak banyak tempat tu ha.

DHIA KE PUSAT SAINS NEGARA



Gambar dari cikgu Dhia, dah sampai ke Pusat Sains lebih kurang 9 pagi


Dhia tengok apa tu, haha walau mummy dah pernah ke Pusat Sains. Still tak boleh nak ingat apa yang ada dalam tu. Nak kena repeat ke Pusat Sains gamaknya hehe



Apa ntah yang Dhia menungkan. Tengok dari gambar cikgu bagi, rasa lega. Dhia nampaknya pandai bawa diri sepanjang berada di Pusat Sains Negara.

DHIA IKUT LAWATAN SEKOLAH TABIKA KEMAS KE KILANG KEK LAPIS 





Terliur tengok kek lapis. Mummy memang peminat kek lapis.







Mereka saksikan macamana kek lapis di buat sehingga siap.

Kebetulan mummy bekalkan Dhia duit, tak sangka Dhia beli Kek Lapis ni.

Dhia pilih perisa cheese. Pandai pulak Dhia shopping haha.

Terharu pulak mummy. Ye lah, kan...mana pernah lah mummy Dhia lepaskn Dhia macam ni.



DHIA IKUT LAWATAN SEKOLAH TABIKA KEMAS KE KILANG KEK LAPIS 


Seterusnya, Dhia berhenti rehat di Masjid dan lunch

DHIA IKUT LAWATAN SEKOLAH TABIKA KEMAS KE ZOO NEGARA


Seterusnya destinasi terakhir ialah Zoo Negara. Hujan basah, nasib ada bekalkan baju hujan untuk Dhia.


















Baik hati cikgu Dhia...snap kan gambar Dhia. Boleh la mummy tepek kat blog mummy buat kenang-kenangan.

Dhia abes lawatan dalam 6 petang. Sampai rumah dalam jam 8 malam lebih.

Penat sangat, kaki pun putih dan kecut. Sebab kasut basah huhu

Tak pe lah nak, ada ada orang lebih susah lagi. Sesekali rasa susah sket lah ye !

Stationery Sendiri

Stationery Sendiri - Hari ini saje je lah nak tunjuk stationery yang mummy yang sentiasa di bawa ke mana sahaja during office hour especially. Oh ya, Stationery dan Stationary adalah 2 benda berbeza ye. Stationery  ialah writing and other office materialsStationary not moving or not intended to be moved / not changing in quantity or condition. Zaman Google, senang dah Google aje terlebih dahulu sebelum menaip. Kekadang tu typo gak lah, kalau typo mau korang gelak guling-guling kan?

Stationery Sendiri




semua sendiri punya kecuali hand phone, company yang punya hehe

Bercakap tentang Stationery Sendiri, mummy baru je beli kat Kedai ECO RM2. Nama je kedai RM2, beli itu ini, sana sini. RM50 jugak habisnya. Tapi, senang  tau kalau ada Stationery Sendiri. Sebab kerja mummy hat sekarang ni, banyak ke sana sini. Jumpa orang di sana sini, jumpa bos besar di sana sini juga. 

Banyak nau sana sini mummy...so, sebab itulah mummy beli sesiap Stationery Sendiri. Letak dalam bekas berzip tu ha yang berwarna hijau. Semua boleh kasik masuk dan bawa ke mana sahaja. Situasi cara bekerja dan tempat bekerja di satu-satu tempat tu, memang tak sama. Kalau sebelum ni, mummy banyak kerja di dalam ofis sahaja. So, mummy tak bawa Stationery Sendiri (yang ada hat lama tu, letak rumah Kajang. Rumah pun kena ada Stationery Sendiri). Ofis lama, pakai yang company provided je.

Bila masuk environment baru ini, mummy malas nak amek Stationery Sendiri yang kat rumah Kajang. So, beli aje lah di Kedai RM2 tak jauh dari rumah. Boleh dapat banyak barang juga, share dengan anak sekali. 

Pensil, pemadam, ubat stapler tu, semua mummy beli satu pek. Ada banyak kuantiti dalam tu. 

Plan, next year bebudak sekolah nak beli Stationery depa kat kedai RM2 jugaklah. Sebab asyik dok hilang aje barang depa. Bila tanya Dhia, mana pensil Steadler yang mummy beli? Dhia akan jawab,'bagi kawan, kawan tak ada pensil'. Baik sungguh hati mu, wahai anak. Tak jadi marah lah mummy. 

Next year, Dhia dan Dzal dua-dua tu akan bersekolah, tak tahu apa akan jadi pada Stationery depa tu nanti.

Mummy plan hat mahal-mahal mummy simpankan kat rumah je. Khas untuk pertandingan atau exam (kalau ada). Hat kedai RM2 je boleh bawa pi sekolah hehehe. Kalau hilang, tak adalah nak urut dada dah hehe. Pejam mata aje !

SHOPPING BARANGAN IKS DI AGROBAZAAR KLIA2

SHOPPING BARANGAN IKS DI AGROBAZAAR KLIA2 - Assalamualaikum dan Selamat Pagi ! Hobi mummy memang suka sangat window shopping. Tak dapat window shopping di kedai offline, online pun jadik lah haha. Pepagi macam ni, kalau tak nak lemaukan mood dan diri sendiri...mummy biasanya window shopping secara online je. Cerita tentang online shopping ni. Korang pernah ada pengalaman Shopping di Agrobazaar KLIA2? Macam jauh je nak pi KLIA2, kan? Siapa yang berada berdekatan di KLIA2 tu, boleh la pi kot. Bagi yang jauh macam mummy ni, online pun boleh. Install sahaja aplikasi di Google Playstore !

SHOPPING BARANGAN IKS DI AGROBAZAAR KLIA2

Mesti ada yang tertanya-tanya apa tu AGROBAZAAR KLIA2 ? Kalau korang nak tahu, AGROBAZAAR KLIA2 ini telah di buka pada Januari 2017. Ianya merupakan pusat julaan barangan hasil daripada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia. Banyak pilihan barangan yang boleh di dapati di AGROBAZAAR KLIA2 seperti buah-buahan, makanan ringan, barangan dapur, barangan runcit dan banyak lagi.

SHOPPING BARANGAN IKS DI AGROBAZAAR KLIA2

AGROBAZAAR KLIA 2 OFFLINE

Seperti yang mummy terangkan tadi, kalau korang nak mencari barangan dari usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia secara offline di AGROBAZAAR KLIA2 ni. Korang boleh cari kedai AGROBAZAAR ini yang terletak berdekatan dengan pintu masuk perlepasan Dalam Negeri. Cari je signboard AGROBAZAAR insyaallah...mesti jumpa !

AGROBAZAAR KLIA 2 ONLINE

Untuk pembelian online pula. Korang boleh dapatkan di aplikasi AGROBAZAAR ONLINE. Tak susah pun,senang je, caranya dengan :-

1. Muat turun di aplikasi hand phone samada di Apple Play Store atau Google Play Store
2. Cari aplikasi Agrobazaar Online
3. Pilih barangan yang korang nak beli
4. Masukkan ke dalam troli pembelian
5. Check out dan bayar secara online.

Mudah je, kan? Tetau...sampai je barang depan rumah atau depan ofis. Apa yang best kalau shopping Agrobazaar KLIA2 secara online ? Yang bestnya korang akan dapat SPECIAL DISCOUNT ! Nak tahu apa yang special? Haaa...silahlah install aplikasi AGROBAZAAR online ye !

SHOPPING BARANGAN IKS DI AGROBAZAAR KLIA2

Minggu lepas, Agrobazaar ada jual buah kesukaan mummy dan keluarga iaitu buah duku. Harga memang murah yakmat iaitu 4kg RM9 je secara online. Promosi buah ini dah berakhir beberapa hari lalu. 

Tapi, korang jangan risau...insyaallah akan ada promosi yang best dan murah. Denagn syarat bukalah aplikasi AGROBAZAAR ONLINE setiap hari macam mummy hehe.

SHOPPING BARANGAN IKS DI AGROBAZAAR KLIA2

Selain buah-buahan, ada juga coklat di jual di AGROBAZAAR KLIA2. Nak coklat durian, coklat musang king? Macam-macam coklat ada tau ! Tinggal pilih dan bayar sahaja

SHOPPING BARANGAN IKS DI AGROBAZAAR KLIA2

Buah-buahan kering, jem dan pelbagai produk berasaskan buah-buahan pun ada di AGROBAZAAR KLIA2

SHOPPING BARANGAN IKS DI AGROBAZAAR KLIA2

Mee segera, kopi, teh buatan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia

SHOPPING BARANGAN IKS DI AGROBAZAAR KLIA2

Pelbagai jenama produk makanan dan minuman ada di AGROBAZAAR KLIA2


PRODUK AGROBAZAAR KLIA2 DI MAHA 2018


SHOPPING BARANGAN IKS DI AGROBAZAAR KLIA2

Berita baik buat penduduk di kawasan Serdang, Bangi, Kajang dan Puchong. Dari 22 November 2018 hingga 2 Disember 2018 AGROBAZAAR KLIA2 akan berada di MAHA 2018

Apa yang menarik booth AGROBAZAAR KLIA2 di MAHA 2018, korang boleh nikmati pelbagai tawaran istimewa, pertandingan, baucar PERCUMA dan juga cenderahati.

Apa lagi? Save dalam kalendar sekarang !

Untuk keterangan lanjut mengenaik AGROBAZAAR KLIA2 dan promosi. Boleh layari terus :-

KENDURI KAHWIN ANAK MAK NGAH DAN PAKCIKKU YB RASMAN ADUN SEDILI

KENDURI KAHWIN ANAK MAK NGAH DAN PAKCIKKU YB RASMAN ADUN SEDILI - Weekend baru ni, mummy, anak-anak, tok mak dan atuk ke Kota Tinggi untuk meraikan majlis persandingan cousin mummy merangkap anak Mak Ngah nombor 2. Balik Johor kali ni, kami balik hari je. Daddy tak dapat join sebab bekerja. Nak ikutkan mummy pun kerja Sabtu tu. Oleh kerana dah last day, amek terus cuti Sabtu tu. Insyaallah keje baru, memang tak kerja hari Sabtu...lega sangat !

KENDURI KAHWIN ANAK MAK NGAH DAN PAKCIKKU YB RASMAN ADUN SEDILI 





Otw dalam kereta...layankan 3 orang anak-anak memang mencabar hehe. Bila nampak depa happy. Terubat juga penat lelah mummy.  Mak Ngah yang buat keje kahwin ni adalah adik mak mummy satu bapa, lain mak. Arwah nenek mummy lama tak ada. Mak mummy kehilangan maknya masa berumur 5 tahun lagi.

Tapi...hubungan kami sama sahaja. Semua baik baik seperti satu mak / nenek. 

Pakcik mummy ni YB DUN SEDILI KOTA TINGGI. Hebat dia, teringin nak jadi orang hebat macam beliau.

Beliau memang sangat baik, masa mummy kecik-kecik. Pakcik mummy ni suka bawa mummy jalan-jalan dan belanja macam-macam di shopping mall.



Orang yang baik-baik ni, memang selalu di permudahkan urusannya kan. Hingga berjaya sehingga tahap sebegini.

Sayangnya kenduri kali ni, tak sempat bergambar dengan makcik pakcik sendiri 

Mereka busy dengan VVIP yang hadir


Bergambar dengan anak Alias (abang sulung pengantin) comel kembar ni, keturunan kami memang ada yang kembar.




Dzal posing depan pelamin yang cantik




Mak bersama tok Hawa (nenek) dan makcik-makcik mummy.

Seronok jumpa makcik-makcik belah mak ni. Depa sekepala dengan mummy hehe.

Dah macam sebaya pulak. Adakala...kami ni Sharing suka dan duka juga.




Mak dan abah pula posing kenang kenangan.




Bff pakcik kami Shahrol Shiro pun ada memeriahkan majlis 




Dhia lukis gambar pengantin. Sebagai ucapan tak terucaplah tu. Hehe macam mummy.

Sket-sket menulis kat blog...sebab mummy tak pandai lukis.


Tahniah Eliya..be a good wife k. Jangan nakal-nakal ! Apa yang penting dalam perkahwinan adalah tolak ansur dan saling melengkapi antara satu sama lain.



HCube Education Home Tuition & Guru Quran di Rumah

Home Tuition & Guru Quran di Rumah - Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Mummy dan daddy puas juga cari cikgu home tuition dan Guru Quran yang boleh datang ke rumah untuk Dhia dan Dzal. Sebab apa kami prefer guru / ustaz / ustazah datang ke rumah? Sebab kami ni, tak ada masa sangat dan selalu tak sempat nak keluar menghantar anak.  Jadual masa daddy yang tak tentu, mummy pun sama juga. Tak nak lah nanti, di sebabkan kami tak boleh nak ikut masa anak. Anak pula, tak pergi ke pusat tuisyen dan kelas mengaji.

Home Tuition & Guru Quran di Rumah


HCube Education Home Tuition & Guru Quran di Rumah



Yang kedua, masalah kami ni..kami ni berpindah randah. Hari cuti, kami balik ke Kajang. Manakala, hari bekerja ...kami di Subang. Mummy pulak, adakala hari bekerja kena p ofis kat Kajang juga. So, kami memang 100% prefer Home Tuition & Guru Quran di Rumah


HCube Education Home Tuition & Guru Quran di Rumah

Untuk pengehtahuan semua, Home Tuition & Guru Quran di Rumah yang mummy berminat ini adalah dari HCube Education.

HCube Education merupakan agensi yang menyediakan tutor dan guru quran berkualiti untuk para ibubapa yang memerlukan pengajar atau cikgu datang ke rumah.

5 Kelebihan HCube Home Tuition & Guru Quran di Rumah 


Home Tuition & Guru Quran di Rumah sebenarnya juaga amatlah jimat dari segi masa dan tenaga



HCube Education Home Tuition & Guru Quran di Rumah

HCube Education Home Tuition & Guru Quran di Rumah

Budak-budak pun lebih fokus bila dapat one to one dengan tenaga pengajar Home Tuition & Guru Quran di Rumah HCube

Rasa lebih yakin dan dan selamat

Kami dapat melihat sendiri anak kami belajar di depan mata.

HCube Education mempunyai banyak branch di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor

TESTIMONI HCUBE EDUCATION JOME TUITION & MENGAJI AL QURAN DI RUMAH


Hcube Education juga merupakan trusted education center di mana ada banyak testimoni positif

Testimoni HCube Tuisyen UPSR 6A


Result UPSR 4A

HCube Education Home Tuition & Guru Quran di Rumah
Paper BI- A

Testimoni pun dah dah buatkan mummy puas hatim so, korang warga  Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang & Johor, jom dapatkan khidmat home tuisyen & guru quran di rumah bersama HCube Education.

Selanjutnya, boleh layari :

Top Komentar blog Azlinda Alin bulan September 2018 - Hello October ! Selamat datang bulan Oktober, bulan Oktober ni bulan birthday cik abang mummy. Ada beberapa plan untuk beliau juga. Tapi, yang sebenarnya merangkap kids treat juga tu hehe biasalah kan. Dah jadi mak mak ni, lebihkan tempat anak-anak.

Top Komentar blog Azlinda Alin bulan September 2018 


Top Komentar blog Azlinda Alin bulan September 2018

Okay, berbalik pada cerita asal untuk Top Komentar blog Azlinda Alin bulan September 2018 

Seperti yang di janjikan, untuk Top Komentar blog Azlinda Alin bulan September 2018 mummy rewards CASH sebanyak RM20. 


Mohon email no akaun dan nama penuh ke nurazlindaazman@gmail.com

Insyaallah, bulan Oktober 2018 ada rewards CASH untuk Top Komentar blog Azlinda Alin.