Tangkapan Big Bad Wolf BBW 2018 !

Tangkapan Big Bad Wolf BBW 2018 ! - Assalamualaikum dan Selamat Petang kawan-kawan. Kerja ke tu?? Pepagi, kami berdua laki bini dah keluar ngedate. Gigih laki bini amek cuti... demi nak ke Big Bad Wolf BBW 2018 ! 


Tq boss utk VIP Pass

Serious mood :) 

Breakfast dalam BBW


Tahun ini, BBW kami special sket ! Sebab kami dapat pass masuk VIP. Iaitu sehari sebelum tarikh official untuk Big Bad Wolf BBW 2018 ! Terima kasih boss ! Ni sebenarnya, adalah pemberian bos tersayang mummy. The best BOSS ever !! Terasa untung sket lah kan. Dapat masuk BBW masa preview day ni. 

Walaupun preview day. Orang tetap ramai, nasib kami plan masuk seawal pagi yang mungkin hehe. 

Tangkapan Big Bad Wolf BBW 2018 !


Kami dapat masuk jam 10pagi, terus masuk ke BBW dan breakfast dalam tu. Punyalah nak kejar masa. 

Daddy pulak dah warning jangan lebih 2jam duduk dalam BBW. Hahaha. Ni padahnya kalau pi dengan tok laki. Tak leh berjimba lelama dalam tu. 

Part best ada laki join sekali, sebab semua buku dia bayar! Yeaaay. Demi nak tolak cukai hahaha. 

Okay... Jom tengok hasil tangkapan mummy dan daddy untuk hari ini. Dan, apakah buku yang best lagi tertarik dan menarik di Big Bad Wolf BBW 2018 !





Untuk Dhia

Untuk Dzal


Untuk Daim

Dhia dan Dzal

Untuk Dzal

Untuk Dhia

Buku sifir untuk rujukan anak-anak


Buku cerita ada 12 buah untuk bahan bacaan anak-anak. 

Untuk Dzal n Dhia sharing




Mostly semua ni Dhia punya. Rajin nak belajar Dhia tu 

Untuk Dzal

Untuk Dhia

Untuk Dzal


Untuk bacaan bersama. Ada2 version dalam ni. Malay n English

Ni je buku mummy. Nanti mummy review dalamnya ye

So, bagi yang nak ke Big Bad Wolf BBW 2018 ! Korang bolehlah cari ilham sesiap. Big Bad Wolf ini di buka 24 jam dari tarikh 7 Disember sehingga 17 Disember 2018. 

Di mana tempatnya? Tempatnya di MIECC The Mines (waze je). Selanjutnya, boleh layari FB BBW : https://www.facebook.com/bbwbooks/




Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga

Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga  - Cuti sekolah ni memacam pulak permintaan anak-anak ! Dhia dan Dzal mula dah tu, dok zikir kat telinga mummy daddy minta nak ke Puteri Harbour with Fun Escapade by Astro. Nampak iklan dalam tv lah tu ! Erm, sorang nak pi Hello Kitty , yang si bujang tu pulak nak masuk Thomas Town.


Jom Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga, Puteri Harbour Johor, SANRIO HELLO KITTY TOWN, THOMAS TOWN, HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !


Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga



Bila belek-belek blog. Rupa-rupanya, setiap 2 tahun kami bawa anak-anak bercuti ke Puteri Harbour Johor ke SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN. Patutlah anak-anak mula dah sebut-sebut tentang nak Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro 

Bila anak dok bercerita tentang iklan Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor. Mummy pun tetiba teruja nak tahu apa program yang menarik untuk Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor.


HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !




Jom Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga, Puteri Harbour Johor, SANRIO HELLO KITTY TOWN, THOMAS TOWN, HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !




Harga tiket masuk ke Puteri Harbour Johor untuk 15 dan 16 Disember 2018 kali ini sangat murah ! Berbaloi kalau pergi ni ! Dah lah murah, dapat pulak enjoy dan menikmati persembahan muzikal menarik yang menampilkan watak-watak terkenal seperti Omar & Hana, XYT Tong Tong, Cam & Leon serta Didi & Friends. 


Harga tiket masuk ke Puteri Harbour Theme Park Johor ialah berharga RM418 untuk 4 orang. Di mana korang boleh masuk ke semua level termasuk SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN 

Pakej Berkembar Fun2Play pula berharga RM269 untuk 2 orang !

Masuk PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 3 tahun kebawah atau ketinggian bawah dari 90cm.

Tapi, korang kena beli melalui http://www.kidxy.com/puteriharbour boleh dibeli di Puteri Harbour pada hari acara berlangsung.



Apa Yang Menarik di Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor

Apa yang yang menarik di ASTRO FUN ESCAPE PUTERI HARBOUR JOHOR? Antara aktiviti program yang menarik adalah seperti :-

*Puteri Harbour Attractions anjuran Astro, Fun Escapade merupakan aktiviti pertama ASTRO buat pertama kalinya diadakan di luar Lembah Klang. 

*Acara tahunan selama dua hari ini akan menampilkan konsert dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak popular seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Cam & Leon dan banyak lagi watak kegemaran anak kami ada di sini. 

*Korang boleh dapatkan Pasport Escapade untuk mengambil bahagian dalam 15 aktiviti baharu di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN. 

*Selain itu, terdapat juga pelbagai permainan untuk disertai anak-anak dan ibu bapa. 

*Lebih menarik, seisi keluarga akan turut menerima barangan edisi terhad Fun Escapade dan baucar untuk membeli-belah, baucar makanan dan minuman serta baucar cetakan foto.

Jom sesama kita alami kemeriahannya pada Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Disember 2018 ini di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kidxy.com/puteriharbour atau hubungi 1 300 88 FAMILY (326459).

PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN

PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN - Tengok kengkawan pekena Oden kat Family Mart, dalam pemikiran dok memikir apakah Oden tu? Siap beratur panjang lagi tu semua. Sanggup ! Dalam hati mummy, eh..mesti sedap Oden kat Family Mart ni.

PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN, FAmily MArt Ara Damansara, Lokasi Family Mart

PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN


Walaupun nampak macam menarik je, si Oden di Family Mart ni. Tapi, idaklah mummy terus nak mencari Family Mart semata-mata demi si Oden ni. Ni semua, hanya kebetulan, Family Mart terletak di bangunan sebelah ofis mummy (tapi kena lalu jalan besar, tak ada short cut). Memang langkah kanan orang kata, mummy pun singgah untuk PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN.


Family Mart ni rupanya kedai serbaneka 24 jam, ala-ala 7E. Tapi Family MArt ini dari Jepun. Tak dapat pi Jepun, p Family Mart pun okaylah ! Hehehe

PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN, FAmily MArt Ara Damansara, Lokasi Family Mart



Masa mummy pergi Family Mart Oasis Damansara, alhamdulillah tak ramai orang masa tu. Mungkin area sini, banyak tempat makan best-best kot. Orang banyak pilihan untuk makan.

Cara Order Oden Family Mart.


PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN, terkial-kial jugak haha. Nak order Oden kat Family Mart mudah je, pilih starter set terlebih dahulu (set permulaan).


Mummy memilih set fish ball RM3 berkuahkan Tom Yam, kemudian baru add on makanan lain. Mummy add on lobster fillet. Cukuplah tu 4 je. Banyak-banyak kang tak abes.


PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN, FAmily MArt Ara Damansara, Lokasi Family Mart

Air pulak ..mummy pilih Latte Regular Size - RM3.90

PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN, FAmily MArt Ara Damansara, Lokasi Family Mart
Aiskrim Matcha (green tea) sedap tapi cepat cair.

PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN, FAmily MArt Ara Damansara, Lokasi Family Mart
Take away semuanya dari matcha flavor (green tea)

PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN, FAmily MArt Ara Damansara, Lokasi Family Mart
Dan, the next day pun singgah lagi. Take away sushi dan banana milk !

Banyak juga mummy borong masa PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN. Bukan Oden semata, macam-macam beli untuk letak kat opis. Boleh makan tea time dan breakfast esoknya.

Untuk anak pun mummy belikan juga gegula Haribo, bila shopping diri sendiri mesti dok ingat anak juga ! Dasar mak-mak !


PERTAMA KALI MASUK KE FAMILY MART MAKAN ODEN, FAmily MArt Ara Damansara, Lokasi Family Mart

Suasana tenang di pagi hari, breakfast tanpa rushing. Lepak sengsorang layan breakfast sambil dok atur kerja dalam otak !

Nak tahu kat mana lagi lokasi Family Mart? Korang boleh check di website Family Mart : https://familymart.com.my/

Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga!

Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga! - Siapa dah tengok movie Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 ? Best tak? Bagi mummy best sangatlah ! Sebab  bukan sahaja anak-anak seronok. Tapi mummy pun dapat banyak info berguna dalam movie Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2.

Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga! 



Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga!


Anak-anak paling excited sebab doang dah tengok trailer kat YouTube. Amboi..kemahen advance korang ni, tau ! 


Mummy pun tak tengok trailer ni awal-awal. Bila tengok schedule minggu ni mummy daddy FREE. Baru mummy godek website TGV apa cerita kartun yang available. Lepas dapat tahu Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 ada di family friendly hall TGV. BArulah...mummy tengok trailer Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 .

Mummy jugak ketinggalan hahaha.



Bila tanya mereka, okay ke cerita ni. memasing dah start kecoh bercerita pasal trailer Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 , gamat !

So, tandanya setujulah kan nak tengok movie Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 




Senang amek hall TGV FAMILY FRIENDLY. Ko nak melalak, berlari naik turun tangga, nak tukar pempes ke..semua di benarkan. Tapi, anak kami dah di biasakan menonton wayang..dah behave dah sekarang.

Hall pun tak berapa gelab dan terlalu kuat sangat (bukan volume slow..rasanya volume macam biasa je).




Memula je lah, Daim macam takut sket, ni memang drama punya orang pun hehe. Movie yang ketiga buat Daim Naufal. Cayalah dik ! Champions berbanding kaka dan abangnya !

Tapi, alhamdulillah tak ragam dan nangis pun ! Peluk, susu dan tidur akhirnya hehe




Mummy booking online je..sebab takut seat abes, kami prefer couple seat, senang duduk rerapat dengan anak-anak hehe. Rerapat dengan laki tunggu movie date berdua je ! (hat ni kena amek cuti kot hahahaha)

SINOPSIS Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga! 



Jom kita tengok pulak sinopsis Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 . Movie Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 adalah filem ber GENRE yang bersifat Adventure / Animation / Comedy yang berdurasi selama 120 minit.

Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 telah di lakonkan dan wataknya dari 
John C. Reilly, Sarah Silverman, Jack McBrayer, Jane Lynch, Gal Gadot

Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2 di mana hero dan heroinnya Ralph dan Vanellope (bukan manusia, tapi watak dalam games) misi mencari stereng kereta untuk video games Sugar Rush (dalam kotak yang macam di shopping mall). Vanellope adalah racers dalam games tersebut.

Kawan-kawannya mencadangkan Ralph dan Vanellope dapatkan stereng tersebut di E-Bay. Maka, mereka berdua masuk ke dunia internet mencari e-bay.

Mereka berdua teroka dunia internet, masuk 'bid' di e-bay. Pertama kali mereka melihat 'bid' maka mereka pun berlawan 'bid' sesama sendiri ! Akibat dari kemenangan main 'bid' sahaja.

E-bay meminta mereka kena bayar stereng kereta itu dalam masa 24 jam. Terkedu terus depa. hahaha Haamek ! Sapa suruh main 'bid' !

Ralph dan Vanellope mencari usahawan bernama "Yesss" di mana beliau adalah pakar dalam algoritma dalam BuzzzTube. Misi mencari $27K bermula di BuzzzTube.

Part BuzzzTube mummy suka sebab ada tips macam mana nak trendingkan video, macamana nak jana income dari BuzzzTube. Ini semua mengingatkan mummy kepada Google Adsense hahaha ! Dasar Blogger !

Sepanjang pencarian duit melalui BuzzzTube. Banyak adegan best-best yang mereka lalui seperti 
bertemu dengan sekumpulan puteri-puteri magis Disney termasuk Elsa, Cinderella, Snow White, Jasmine dan Moana.

Ini pertama kali penampakan puteri-puteri Disney yang seramai ini dalam satu-satu filem animasi. Vanellope kemudian berkata kepada mereka, “I’m a princess too! (saya pun puteri juga!)”.

Dia akhirnya serasi bersama puteri-puteri tersebut dengan ikatan feminisme, dilengkapi dengan Belle, Tiana, Mulan, Rapunzel, Ariel dan Pocahantas yang terkenal dengan sifat berdikari dan kuat semangat.

Pengembaraan alam maya mereka juga menyaksikan kameo-kameo daripada watak-watak Disney yang lain seperti Storm Troopers yang mewakili Stars Wars dan Iron Man yang mewakili Marvel Universe. Sementara Eeyore dari Winnie the Pooh juga sempat membuat penampilan sekilas dengan begitu comel sekali.

Dalam masa yang sama, nilai persahabatan mereka di uji. Setelah Vanellope berjumpa dengan rakan racers baru di medium internet. Beliau merasakan games di internet lebih hebat dari video games di dalam Sugar Rush.

Ralph agak marah sebab misi utama mereka ke dunia internet adalah untuk mencari stereng kereta Sugar Rush. Berjayakan persahabatan mereka ini pulih? Adakah Vanellope tinggal di internet atau kembali di video games Sugar Rush nya?

Kalau nak tahu, korang kena tonton ASAP movie ni. Secara keseluruhan memang berbaloi dapat tengok sekeluarga ! 5* mummy bagi !

AGROBAZAAR ONLINE MAHA 2018 PALING BEST !

AGROBAZAAR ONLINE MAHA 2018 PALING BEST ! - Demam MAHA 2018, walau jalan sesak, jem, parking jauh. Allah bukan selalu pun ! Ni pun... lagi 2 tahun baru boleh berjumpa dengan MAHA. Jumpa pada tahun 2020 ! Toksah berkira semua tuh ! Yang penting berbaloi ke MAHA 2018. Apa yang best di MAHA 2018? Bagi mummy, AGROBAZAAR ONLINE MAHA 2018 PALING BEST !

AGROBAZAAR ONLINE MAHA 2018 PALING BEST !


AGROBAZAAR ONLINE MAHA 2018 PALING BEST ! , GERBANG FOOD TRUCK MAHA 2018 CATAT JUALAN SEBANYAK RM435,000 , BARANGAN PROMOSI KAW2 DARI AGRO BAZAAR ONLINE




Kenapa AGROBAZAAR ONLINE MAHA 2018 PALING BEST ? Kalau korang nak tahu. AGROBAZAAR ONLINE MAHA 2018 PALING BEST sebab ada cabutan bertuah (TV 43 inci), take 5 (diskaun RM5), Wheel of fortune (hadiah menarik), Promoter on the run, hadiah misteri bagi like, share, komen di media sosial, pameran, talk dan ada persembahan juga !

Tahniah kepada pemenang.




GERBANG FOOD TRUCK MAHA 2018 CATAT JUALAN SEBANYAK RM435,000


MAHA 2018 juga merupakan medium usahawan di bawah kendalian Fama untuk mempromosi produk serta mengembangkan perniagaan untuk menaikkan jenama mereka sendiri. Ini telah terbukti pada MAHA 2018 baru-baru ini. Banyak usahawan yang mencatat jualan tertinggi selama MAHA 2018 berlangsung seperti FOOD TRUCK, AGRO BAZAAR ONLINE, AGROMAS dan banyak lagi.

Tahniah kepada semua usahawan yang telah berjaya meningkatkan nilai jualan semasa MAHA 2018.





Gerbang Food Truck  yang mempunyai 49 food truck terdapat sebanyak 201 jenis makanan dan minuman dan 3 usahawan OKU telah mencatat jualan sebanyak RM435,000.

Agrobazaar Online masing-masing mencatat nilai jualan sebanyak RM435,306 sepanjang MAHA 2018.

Butik Agromas yang menjual produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merekodkan penjualan lebih RM60,000.


BARANGAN PROMOSI KAW2 DARI AGRO BAZAAR ONLINE

Di AgroBazaar Online terdapat pelbagai promosi Kaw2 semasa MAHA 2018. Memang untung habislah siapa dapat grab ! 


Berpusu-pusu orang ramai nak dapatkan produk FAMA di AgroBazaar Online MAHA 2018



Antara produk  yang paling laris semasa di MAHA 2018 ialah :

1) Madu Acacia

2) Sambal Samza


3) Sakura Pelangi




TAHNIAH Agrobazaar.com.my ! AgroBazaar Online merupakan satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan diuruskan oleh FAMA. 


Nak tahu tentang PROMOSI terkini dan maklumat lanjut mengenai Agrobazaar Online boleh layari :-

TOP KOMENTAR NOVEMBER 2018 BLOG AZLINDA ALIN

TOP KOMENTAR NOVEMBER 2018 BLOG AZLINDA ALIN - Dah masuk bulan baru, welcome to December 2018. Tak sampai sebulan je lagi nak berjumpa dengan tahun baru iaitu 2019. Dah sesiap buat azam tahun baru ke tu? Mummy? Tak ada azam untuk setiap tahun baru cuma pun, cukup sekadar sentiasa di berikan kesihatan yang baik, murah rezeki dan di permudahkan urusan setiap masa untuk mummy dan juga keluarga mummy. 

TOP KOMENTAR NOVEMBER 2018 BLOG AZLINDA ALIN


Siapa TOP KOMENTAR NOVEMBER 2018 BLOG AZLINDA ALIN? Oh ya, mummy nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membaca dan tinggalkan komen di blog mummy. Sebagai tanda penghargaan dari www.azlindaalin.com mummy akan berikan rewards buat pengomen tegar. Paling banyak komen di blog mummy. As usual. Rewards adalah berbentuk CASH. CASH la best kan. Boleh shopping! 

TOP KOMENTAR NOVEMBER 2018 BLOG AZLINDA ALIN

TOP KOMENTAR NOVEMBER 2018 BLOG AZLINDA ALIN jatuh kepada Mimi dari www.mimiazirah.com  Mimi ni bukan sahaja suka datang singgah dan komen blog mummy. Tapi, beliau juga rajin update blog. Banyak info dan cerita menarik yang beliau coretkan di blog nya. Tak percaya? Pi baca blog beliau sekarang! Sekarang !

Okay, bulan December 2018 pun mummy akan rewards ada TOP KOMENTAR. Hadiahnya tengok cemana nanti. Samada CASH atau barangan dar BIG BAD WOLF. haha.. I want to go to BIG BAD Wolf 

MURAH KE MAHAL SERVIS KERETA DI PERODUA

MURAH KE MAHAL SERVIS KERETA DI PERODUA - Perodua Kancil mummy tu dah berusia 16 tahun lamanya. Masih simpan dan masih pakai lagi Perodua Kancil tu. Nak tengok juga sejauh mana hayatnya. Adakah boleh berjasa hingga ke anak cucu kami? Huhuhu jauh benar cita-cita !

MURAH KE MAHAL SERVIS KERETA DI PERODUA

Dah 16 tahun usia Perodua Kancil tu, kalau servis di Perodua mahal, tak? Mummy ni, tak kisah kedai mana pun servis. Asalkan jangan kita hantar servis tapi ko pi buka tayar empat-empat je. Udah !

MURAH KE MAHAL SERVIS KERETA DI PERODUA - Perodua Kancil mummy tu dah berusia 16 tahun lamanya. Masih simpan dan masih pakai lagi Perodua Kancil tu. Nak tengok juga sejauh mana hayatnya. Adakah boleh berjasa hingga ke anak cucu kami? Huhuhu jauh benar cita-cita !  MURAH KE MAHAL SERVIS KERETA DI PERODUA Dah 16 tahun usia Perodua Kancil tu, kalau servis di Perodua mahal, tak? Mummy ni, tak kisah kedai mana pun servis. Asalkan jangan kita hantar servis tapi ko pi buka tayar empat-empat je. Udah !



Pernah terjadi tahun lepas. Mummy servis kereta pada waktu rehat di Shell TTDI Jaya. Masa anta kereta tu, ada 1 orang sahaja customer mereka. Bagi mummy, pasti cepat siap. Sebab buat servis sahaja.

Tengok jam...dah 1 jam ni, kenapa kereta tak siap !

Pergi ke bahagian belakang begkel tersebut. Mak aiiiiiii ko buka 4 tayar Kancil makcik?

Lepas tu mulalah cakap break shoes, break pad...segala mak nenek break dalam tu kena tukar. Total RM800 jugak lah kena.

Tak nak buat, tapi di katanya memacam. Dah tu, pulak semua dia dah buka. Kang kalau tak tukar. Takut bawa kete sat gi, tayar tercabut tengah jalan. Cemana pulak !

Erm...lebur RM800 gitu jeeee. Dah boleh tukar break pad harga gitu.

So...sejak tu hati-hati nak ke bengkel.

Kali ni, tempat kerja mummy dekat dengan Pusat Servis Perodua. Alhamdulillah. Tak mahal pun servis kali ini. JUmlah keseluruhan ialah RM132.50.

Barang yang di tukar semasa servis kereta di Perodua adalah seperti tukar oil filter, minyak itam semi synthetic, gasket, gasket D18D, transmission oil dan  harga tu termasuk cas labour serta tax. 



Alhamdulillah, walau kereta lama tapi tak mahal pun kena bayar servis di Perodua.

Next nak kena tukar drive shaft, oil seal dan clutch plate je. Marilah menabung untuk bab ni pulak. Mahu RM1K++ kena ni hehehe.