Sensodyne Sensitivity & Gum Untuk Gigi Sensitif dan Masalah Gusi (Gum)

Sensodyne Sensitivity & Gum Untuk Gigi Sensitif dan Masalah Gusi (Gum) - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Sihat ke tuu? Mummy sihat, alhamdulillah. Cuma ada masalah gigi sket. Sepatutnya, dah sampai masa nya untuk berjumpa dengan doktor gigi. Tapi, mummy dok delay. Setiap tahun memang mummy akan berjumpa dengan dentist. Selalunya 6 bln sekali. Terus buat cuci gigi (scaling). Ni, bila dah due tak pi jumpa dentist. Sekarang... Sampai gigi ni dah macam ada bleeding. Masalah gusi lah tu! 


4 Tips Gigi sihat : Sensodyne Sensitivity & Gum Untuk Gigi Sensitif dan Masalah Gusi (Gum) 


Sebenarnya nak gigi sihat ni, tak susah pun. Nak gigi dan gusi sihat, tips utamanya adalah:

1. Berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya 2x setahun 

2. Gosok gigi, 2x sehari

3. Gunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai

4. Berus gigi  dengan cara yang betul


Doktor pergigian menemui wujud hubungan rapat antara dua simptom ini, gigi sensitif dan masalah gusi. Gusi menyusut adalah punca utama berlakunya gigi sensitif dan penipisan gusi berlaku kerana masalah gusi. Apabila dentin dalam gigi terdedah, liang halus di dalamnya juga terdedah dan hal ini boleh mengakibatkan gigi sensitif. 




Laporan mendedahkan hampir separuh (44%) yang mengalami gigi sensitif memilih untuk menukar tabiat memberus gigi dengan mengelak daripada memberus kawasan gigi dan gusi yang terjejas. Hal ini menyebabkan timbulnya lapisan bakteria dipanggil plak. Plak yang tidak dibersihkan dengan berusan gigi dua kali sehari akan berkumpul dan melekat di celahan permukaan gigi dan mengakibatkan bengkak, mulut berbau dan masalah gusi lain. Doktor pergigian berpendapat bahawa simptom ini memerlukan perhatian dan pesakit boleh bermanfaat jika menyelesaikan dua masalah ini dengan segera.


Ubat gigi Sensodyne Sensitivity & Gum baharu telah terbukti secara klinikal mampu meredakan masalah gigi sensitif dan memperbaiki kesihatan gusi. Formula dwi-aksi ini bertindak membina lapisan meliputi kawasan gigi sensitif untuk melindungi daripada sensitiviti di samping menanggalkan bakteria plak yang akan mengakibatkan masalah gusi bengkak, mulut berbau dan lain-lain masalah gusi.

Bryan Wong, Pengarah dan Pengurus Besar, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd, berkata, “Kami melancarkan Sensodyne Sensitivity & Gum untuk mengatasi dua masalah ini secara serentak dan melegakan ketidakselesaan pesakit supaya mereka dapat melakukan aktiviti seharian dengan lebih baik. Kesihatan pergigian adalah keutamaan kami dan sebagai jenama ubat gigi sensitif nombor



satu di negara ini, kami berbangga melancarkan produk dwi-aksi terkini yang akan memanfaatkan warga Malaysia.”

Gigi sensitif dan masalah gusi kerap terjadi dalam kalangan masyarakat di negara ini, tetapi ia sering dipandang remeh dan tidak dirawat segera. Peningkatan bilangan pesakit juga dilihat tidak peka untuk menangani simptom-simptom ini. Dua masalah ini berkaitan antara satu sama lain dan perlukan penjagaan rapi.” kata Dr Cheah Chia Wei, Pensyarah, Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya

SENSODYNE DI SUNWAY PYRAMID



MUMMY sudah ke Sunway Pyramid baru ni untuk saksikan Sensodyne pelancaran Sensodyne Sensitivity & Gum

Korang jangan lupa juga ke Sunway Pyramid Sensodyne yang menganjurkan pameran bersama Farmasi Guardian di Blue Concourse, LG2, Sunway Pyramid Mall di mana pengguna berpeluang mengenal pasti dan mempelajari tentang isu gigi sensitif dan masalah gusi serta mendapatkan pemeriksaan pergigian bermula 12 hingga 16 September dari 10 pagi hingga 10 malam. 





Berapa harga ubat gigi Sensodyne baru? Sensodyne Sensitivity & Gum boleh didapati di farmasi tempatan dan pasar raya di seluruh Malaysia dengan harga yang dicadangkan RM16.90 sekotak dan RM10.90 untuk berus gigi. Sila rujuk doktor pergigian berdekatan anda untuk maklumat lanjut. 




Sensodyne Sensitivity & Gum dibawakan oleh Sensodyne, Jenama Ubat Gigi Sensitif No. 1 Dunia. 


Selanjutnya, sila layari ke : 

Online Shopping:

Facebook: 

JAM XIOMI MI BAND 4 KAMI SUAMI ISTERI!

JAM XIOMI MI BAND 4 KAMI SUAMI ISTERI! - Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua! Lama rasanya mummy tak story mory tentang gadget. Tadaaaaa... This is our new gadget. Jam kesihatan katanya, healthy smart watch JAM XIOMI MI BAND 4 KAMI SUAMI ISTERI! Acaner kami Terjebak dengan jam ni? Haha kerana AIA Vitaly juga sebenarnya. Nak linked dengan aplikasi AIA kami. Hit requirement weekly challenge. Sebulan boleh redeem 2 rewards. Sama ada tiket wayang TGV, jus di Boost, Shopee vouchers, diskaun tiket Air Asia dan banyak lagi. Alang-alang track steps, sleep, heart beat dan semua bab kesihatan. Ada baiknya amek benda yang ada rewards kan. Baru lah semangat nak hit 12500 steps daily! Phewww... Bab AIA Vitality ni nanti cerita entri lain lah. Kang korang pening pulak. Atau boleh PM mummy kita date minum kopi hahaha. 

JAM XIOMI MI BAND 4 KAMI SUAMI ISTERI! 



Best ke JAM XIOMI MI BAND 4 KAMI SUAMI ISTERI!?? Apa yang menarik tentang JAM XIOMI MI BAND 4 KAMI SUAMI ISTERI! 

Okay.. Sebenarnya.. Asalnya, mummy nak grab fitbit. Fitbit tu cun habis. Tapi, harga macam tak best pulak. Nak function best, harga dia mak aiii. 

Bila dok riki. XIOMI MI BAND 4 ni. Function better dan harga jauh lebih murah. Terus grab Xiomi Mi Band 4. Boleh beli 2 pcs terus haha. Laki bini terus pakai jam sama. 

KELEBIHAN XIOMI MI BAND 4

Apa bestnya Xiomi Mi Band 4 ni? 

1. FUNCTION
Function atau fungsi sebagai track aktiviti sihat, workout, sleep monitoring, swimming, calories burned, call, alarm, cari hp kata mana.. semua akan di beritahu juga dari smart watch ni. Sangat senang! 


2. Skrin AMOLED

Smartband terbaru dari Xiaomi ini mempunyai layar warna AMOLED 0,95 inci dengan resolusi, yakni 120x240 dan kaca anti calar 2.5D.


3. Design Smart

Design smart dan sangat ringan! Ada 77 tema warna-warni untuk personalisasi tambahan serta delapan band yang berbeza (termasuk band Avengers eksklusif). Untuk pilihan warna, Mi Band 4 hadir dalam varian warna yakni black, brown, blue, orange dan pink.


4. Pembayaran Digital

Xiaomi ada dengan feature NFC. Feature adalah untuk di sambung kan ke Alipay atau Wechat. 






5. Gadget yang Tahan Air

Waterproof! Mandi, berak tidur, bangun pakai ni sahaja sekarang haha. Sian jam lain tu kan.. Sabaq naaa.. Nt kita pakai semua jam haha. Mi band 4 ni tahan sehingga 50 meter dan sensor 6 axis high-precision untuk membantu merakam ketika berenang. Keseluruhan ada empat pergerakan renang yang dapat di capture oleh mi band 4 ni. Iaitu gaya bebas, gaya kuak lentang, gaya kupu-kupu, serta medley.

6. Bateri Tahan Lama

Bateri memang tahan lama. So far, seminggu sekali je mummy cas. Hehe. Lepas tu.. Pakai 24 Jam!

7. Harga Munasabah
DAn.. Paling best harga xiomi Mi Band 4 ni sangat munasabah. Dalam RM149 je, tapi rezeki kami beli masa promotion 1 day sales merdeka sales. Kebetulan kami memang tak ke mana-mana. So, langkah kanan lah dapat harga promo RM99 je. 




So, daily kena make sure balik keje je ada 7k steps.. Sambung malam insyaallah boleh dapat 12,500 steps. 

Dan.... Boleh lah redeem tiket wayang hahaha

Soon, kumpul point lagi banyak dan nak aim 50% Air Asia tiket pulak. Target sebelum hujung tahun insyaallah. Nak berjalan naik flight lagi. 

Kalau dapat 50% diskaun untuk mummy dan daddy hit points dia juga. Banyak boleh jimat, ni! 

SHOPPING IKAN BILIS MATA BIRU, SOTONG KERING DI HASIL LAUT JAMILAH LUMUT PERAK !

SHOPPING IKAN BILIS MATA BIRU, SOTONG KERING DI HASIL LAUT JAMILAH LUMUT Perak ! - minggu ni, cuti panjang lagi! Ada yang nak jenjalan holiday ke Perak ke tu?? Beberapa minggu lepas, kami jalan-jalan cari makan ke Lumut Perak. So, cuti panjang ni pula. Memang tak ke mana-mana luar kawasan. Dah 2 minggu berturut tak keluar kawasan. Hanya.. Mummy bawa anak-anak dengan aktiviti mereka. Demi EQ dan IQ depa. Asyik outstation je. Hadap jem. Kang lemau tetap minggu buat aktiviti sama. So, bagi yang ada plan nak bercuti holiday ke LUMUT. Mummmy nak share aktiviti kami SHOPPING IKAN BILIS MATA BIRU, SOTONG KERING DI HASIL LAUT JAMILAH LUMUT PERAK !

SHOPPING IKAN BILIS MATA BIRU, SOTONG KERING DI HASIL LAUT JAMILAH LUMUT PERAK !




Ni lah tempat kitorang singgah shopping hasil laut! SHOPPING IKAN BILIS MATA BIRU, SOTONG KERING DI HASIL LAUT JAMILAH LUMUT PERAK !

Kenapa mummy sekeluarga pilih SHOPPING IKAN BILIS MATA BIRU, SOTONG KERING DI HASIL LAUT JAMILAH LUMUT PERAK ! Kalau korang nak tahu, bila kitorg ada anak kecik ni, kitorg malas nk window shopping survey mana murah, mana best. 

Oleh kerana cousins mummy duduk di Manjung (tak jauh dari LUMUT), malah dia experts oiiii LUMUT ke manjung ke PANGKOR ke. 

So, beliau yang me cadangkan kami SHOPPING IKAN BILIS MATA BIRU, SOTONG KERING DI HASIL LAUT JAMILAH LUMUT PERAK !



Memang best shopping sini, ada di sediakan air balang FREE untuk pengunjung. 

Ngam pulak, cuaca Panas litlit hehehe. Memang sedap lah tekak ni, dapat air kan... 



Ikan Bilis mata biru mak mertua, ikan Bilis mata biru me a tu semua ada.. Terkejut pulak haha. 

Pastu, rambang mata lah... Tak tahu nak beli apa. Udahnya.. Biar kan lah asben yang menyelesaikan masalah shopping ikan Bilis mata biru ni hehe



Sotong kering pun wajib beli, buat stok. Kot-kot malas nak pi shopping groceries. Sotong kering ada standby, dah boleh masak dah. Anytime.

Harga mahal ke murah. Maaf, tak pasti pulak. Yang tahu...ianya fresh. Terus beli aje!

Ikan Masin Kurau fav daddy pun Kitorang borong sekali. 

Kids, shopping mainan. Dalam kedai ni pun ada jual mainan oiii hehehe

Okay jugak... Xde lah bebudak tu ragam tunggu mummy daddy shopping kan. 

Jalan-jalan ni, mood Happy tu yang penting. Kalau ada yang ragam. Tak best lah! 

JEREBU ! KELUARGA KAMI PAKAI MASK DARI MEO™ !

JEREBU ! KELUARGA KAMI PAKAI MASK DARI MEO™ ! - Assalamualaikum dan selamat sehjahtera semua ! Sihat ke tu? Mummy alhamdulillah sihat. Mak aiiii beberapa hari ini bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) sangat tinggi. Semalam dan hari ini tempat mummy cecah bacaan  IPU (Indeks Pencemaran Udara) 152 (bacaan IPU tidak sihat rujuk di http://apims.doe.gov.my ). Mata dan tekak mummy beberapa hari ini pedih dan perit . Alhamdulillah jerebu je,kan. Masih ada lagi oksigen dan mampu bernafas lagi sehingga ke hari ini ! Syukur. Cumanya, kita kena jugalah jaga kesihatan. Waktu JEREBU ! KELUARGA KAMI PAKAI MASK DARI MEO™ !


JEREBU ! KELUARGA KAMI PAKAI MASK DARI MEO !





JEREBU ! KELUARGA KAMI PAKAI MASK DARI MEO ! Kenapa memilih mask dari jenama MEO™ ni? Banyak mask di luar sana ada di jual, tapi mummy berkenan dengan mask MEO™ ni sebab cantik, trendy dan up to date. Anak-anak ni, bila nampak mask lawa macam ni, minat lah dorang nak pakai !

Ianya juga bukan sekadar memakai topeng muka, MEO ™ dapat berikan kita sihat juga.  

KELEBIHAN MASK MEO ™


MEO ™ ️ adalah topeng muka yang membolehkan kita mengeluarkan sekurang-kurangnya 99.80% zarah 0.1 mikron berbahaya (PM0.1) dan 99.99% bakteria udara. 

Ia juga membantu mengurangkan risiko mendapat jangkitan selesema dan selsema.

Topeng muka MEO ™  di cipta unuk menjadikan topeng pencemaran udara terbaik di dunia serta memastikan perlindungannya terjamin.  Topeng muka MEO ™ bekerjasama dengan pereka New Zealand yang terkenal Karen Walker untuk mencipta pelbagai penutup MEO ™ yang menakjubkan, yang boleh dilekatkan atau terpisah daripada struktur topeng.

Dan paling best, topeng muka MEO ™ ini ada kategori dewasa dan kanak-kanak juga. 


Topeng muka MEO ™ Kids - Dinosaur untuk Dzal

MEO ™ ️ juga merancang topeng perlindungan unik untuk kanak-kanak yang berasal dari New Zealand! Ia menggabungkan unsur alam, teknologi & inovasi, untuk melindungi sistem pernafasan & sistem kekebalan anak kami.




Dzal memang muka pakai mask, kali ini kita berikannya mask gambar dinosaur !

Topeng muka MEO ™ Kids - Princess untuk Dhia





Dhia peminat princes dan warna pink. So, mask ni sesuai untuk Dhia. 

Bukan susah nak bagi anak suka pakai mask muka ketika jerebu ni. Design mak / topeng muka tu cantik dan design kegemaran depa tu ada...terus falling in love lah nak pakai.



Topeng muka MEO ™ Lite - untuk Mummy




Mummy pun pakai har reusable. boleh basuh dan pakai lah sampai koyak hehe. Filter dia tu pun boleh tukar juga !


 MEO™️ X untuk daddy
Daddy pakai disposal (pakai buang je lah..)


MEO ™ X topeng muka dewasa ni, adalah topeng pelindung ringan dari New Zealand. Ia menggabungkan unsur-unsur inti pati Manuka semulajadi New Zealand dan teknologi penapis yang sangat cekap. MEO ™ X membawa tahap keselesaan, gaya dan fesyen baru untuk perlindungan pencemaran


Nak tengok mask cantik cantik lagi dari  MEO™ ni, korang boleh ke :-

BELI DIhttps://www.facebook.com/pg/MEOAirMY/shop/?rid=2395232060749786&rt=6

SERONOKNYA MAIN UJI MINDA DENGAN UNO BERSAMA KELUARGA !

SERONOKNYA MAIN UJI MINDA DENGAN UNO BERSAMA KELUARGA ! - Assalamualaikum semua ! Apa khabar ? Siapa pernah main UNO? Okay ..bagi yang pernah main UNO tu. Kita geng ! Kitorang sekeluarga ni terjebak dengan UNO ketika bulan puasa masa balik kampung Taiping ! Kebetulan TV rosak, belum pulih lagi kat kedai. So, Mak Yang bebudak ni...belilah UNO. Pagi, petang, siang malam kitorang berUNO hehe. Anak-anak pun terjabk main sama dan .....Dhia pun dah teror tu ha ! Tapi, Dhia tu, kalau main terjerit sana sini. Haihhh geram betul !

SERONOKNYA MAIN UJI MINDA DENGAN UNO BERSAMA KELUARGA !



Tengok tu ha...dah 11 malam pun masih main UNO lagi huhu ! Dasyat Dhia tu ha. Okay UNO kami kali ni versi besar. Kebetulan jumpa hat besar hehe. So, memang susah nak CHONG kad . Nak sorok pun agak susah hahaha. Baru lah thrilll !


Ni gambar lama, gambar raya aritu...mummy tak update blog lagi rasanya..so tepek lah sekali gus kat sini. Main reramai memang best !. Lepas tu, dah habis nak sambung lagi..Giannnn !




Atok kena main dengan DHia hehehe. nasib atok memang layan UNO masa raya aritu bersama-sama keluarga semua. SO, atok pun terror jugaklah ! 

Dhia pulak, selagi tak menang..Dhia akan main non stop..Huhu tak putus asa ! Dasyatttt !





Siapa sahaja yang datang rumah kami, memang Dhia akan ajak main UNO. Baru ni, pakcik Dhia (adik ipar) mummy datang rumah tok Mak.

Habis....kena join sekali hahaha.

Dia pun dah naik syiokk..siap nak beli jugak tu  ! Best, release tension dan tingkatkan IQ dan EQ kita !

Kitorang beli UNO kat mana? kitorang beli kat NINJAZ shops, Bandar Baru Bangi Seksyn 7 je !

ANUGERAH GUARDIAN MALAYSIA "MOST VOTED BRANDS"

ANUGERAH GUARDIAN MALAYSIA "MOST VOTED BRANDS" - Hai semua, korang tahu tak yang Guardian malaysia ada mengadakan anugerah "MOST VOTED BRANDS" kiranya, kita undi brand kegemaran kita dan korang boleh memenangi wang tunai serta baucer dari Guardian ! Ha...menarik tak anugerah GUARDIAN MALAYSIA "MOST VOTED BRANDS"

 

ANUGERAH GUARDIAN MALAYSIA "MOST VOTED BRANDS"

ANUGERAH ‘MOST VOTED BRANDS’ GUARDIAN KINI KEMBALI PELANGGAN GUARDIAN MALAYSIA BERPELUANG MENGUNDI JENAMA KEGEMARAN MEREKA SEKALI LAGI !! LEBIH DARIPADA 300 PRODUK TERKENAL BERSAING DALAM 73 KATEGORI
 
Jutaan pelanggan GUARDIAN MALAYSIA akan berpeluang untuk mengundi jenama kesihatan dan kecantikan mereka, sekali lagi, dan memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah RM40,000.

Kempen anugerah apresiasi jenama yang kini memasuki tahun ke-20, telah bermula hari ini (5 September) dan bakal berakhir pada 29 September 2019.
Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Malaysia, berucap di majlis perlancaran kempen itu berkata: “Kami sangat berbangga dan teruja untuk memaklumkan kepada anda bahawa Most Voted Brands tahun ini akan menampilkan 313 produk daripada rangkaian pelbagai jenama yang ditawarkan di stor kami!”

 
 









“Sebenarnya, 313 produk dan 139 jenama bakal bertanding untuk 73 kategori anugerah tahun ini, menjadikan pesaingan kali ini begitu sengit. Dan oleh kerana undian adalah daripada para pelanggan kami, iaitu pembeli dan pengguna sebenar produk-produk ini, ia memberikan penilaian yang adil kepada pemilik-pemilik jenama terhadap kedudukan jenama mereka dikalangan pengguna.

Undian secara keseluruhannya, akan menunjukkan gambaran yang tidak berat sebelah ke atas jenama-jenama yang telah berjaya menambat hati dan memberi kesan kepada para pelanggan kami,” tambah beliau.

Menjelaskan lebih lanjut tentang Anugerah tersebut, Ms Wong menambah: “Ketika Guardian Malaysia mengkonsepsikan anugerah ini pada tahun 2000, objektif kami adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan kami dengan semua rakan-rakan perniagaan serta pemilik jenama, dengan memberi peluang kepada mereka untuk memilih jenama kegemaran mereka. Hari ini, anugerah ini lebih relevan kerana kami didorong untuk berhubung dan memahami keperluan gaya hidup pelanggan kami, pilihan dan trend yang sentiasa berubah.”


“Saya yakin Most Voted Brands Guardian Malaysia merupakan salah satu acara anugerah yang paling definitif dan berprestij di negara ini, dengan mengambil kira kesan dan populariti produk, jenama dan kategori yang terlibat,” tambah beliau.
















 
 

Mencerminkan gaya hidup digital kebanyakan pengguna sekarang, proses undian secara keseluruhannya akan terus dijalankan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan dibuat secara dalam talian.


Walau bagaimanapun, terdapat satu tambahan menarik tahun ini dimana pelanggan Guardian juga boleh menyertai MVB Hunt di semua stor Guardian melalui telefon pintar mereka. MVB Hunt Guardian adalah satu permainan pencarian harta karun yang dikendalikan di semua stor Guardian dimana pelanggan boleh memenangi baucar produk untuk lebih penjimatan.


Pelanggan boleh memulakan pencarian harta karun dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan di stor Guardian atau dengan melayari mvb19.guardian.com.my. Setelah mengundi, mereka akan memperolehi baucar produk untuk kategori yang mereka pilih. Untuk mara ke tahap seterusnya dan mendapatkan baucar produk, pelanggan perlu memuat naik resit pembelian mereka.


Pelanggan yang telah mengundi sebanyak 3 kali, layak untuk menyertai peringkat undian dalam talian yang seterusnya, yang menawarkan peluang yang lebih besar untuk memenangi Hadiah Utama.


Jadi para pelanggan Guardian digalakkan untuk menyertai MVB Hunt terlebih dahulu sebelum melakukan undian dalam talian untuk lebih peluang untuk mendapatkan baucar produk.


Untuk layak ke undian dalam talian, pelanggan perlu berbelanja minimum RM10 dalam satu resit di stor Guardian atau dalam talian. Kemudian layari https://mvb19.guardian.com.my/#/onlinevoting. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa di antara 5 September dan 29 September 2019.


Semua pelanggan yang menghantar undian mereka dengan resit yang sah akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 Hadiah Mega, berjumlah RM40,000 yang berupa baucar Guardian.


Hadiah Mega adalah seperti berikut:

- Satu (1) hadiah utama iaitu baucar Guardian bernilai RM12,000

- Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar Guardian bernilai RM5,500

- Lima (5) Hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000

- Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200.


Peraduan ini adalah terbuka untuk semua pelanggan yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan perlu menyimpan resit Guardian yang asli.


Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat MVB dan cara-cara mengundi, sila layari https://mvb19.guardian.com.my/#/term


Jadi mulakan undian anda dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September ini!
 

MY BIRTHDAY CAKE! KEK CARAMEL PELANGI SEDAP, LEMBUT DAN TAK HANYIR!

MY BIRTHDAY CAKE! KEK CARAMEL PELANGI SEDAP, LEMBUT DAN TAK HANYIR! - Birthday ! Yezza, August is my birthday month ! Terima kasih pada semua yang sudi wish birthday mummy. Lagi sekali.. Late entry hahaha. Ampun, busy kerja dude! Jumpa orang lagi. Kerja I sekarang meeting dengan office, meeting people. Blog senyap tu, bukan I membuat atas katil tau hehe. Event pun, mana sempat. Pergi jugak lah! Okay, berbalik kisah MY BIRTHDAY CAKE! KEK CARAMEL PELANGI SEDAP, LEMBUT DAN TAK HANYIR! Tak sangka oiii umur dah 37 pun ada orang nak bagi surprise. Terharu sekejap! 

MY BIRTHDAY CAKE! KEK CARAMEL PELANGI SEDAP, LEMBUT DAN TAK HANYIR! 




Tadaa... MY BIRTHDAY CAKE! KEK CARAMEL PELANGI SEDAP, LEMBUT DAN TAK HANYIR! Ni di hadiah kan sendiri oleh founder IG ; @chepaungkl

Merangkap geng sekerja di CIMB pada 11 tahun dahulu. 

Alhamdulillah, dah berjaya beliau! Mummy suka amek aura orang yang berjaya. Bila kita berkawan dengan orang positif, kita pun akan jadi positif secara tak langsung

So, kalau nak berjaya kena berkawan dengan orang yang berjaya juga..cewahhhh

Persahabatan kami dari dulu, boleh di katakan bukan geng membawang. Seriously! Memang geng kitorg di CIMB dulu tak pernah nak lepak-lepak membawang. Malah.. Sentiasa memikirkan dan usaha untuk berjaya. 

Kitorang bukan sahaja loan officer di CIMB BANK. Malah, pernah juga bercita-cita untuk menjadi property agent.. Tapi, bila masing-masing dapat offer yang bagus dari bank lain. 

Terus kami berpecah dengan haluan masing-masing 😭


Kek di wrap dengan kemas


Nampak...tekstur lembut


Serious... Memang sedap! Lembut! Tak HANYIR! 

Anak-anak siap tak nak makan nasi. Dinner kek ni sahaja!

Testimoni KEK CARAMEL PELANGI



Testimoni Kek Caramel Pelangi - kek sedap, tak manis

Ha... Bukan mummy tekak mummy dan anak-anak je puji kek caramel PELANGI Che Paung KL ni tau. 

Tapi, boleh di katakan semua, pelanggan mereka yang cerewet pun suka dan puji kak caramel PELANGI CHE PAUNG KL ni ha

Testimoni Kek Caramel Pelangi - siap nak promote

Testimoni Kek Caramel Pelangi - customer cerewet, tapi jatuh hati dengan kek ni



Testimoni Kek Caramel Pelangi - kek tak HANYIR, walau pakai telur

CARA BELI KEK CARAMEL PELANGI

okayyy.. Macam mana nak beli kek karamel PELANGI ni? Yang pertamanya, ini adalah bisnes online. So,  COD / DELIVERY / PICK UP hanya di SELANGOR DAN SEKITAR KL sahaja! 

Cara ya, hanya call atau wasap di : 010-2833025 (Yati) 

Harga kek caramel pelangi ini berharaga RM35 sahaja

Ha.. Murah. Kan! 

TOP KOMENTAR BLOG AZLINDAALIN BULAN JULAI 2019

TOP KOMENTAR BLOG AZLINDAALIN BULAN JULAI 2019 - Salam Jumaat semua ! Ampun korangggg ! Lama betul mummy cari mood nak update TOP KOMENTAR BLOG AZLINDAALIN BULAN JULAI 2019. Sepatutnya, bulan lepas (Ogos) mummy nak update..tup..tup temgok dah terlepas daaaa. Sebenarnya, mummy dah contact sesiap pemenang TOP KOMENTAR BLOG AZLINDAALIN BULAN JULAI 2019. Sebab mummy nak datang face to face gitu. Sebelum itu, mummy nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blog mummy yang beribu-ribu pembaca setiap hari. Thanks...thanks..thanks. Terima kasih sudi support dan baca blog mummy yang tak seberapa !

TOP KOMENTAR BLOG AZLINDAALIN BULAN JULAI 2019



TOP KOMENTAR BLOG AZLINDAALIN BULAN JULAI 2019 - Tahniah Kak Su ! Dari shuhaidakabdy.com ! Kak su ni kerap menang dalam TOP KOMENTAR BLOG MUMMY. Beliau dah pernah dapat duit cash, hadiah tudung dan juga hadiah dalam bentuk yang lain juga.

So, kali ini, hadiah special. Datang hantar sendiri hadiah + 2 pcs brooch +  kit kat 1 tupperware 

TOP KOMENTAR BLOG AZLINDAALIN BULAN JULAI 2019 ini sebenarnya, surprise untuk pembaca blog je. Penerima hadiah, awal-awal dah tahu hehehe.

Apapun alhamdulillah mummy sempat update juga dalam blog. Soon, mummy akan announce TOP KOMENTAR BLOG AZLINDAALIN BULAN OGOS 2019 pula.

Stay tune !!


Game On: Highest Number of Repost Wins RM1,000 Shopee Cash Voucher

Be the lucky winner to win RM1,000 Shopee Cash Voucher when you join the Shopee 9.9 Super Instagram Contest. Just follow @shopee_my on Instagram and repost the Instagram post (https://www.instagram.com/p/B2BlJ-1Hs7A/) with the caption "Buy everything at Shopee! #Shopee99SuperShoppingDay #Shopee99SuperContest". 


The highest number of repost will win RM1,000 Shopee Cash Voucher. Fifty (50) winners will also win the consolation prize of RM50 Shopee Cash Voucher each. Contest starts now and ends on 9 September 2019, 11:59PM. Winners will be announced on Shopee MY's IG. Terms and conditions apply.

The contest is part of Shopee’s signature annual shopping event, 9.9 Super Shopping Day. Taking place from now until 9 September 2019, the campaign offers greater deals and discounts across categories from brands such as Nutox, HP, L'Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, MR DIY and Nestle. To enjoy further savings, Shopee is bringing down the minimum spend for free shipping to RM9. 

Shopee also recently revealed its newest brand ambassador, Cristiano Ronaldo and he will be working with Shopee across its seven markets in a wide range of activities to engage and inspire people in the region.

Find out more about 9.9 Super Shopping Day at https://shopee.com.my/m/99