50TH SCOOBY-DOO'S BIRTHDAY PARTY AT BLOKKE CITTA MALL PJ !

50TH SCOOBY-DOO'S BIRTHDAY PARTY AT BLOKKE CITTA MALL PJ ! - Happy birthday to you ! Happy birthday to you ! Happy birthday to Scooby-Doo ! Happy birthday to uuuuu ! Korang baca ke nyanyi tu ? hehehe. Sebanranya , baru ini, mummy ke majlis sambutan hari jadi Scooby-Doo bersama Boomerang CH555 Unifi TV. Apa ? Mummy tak ajak? Mummy ada inform korang di SINI tau ! Dah terlepas pun, tak pe lah kan ! Siapa peminat cerita Scooby-Doo? Kalau minta. YES!! Samalah kita.....


50TH SCOOBY-DOO'S BIRTHDAY PARTY AT BLOKKE CITTA MALL PJ !




Anak-anak memang excited bila beritahu nak ke sambutan hari jadi Scooby-Doo. Walau daddy kerja pada hari tersebut. Mummy gigih bawa anak-anak ke sini. 

Bila anak-anak happy. Barulah mood mummy pun happy juga !


Makan breakfast dulu ! Sebelum majlis bermula 50TH SCOOBY-DOO'S BIRTHDAY PARTY AT BLOKKE CITTA MALL PJ !


Amek tempat dulu ! 


GLITTER TATTOO : AKTIVITI 50TH SCOOBY-DOO'S BIRTHDAY PARTY



aktiviti pertama, glitter tattoo.


videoshoot untuk Unifi CH555 Boomerang !





Siap !



Siap juga, Dzal punya !




Sebelum officail majlis bermuala, kita posing dulu dlaam Blokke ! Setiap inci best ! Syurga kanak-kanak !





Bila sudah start, senaman di mulakan !


Pembahagian kumpulan di jalankan !


Geng Dhia dan Dzal bersama Zara, Zakir & Zahir. 2D tu anak mummy, 3Z tu pulak, anak kepada owner Blokke (Sheane) dan Naz (pengacara JJCM TV3)

MISI MENCARI GEMSTONE : 50TH SCOOBY-DOO'S BIRTHDAY PARTY







Misi mencari Germstone berdasarkan hint yang di berikan. Setiap aktiviti mengandungi 1 hit !

BUAT KEY CHAIN : 50TH SCOOBY-DOO'S BIRTHDAY PARTY


Seterusnya, aktiviti buat key chain, Dhia memilih lukisan perempuan "Velma" antara watak perempuan bijak dalam cerita Scoob-Doo !


Dzal memilih untuk melukis gambar Scooby-Doo !


Siap melukis, sesi mewarna pulak !


Siap !




Dhia pun siap !




Antara hasil seni dari group anak-anak !



Siap dah keychain !

HEAD BAND & SNACK ATTACK : 50TH SCOOBY-DOO'S BIRTHDAY PARTY


Aktiviti seterusnya, di teruskan dengan membuat cekak rambut dan goodies bag !






Potong, gunting tampal ! Siap Snack Attack !


Dzal dah mengantuk, lemah buat kerja dah !

Where is Scooby-Doo? 50TH SCOOBY-DOO'S BIRTHDAY PARTY


Hari jadi Sooby-Doo tapi...mana Scooby-Doo ? Jeng..jeng..jeng. 


Masih ada misi lagi ! Last mission ! Lepas ni kita akan tahu di manakah Scooby-Doo !





Selesaikan kiraan dulu ye, Velma ! hahaha


Ada lagi hint !


Last but not least ! Yeayyyy it's Scooby-Doo !









Habis dah 50TH SCOOBY-DOO'S BIRTHDAY PARTY. Sambung main di Blokke, masa ni mummy malas dah nak amek gambar hehehe. Biar anak-anak enjoy main dalam tu !


Thank you Sheane, bagi kami masuk PERCUMA main dalam Blokke selepas habis event ! Anak-anak seronok dapat geng baru !

Oh ya..bagi yang ada UNIFI korang boleh tonton siaran Scooby-Doo di CH555, Boomerang tau !

Pencemaran Udara ! Jerebu ! Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser

Pencemaran Udara ! Jerebu ! Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser - Assalamualaikum dan selamat sejahtera ! Bila jerebu ini, kulit muka mummy lain macam sket lah ! Berpasir (macam jerawat kecil keluar) dan cepat gatal. Nasib baik mummy jumpa pembersih yang boleh menghilangkan 99% bahan pencemar^ mikro dan mengembalikan keserian kulit mummy. 

Pencemaran Udara ! Jerebu ! Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser




Pencemaran Udara ! Jerebu ! Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser ! Korang tahu tak, pencemaran seperti jerebu dan lain-lain pencemaran ini boleh memberi kesan tak bagus pada kulit muka kita yang sedang terdedah ini. 

Gaya hidup bandar ada kebaikan dan keburukannya, namun apabila ia berkaitan dengan kesihatan kulit kita, keburukannya melebihi kebaikan. Hidup di bandar ini mendedahkan kulit kita kepada serangan luar yang agresif dan salah satu ancaman paling serius ialah pencemaran udara. 

Sumber-sumber umum pencemaran udara termasuk asap diesel atau kenderaan yang menggunakan petrol, loji kuasa dan kebakaran terbuka. Malah di dalam rumah pun, kita tidak selamat dari bahaya pencemaran udara: merokok, dapur gas, wasap cat dan produk pembersihan rumah juga menyumbang kepada kebimbangan terhadap kebersihan udara. 




Dan, palin tak bagusnya. Oleh kerana pendedahan berterusan terhadap udara berkualiti rendah yang dipenuhi dengan bahan pencemar mikro, kulit kita mengalami kehilangan lembapan sebanyak 60% selepas hanya 7 hari!




Salah satu bahan cemar yang merosakkan kulit ialah Bahan Zarahan (Particulate Matter, PM). Kajian menunjukkan bahawa mana-mana PM dengan diameter 10 mikron atau kurang (≤ PM10) boleh menembusi kulit, menyebabkan masalah kesihatan yang serius, dan salah satu musuh terbesar kulit dalam lingkungan ini adalah PM2.5.





Isu ini amat membimbangkan bagi penduduk bandar - menurut hasil kaji selidik yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di lebih daripada 4,300 bandar, hanya 20% daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan dengan tahap PM2.5 yang boleh diterima!

Zarah PM2.5 adalah 20 kali lebih kecil daripada pori-pori manusia, membolehkannya menembusi dengan mudah hingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Memandangkan PM2.5 itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ia menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dilihat dan menjejaskan kulit kita termasuklah: kekeringan, kulit kusam yang disebabkan oleh pengurangan kolagen, gejala jerawat, pigmentasi dan bintik gelap, garis pramatang dan kedutan dan masalah kulit yang lain.





Neutrogena® memperkenalkan cara yang mudah dan berkesan untuk menghilangkan 99% bahan pencemar mikro PM2.5^ sambil mengembalikan seri kulit! Ambil langkah pertama ke arah kulit yang lebih sihat, lebih bersih dengan pembersih Neutrogena® Deep Clean®, Foaming Cleanser, pembersih pertama yang berasaskan gliserin tulen* yang terbukti secara klinikal untuk menghilangkan 99.9% kotoran dan bendasing dari kulit!



Menampilkan formula kawalan minyak yang tidak mengeringkan, pembersih berbusa ini menghasilkan buih yang kaya berkrim yang sampai ke dalam liang-liang pada kulit dan mengeluarkan bendasing seperti kotoran, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati. Sinar dan minyak di permukaan kulit dikurangkan sambil mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi. Manfaat daripada bahan utamanya, gliserin tulen, yang menyubur dan menghaluskan kulit menjadikan wajah kelihatan bebas cela, segar dan sihat berseri.

Lembut dan tidak merengsakan, gliserin adalah pelembap yang kuat yang menarik kelembapan dari persekitaran untuk mengekalkan kulit supaya sentiasa terhidrat. Menurut pakar, Gliserin meniru faktor pelembap semula jadi kulit (NMF) yang menjadikannya sangat sesuai untuk semua jenis kulit - walaupun pada kulit berminyak/kombinasi atau bermasalah! Manfaat lain Gliserin termasuk: mengurangkan kekasaran kulit, membantu melindungi kulit dari kerengsaan alam sekitar dan menguatkan halangan kelembapan kulit.

Untuk ketenangan fikiran, pembersih Neutrogena® Deep Clean® juga tidak komedogenik, bebas minyak dan telah diuji oleh pakar dermatologi.


Pembersih Neutrogena® Deep Clean® (RM19.90, 100g) boleh didapati di farmasi terkemuka di seluruh negara. Anda juga boleh membeli dalam talian melalui kedai rasmi Johnson & Johnson di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Neutrogena® atau ikuti Neutrogena Malaysia di Facebook www.facebook.com/myneutrogena .

^berdasarkan kajian keberkesanan klinikal ke atas zarah PM 2.5’
* Berdasarkan produk bilas yang dipasarkan dalam Neutrogena® mulai 2007 – 2017.


KELAS PROJECT ARTS DAN CRAFTS UNTUK ANAK !

KELAS PROJECT ARTS DAN CRAFTS UNTUK ANAK !- Assalamualaikum, apa khabar semua? Kemahen korang ek ! Macam-macam post cuti panjang baru ni. Seronok tengok aktivit korang tu ha. Cuti panjang baru ni, memang kami tak ke luar kawasan. Tak berjalan ke mana pun. Mereput di rumah je. Habiskan masa dengan anak-anak. Dalam pada tak ada aktiviti tu, tetiba rasa kesian pulak dengan anak-anak. Terus mummy gatal tangan, register bebudak ni KELAS PROJECT ARTS DAN CRAFTS UNTUK ANAK !. KELAS PROJECT ARTS DAN CRAFTS UNTUK ANAK ! ni bagus untuk otak kanan. Dan paling best, ada offer kat fave hanya RM5.50 je untuk 1 orang! Nak diskaun boleh klik : https://myfave.com/invite/N0RHQ?city=kuala-lumpur


KELAS PROJECT ARTS DAN CRAFTS UNTUK ANAK !




Sementara anak-anak - Dhia dan Dzal dalam KELAS PROJECT ARTS DAN CRAFTS UNTUK ANAK . Mummy lepak dengan  Daim je. Nasib kat Hall school ni ada buku, color dan mainan. Seronok lah Daim tu ha layan hehe. 

Mummy pun bolehlah me time sekejap ! 



Mummy suka galakkan anak-anak membuat art. Agaknya... sebab mummy bukan jenis orang berseni, lukis dan mewarna pun tak lawa. So..tak nak anak ikut jejak mummy hahaha. Kalau boleh nak depa ni belajar teknik dan melukis. Dan, yang penting lebih pandai dari mummy !

Tengok gambar atas tu, comelnya hasil kerja melukis dan mewarna student sini. Kreatif! 



Daim feeling sekolah jugak tu.. Haha sekolah main kekdahnya! 


Hasil kerja Dzal

Masa kelas art craft bebudak ni bermula, mummy tak pergi tengok pun Dhia dan Dzal buat kerja. Sebab Daim suka kacau abangnya. Takut abangnya tak bolegh fokus nanti

Dah lah, abangnya tu lelaki. Pepahamlah budak lelaki ini, age macam Dzal ni, suka main.

Salah satu sebab mummy bawa depa ni pun sebab nak elakkan dorang asyik main 24 jam kat rumah. Dan, cuti panjang ni, depa ada jugaklah aktiviti dorang,kan !


Hasil kerja Dhia

Kelas anak-anak dan selesai... Tadaaa siap dah craft dorang. Buat beg duit comel!

Art craft ni, menggunakan teknik menggunting, gam, menjahit dan menampal.Untuk age Dhia tu, teknik menjahit adalah perkara baru.

Dzal pulak, banyak pengalaman baru juga tu ha. 



Kat mana mummy bawa budak-budak ni beraktiviti KELAS PROJECT ARTS DAN CRAFTS UNTUK ANAK selama 1 jam? Tadaaaa di My Art Studio Bukit Jelutong je ! Dekat dan senang parking. 

Kalau korang nak tahu lanjut aktiviti lain disini, korang boLeh layari ke :


214 BUAH SEKOLAH DI SELANGOR TUTUP AKIBAT JEREBU

214 BUAH SEKOLAH DI SELANGOR TUTUP AKIBAT JEREBU - pagi ni, mummy dinkejutkan dengan bacaan IPU yang agak tinggi di Shah Alam iaitu lebih 200 bacaan ya. Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika IPU bacaan melebihi 200,sekolah akan tutup. Tup.. Tup 3 pagi 18 September 2019. Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan MEMO sekolah PPD Petaling Perdana, PPD Kuala Selangor, PPD Gombak, PPD Petaling Utama, PPD Sepang, PPD Kuala Langat, PPD Hulu Langat , PPD Klang, PPD Sabak Bernam tutup sehingga di beritahu kelak bila akan di buka semula

SENARAI 214 BUAH SEKOLAH DI SELANGOR TUTUP AKIBAT JEREBU













Alhamdulillah, anak-anak boleh berehat! Depa pun dah mula selsema dah tu. Mummy ni, tak pe. Jerebu pun, kerja tetap on! Beginilah kerja sendiri kan.. Kais pagi makan pagi hehehe

Jadi, jikalau ada yang nak buat appointment dengan mummy untuk Hibah PERCUMA, medical card, investment atau home loan. 

I am available tau! Hehe wasap je http://wasap.my/60126460421


23 BUAH SEKOLAH DI PERAK TUTUP AKIBAT JEREBU!

23 BUAH SEKOLAH DI PERAK TUTUP AKIBAT JEREBU!  - Assalamualaikum semua. Ada readers dari Perak ke ni? Okay sebenarnya, dari tengah hari tadi mummy dah nampak status sepupu mummy dari Manjung Perak. Beliau mengatakan bahawa jerebu di Perak amat teruk! 


23 BUAH SEKOLAH DI PERAK TUTUP AKIBAT JEREBU! 


Tup.. Tup Kementerian Pelajaran update status di FB mereka sebanyak 23 BUAH SEKOLAH DI PERAK TUTUP AKIBAT JEREBU! 


! Bila sekolah tutup, ini bermakna bacaan jerebu di sana melebihi 200 IPU. 

ALLAHU.. Shah Alam yang mempunyai bacaan 170 dan ke atas ni pun. Mummy dah rasa sesak! Sian juga kat anak-anak kecil ni sebenarnya! 

Jaga ke sihat tau anak-anak. Dewasa pun sama juga, walau peparu kita kuat. Bukan lah bererti kita kuat juga. 

Minum air masak banyak, tutup muka dengan mask dan kurangkan aktiviti luar.

Mummy dan daddy memang kerja di luar huhu. Memang kena kuat dan cekal hadapi jerebu gamaknya huhu