ARISTO MESIN KOPI VIRAL DAN MURAH RM1 DI PERAK !

ARISTO MESIN KOPI VIRAL DAN MURAH RM1 DI PERAK ! - Hai hai hai..ada orang Perak ke yang sedang membaca blog mummy ! Sana sini cerita pasal mesin kopi / coffee machine RM1 yang viral tu kan ! Murah betul si Aristo ni offer. Apa yang mummy tahu dari pengalaman mummy. Mesin kopi / coffee machine memang mahal nak mam***

ARISTO MESIN KOPI VIRAL DAN MURAH RM1 DI PERAK !



Kenapa keluar pulak entri ARISTO MESIN KOPI VIRAL DAN MURAH RM1 DI PERAK ! Hehehe. Kakak sepupu kita kat Perak yang mula pakai dulu. Pastu kita pun terpegun pulak dengan mesin ni. Mummy bagitahu kakak sepupu tu ha. Mummy tak suka kopi. Rupanya mesin kopi viral RM1 ni boleh pakai untuk air coklat Aristo dan juga teh Aristo.

Ha... Mesin ni bukan utk KOPI semata-mata 

Mak aiiii...ni dah cukup menggoda mummy.

Oleh kerana mummy dah tergoda. Sekarang mummy nak goda korang pulak untuk entri mummy ARISTO MESIN KOPI VIRAL DAN MURAH RM1 DI PERAK !



Kenapa Perlu Beli Jika Boleh Dapat Lifetime Warranty Dengan Hanya Menyewa..?"


"Revolusi Mesin Kopi RM 1..
Dengan RM 1 Sebulan..
Anda Boleh Menyewa Mesin Kopi Itali Arissto..
Sambil Menikmati 10 Keenakan Kopi Itali Pada Bila-Bila Masa..
Arissto..
Kopi Itali Dari Itali.."

Apa yang best mesin kopi viral ni. Segala kerosakan ditanggung syarikat..

Rosak ??? ganti mesin lain je !! 
Lifetime WARRANTY selama mana anda langgan.. Mudah dan menjimatkan..



Rekaan menarik..




Tanpa sebarang KONTRAK..




Bijian kopi terbaik..





Bermacam pilihan..Mudahnya Membuat Kopi 


Untuk langganan kali pertama, anda akan diberi 1 "sleeve" mengandungi 10 kapsul kopi + 10 kapsul susu lagi secara PERCUMA..!! 

**Tertakluk kepada terma dan syarat*


Harga kopi 1 "sleeve" serendah *RM 17.90* sahaja.. 
Murah tau bagi kopi bergred PREMIUM..!!

Manakala harga susu khas untuk kopi ini cuma RM 15.00.. 
Juga dalam 1 "sleeve" mengandungi 10 kapsul..


Sesuai di rumah, pejabat & perniagaan..


"Revolusi Mesin Kopi RM 1..
Dengan RM 1 Sebulan..
Anda Boleh Menyewa Mesin Kopi Itali Arissto..
Sambil Menikmati 10 Keenakan Kopi Itali Pada Bila-Bila Masa..
Arissto..
Kopi Itali Dari Itali.."


CALL/WASAP 016-5036057


Tersedia dengan 6 jenis kopi, susu dan coklat..


Susu..



Coklat..



In Love..



Passion..



Lonely..



Sunrise..



Luna..



Amico..




HALAL ATAU TIDAK..?

Kopi yang disediakan datangnya dari Itali.. Ini menimbulkan keraguan pengguna khususnya umat Islam.. Buat pengetahuan, sampel kopi telah dihantar kepada pihak berwajib yakni JAKIM untuk mengesahkan bahawa kopi yang disediakan adalah halal dan selamat untuk diminum..


Semak di SINI




YOUNG LIVING OWL DIFFUSER ADA LAGU / BUNYI DAN WARNA IKUT MOOD !

YOUNG LIVING OWL DIFFUSER ADA LAGU / BUNYI DAN WARNA IKUT MOOD ! - Terjebak juga beli Diffuser Young Living  ! Sesebelum ini, mummy beli roll on je. Yang siap dilute tu,tinggal pakai aje ! Bila client mummy (customer AIA) beritahu ada diffuser baru keluar, limited edition dan ada free oil. Mummy terus beli satu set ! Lagi satu, untuk bagi anak tenang juga, ye lah mummy kan selalu bebel kat rumah. Tak mahu anak stress dan mereka rasa tertekan. Rasanya, tak salah kalau kita mencuba beli satu. Rasa tak okay nanti, boleh jual kan hahaha.

YOUNG LIVING OWL DIFFUSER ADA LAGU / BUNYI DAN WARNA IKUT MOOD !



YOUNG LIVING OWL DIFFUSER ADA LAGU / BUNYI DAN WARNA IKUT MOOD ! ni tak sama macam diffuser Young Living sesebelum ni. Hat owl ini ada macam-macam warna dan juga macam-macam bunyi. Ikutlah pilihan memasing.


Kat belakangnya ada butang adjust volume dann pemilihan lagu


untuk tukar warna, just touch kaki owl ni.Pilihlah mana berkenan















Yang bestnya, beli YOUNG LIVING OWL DIFFUSER ADA LAGU / BUNYI DAN WARNA IKUT MOOD ! dengan Ina ni, ada dapat free gift extra. Spearmint dan harmony ! Spearmint ni, bau dia sangatlah sedap ! Nanti nak beli spearmint pulak !

Apa fungsi bau-bauan yang mummy pakai? Okay fungsinya

LEMON

Dalam 15ml EO Lemon, terkandung di dalamnya kebaikan 75 biji Lemon yang TERPILIH. Yang ditanam dan diekstrak sendiri formulanya oleh Dr Gary Young, founder Young Living. Minyak pati yang di hasilkan secara cold-pressed daripada kulit Lemon. Kulit adalah bahagian yg paling padat nutrien dari lemon dari segi fitonutrien larut dlm lemak. Ia juga kaya dgn d-limonene yg mempunyai antioksidan yg tinggi dalam melawan kanser.

Antara keluarga citrus paling murah antara citrus yang lain dan mampu milik dan tahan lama mengikut cara penggunaan. 

1. Lemon paling terkenal kerana ia mampu membersihkan toksin dari mana-mana bahagian badan dan digunakan secara meluas untuk merangsang saliran limfa, untuk meremajakan tenaga, membersihkan kulit dan bertindak sebagai pengusir serangga.

2. Lemon juga boleh digunakan untuk memasak kek, cookies, infused drinks, lemonade dan lain-lain. 

3. Lemon merupakan salah satu bahan aktif utk mencerahkan kulit.

4. EO Lemon bagus utk detoks, masalah sembelit serta boleh menghancurkan batu karang

5. EO Lemon sebagai membersihkan udara rumah dan house hold cleaner

6. EO Lemon juga dapat mencairkan kahak dan berikan ketenangan fresh !

LAVENDER

Biasalah sapa tak kenal dengan lavender ni. Untuk ketenangan, anti stress dan banyak lagi

SPEARMINT 

Spearmint ni bau mint, segar bak pudiana. Segarkan jiwa dan bagi diri fresh. Untuk tidur pun boleh pakai. Mummy rasa selesa tidur dengan bauan fresh ala chewing gum ni.

Selain itu, ianya membantu :

1. Digestion
2.  Tension
3. Bagi relaks
4. Untuk weight loss
5. Circular health dan banyak lagi

HARMONY


Ha, bagi yang sukar nak menjiwai pemikiran positif. Tadaaaa...meh positive kan diri dengan EO Harmony !

Bau dia ada sedikit bersifat wood dan keras, tapi bila dah diffuse tu. Okay je. Layan je bau tu.

Totally sedap semua bau-bauannya.

Setiap malam, mummy akan urut manja anak-anak dengan EO YL atas ni. Selebihnya, akan dropkan 6-7 titik dalam diffuser untuk tidur malam yang lebih relax

CARA GUNA DIFFUSER YOUNG LIVING FEATHER OWL



Macam mana nak gunakan diffuser YL Owl ni, ha...bab tu korang boleh tengok video d atas ye !

Sebenarnya, kalau korang nak tahu. Mummy memang suka pada wangian.

Sebelum ni, dok beli pewangi kat kedai je letak dalam rumah dan juga letak dalam bilik.

Bila tengok budak sekarang dunia kehidupannya berbeza dari dulu dan mudah stress. So, mummy dapatkan juga satu.

Mummy mula pakai sebelum dorang exam manja kat tadika tu, kononnya nak bagi dorang relax.

Padahal, dorang tu ...anak-anak kami dopolohpatjam memang relax aje  hahahaha

Nak beli kat aman Young Living ni?

Mummy beli dengan Ina (di Putrajaya) je. Korang kalau nak beli dengan dia boleh wasap je  http://wasap.my/60124675831/YL


DHIA DAN DZAL PELAJAR CEMERLANG TABIKA KEMAS TSB 2019

DHIA DAN DZAL PELAJAR CEMERLANG TABIKA KEMAS TSB 2019 - Alhamdulilah  anak-anak dah abes periksa. Hehe periksa lah sangat ye ! Apa pun, alhamdulillah majlis penyampaian hadiah pun dah berjalan dengan lancar. Tahun 2019, sekolah TABIKA KEMAS anak kami ini buat sekali harung untuk majlis penyampaian hadiah akademik, sukan dan family day. Penat ! Tapi, bila tengok kids are happy. We as parents turut rasa hilang pada kepenatan yang ada !


DHIA DAN DZAL PELAJAR CEMERLANG TABIKA KEMAS 2019


Post entri kali ini DHIA DAN DZAL PELAJAR CEMERLANG TABIKA KEMAS 2019 bukanlah satu kebangaaan bagi kami as parents. Yes, perjalanan mereka masih panjang dan sangat panjang. Cumanya..macam biasalah segala mak nenek memori kami sekeluarga memang mummy abadikan dalam blog. Senang nak recall dan complete jalan ceritanya. Lagi pun , blog mummy ni ala-ala diari. 


Dzal Aidi Fiqry

Kami as parent. Tak pernah meletakkan harapan yang tinggi menggunung untuk anak kami. Belajar? Normally memang tak paksa dorang belajar pun, unless kalau dapat complaint dari cikgu. Macam si Dzal ini,  awal  tahun persekolahan nangis bila kena banyak tulis dan warna. Penat tangan katanya ! So, mummy terpaksa cari jalan Dzal suka mewarna. Belikan macam-macam jenis color (pencil, crayon, dan lain-lain).


Dan, Dzal ni suka layan PUBG ! Hahaha..ikut daddy dia lah tu. Mummy tak kisah jugak, as long as jangan 24 jam main games !

Untuk membaca, Dzal masih merangkak lagi. Ye lah kan, 5 tahun. Eh..tapi Dhia dulu 5 tahun dah lancar membaca. Risau jugaklah ! Tapi, cikgu kata normal.

Sebelum periksa aritu, memamg mummy one to one dengan cikgu. Sebab risau Dzal ni banyak main ke banyak berangan kat sekolah. Selalu buat muka blur....hahaha. Dah macam pelawak dah mummy rasa. Dan, kalau Dzal buka mulut dan cara bercakap pun dah buatkan orang lain gelak sakan.

Cikgu beritahu mummy, susah nak cakap dan susah nak buat keputusan macam mana Akademik Dzal. Cikgu suruh mummy tunggu je result exam Dzal. Dari periksa ni, barulah cikgu dapat menilai tahap anak muridnya.

Mummy berdebar sangat masa minggu exam, tapi mummy bukan suka push bab belajar. Takut anak-anak rasa bosan dan satu paksaan bagi dorang. Terpulang diri dorang jugak lah. 

Setiap malam, mummy akan tanya. "nak baca buku ke?" "nak mewarna sama mummy ke?" . Kalau Dzal tunjukkan positive sign, mummy dah cukup happy. Dan teruskan sesi pembelajaran. 

Dhia Batrisya


Alhamdulillah dah fasih baca buku English. Banyak belajar di sekolah dan banyak berlatih sendiri aje ! Mummy tak sempat nak monitor 24jam 1 to 1 dengan Dhia. 

BFF, tahun depan ada 1 org kwn Dhia tak sama sekolah dengan Dhia

Memori bersama kawan ! Last year di zaman tadika


Moga persahabatan berpanjangan !

Dhia tak sama macam Dzal. Biasalah pempuan ni... rajin dan multi tasking. Betul tak wahai kaum HAWA ? :) hahaha

Dan, mummy tak meletakkan harapan juga pada Dhia. Biasalah, budak-budak sekarang semua bijak pandai dah. Lelagi Pelajar perempuan, memang semua bijak dan pandai. 

As long as, Dhia pandai baca, mengira, menulis. Mummy dah happy dah.

Keputusan periksa

Yes, minggu exam habis. Masa ni, mummy tak ada tanya cikgu pun tentang result anak-anak. Hormat keputusan cikgu dan menanti je hari penilaian (anugerah akademik)

Cuma ada bertanyakan sahaja pada anak-anak . Macam mana dengan exam. Dhia macam biasa, jawapannya OK je.

Dzal pula jawab, tak OK, dengan selambanya hahaha. Budak ni memang suka buat selamba dengan muka blur dia. Dalam hati kami suami isteri.. "erm.. Koyak lah result exam Dzal ni" 

Alright..hari sukan, hari keluarga dan hari penyampaian hadiah akademik dah berlangsung.

Hari yang mendebarkan mummy dan daddy. Apalah nasib anak kami. Di tangga manalah pencapaian mereka.

Tup tup...





Dhia Batrisya mendalat anugerah cemerlang pelajar 6 tahun (2019) kelas pagi. Bukan itu sahaja. Dhia juga terima anugerah cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga Matematik 



Yang paling mummy dan daddy terkejut. Dzal juga merupakan pelajar cemerlang 5 tahun untuk tahun 2019 kelas pagi. Serta cemerlang dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu juga untuk 5 tahun. Huhu.. Anak lelaki ni suka bagi surprise, ke? Memang Dzal ni, banyak nau surprise dia! 

Sama pulak, anugerah yang di terima oleh Dzal dengan kakaknya. Padahal kertas periksa 6 tahun dan 5 tahun tak sama.'

Masa penyampaian hadiah, bila nama Dzal di panggil. Dzal masih blur, hahaha 3-4 kali cikgu panggil. Dah semua gelak. Padahal duduk depan tu ! 

Gitulah Dzal ni, ada bakat raja lawak ke hape ntah !




Banyak hadiah dorang dapat . Dari anugerah pelajar, hadiah hari sukan dan lain-lain.

Mummy cukup berterima kasih pada semua cikgu-cikgu di Tabika KEMAS TSB. Insyaallah Dzal akan bersekolah 6 tahun di Tabika KEMAS yang sama. Insyaallah

Mummy masih ingat masa mummy buat entri blog dan post di FB tentang nak sekolah kan Dhia di Tabika KEMAS. Ramai tak setuju. Kerana Tabika KEMAS sekolah makan, sekolah main je ! Tak belajar pun ! Bagi mummy senang je, masih awal nak judge. Kita bagi je sekolah KEMAS dulu. 

Dan tujuan, mummy buat entri ini adalah nak beritahu pada semua. Tabika KEMAS masih relevan . Mummy pun tabika KEMAS juga masa berumur 6 tahun hehehe.

SERONOK SHOPPING DI SHOPEE , BILA ADA VOUCHER DISKAUN !

SERONOK SHOPPING DI SHOPEE , BILA ADA VOUCHER DISKAUN ! - Shope ni dah jadi tempat kegemaran mummy untuk window shopping tak kira siang malam hehe. Syiok pulak, cuci mata untuk isi masa lapang haha. Baru-baru ini, mummy dapat voucher. Hasil dari redeem point AIA Vitality. Dan, kebetulan memang asyik lupa je beli deodorant, berus gigi anak (6 bulan sekali tukar, atau dah buruk), beli tali jam MiBand (fitness watch), dan beberapa barangan lain.

SERONOK SHOPPING DI SHOPEE , BILA ADA VOUCHER DISKAUN !




SERONOK SHOPPING DI SHOPEE , BILA ADA VOUCHER DISKAUN ! jimat kalau ada voucher, tak terasa banyak sangat RM keluar kan. Alang-alang tu. Kita borong terus sekali gus apa yang nak di borongkannya. Jimat duit pos juga !

Dalam gambar atas tu, ada downy, mandian anak, dedorant mummy daddy, berus gigi, ubat gigi anak, bedak muka mummy.





Atas ni pual, beli tali jam baru, screen protector untuk MiBand Xiomi kami laki bini.





Screen protector ini siap ada quote lagi ! I can and I will ! Yes, kita kena positif hari-hari !

Total keseluruhan adalah RM50++. Tapi, mummy habis dalam RM30++ sebab ada voucher RM10 x 2 hehehe.

Voucher AIA Vitality husband pun kita rembat sekali daaaaa.....