FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON

FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama peram FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON entri dalam blog. Gambar bukan main banyak, lambat update tu.. Sebab nak kena letak watermark. Bukan kedekut,  sesebelum ni, gambar kami untuk trip bercuti  kadang-kadang tak larat bubub water mark. Tapi, belajar dari sesebelum ni.. Gambar kami bercuti ke Taiping, sakan admin FB Taiping Zone cilok. Banyak jugak lah huhuhu. So, bila nak buat entri jalan-jalan ni, mummy lebih prihatin. Lelagi bila trip tu kita pakai duit kita sendiri. Ehemm, kalau sponsor trip tak apa lah juga, kan (eh, ada yang nak sponsor ke??). Okay sebelum mummy melalui lebih lama. Jom lah cuci mata dengan gambar-gambar yang menarik di Rumah Terbalik Port Dickson 

Kami ke sini, sebab sekolah anak-anak kami buat hari sukan, family day di PD. Sebelum bertolak balik ke KL. Daddy ajak singgah 1 tempat sahaja di PD. ye lah, memasing dah penat. Tak larat nak berjalan dah, dok fikir rumah dan nak rehat aje. 



Seram tak, hahaha bebaru ni mummy letak kat FB. Ramai cakap seram, bila tengok gambar ni. Macam real katanya. 

Yup, memang dasyat tau arts dalam Rumah Terbalik Port Dickson (PD) ni. Amazing... dengan karya yang ada dalam ni. 

Pandai posing, camera pun on point . Memang Hasilnya superb! 

GAMBAR FAMILY KAMI DI FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON



Ni semua gambar sekeluarga kami, alhamdulillah staff di Rumah Terbalik PD ni semua bagus-bagus. Siap tolong ambil kan gambar. 

Ada juga juru gambar yang professional akan datang dan ambil kan gambar. 

Cumanya, kami tak beli pun. Harga boleh tahan lah macam biasa. Tapi, bila memikir kan gambar dalam phone pun dah beratus. Rasanya, cukup lah kot. 

Tak perlu beli lagi


Huhu cantik tak dapur kami... 


Living hall ke kononnya 





Sesekali kita romantic lah laki bini, bukan selalu bergambar sweet-sweet gini kan. Hehe




Adegan dalam jamban pun layannnnn



Rumah Terbalik PD ni 2 tingkat. Tangga untuk naik tingkat atas pun punya lah lawa... Design keyboard. 




Tingkat atas lebih kepada 3D, 4D arts. Memang teruja mummy tau. Sebab pandai pusing kamera, pandai ikut skill (ada Contoh dan tips di berikan) memang gambar akan nampak tricky. 




Manjat, Jangan tak manjattt


Pam. Kasik kuat, Dhia.. 


Rumah mini super cute


GAMBAR DADDY DI FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON




Daddy in action.. Terbang ke tu, b haha



Amboi, kepak sakat naaaaa.. 



Yeah... Dah kurus.. 


Buka pintu ke tahan pintu, tuuu



Cita Cita nak jadi gimnas hahaha



Cita Cita nak jadi spiderman kaaaa

GAMBAR ANAK-ANAK DI FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON


Dhia pulak, mummy as usual photographer yang berjaya hahaha. 






Memasing tak lepas kan peluang untuk posing. 



Spider girl ke tu haha



Hantussss



Dah kenapa tu... 



Dzal dan Daim pun posing gak



Jom makan depa hahaha



Cute rumah ni, suka sangat


Dah... daddy anak beranak pulak in action


Mummy ada beberapa je gambar, malas nk posing. Kang 20x snap tak jadi. Mampuih daddy ajak balik teruih kang haha

Daddy bayar masuk sini, so mummy jadi photographer pun.. Mummy ok je





Titanic katanya... 






Ops..kerusi patahhh



Inject, jgn tak inject








Rumah hantussss... Serammmnya... Haha


Berapa harga masuk ke Rumah Terbalik Port Dickson ni? Harga masuk ke sini, boleh tahan lah. Tapi, berbaloi sangat-sangat. 

Korang boleh tengok hasil seni dalam ni. Amazingggg

Tiket Masuk Rumah Terbalik Port Dickson


Warganegara Malaysia Dengan Mykad
Dewasa : RM20
Kanak-kanak (12 tahun ke atas ): RM15
Warga Emas: RM 15

Bukan Warganegara
Dewasa: RM 25
Kanak-kanak : RM20
Warga Emas : RM 20

Waktu operasi : Setiap Hari, 9 pagi - 10 malam

Rumah Terbalik
Alamat
Rumah Terbalik atau Art Galery Upside Down No 13A & 15, Jalan Coral Walk,Batu 9,Jalan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan





5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 WITH YB HANNAH YEOH

5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 WITH YB HANNAH YEOH - Oh my,,,lamanya mummy tak ke sharing atau talk mengenai parenting. Rindu nak tambahkan ilmu dalam parenting ni ha. Alhamdulilah, tahun ini, mummy di berikan kesempatan untuk menghadirinya. Diam tak diam dah 5 tahun rupanya Baby Day yang Tollyjoy anjurkan. Congratulations Tollyjoy !

Tollyjoy Baby Day 2019 kali ini pihak Tollyjoy Corporation bekerjasama dengan PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) Jaya One dan juga OrphanCare Foundation .

5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 WITH YB HANNAH YEOH

5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 WITH YB HANNAH YEOH

5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 WITH YB HANNAH YEOH dengan tema tahun ini, PARTNERS IN PARENTING. Alamak, rugi tak bawa my partner in crime hahaha. Bagus kalau dedua dapat hadir,kan. Topik untuk talk kali ini, adalah sebagai sebuah platform pendidikan yang menemukan pakar dan ibu bapa untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan pengehtahuan dalam membesarkan anak-anak. Berbalik kisah Baby Day 2019 yang dianjurkan oleh Tollyjoy ini, tahun 2019 ni special tau. Sebab apa?

5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 WITH YB HANNAH YEOH

5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 WITH YB HANNAH YEOH

Sebab 5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB HANNAH YEOH. Best dengar sharing dari beliau. Beliau berkata, sibuk macam mana sekali pun..mereka sebagai ibu bapa, beliau akan meletakkan hari Ahad sebagai hari untuk keluarga. Yes, this is real mummy in the world. Mummy suka cara YB Hannah. Kerja memang tak akan habis even 24 jam pun, tapi family mesti letak sebagai keutamaan.

5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 WITH YB HANNAH YEOH

YB Hannah juga seorang breastfeeding mom, beliau menyusukan badan anak beliau sendiri. Manakala suami, akan membantu dari segi lain. Ni pun mummy setuju juga. Dalam rumah tangga perlu ada kerjasama. Bukan semua di tanggung oleh isteri seorang. Unless, yang PJJ dengan husband. Tu memang agak sukar sedikit lah,kan.

Mummy pernah PJJ 6 bulan dengan suami. Mak aiiii....setiap masa boleh jadi singa jadiah bila anak-anak bersatu huhu.



Korang boleh lihat video dari YouTube mummy untuk sedikit sedutan live dari perkongsian YB Hannah Yeoh

5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 WITH YB HANNAH YEOH

5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 turut di saksikan Pn Suzlina Abd Hamid - Timbalan Pengarah PPAS, Puan Nor Aishah Osman - Pemegang Amanah OrphanCare, Mr Mark Tan- Pengarah Tollyjoy, Pn Khor Geok Kee - Pengarah Tollyjoy Corporation.


5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 WITH YB HANNAH YEOH

Banyak perkongsian menarik Partners in Crime 5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 terutama topik yang pelbagai seperti sebelum dan selepas kehamilan, kesihatan bayi dan anak kecil serta bagaimana seorang bapa untuk mengimbangi peranan sebagai ibu selepas kehamilan.

Turut berkongsi Ben Ashari (Blogger) dan juga Alan (confinement daddy).

5TH YEAR OF TOLLYJOY BABY DAY 2019 WITH YB HANNAH YEOH

Terima kasih YB Hannah, terima kasih Tollyjoy kerana berikan mummy peluang dalam mengembangkan ilmu parenting.

Bagi yang tidak berkesempatan, korang boleh ikuti sesi Partners in Parenting ni di media sosial Tollyjoy :-





VACUUM CLEANER MIDEA MURAH, RINGAN DAN SENANG SIMPAN

VACUUM CLEANER MIDEA MURAH, RINGAN DAN SENANG SIMPAN - Hai korang, busy mengemas rumah ke di kala weekend? Eh..samalah kita, busy ni ha mengemas rumah. Sejak ada VACUUM CLEANER MIDEA MURAH, RINGAN DAN SENANG SIMPAN lagi lah senang keje rumah mummy. Vacuum baru, beli sedasss lah sebab geram tengok comel. Kalau mummy rasa malas nak menyapu atau vacuum. Anak-anak pun boleh bantu, kurang lah beban yg mummy nak kena pikul hehehe


VACUUM CLEANER MIDEA MURAH, RINGAN DAN SENANG SIMPAN 




Walau di rumah kami memang sedia ada vacum dan rumah mak pun dah memang ada vacuum. Tetap lah rasa nak beli hat ni, sebab anak-anak kami kuat makan macam-macam. Pulak tu sepah sana sini, bila ada vacuum gini. Tak payah risau bab makanan yang bersepah atas karpet tu. 




Memang senang sangat lah ada VACUUM CLEANER MIDEA MURAH, RINGAN DAN SENANG SIMPAN. Memasing rajin bantu mummy hehe. Bunyi vacuum ni pun tak kuat sangat. Normal vacuum agak kuat bunyinya. Daim sangat takut, kalau mummy nak vacuum. Huhu makin susah nak mengemas rumah




Nak pasang VACUUM CLEANER MIDEA MURAH, RINGAN DAN SENANG SIMPAN ni sangat lah mudah. 

Nak cabut dan bawa ke sana sini pun mudah! 

Vacuum ni sbnrnya 2 in 1, boleh buat sebagai hand vacuum dan normal vacuum. 

Cumanya, vacuum ni kena menggunakan plug electric, ianya bukan rechargeable ye. 

Yang rechargeable punya vacumm tak dapat lah bawah RM100 dek non oiii 😂



Mummy lama dah survey vacuum ni, online pun survey juga. Tapi, tak beli pun online. Sebab ni barangan elektrik yang agak fragile. So, batalkan niat nak beli online. Walau online pun ada warranty. Kang, tak memasal menambahkan menyulitkan keadaaan lagi.. 

Dah.. Dah.. Tak nak beban kan akal fikiran. Bi je walk in memana kedai je lah. 

Tak di nafikan VACUUM CLEANER MIDEA MURAH, RINGAN DAN SENANG SIMPAN  harga nya sangat murah. Dalam RM68, RM78 boleh dapat! Untuk online lah! 

Tapi, mummy beli di kedai Court Mammoth, selepas jumpa client mummy untuk hantar polisi insurance. 

Alang-alang sebelah courts mammoth, terus grab je lah 1. Court mammoth pun boleh beli cash ye. (sebab ada yang tanya, amek hutang ke, Allahu, CASH dek non weii?) 

Malas nak survey kedai lain, Almaklumlah mummy ni kejar masa. Rugi kalau masa di bazirkan. 

Terus masuk courts, tgk harga ok dan teruslah grab!




Harga : RM99 masih murah lah juga. Berbanding vacuum biasa kan.