Convocation Day Dhia / Hari Apresiasi 2019 Tabika KEMAS Zon DUN Kota Damansara

Convocation Day Dhia / Hari Apresiasi 2019 Tabika KEMAS Zon DUN Kota Damansara - Alhamdulillah selesai sudah majlis konvo Dhia, kalau sebelum ini anak kami ada terima hadiah pelajar cemerlang dari Tabika nya sendiri (Baca : SINI . Kali ini, naik pentas lagi untuk Tabika KEMAS Dun Kota Damansara pulak. Bezanya, majlis Convocation Day Dhia / Hari Apresiasi Tabika KEMAS Zon DUN Kota Damansara hanya untuk kanak-kanak berumur 6 tahun. Dan ianya bergabung dengan Tabika KEMAS yang lain.

Convocation Day Dhia / Hari Apresiasi 2019 Tabika KEMAS Zon DUN Kota Damansara



Convocation Day Dhia / Hari Apresiasi Tabika KEMAS Zon DUN Kota Damansara untuk tahun 2019 ini di adakan di Kem PERHEBAT Sungai Buloh. Tak jauh dari rumah Tok Mak, dalam 30 minit dah sampai dah. Daddy tak dapat nak hantar kami. Makanya, mummy drive bawa anak-anak. Daim tinggal dengan tok maknya, risau Daim boring dan bosan je kalau ikut. 

Pagi tu, sempat singgah beli air dan roti untuk anak-anak. Mummy pun 1st time ke majlis ini. So, tak tahu ada jual air ke tidak, sarapan ada ke tidak. So, ada baiknya siapkan awal-awal , beli terus sebelum masuk ke kem.





Alhamdulillah, daddy pula datang tepat pada waktunya. Sebelum nama Dhia di panggil untuk anugerah pelajar cemerlang sekolahnya.

Mummy dah daddy di minta iringi anak ketika penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang. Dzal duduk di kerusi jaga tempat je hehehe.

Good boy sorang ni, dengar kata !




Tempat duduk kami pun special, paling depan berbanding ibu bapa lain. Terima kasih Dhia. Kalau Dhia tak terpilih untuk pelajar cemerlang. Mau mummy duduk belakang sekali huhu.

Sebab mummy bantu kawan-kawan Dhia untuk pakai jubah di luar dewan.


Sebelum naik pentas, beratur menanti turn. Terima kasih cikgu ambilkan gambar kami.




Naik pentas mengiringi Dhia. Terharu sekejap, bila mummy daddy di panggil naik.


Cikgu Ina, terima kasih cikgu



Cikgu Ida - Terima kasih cikgu



Bff Dhia, Aimi


Kami bertida sebelum daddy sampai, daddy kerja sebenarnya.


Barisan kawan-kawan Dhia


Barisan pelajar cemerlang dari Tabika KEMAS yang berlainan tempat. Depan Dhia Batrisya, Dhia juga namanya. Dhiya Saffiya (jubah purple) sama sekolah tapi beliau sesi petang. Nama bapa pun sama Mohd F...(sama bermula huruf F)





Gambar beramai-ramai, memasing tak boleh angkat kepala. Dah panas hehehe.

Seronok depa, kecik-kecik dah merasa konvokesyen dan pakai jubah. Dedulu zaman mummy tak ada majlis macam ni. Habis tadika je...Byeeeeeeee..hahaha. 

Konvo bebudak dan konvo dewasa kat U tu tak sama tau. Mencabar lagi handle konvo kids sebenarnya hehe. Nasiblah semua cikgu-cikgu Tadika ni penyabar orangnya.

Next year, Dzal pulak 6 tahun, nanti kita tengok macam mana konvo nya pulak hehehe.


2ND BIRTHDAY ZALIKHA & KENDURI RAYYAN BERKHATAN

2ND BIRTHDAY ZALIKHA & KENDURI RAYYAN BERKHATAN - alhamdulillah dah besar dah si Zalikha. Zalikha ni 2 tahun pada bulan Oktober. Sebaya dengan Daim. Cuma Daim birthday bulan 6, awal beberapa bulan dari Zalikha. Tema birthday Zalikha kali ini ialah tema Unicorn. Semua ikut tema Unicorn, comel je tengoknya. Dhia baju unicorn tak sampai (beli online) so, kita pakai baju tema warna unicorn aje lah !

2ND BIRTHDAY ZALIKHA & KENDURI RAYYAN BERKHATAN



Inilah princess of the day, aloh aloh comelnya baju dia ! Cute sangat dengan bulu mata unicorn kelip-kelip. Zalikha ni good girl, pakai apa sahaja pun tak pe. Layankan aje hehehe. Happy 2nd birthday ye Zalikha, jadi anak yang solehah, semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki selalu.


Geng sebaya, Daim dan Zalikha. Daim dah pandai posing depan kamera sekarang hehe. Sambil makan aiskrim. Zalikha pulak makan lolipop. Biasalah , time majlis gini memang syurga makanan bagi anak-anak kecil. Mummy bagi ke anak makan benda macam ni. Erm..bagi je, bukan hari-hari pun dorang nak makan macam ni.

Mana mak-mak yang pantangkan anak dari makan macam ni, i am sorry ye !


Ariq (anak susuan mummy, Daim, Dzal)


Dhia in action



Bella, Dhia dan Lisa


Kemahen semua dengan baju unicorn. Gegirl memang suka tema gini. Sian kat boboys lah, nasib dorang ada warna merah pink sket ! Ada jugalah tema yang boleh Dzal dan Daim ikut


Meriah dengan kids, ni pun ada yang tak ada dalam gambar. Family adik ipar ni memang happening. Kebetulan semua makcik pakcik ramai yang duduk di sekitar Kajang je. Senang lah berkumpul macam ni.

Makanan pun meriah, tapi mummy tak ambil gambar makanan pun. Memang kenyang lah, ada nasi minyak, nasi putih, daging dendeng, pajeri nenas, kuah dhal, ayam berempah, nangka masak lemak, ayam rendang hijau, tempe goreng sambal, dan banyak lagi

Kuih muih pun lebih 10 jenis. 

Dorang memang suka menu meriah, kalau ada sambutan macam ni. Sebab family agak besar kan

Buat Rayyan, moga di permudahkan urusan sunat / berkhatan cuti sekolah nanti. Mummy pulak debar huhu. Risau juga nanti si Dzal dan Daim sunat nanti tu, tapi lambat lagi lah. Bukan sekarang sunatnya ....

70% DISKAUN BEG tokidoki DI GUARDIAN MALAYSIA

70% DISKAUN BEG tokidoki DI GUARDIAN MALAYSIA - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada yang nak pi travel ke tu? Ehem..ehem..biasalahkan, cuti sekolah atau cuti umum (Public Holiday) inilah masanya nak pi bercuti,kan? Jimat sketlah cuti tahun tu ha. Cuti tahun kerja tu, boleh buat standby cuti lain pulak ! Sebenarnya mummy nak war-warkan pada korang yang suka travel dan addicted dengan luggage (macam mummy). Sekarang ini ada 70% DISKAUN BEG tokidoki DI GUARDIAN MALAYSIA tau ! Siapa yang tak kenal dengan jenama terkenal tokidoki yang mahal tu ha. Kalau dah diskaun sehingga 70% tak ke murah tu,kan? 

70% DISKAUN BEG tokidoki DI GUARDIAN MALAYSIA



Mummy dah terjah tengok dah kesemua bag tokidoki ni ha kat Guardian. Memang material dia bagus dan berkualiti. 


GUARDIAN MALAYSIA TAWAR SIRI BEG KEMBARA EDISI TERHAD UNIK DAN EKSKLUSIF tokidoki X GUARDIAN



Guardian Malaysia sentiasa dan terus menceriakan dan memberi ganjaran kepada para pelanggan mereka. Mummy rasa banyak kolaborasi brands yang best ada di Guardian. Sesebelum ini, ada kolaborasi dengan Ariani, Neelofar dan sekarang ni dengan tokidoki !

Menerusi kolaborasi terbarunya dengan jenama gaya hidup ikonik dan terkenal, tokidoki. Guardian melancarkan Siri Kembara eksklusif Guardian tokidoki yang boleh didapati pada harga istimewa bermula 31 Oktober sehingga 31 Disember 2019 di semua stor Guardian.

DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata; “Kami sangat teruja dengan kolaborasi dengan tokidoki, sebuah jenama yang memiliki pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, dan menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Kreatif, Simone Legno.”


“Menerusi promosi ini, para pelanggan dapat memiliki beg-beg kembara edisi terhad Guardian tokidoki ini pada potongan hebat 70%.”

“Selaku sebuah jenama antarabangsa, tokidoki telah berkolaborasi dengan banyak jenama bertaraf dunia seperti Karl Lagerfeld, Muzium Guggenheim, LeSportsac, Onitsuka Tiger, Marvel, Hello Kitty, Fujitsu, Levi's, Xbox, Barbie, Canon dan banyak lagi.”

“Oleh itu, Guardian sangat berbesar hati apabila Simone Legno menghasilkan hasil seni unik untuk 3 beg kembara edisi terhad yang kami namakan Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki ini. Jika anda perhatikan betul-betul, anda akan dapati rekaan tersebut menerapkan elemen-elemen kesihatan dan kecantikan dengan karakter-karakter tokidoki. Anda boleh lihat beberapa item, contohnya, seperti gincu dan penggilap kuku yang boleh didapati di Guardian dan anda juga boleh dapati stor berwarna oren yang mewakili stor Guardian.”

“Kami percaya bahawa Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki akan menjadi rebutan pelanggan kami kerana mengembara merupakan satu bahagian penting dalam gaya hidup moden kita. Pelanggan kami mementingkan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, dan salah satu cara terbaik untuk menikmati pengalaman tersebut adalah dengan mengembara. Oleh sebab itu kita kini menyaksikan ledakan dalam industri kembara dan tiada masa yang lebih baik untuk kami melancarkan promosi ini dengan cuti Krismas dan Tahun Baru yang bakal tiba tidak lama lagi,” tambah Cho.

Dalam sebuah klip video khas yang dirakam untuk majlis pelancaran ini, Simone Legno berkata beliau sangat bangga untuk berkolaborasi dengan Guardian Malaysia, peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan di Malaysia, di atas inisiatif berkesan ini dan berharap beg-beg kembara ini bakal memberi inspirasi kepada semua ahli-ahli kembara tokidoki yang baru.

Simone berkata: “Mengembara bagi saya adalah satu bahagian yang penting dalam gaya hidup moden. Ia memberi inspirasi dan membuka minda saya kepada budaya dan masyarakat dunia yang berbeza dan mengekalkan kreativiti saya. tokidoki dan kembara tidak dapat dipisahkan.” “tokidaki yang bermaksud ‘kadang-kadang’ dalam Bahasa Jepun, melambangkan penantian untuk satu detik yang dapat merubah takdir seseorang, ia boleh berlaku dalam kehidupan seseorang secara kebetulan atau apabila bertemu orang baru.” “Dan mengembara boleh menjadikan detik itu satu kenyataan,” jelas Simone.

MACAM MANA NAK DAPATKAN BEG tokidoki DI GUARDIAN?


Untuk mendapatkan beg-beg kembara tokidoki ini. Senang aje ! Korang hanya perlu ke Guardian dan membuat :-

1. Pembelian sebanyak RM30 dalam satu resit dan ke atas, untuk barangan jenama yang mengambil bahagian seperti Pantene, Blackmores, Dove, Nutox, oral B, dan banyak lagi.

atau 

2. RM50 dan ke atastanpa barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit.

Oleh kerana Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah berasaskan ‘siapa cepat, dia dapat.”

Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki terdiri daripada beg tote, beg sandang dan beg bagasi 20 inci. Ia boleh didapati pada harga istimewa;



• Beg Tote RM80 (Belian dengan Belian) RSP* RM280

• Beg Sandang RM100 (Belian dengan Belian) RSP* RM440


• Bagasi RM170 (Belian dengan Belian) RSP* RM600
* RSP = Regular Selling Price

Untuk mendapatkan beg-beg kembara ini pada harga potongan istimewa, pelanggan Guardian hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM30 dan ke atas, beserta barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit atau RM50 dan ke atas, tanpa barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit.

Oleh kerana Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah berasaskan ‘siapa cepat, dia dapat.”






Dah, jommmmm keep calm & let's travel hehehe. Oh ya ! tokidoki X Guardian ada melancarkan giveaway untuk koleksi semua ini. Korang boleh check it out di :-

2PCS KFC SAWADEE CRUNCH MUMMY!

2PCS KFC SAWADEE CRUNCH MUMMY! - Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua, nak tanya ni... Korang sedar ke tak tu, yang KFC Delivery dah ada keluarkan menu baru iaitu KFC SAWADEE CRUNCH?  Bila KFC  Delivery keluarkan menu baru? Ha...sekarang ni, apa sahaja menu baru yang ada di KFC. KFC Delivery pun terus dah ada tau. Senang, bukan? So, mummy pun ambil peluang sekali lah rasa menu baru.. rugi lah kalau tak mencubanya. Sebab menu baru di KFC ni selalunya limited time aje! 

2PCS KFC SAWADEE CRUNCH MUMMY! 





2PCS KFC SAWADEE CRUNCH MUMMY!  Yes! Pilihan mummy untuk menu baru KFC SAWADEE CRUNCH ni, mummy memilih 2pcs Ayam. Giler ko sorang-sorang nak makan 3pcs. Memang tak boleh weiii! 

Mana yang boleh makan sengsorang 3 pcs KFC SAWADEE CRUNCH tu, boleh juga beli. Mummy? Kalau datang makan bersama family, memang akan ambil. Set 3 pcs KFC SAWADEE CRUNCH 

HARGA 2PCS KFC SAWADEE CRUNCH MUMMY! 




Berapa harga 2PCS KFC SAWADEE CRUNCH MUMMY? Kalau korang nak tahu harga 2PCS KFC SAWADEE CRUNCH sangat mampu milik. Dan harganya, macam biasa. Standard harga menu baru KFC

Harga 2PCS KFC SAWADEE CRUNCH MUMMY ialah RM15.50 sahaja. 

Set 2PCS KFC SAWADEE CRUNCH MUMMY ni, ada 2 ketul Ayam (drumstick dan tight jadi pilihan), coleslaw, mashed potatoes dan juga air sjora pear apple. 

TEKSTUR KFC SAWADEE CRUNCH 




Tekstur KFC SAWADEE CRUNCH ni memang mummy akui, sangat ranggup crunchy!

Rasanya pula, ada sedikit masam, pedas dan rasa sedikit tempah ala tomyam. Dah nama pun sawadee kan?

Bagi mummy, agak sedap! Tekak dan selera mummy boleh kena dengan menu baru KFC SAWADEE CRUNCH ni, sebab rasa masam tu tidak ada rasa muak apa bila kita makan Ayam goreng KFC



Kat mana boleh dapatkan menu baru KFC SAWADEE CRUNCH? Macam mummy, mummy makan di restoran KFC aje. Kebetulan masa ni, ada appointment dengan klien.

Bagi yang nak drive thru, KFC SAWADEE CRUNCH juga ada di KFC drive thru seluruh Malaysia. 

Tak suka keluar masa lunch? Tak ada masa keluar lunch! Korang boleh order KFC SAWADEE CRUNCH BARU ini dari KFC Delivery melalui FoodPanda Malaysia samada korang di rumah, di tempat kerja mahu pun semasa majlis bersama kawan-kawan. Perkhidmatan penghantaran ini, tidak menjejaskan mutu  SAWADEE ketika penghantaran. Jangan risau KFC SAWADEE CRUNCH dari segi rasa dan keranggupannya sama sahaja sehingga sampai ke tempat anda. 

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia  - Last kami ke Indonesia adalah pada bulan Februari tahun ini. Terasa macam lama betul tak makan masakan pure Indonesia. Rindu makanan sana pulak ! Nak ke Indonesia untuk Jalan-Jalan Cari Makan untuk masa ni, rasanya memang tak ada plan. Mummy dan daddy memasing pun sibuk kerja ! So..ke IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia  


IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia  


IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia. IndoBowl Resto pilihan kami di IOI Mall City Putrajaya. Dan, ini merupakan kali pertama kami ke IndoBowl Resto. Berdebar jugaklah, entah macam mana rasa makanannya. Adakah sama seperti di Indonesia?   

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

Kami parking di B1, hanya menaiki 1 arasa je kami sampai ke IndoBowl Resto. IndoBowl IOI Putrajaya ini terletak di aras LG berdekatan dengan Tesco dan juga Harvey Norman.

Masa kami sampai ke IndoBowl Resto ini, orang masih tak ramai. Dan-dan kami elok duduk. Beratur orang nak masuk dalam IndoBowl Resto ini.

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

Sementara menunggu order sampai, kita cuci mata dekorasi dalam IndoBowl Resto ini. Cantik dan tenang kedai ini. Suka mummy dengan dekonya !

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

Nak FREE Ropang pun boleh, koranghanya like dan follow IndoBowl di Fb dan IG. Ambil gambar di IndoBowl Resto, muat turun dalam FB dan IG memasaing (public kan akaun) dan tunjukkan pada staff IndoBowl.

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

IndoMie pun ada banyak variety kat sini. Tak percaya? Okay mummy order 1, ye :)

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

Pening tengok menu. Huhu tak tahu nak ambil set apa. Banyak menu best-best kat sini. At the end, Mummy pilih IndoBowl signature foods dan drinks untuk JJCM IndoBowl Resto kali ini.

SIGNATURE DRINKS DARI IndoBowl Resto


IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

Tada...dalam banyak-banyak minuman yang ada, mummy memilih untuk pilih signature drinks dari IndoBowl Resto iaitu :

Soda Jagung - RM7.90
Es Cendol - RM8.90
Soda Gembira - RM7.90

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia


Bila tengok, semua minuman ini bersusu. Dan tok mak tak minum susu. Kita tambah 1 air coke untuk Tok Mak hehe.

Sebenarnya ada banyak je pilihan air minuman di sini . Nak air panas, sejuk, berkarbonat semuanya ada !

SIGNATURE FOODS DI IndoBowl Resto

Untuk foods, mummy memilih signature food dari IndoBowl Resto. Kita amek satu persatu dishes dari nasi, mee dan juga kudap-kudap. Kalau nak ikutkan hati , mahu semua menu mummy nak makan ! Haha.

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

IndoMie Bakso Goreng Balado, makanan signature pilihan mummy di IndoBowl untuk kategori mee. IndoMie di datangkan dengan timun, telur mata dan bakso (bebola daging). Rasanya sedap memang terasa macam makan di Indonesia !

Pedasnya, tak terlampau pedas, Dhia pun boleh makan sekali !

Harga IndoMie Bakso Goreng Balado ialah RM12.90

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

Untuk kategori nasi pula, mummy memilih Nasi Campur Dendeng. Iaitu nasi putih di datangkan dengan telur mata, keropok,  sayur jelatah timun (acar timun), daging dan juga 3 pcs satay.

Makan 1 dish ini pun, dah boleh kenyang sampai malam. Set ini sedap dan tak pedas, sesuai untuk Daim. Banyak juga Daim makan Nasi Campur Dendeng (tapi Daim tak makan daging, mummy perabihkan daging) !

Harga untuk set Nasi Campur Dendeng ialah RM12.90

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

Nasi Ayam Petai Sambal Tomat khas untuk daddy, daddy suka petai hehehe. Set ini dalamnya terdapat nasi putih, telur masin, ayam, sayur tomato. Pedasnya, pedas-pedas gitu je. Tak berapi sangat.

Nak pedas boleh add on sambal atau sambal hijau sebanyak RM1.00 sahaja sepiring !

Almaklumlah daddy tu ada gastrik, kena kawal pemakanan pedasnya.

Harga untuk set Nasi Ayam Petai Sambal Tomat ialah RM14.90

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

Bakwan Udang ini macam cucur udang. Tapi ranggup dan besar-besar udangnya. Mummy makan beebrapa ketul dan selebihnya Dzal makan sampai habis.

Ternyata sangat sedap bakwan Udang ini, next time boleh order 2 pinggan :)

Harga Bakwan Udang ini ialah RM9.90

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

IndoBowl Resto Je, Bila Craving Makanan dan Masakan Indonesia

Uhuiiiii, bila trrowback balik semua gambar ini, terus rasa craving balik hahaha. Macam nak kena datang lagi je ni ...ke IndoBowl ini .

Korang kalau suka dengan Indonesia food atau teringain nak JJCM Indonesia. Haa....sekarang tak payah ke Indonesia pun dah boleh JJCM. Hanya ke IndoBowl sahaja !

Selanjutnya, mengenai IndoBowl, boleh layari ke :