Program Cuti Sekolah ke kidzooona AEON Maluri

Program Cuti Sekolah ke kidzooona AEON Maluri - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Fuh, cipta rekod kami kali ni...cuti sekolah masih lagi jalan-jalan dalam bandar sekitar Selangor KL je. Sebenarnya, Dhia dan Dzal lama dah berzikir nak ke kidzooona. Bila tengok balik memori gambar dan video lama. Semasa Dhia dan Dzal kecil, kami rajin bawa mereka ke kidzooona. Rupanya, mummy dan daddy dah tak sempat bawa lagi Daim Naufal (setelah dah dapat kaki) ke kidzooona. Oleh kerana Daim dah 2 tahun dan dah kenal erti main, mummy terus setuju dengan kehendak Dhia dan Dzal untuk bawa ke kidzooona musim cuti sekolah ni.

Program Cuti Sekolah ke kidzooona AEON Maluri



Baca juga : kidzooona 2018

kidzooona pilihan kami kali ini ialah di AEON Taman Maluri. Almaklumlah ...tempat baru, dan AEON Maluri ini antara tempat viral yang sedang di gembar gemburkan. Macam-macam pilihan ada di sini, tempat makan dan tempat shopping juga sangat banyak.

Kami sampai di kidzooona AEON Maluri awal pagi. Senang datang awal pagi ni. Mudah cari tempat parking dan juga proses pendaftaran untuk membawa anak-anak masuk ke kidzooona.

Orang pun tak ramai lagi pada waktu pagi ini, memang sakan anak-anak kami conquer kidzooona AEON Maluri ni.



Dah ada kad baru untuk keahlian kidzooona, ada free 500 point lagi. Ajommmlah kita register.

HARGA MASUK KE kidzooona



Berapa harga masuk ke kidzooona? Murah je harga masuk ke kidzooona. RM18 (hari biasa) dan RM22 (hari cuti umum atau hujung minggu). Yang bestnya, harga masuk ke kidzooona untuk ibu bapa adalah PERCUMA je !



Tempat letak kasut dan selipar. Oh ya, makanan dan minuman juga tak di benarkan bawa masuk ke sini. Semua kena tinggal di kaunter !

Jom main.....






kidzooona ni, bukan kekadar tempat bermain. Tapi, ianya sangat bagus untuk tumbesaran mental dan fizikal anak. Seperti tempat Ball Pool ini, ianya bagus untuk membantu penyelarasan otak dan badan ketika bermain.


Di Ball Pool ini, ada buaian dan juga gelongsor angin.


Anak main, mummy boleh rehatkan diri di kawasan rehat yang mempunyai sofa yang empuk. Anak boleh main, mummy pulak boleh buat kerja apa yang patut. Mummy pun syioookk sama lepak di kidzooona ni ! 


Alamak, bateri habis pun muka ada senyum daaaa.. Haruslah ada senyum,kan. Merata-rata ada plug untuk cas hand phone atau iPad. Aihhh, kalau macam ni, hari-hari anak nak datang sini pun mummy tak dak, hal ! kekekeke.

ROLE PLAY DI kidzooona Maluri





Tempat main role play di kidzooona ni, mengingatkan mummy pada mainan zaman silam mummy masa kecil. Main 'olok-olok' atau main 'mak-mak' hahaha.  Masa tu,habis semua jiran-jiran pun turut keluarkan mainan masak-masak, teddy bear, anak patung, petik daun untuk jadikan alatan memasak dan juga duit.


Tapi, di kidzooona ni lagi best...ada banyak mainan 'olok-olok' anak boleh bermain seperti doktor haiwan, main jual beli di kedai aiskrim, kedai jual beli nurger, kedai bunga, kedai makanan Jepun, klinik, saloon kecantikan, supermarket, hospital, dapur memasak, lumba basikal dan banyak lagi.

Daim Jadi Pembeli (Buyer) di kidzooona












Walau pertama kali dapat bermain di kidzooona, gaya Daim jadi pembeli boleh tahan. Pandai role play !









Dhia jangan cakaplah, dah biasa ke kidzoona sejak umur 1 tahun lebih lagi. Boleh buat macam rumah sendiri main dalam ni hehehe.









Daim jadi penjual pulak, hehehe kemahen bergaya dengan uniform chef Jepun tu ha...




Selain role-play.... ada tempat bermain kereta di track juga. Ha, bab kereta, lori semua ni memang favorite Daim lah. Tak payah ajar dan beritahu. Daim sendiri cari dan main sendiri. Senang keje mummy, boleh pertai dari jauh je.

Oh ya, kidzooona ni keselamatannya sangat bagus. Budak-budak tidak boleh keluar masuk sesuka hati tanpa ibu bapa / penjaga.

Mummy, ada keluar sekejap nak pi beli air. Tup..tup Dzal nak ke toilet. Cousin Dzal nak tolong bawakan Dzal keluar dari kidzooona. Memang staff kidzooona minta Dzal tunggu mummy datang juga. Tak boleh keluar tanpa ibu bapa /penjaga



Kemahen Dzal panjang nau senapang tu ha... Nak perang ke mana tu??




Kalau kat rumah, jangan harap mummy dan daddy nak bagi main pasir. Banyak pasir kurang bersih di kawasan rumah kami. Tu sebabnya jarang nak bagi anak-anak main pasir.

Bila ke kidzooona ni, suka lah depa. Dapat peluang main pasir, sebenarnya main pasir ni bagus untuk halus anak-anak



Langkah kanan, datang weekend...macam-macam aktiviti ada. Menari dan menyanyi bersama maskot dan juga sesi mewarna. Sesi mewarna ni, masa kitorang datang akan di adakan dalam pukul 3-4 petang. Malangnya, bebudak semua dah lapar nak take a break. Sudahnya, kita semua tak sambung datang balik.

Insyaallah nanti mummy bawa kids datang lagi dan join semua aktiviti di kidzooona.

Kalau korang semua nak tahu tentang promosi terkini atau aktiviti di kidzooona ni, korang boleh layari ke 



Dzal dan Dhia Grading Yellow Belt Taekwondo

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Pejam celik dah Disember dah huhu. Sekejap je masa berlaku. Cerita bulan bulan lepas, mummy masih tak siap publish haha. Penuh draft kat blog ni ha. Awal bulan, kalau dulu ada announced top komentar blog mummy. Tapi, sekarang tak ada sebab blog ada prob baru ni. So, top komentar akan di tukar giveaway je lah nanti ye. Doakan mummy murah rezeki. Boleh buat giveaway duit besar sket. Oh ya, cerita pasal entri blog tertunggak. Alhamdulillah, Dhia, Dzal dedua dah naik tali pinggang kuning untuk sukan Taekwondo mereka. Grading yellow belt ni, ikut umur. Bukan sama rata nak kena kuat dan pandai untuk batch dorang. 

Dzal dan Dhia Grading Yellow Belt Taekwondo 





Lama tak amek gambar anak kami pakai baju taekwondo dan letak dalam blog . So, entri kali ni mummy nekad nak publish untuk post Dzal dan Dhia Grading Yellow Belt Taekwondo. 

Entahlah beberapa bulan ni, rasa letih yakmat dan malas nk tengok blog pun ada juga hehe. 

Holiday mood sajo! Haippp tak baik okay.. Walau tak aktif Disini, bab keje, bab anak wajib lah aktif. Ye dok! 





Sekitar grading Taekwondo anak kami. Mummy duduk dalam kereta biasalah Daim tu, time ni lah nak tidur. Time ni, nak susu. Aihhhhh.. Apa pun, Alhamdulillah dapat teman kan anak-anak grading Taekwondo dan untuk pengehtahuan korang. Mummy tak pernah miss hantar dan tunggu anak bertaekwondo. 

Penyokong tegar anak kami!

Alhamdulillah settle yellow belt, moga anak-anak terus maju Jaya hendakNYa

Cerita bab cuti sekolah, cuti atau tak cuti Taekwondo ni lah antara aktiviti wajib anak kami. 

Lain-lain program tu kita adhoc aje lah. Movie, jalan-jalan cari makan dan lelain.... 

Apa program anak korang cuti sekolah ni? 

VIRAL HELLO KITTY CARRIER DI McDonald’s Malaysia

VIRAL HELLO KITTY CARRIER DI McDonald’s Malaysia - Daddy bebudak ni, kerja hakikinya kalau busy. Betul-betul busy.. Memang busy tahap maksimum. Kalau kerja dah slow down, tak busy... mula lah. Tak keruan pulak hehe. So, bagus juga bila daddy busy dengan kerja. Cumanya tu lah, mummy penat sket lah kalau daddy tak ada rumah. Cerita pasal busy. Pagi tadi daddy balik kerja waktu Subuh. Tak tahu lah bebudak ni semua pun bangun Subuh. Awal pulak bangun time cuti sekolah. Pffffttt.. Kalau hari sekolah, liat nak mateyyy bangun. 

VIRAL HELLO KITTY CARRIER DI McDonald’s Malaysia 



Pagi tu, daddy terus hulurkan sorang satu tempat letak makanan VIRAL HELLO KITTY CARRIER DI McDonald’s Malaysia. Mummy tahu berita Hello Kitty Carrier ni semalam, agak viral story dia.. gila nak mateyyy jugak lah. Ramai beli berkotak-kotak. Semalam, mummy memang tak fokus pun pada benda alah ni 

Mummy sebenarnya, pening barang dalam rumah sangat lah banyak. So, time tuk minimalist sebenarnya hahaha. 

Tup.. Tup.. Pagi ni.. Daddy beli jiwa anak-anak. 

Anak-anak pun blurrrr.. Apa ni, daddy? Hahaha. 


Sebelum mummy, keluar bekerja pagi ni. Mummy layan jiwa anak-anak untuk unboxing. Alhamdulillah memasing happy. 

VIRAL HELLO KITTY CARRIER DI McDonald’s Malaysia ni daddy belikan 2 pcs. Satu untuk Dhia dan satu lagi tu bukan untuk Dzal.

Untuk sepupu Dhia yang perempuan tu. Bella duduk rumah Tok Mak cuti sekolah ni. Dia pun rajin, so daddy belanja satu untuk Bella share dengan Rayyan jugak.

Boleh tahan harga carrier ni. Dalam RM29.90 dan kena beli dengan any Value Meals dari McD.

Tapi, Hello Kitty brand ni pun, sebenarnya memang boleh tahan harga dia. 

Mummy masih ngat sewaktu kami pi ke Johor Bahru. Hello Kitty Town, dalam tu ada jual macam-macam merchandise. Harga memang mahal sangat. 

So, RM29.90 sebenarnya mampu milik bagi peminat Hello Kitty. 

All the best bagi yang nak dapatkannya...... 

Okay bawah ni, video YouTube mummy untuk unboxing carrier Hello Kitty ni. Video ala-ala Live tanpa edit uolss hehe




RM15 VOUCHER PERCUMA GUARDIAN X AIA VITALITY

RM15 VOUCHER PERCUMA GUARDIAN X AIA VITALITY - Yeszaa..half day pagi ni kat AEON Shah Alam. Sakan ronda dalam mall pepagi buta.  Senang dan best kan kerja macam mummy, ni hahaha. Jalan-jalan bukan sekadar jalan-jalan je ke AEON Shah Alam tu. Ke mana -mana pun boleh sebenarnya. Mummy  ada appointment dengan client petang. So, pagi memang dah susun jadual untuk buat kerja lain. So, apa plan mummy pagi ni? Mummy ke Guardian AEON Shah Alam untuk buat exprees health check dan redeem Guardian Vouchers bernilai RM15

RM15 VOUCHER PERCUMA GUARDIAN X AIA VITALITY 


Ha...mummy jalan ke AEON Shah Alam ni bukan saje-saje cari pasal tau ! Jalan-jalan pun dapat RM tau, walau pun RM dari segi vouchers.... tapi masih untung lah. Dapat pulak FREE check up kat Guardian. Erm...memang jimat banyaklah ! RM15 VOUCHER PERCUMA adalah kolaborasi GUARDIAN X AIA VITALITY 

Siapa yang ada plan dengan AIA dan AIA Vitality ni, dapatlah ganjaran macam ni. Ni sahaja ke ganjarannya? Eh..no no no. Bukan ni je, ganjarannya. Banyak lagi ganjarannya. Setiap minggu mummy akan dapat voucher Shopee, tiket wayang dan shopping di Jaya Grocer pun dapat diskaun.


Baca juga : 


MACAM MANA NAK REDEEM GUARDIAN VOUCHER FREE DAN HEALTH CHECK UP FREE ?


Dah ada AIA Vitality? Oh TAHNIAH mummy ucapkan ! Kalau tak ada AIA Vitality lagi korang boleh cari mummy sebelum TAKZIAH ye ...hehehe jangan marah naa.. Ok bagi yang dah ada AIA Vitality ni. Better korang cepat-cepat redeem voucher PERCUMA ni sebelum tarikh 30 November 2019. Macam mana cara nak redeem Guardian Voucher? Macam mana nak dapatkan pemeriksaan kesihatan exprees health check PERCUMA di Guardian?

1. Korang boleh buat appointment dulu dengan farmasi di Guardian
2. Selepas itu, korang boleh walk in ke Guardian yang ada farmasi (by appointment). 
3.  Mereka akan buat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Seperti ukut ringgi, berat, cek tekanan darah dan ambil darah untuk cek gula.

4. Selesai semua. Vouchers terus akan di ebrikan. Tahniah !

KEMPEN AIA

Berkenaaan kempen AIA ini, ada beberapa syaratnya :-

1. Kempen ini, bermula dari  1 November 2019 to 30 November 2019.
2. Khas untuk yang tak pernah redeem lagi dari January-February 2019.
3. Janagn lupa bawa kad AIA Vitality ke Guardian
4. Untuk lokasi Giardian, boleh cek di  SINI

Selamat bershopping dengan voucher !!

HAPPY BIRTHDAY MAK !

HAPPY BIRTHDAY MAK ! - 21 November 2019 merupakan birthday mak mummy. Alhamdulillah, masih dapat meraikan bersama-sama birthday mak tahun ni. Moga umur mak terus panjang, kitorang nak hidup lama dengan mak ! Seebanrnya, kami dah buat makan-makan kat rumah sebelum tarikh hari jadi mak, kebetulan abang cuti. Cuma adik je lah tak ada. Sambutan kecil-kecilan sahaja. Mummy beli satay favorite mak, manakala mak masak pulut kuning dan rendang daging tempatan


HAPPY BIRTHDAY MAK !





Gambar birthday mak masa hari kejadian... tak berapa nak perfect. Mummy cek dalam kamera, gambar ni paling lawa hehe. So, pos gambar throwback je. Kalau kat rumah tu pepaham je lah gambar mak tak menutup aurat sepenuhnya, tak best untuk di pamerkan.

Alhamdulillah, mak sihat sehingga ke hari ni. Sakit lutut tu, biasa untuk wanita berumur ni kan. Mummy doakan mak sihat selalu, di panjangkan umur, di murahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa bahagia bersama orang tersayang.


Mak mummy seorang yang tinggi kesabarannya, penat macam mana pun tak pernah nak duduk diam. Setiap hari, mengemas, menyapu, memasak menjadi rutin.


Dah berumur ni, setiap 2, 3 tahun sekali mak mesti nak buat umrah dengan abah. Mummy doakan hajat mak ke umrah lagi kesampaian. Aminnn. Dengarnya macam next year nak pergi. Padahal bulan puasa - raya 2019 baru je umrah.

Tu lah nikmat yang tak boleh di dustakan. Nikmat umrah ni, mak kata lain sangat.

Insyaallah nak juga umrah dengan ahli keluarga kecil kami. Doakan kami juga, ye !