Makan Sedap Masa PKP Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah

Makan Sedap Masa PKP Domino’s Kek Lava Durian - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua. Wah kemahen kan, tempoh PKP MCO ini memasing tayang gambar makanan. Okeylah, lama juga mummy tak tayang makanan kat blog mummy ini sepanjang PKP / MCO ini.

Lazat, menyelerakan dan kaya dengan aroma, inilah yang dapat dinikmati apabila kek lava klasik digabungkan dengan raja segala buah, durian. Anda berani untuk mencuba? 



Makan Sedap Masa PKP Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava Durian


Domino’s Pizza memperkenalkan pencuci mulut terbaru dalam koleksinya, Kek Lava Durian! Sempurna untuk semua peminat durian, pencuci mulut dan mereka yang inginkan sesuatu yang baharu, Kek Lava Durian ini pasti menjadi pilihan yang akan memenuhi citarasa semua. Diperbuat dengan kek yang lembut dan lazat dengan perisa durian dipenuhi dengan inti durian yang kaya dengan isi sebenar D24. Nikmati kelazatan rasa buah kegemaran anda dengan penuh keselesaan di rumah sendiri. 


Berkongsi tentang konsep disebalik pembuatan Kek Lava Durian, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia & Singapura, Linda Hassan berkata, “Untuk memenuhi kehendak citarasa semua pelanggan dan selaras dengan janji Domino’s iaitu “It’s All About You,” kami ingin mencipta pencuci mulut yang dapat menjadi tarikan kepada peminat durian dan juga mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu dalam pilihan pencuci mulut. Kerana durian adalah rasa yang unik, kami berazam untuk mencipta pencuci mulut yang akan disukai ramai. Kepada mereka yang mempunyai keraguan dengan rasa durian, kami cabar anda untuk mencuba pencuci mulut ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kek Lava Durian terbaru ini disediakan khusus untuk menyembunyikan bau durian tanpa menjejaskan rasa enaknya. Perisa durian menawarkan rasa yang unik dan inti tengah yang lazat akan memberikan pengalaman yang tersendiri dan tidak dapat dilupakan. Tunggu apa lagi, sahut cabaran #WeDareYouToTry!” 

Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia turut berkata, “Sebagai sebuah jenama yang mengutamakan obsesi pelanggan, kami menyedari profil rasa asas pelanggan Malaysia dan kami memahami keadaan semasa yang dihadapi sekarang. Seiring dengan perkhidmatan penghantaran Zero Contact, kami juga mengambil berat tentang pilihan yang ditawarkan, maka terhasilnya Kek Lava Durian. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pencuci mulut terbaru ini dan memuaskan keinginan rasa durian mereka sambil masing-masing menjaga diri serta kekal selamat di rumah.” 


Untuk masa yang terhad sahaja, Kek Lava Durian boleh didapati bermula 6 April. 

Domino’s berpegang teguh dengan janji jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan kepuasan produk. Komitmen ini ditunjukkan melalui dasar tiada pembatalan dan pembayaran balik ataupun penggantian pesanan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan. 

Selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi Domino’s mungkin berbeza mengikut waktu operasi yang dibenarkan oleh majlis-majlis tempatan di setiap negeri. Komitmen kami terhadap keselamatan penghantar piza dan pelanggan jelas dengan pelaksanaan perkhidmatan wajib Zero Contact. 


Untuk mencuba Kek Lava Durian terbaru, sila kunjungi kedai-kedai Domino’s ataupun membuat pesanan atas talian di http://www.dominos.com.my/. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Domino’s Quattro Pizza dan promosi produk-produk yang lain, sila layari http://www.dominos.com.my/. 

Untuk mencuba Kek Lava Durian terbaru, sila kunjungi kedai-kedai Domino’s ataupun membuat pesanan atas talian di http://www.dominos.com.my/. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Domino’s Quattro Pizza dan promosi produk-produk yang lain, sila layari http://www.dominos.com.my/

25 MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA

25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA - Hai geng ! Buat apa tu? Tengah baca blog mummy lah,kan ! Hehe. Okay, tentu korang pernah terjadi macam mummy. Saat boring-boring buka google, tak tahu nak baca apa. Tapi, nak cari blog-blog mak-mak yang lifestyle nya yang penuh warna-warni, yang ada macam-macam cerita, macam-macam kerenah, aktiviti mak-mak ni. Ha..ada tak? Mestilah ada,kan ! Sebab kadang-kadang ada masa, mummy agak down dan memerlukan cerita positif mak-mak. Sometime, malas nak baca buku atau pegang bukuu. Baca kisah dan aktiviti mak-mak secara online alam maya ni, boleh hilangkan stress mummy. Okay..Kalau korang pernah rasa sedemikian, macam mummy ni ha ! Dan tak tahu nak baca blog siapa. Ha...Nah, mummy share kan 25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW


25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA


Mummy sharekan serba sedikit rumusan 25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA YANG BEST UNTUK FOLLOW. Nak tahu panjang lebar kisah mendalam tentang penulisan mereka pulak , korang kena baca blog dorang setiap masa, hokey ! Janji !! Dan, pastinya korang takkan hampa baca blog 25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA ni. Sebab apa? Sebab blog mereka penuh dengan informasi ! Serius ! Tak percaya ? 

Ha...jom baca ! Dah baca , pasti korang sukakannya macam mummy sukakannya ! Ewah !


# - Blog Mummy : www.azlindaaalin.com
Niche Blog: Parenting, Lifestyle, Travel, Hobby
Tagline Blog :  Bicara Mummy




Ha..yang pertama haruslah korang kena follow blog mummy. Ye dak ! Takkan nak follow blog orang lain tapi, tak mahu follow blog tuan tanah. Ini kurang adil, lah ! Kih Kih Kih. 

Blog dah kenal, niche pulak apa ye? Okay niche ini bentuk penulisan yang ada dalam blog mummy. 

Parenting : Yang belum kenal mummy lagi...Mummy ini ada anak 3 orang (Dhia, Dzal, Daim - semuanya bersalin secara ceaserian / pembedahan ). Banyak kisah anak-nak dari lahir, kisah jaundice, tak jaundice, kisah sekolah dan perkembangan mereka mummy blog kan di blog mummy

Lifestyle : Ada pelbagai kisah suka duka yang sempat di coretkan. Suka lepak kat mana? Suka buat apa? 

Travel : Kisah tempat kami berjalan, tido hotel di mana, naik apa?

Hobby : Ni pulak, apa yang mummy suka masak, suka buat di masa lapang atau masa tak lapang.

Siapa mummy sebenarnya? Okay mummy adalah full time AIA Insurance Consultant dan suka menulis blog dan sharing pada semua. Sharing bab apa? Bab positif-positif aje ! Nak tahu lagi, kenalah rajin buka blog mummy  ye !

Baiklah, siapakah 25 blogger itu.. Jeng...Jeng...Jeng



#1 - Siti Awadahwww.sishawa.com
Niche & Tagline Blog: Mom Lifestyle Blog




Blogger Hawa ini, siapa yang tak dengan beliau ! Cuba tanya kawan blogger, siapa buatkan template? Mesti ramai yang jawab "sis hawa" buatkan. Ha, bukan itu sahaja. Blogger Sis Hawa merupakan founder kepada group Biters iaitu kelas khas untuk blogger untuk belajar cara penulisan yang bagus dan teknik SEO sekali. Power Sis Hawa ini tau , multi tasking beliau ini, anak ramai bukan penghalang berblog dan kongsikan pelbagai tips di blognya.

#2 Maria Firdz www.mariafirdz.com
Blogger Maria seorang guru full time dan blogger part time. Tapi, kalau tengok blog MF ini dah macam beliau seorang blogger full time ! Rajin menulis ! Kalau korang nak cari blog yang boleh dikira 1 stop center, korang masuk je blog MF pelbagai info ada di blog MF serius ! Tak terkecuali bab agama Alhamdulillah


#3 - Azlina www.ehbelogaku.com
Niche Blog: Beauty & Lifestyle
Tagline Blog : Aura Blogger


Niche blog Azlina adalah Beauty dan Lifestyle dan tag blog beliau "Aura Blogger". Mak anak 3 ini baru sahaja melepasi tempoh berpantang, tips kehamilan, kelahiran anak, resipi dan banyak lagi cerita menarik ada di blog beliau. Boleh singgah dan sama-sama kita baca pengalaman dari blogger Azlina seorang suri rumah, blogger dan kisah parenting 


#4 - Kinah www.apekinah.com
Niche Blog: Lifestyle, Beauty, Food, Travel



Kinah adalah blogger yang mempunyai dua orang cahaya mata (soon), kini sedang mengandungkan anak nombor 2. Seorang full time house wife dan fulltime blogger !


#5 - Liez www.mrsliez.com
Niche Blog & Tagline blog : Malaysian. Lifestyle Blogger


Liez, seingat mummy, kami pernah berborak di messenger FB. Risau juga Liez ini tua dari mummy. So, soalan pertama mummy pada Liez adalah bab umur. Sebab ada setengah orang sangat particular bab umur. Rupanya kami ini, sebaya ! Yeayyy ! Sama-sama lahir pada tahun 1982 ! Liez ini, mama kepada 2 anak . Insyaallah akan bertiga tak lama lagi. Seorang yang suka  memasak. Selain sibuk menguruskan rumahtangga, Liez juga membuat bisnes makanan dari rumah seperti sandwich dan kalau korang nak Vietnamese spring roll dengan sos sedap, boleh tempah dari dia.


#6 - Fiza www.fizarahman.com
Niche Blog & Tagline blog : Lifestyle, Personal, Parenting, Review


Afizah Rahman antara blog yang mummy suka baca, penulisan santai tapi content nye. Pergh ! Penuh info ! Mak kepada 4 cahaya mata, supermom ini bekerja di company swasta dan suka berblog secara part time. Nak tahu apa aktiviti supermom ini buat? Ha,,cepat terjah tau blog beliau !

#7 - Mrs PIP www.mrspip.com
Niche Blog & Tagline blog : Review, Lifestyle, Motherhood

Mr PIP, blogger Sabah. Antara blogger yang hebat di kalangan parenting Malaysia. Rajin datang blog blogger lain (blogwalking). Apa yang mummy paling tertarik dengan Mrs Pip ini adalah beliau sanggup tinggalkan kerjayanya demi untuk menjaga 3 orang anak lelaki dan menjadi full time housewife


#8 - Fadzi Razak https://www.fadzirazak.com/

Fadzi Razak , ibu kepada 2 orang hero. Fulltime housewife dan juga fulltime blogger. Apa yang mummy suka dengan beliau dan blog beliau adalah cara lifestyle beliau yang sangat minimalist. Seorang yang tak banyak cakap tapi, content penulisannya, gambarnya masyaallah superb ! No wonder beliau selalu di lamar untuk menjadi ghost writer.


#9 - Shalimar www.shalimaryusof.com
Niche Blog & Tagline blog : Review, Lifestyle, Motherhood



Blogger separuh masa dari Terengganu ini adalah ibu kepada 2 anak yang sedang membesar. Blog beliau bukan sahaja share tentang parenting tetapi ada pelbagai cerita tentang masakan, pekerjaan. Haaaa Bab kerja ini yang mummy teruja. Beliau bekerja di mana? Kalau nak tahu, beliau bekerja dengan Agensi Anti Dadah tau. 

# 10 - Mimi www.mimiazirah.com
Niche Blog : Blog Mimi
Tagline blog : Lifestyle, Parenting, Beauty, Advertorial


Mimi Azirah, seorang yang kelakar, santai dan bersahaja. Seronok berkawan dengan Mimi. Mimi ini, antara blogger yang agak rapat juga dengan mumm. mimi merupakan blogger Seremban , seorang ibu kepada 4 cahaya mata. Antara supermom juga kerana Mimi ini bekerja full time di sektor kerajaan (bahagian akaun). Dalam masa yang sama, adakala nak kena manage 4 orang anak seorang diri juga. Kerana suaminya agak sibuk dengan rutin kerja. Walau bsy mana pun kerja blog, masak untuk keluarga tak pernah beliau abaikan. Memang mummy tabik spring ! Laju beliau buat kerja tau.

Mimi juga merupakan salah seorang client mummy (AIA Insurance). Insyaallah akan mummy galas sehabis baik tanggungjawab ini


Aida Hanfiah, blogger Melaka (separuh masa) yang mempunyai 3 cahaya mata dan masih bekerja. Mummy suka baca blog beliau kerana penulisan yang santai tapi content nya sangat baik. Padu ! Walau bekerja sepenuh masa di agensi Kastam. Tapi, blog beliau tak pernah tiada isi ! Memang tabik spring !

# 12 - Bonde Zaidalifah www.bondezaidalifah.com
Niche Blog : Pot Pet..Pot Pet Bonde
Tagline blog : Lifestyle, Parenting, Novel, Drama, Travelling


Bonde ! Antara blogger yang agak famous. Tapi, sentiasa menjaga tutur kata, penulisannya. Mummy suka dengan sifat mak-mak macam bonda. Blog beliau juga sangat berisi tau ! Info masakan, travel, tips dan banyak lagi yang Bonde suka kongsikan. Bonde juga merupakan blogger yang konsisten update blog. Haaaa..ni lah, blog yang tak rugi di follow !


# 13 - Aju Mohit www.ajumohit.com

Aju Mohit ! Bukan Anju ! Hehehe Gurau sat ! Mommy blogger Klang Valley, 1st time mummy jumpa beliau ketika event Dugro. Seorang yang tak banyak cakap tapi penulisan blognya penuh dengan segaal-gala tips ! Dan, penulisan beliau sangat mantap. bekerja secara fulltime di PUNB bukan menjadi penghalang beliau untuk menulis blog.


Paling mummy suka, Aju ini suka travel dengan geng bff beliau, pakai baju sedondon dan semua sedondon tema ! Perghhhh sporting !

# 14 - KG www.kakgojes.com



KG antara blogger alam maya yang jauh dan lama juga mummy kenal. Seorang blogger Sabah yang rajin menulis blog. Macam-macam penulisannya ada di blog beliau, 3 orang cahaya mata , seorang blogger separuh masa bukanlah alasan untuk beliau menulis dan meneruskan hobi beliau.

Niche Blog & Tagline blog : Lifestyle, Parenting, Food, Beauty, Travel



Blogger Ami atau Shamiera Osment mempunyai niche penulisan dalam Bahasa Inggeris. Ha, jarang-jarangkan penulis blog Malaysia nak menulis dalam English ! Korang nak improve penulisan dalam English. Boleh baca blog beliau. Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini merupakan full time blogger ! 



Kak Azni, kami rapat ketika join family day di Pahang satu masa dulu. Seorang blogger yang suka bercerita tentang travel. Sehinggakan mummy ke Bandung pun, minta advice beliau hehe. Takut juga kena tipu kat Bandung tu ha ! Syukur dah selamat pun pergi dan balik . Kak Azni ni power dalam website juga. Pernah juga mummy minta pendapat beliau bab blog ini. Wordpress memang makanan beliau. Nak tanya pasal wordpress, cari Kak Azni ye !

# 17 - Alia Farhan http://www.aliafarhan.com/
Niche Blog : Take only memories, Leave only footprints
Tagline blog : Vanilla Freak

Alia antara blogger utara juga favorite mummy, suka baca kisah travel, tips travel dan cara mengemas rumah. Walaupun beliau seorang suri rumah, full time blogger, bab masak, bab mengmas rumah tak pernah di abaikan. Malahan ! Deko nya cantik2! Jeles.

Beliau juga ada beberapa buah homestay di Penang, nak cari homestay lepas PKP. Carilah Alia ye !


Niche Blog : Parenting, Food, Lifestyle
Tagline blog : Where a wonderful journey of motherhood begin


Lisa, blogger sepenuh masa dan ibu kepada 2 anak juga merupakan content creator bebas. Beliau berkongsi tentang perjalanannya sebagai ibu


# 19 - Nora www.ummizarra.com

Ummizara, atau Nora merupakan blogger yang agak otai dalam Malaysia. Ibu kepada 2 anak ini sekarang agak busy dengan kerjaya dan keluarga. Mummy suka penulisan Nora ini, penulisannya santai tapi sampai ! Nak tahu sampai macam mana? Korang kena terjah blog beliau ye !


Niche Blog & Tagline blog : Parenting, Beauty, Lifestyle

Mummy suka gambar Fiza upload di blog, semua cantik-cantik belaka. Mama blogger yang masih bekerja dan punya 2 anak yang sedang membesar menulis tentang kecantikan dan lifestyle.



Niche Blog & Tagline blog : Malaysian Parenting, Lifestyle, Review
Eda atau nama penuhnya Siti Rohaida Yusof sepertimana di Facebook ni merupakan blogger Johor sepenuh sepenuh masa. Rajin menulis dan pencapaian blog beliau sangat hebat di mata mummy. Kami sering juga berkongsi dan chat tentang perkembangan anak-anak kerana anak kami tak ada beza banyak umurnya. paling best, mummy sukakan tips perkembangan anak dari Eda. Korang yang mana nak cari buku untuk perkembangan anak. Korang boleh cari Eda tau ! Mummy dah dapatkan buku 125 kawalan pensel dari Eda untuk anak-anak mummy !

# 22 - Shahada www.shahadafauzi.com
Niche Blog & Tagline blog : Personal & Lifestyle Blogger
Shahada Fauzi, asal dari Penang. Nama panggillanya CikSha merupakan blogger Terengganu yang mempunyai 3 cahaya mata yang sangat suka coklat ni yang berasal 


# 23 - Yati www.yatizul.com
Niche Blog & Tagline blog : Cahaya Hayati


Blogger yang dipanggil Yati merupakan blogger sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang berasal dan menetap di Kulim. Ibu yang rajin kongsikan pelbagai tips parenting. Tak sombong , rajin bertandang ke blog mummy (blogwalking) dan menegur sapa di media sosial.

# 24 - Hanny www.diarymama.com
Niche Blog & Tagline blog : Diarymama The Essence Of Life

Hanny Abdullah, blogger sepenuh masa yang juga pencinta haiwan yang sangat suka mengembara dan mencari peluang perniagaan. Kak Hanny merupakan blogger Malaysia yang otai dan sering di panggil ke majlis promosi oleh syarikat ternama !

# 25 - Fuzy www.iamfuzy.com

Kak Fuzy blogger yang sangat aktif, title seorang ibu sepenuh masa bukanlah alasan untuk menjada full time blogger yang berjaya. Malah, Kak Fuzy ini tidak sombong. Suka jumpa dengan kak Fuzy sebab macam-macam tips beliau suka kongsikan. Ha..face to face pun peramah , apa ntah lagi di blog beliau.

Okay ini sahaja perkongsian mummy untuk 25 MOMMY BLOGGER MALAYSIA YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA dari Bites Media Consultant 

Korang ada cadangan lagi untuk blog yang mummy WAJIB baca tak? Sharelah sket ! Boleh?

TARIKH PEMBAYARAN BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

TARIKH PEMBAYARAN BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Korang tengah buat apa tu? Ha? Tengah cek akaun bank, samada duit BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL dah masuk ke belum? Hehehe. Jangan risau mana yang tak masuk hari. Kalau lulus tu, insyaAllah duit akan masuk. Cumanya, tak semestinya hari ini 6 April 2020.

Nak tahu tarikh BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL ? Okay jom baca d bawah ini, mummy ada screenshot BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

TARIKH PEMBAYARAN BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL





Kategori : B40, Isi Rumah RM4,000 ke bawah
Jumlah bantuan : RM1,600
Fasa Pembayaran : April RM1,000 dan May RM600
Tempoh pembayaran : 6 April hingga 12 April 2020
Kaedah pembayaran : Bank details dari Bantuan Sara Hidup (BSH) atau data dari percukaian LHDN

Kategori : B40, Bujang RM2,000 ke bawah
Jumlah bantuan : RM800
Fasa Pembayaran : April RM500 dan May RM300
Tempoh pembayaran : 6 April hingga 12 April 2020
Kaedah pembayaran : Bank details dari Bantuan Sara Hidup (BSH) atau data dari percukaian LHDN

Kategori : M40, Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
Jumlah bantuan : RM1,000
Fasa Pembayaran : April RM50 dan May RM500
Tempoh pembayaran : 13 April hingga 15 April 2020
Kaedah pembayaran : Bank details dari Bantuan Sara Hidup (BSH) atau data dari percukaian LHDN

Kategori : M40, Bujang RM2,001 hingga RM4, 000
Jumlah bantuan : RM500
Fasa Pembayaran : April RM250 dan May RM250
Tempoh pembayaran : 13 April hingga 15 April 2020
Kaedah pembayaran : Bank details dari Bantuan Sara Hidup (BSH) atau data dari percukaian LHDN

Yang pastinya, Minggu awal ni Kategori B40 yang akan terima duit BPN DULU la ye. M40 pula mohon bersabar. Selepas 13 April 2020.ye duit akan masuk hehe.

Yang mana rasa layak, tak tak dapat. Jangan risau. Jangan menang is ye!  Boleh semak di, dan mohon di :

Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Untuk Aktiviti Anak Masa (PKP) Perintah Kawalan Pergerakan / Movement of Control (MOC)

Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Untuk Aktiviti Anak Masa (PKP) Perintah Kawalan  Pergerakan / Movement of Control (MOC) - Fuh, jenuh 24 jam berkurung dengan anak hampir sebulan. Memula tu, mummy agak pening sebab tak tahu nak buat apa dan macam mana. Orang kata, bukan mudah nak sesuaikan diri. Benda baru macam ni. As usual, kerja pun sekarang lebih kepada online, meeting, training semua online. Memang mencabar weii. Okay part anak-anak pulak, semasa tempoh (PKP) Perintah Kawalan  Pergerakan / Movement of Control (MOC) anak kami alhamdulillah masih ok! Masih energetic 24 Jam ๐Ÿคฃ ada masa dorang main, ada masa dorang akan pegang pensel. 

Bab pensel ini, mummy memang sejenis suka jadiakn buku sebagai bff anak-anak. Memang sentiasa sediakan buku (selain buku sekolah) untuk anak kami. Tak apa lah rumah sepah dengan buku pun, mummy suka aje ! Bukan senang nak bagi anak suka dengan buku, lelagi apabila kita beli bukau dan memaksa mereka buat. Macam mummy, suka belikan buku. Tapi, tak paksa dorang buat apa pun. Just standby letak kat almari depan, dalam laci tu letak buku, alat tulis, alat mewarna.

Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Untuk Aktiviti Anak Masa (PKP) Perintah Kawalan  Pergerakan / Movement of Control (MOC)


Buku pulak, macam-macam jenis di rumah kami. Tapi, paling mummy suka sekarang ini adalah buku 125 Latihan Kawalan Pensel. Kenapa mummy sukakan Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Untuk Aktiviti Anak Masa (PKP) Perintah Kawalan  Pergerakan / Movement of Control (MOC). Ha..jom baca sampai habis ye !


Daim - 2 tahun

Dzal - 5 tahun, masuk 6 tahun

Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Untuk Aktiviti Anak Masa (PKP) Perintah Kawalan  Pergerakan / Movement of Control (MOC) ini sesuai untuk anak-anak berumur 2 hingga 4 tahun. Ha..mesti ramai yang macam mummy tak tahu bahawa umur 2 tahun dah kena mula ajar anak untuk menulis. Yes ! Dah mula kena ajar anak menulis guysss !  So, untuk Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Untuk Aktiviti Anak Masa (PKP) Perintah Kawalan  Pergerakan / Movement of Control (MOC) Dzal dan Daim mummy bagi latihan di buku ini aje.


Ingatkan, Daim tak suka menulis di buku. Sekali, rupanya dia suka ! Siap tak bagi Dzal tulis langsung kat buku ini ! 

See...Daim punyalah seronok dengan Buku 125 Latihan Kawalan Pensel



Dalam buku 125 Latihan Kawalan Pensel ini ada guideline cara kawalan / pegang pensel yang betul. Sebelum ini, mummy ingatkan anak-anak mummy tak pandai pegang pensel. Rupanya, cara pegang pensel ini ikut umur juga. Cuma kena latih anak pegang pensel jika nak dapatkan genggaman yang sesuai dengan umur mereka

1- 2 tahun : gengaman penumbuk
2 - 3 tahun : Genggaman Digital Pronote
3 - 4 tahun : Genggaman 4 jari
4 - 6 tahun : Genggaman Tripod Statik
6 - 7 tahun : Genggaman Tripod Dimensi






๐ŸŒทBUKU 125 LATIHAN KAWALAN PENSEL๐ŸŒท

Apa lagi kelebihan buku Buku 125 Latihan Kawalan Pensil oleh Dr. Mahani Razali ni?

Buku ini dihasilkan khusus bagi membantu kanak-kanak mempunyai supaya kemahiran mengawal pegangan pensil. Bagaimana buku ini boleh bantu anak-anak berlatih menulis?

Okay, jom baca details kat bawah ni⬇

❤Buku ini disusun secara bertahap mula dengan aktiviti yang paling mudah sehingga aktiviti yang lebih sukar

❤Sebagai permulaan aktiviti untuk membantu kanak-kanak membina keyakinan diri untuk pegang pensil dengan betul

❤Aktiviti ini membantu anak anak membina kemahiran motor kecil iaitu kemahiran yang sangat diperlukanj untuk anak anak dapat menulis dengan betul

❤Membantu kanak-kanak menulis secara konsisten dengan cantik walaupun menulis dengan laju.

❤Yang paling best, grafik berwarna warni dan menarik membuatkan anak-anak tertarik untuk terus melakukan aktiviti kawalan pensil dan seterusnya menulis secara konsisten. Practice Makes Perfect!☺

❤Bersaiz A4 dan mempunyai 125 Muka surat

Ibu Ayah dan cikgu2 boleh dapatkan sekarang dengan harga preorder iaitu #lapanbelas RM18 SAHAJA ๐Ÿ˜



TOP 20 MALAYSIA BLOGGER TO FOLLOW IN 2020 BY EDARABIA

TOP 20 MALAYSIA BLOGGER TO FOLLOW IN 2020 BY EDARABIA - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah setiap tahun ada sahaja beberapa appreciation dari beberapa website luar negara kepada blog mummy yang tak seberapa ini. Tahun 2020 ini, blog mummy terpilih dalam TOP 20 MALAYSIA BLOGGER TO FOLLOW IN 2020 BY EDARABIA. Sebenarnya dah lama nak menulis tentang TOP 20 MALAYSIA BLOGGER TO FOLLOW IN 2020 BY EDARABIA tapi asyik tak sempat aje ! Alhamdulillah PKP wabak covid-19 /corona virus ini mummy dapat buka dan tengok balik mana entri yang telah di buat dan mana yang masih pending. Sekali dah syiok menulis blog ini, sehari boleh menulis sehingga 4-5 entri. Hahaha maaf ya suami dan anak-anak. I kalau dah mula menulis tak pandang kiri kanan. Dan, selagi tak siapkan entri untuk schedule 2-3 hari punya entri. memang tak sah ! 

TOP 20 MALAYSIA BLOGGER TO FOLLOW IN 2020 BY EDARABIA




Berbalik cerita TOP 20 MALAYSIA BLOGGER TO FOLLOW IN 2020 BY EDARABIA. Mummy ucapkan setinggi-tinggi penghargaan ! Seperti baisa i am Malay Blogger so, entri pun haruslah dalam Bahasa Melayu. Pembaca blog mummy pun kebanyakannya dari Malaysia. Tapi, tak ada masalah besar pun sebenarnya. Sebab, blog mummy boleh di translate kan. Thank you again to Eradabia

TOP 20 MALAYSIA BLOGGER TO FOLLOW IN 2020 BY EDARABIA , kalau di baca betul-betul. Ianya adalah lebih kepada pemilihan parenting blogger. Yes ! Mummy memang lebih menulis dalam niche parenting. Tu je cerita yang tak habis-habis kan...lagi pun anak sedang membesar ! Banyaklah cerita tentang anak !

Esok-esok depa besar, boleh baca balik kisah dorang yang mummy bukukan dalam blog ini hehehe.

Kalau korang nak baca tentang apa yang EDARABIA tuliskan tentang blog mummy, korang boleh buka ke entri ini : https://www.edarabia.com/malaysia/bloggers/

Last but not least, blog mummy sebenarnya blog biasa-biasa aje. Menulis pun ikut suka, pendek kata menulis lebih kepada diary sahaja.

Terima kasih juga pada semua yang sudi singgah dan baca blog mummy ni ! Love & hugs for you.....

UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL


UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL - Bermula 1 April 2020, Pusat Perubatan Nilai (Nilai Medical) akan menawarkan ujian pandu-lalu Covid-19 yang memberikan keputusan dalam tempoh 48 jam. Jangka masa yang cepat ini akan membolehkan mereka yang berkeputusan negatif untuk menarik nafas lega serta membolehkan tindakan perubatan dilaksanakan segera untuk kes positif. Inisiatif pantas oleh Pusat Perubatan Nilai ini bertujuan untuk menyokong usaha Kementerian Kesihatan bagi menambahbaik pengesanan, pengasingan dan rawatan; dengan matlamat untuk mengurangkan penyebaran wabak dan menghilangkan virus tersebut. 


UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL



Menurut Jasmine Lau, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Nilai, "Dengan peningkatan jumlah kes Covid-19, ujian pandu-lalu 10-minit ini akan menggalakkan orang ramai melakukan ujian jika mereka mempunyai sebarang kebimbangan atau mengesyaki bahawa mereka mungkin telah terdedah kepada virus itu. Konsep pandu-lalu ini mengurangkan kontak rapat sementara memastikan keselamatan kakitangan kami. Swab (sampel bahan uji) akan diambil sementara individu kekal berada di dalam kenderaan mereka. Sekiranya mana-mana individu didapati positif, kami akan memaklumkan serta mengarahkan mereka dengan serta-merta untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang sesuai. 

"Dengan ujian pandu-lalu yang cepat diproses ini, Pusat Perubatan Nilai dapat memainkan peranan penting dalam mempercepatkan langkah perubatan dan pengasingan. Kami ingin menghulurkan tangan untuk membantu rakan professional penjagaan kesihatan di kemudahan kerajaan dan bersama-sama menangani krisis ini," kata beliau. 

Ujian pandu-lalu Covid-19 di Pusat Perubatan Nilai dibuka dari Rabu hingga Jumaat, 2.00 petang - 5.00 petang. Ujian ini ditawarkan dengan harga RM580 untuk orang ramai dan RM500 untuk warga emas (berumur 60 tahun ke atas) dan pekerja penjagaan kesihatan. Hubungi 06-8505100 atau emel hotline@nilaimc.com untuk menempah slot masa pandu-lalu anda.

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500 I-LESTARI SECARA ONLINE

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINEBagi yang sudah ada i-akaun KWSP, korang boleh terus ikuti langkah yang mummy akan share kan di bawah. Manakala, yang belum ada i-akaun KWSP, korang kena buat dulu. Boleh refer ke : CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE   untuk cara mohon i-akaun username / id dan password secara online. Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, telah membenarkan pencarum EPF mengeluarkan maksimum RM500 dari akaun 2 EPF memasing. 

So, di sini, mummy sharekan macam mana nak buat pengeluaran i-akaun KWSP secara online tanpa ke pejabat KWSP 


CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINE

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINE sangatlah mudah hanya 14 langkah je !

Langkah 1 :


1. Layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my



Langkah 2


2. Pilih i-Akaun Ahli dan masukkan ID dan Password anda.

Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Forgot User ID / Password” untuk mendapatkan kata laluan baru.


Langkah 3

3. Kemudian pilih “Withdrawal” pada bahagian atas sebelah kanan.


Langkah 4


4. Tekan “New Application” untuk membuat pengeluaran.




Langkah 5

5. Pilih “Withdrawal Type”.




Langkah 6


6. Pilih i-Lestari untuk pengeluaran RM500 sebulan.

Selain i-Lestari, anda juga boleh memohon pelbagai jenis pengeluaran bergantung kepada syarat kelayakan.




Langkah 7 & 8

7. Akaun keluar satu popup notis. Sila klik pangkah atau “X”

8. Kemudian klik “Next”.



Langkah 9 & 10


9. Kemudian masukkan amaun pengeluaran yang anda inginkan. Minima RM50 manakala maksima RM500 sebulan.

10. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun anda.

Pastikan akaun anda aktif. KWSP akan terus masukkan duit mengikut butiran maklumat yang anda isi.



Langkah 11


11. Jika perlu, sila kemaskini maklumat terkini anda.



Langkah 12 & 13


12. Kemudian klik  pada ruang checkbok.

13. Klik “Request TAC”


Langkah 14


14. Masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan dan klik “Submit”




15. Siap!

Jimat cermatlah duit yang ada ye, sebab kita tak tahu effect ekonomi wabak Covid-19 sehingga bila. Pakai untuk keperluan paling penting. Jangan ikut kehendak, malah fikirkan keperluan !



Kredit tutorial ini kepada saudara Luqman Hariz 

CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP

CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP - 1 April 2020 bermulalah gelombang baru iaitu gelombang pengeluaran KWSP akaun 2. Beberapa hari lepas PM kita ada mewar-warkan semua orang boleh mengeluarkan duit dari KWSP (akaun 2) yang di beri nama i-LESTARI KWSP.

Malangnya, bagi yang tidak pernah ada kod online EPF tu macam mana ye? Memasing mengeluh, pejabat KWSP tutup dan talian telefon juga tidak berjawab. Siap ramai pulak tu yang beratur di hadapan pejabat KWSP hari ini ! Aduh PKP uolss ! Please lah ! Putuskan rangkaian Covid -19. Stay at home ! Duduk Rumah !

Jangan panik ! Jangan risau kengkawan ! Semuanya boleh di selesaikan secara online sahaja ! Macam mana DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP


MACAM MANA NAK DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP


Perkongsian dari Facebook Farah Nisa. Yes alhamdulillah dah boleh daftar i-account KWSP secara online. Tak perlu pergi ke kiosk untuk register TAC no pun pada musim RMO ni.


CARA-CARA NAK DAFTAR I-AKAUN EPF ONILNE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP


Cara-cara DAFTAR I-AKAUN EPF ONILNE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP:


1️⃣ Pertama anda perlu #install 3 apps yang tertanda hijau tu:


- Adobe Acrobat (untuk isi form dengan tulisan bertaip, ni memang pihak EPF yang request, boleh tengok borang yang di attach)

- Documents (untuk rename setiap file sebab EPF suruh save setiap file ikut format yang ditetapkan) 

- Mail / Email


2️⃣ Pergi link ni untuk download borang dan buka guna Adobe Acrobat:


https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147596/Borang+Pendaftaran+i-Akaun+%28Ahli%29+melalui+e-mel.pdf/a357f55e-d4bd-e403-1e97-5fc01fae1af5?t=1585660004622


3️⃣ Isi borang and prepare document, ada 5 items kena prepare







๐Ÿ“ Anda perlu attach sekali

1. IC DEPAN BELAKANG
2. GAMBAR SELFIE ANDA BERSAMA IC
3. BUKTI NO HANDPHONE ANDA.
• JIKA ANDA PAKAI POSTPAID LAMPIRKAN BIL ANDA
• JIKA ANDA PAKAI PREPAID SILA SCREENSHOT STATEMENT YANG ADA NAMA DAN NO HANDPHONE ANDA.
4. BUKU BANK/BANK STATEMENT YANG ADA NAMA DAN NO ACCOUNT BANK ANDA.

4️⃣ Save doc yg korang dah prepare ke apps Documents and rename setiap file ikut format.

5️⃣ EMAIL KAN SEMUA 1-4 ke iakaundaftar@epf.gov.my.

Pihak KWSP akan sahkan permohonan anda.

Jika permohonan anda berjaya, anda akan dapat SMS ID dan Password sementara daripada pihak KWSP.

Aktifkan i-Akaun dan anda perlu tukar password sementara kepada password baru.

i-Lestari boleh dikeluarkan daripada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.

AMBIL PELUANG INI JIKA ANDA TIADA EMERGENCY SAVING WALAUPUN BELANJA ANDA CUKUP.

๐Ÿ”ด Anda boleh kumpul emergency fund
๐Ÿ”ด Boleh langsaikan hutang jahat guna teknik snowball atau avalanche
๐Ÿ”ดBoleh masukkan duit tersebut di tempat pelaburan yang boleh bagi pulangan lebih tinggi sebagai contoh Unit Trust

Anda dibenarkan membuat pengeluaran minimum RM50 dan maksimum RM500 dalam tempoh sebulan tetapi hanya 1 pengeluaran sahaja dibenarkan dalam tempoh sebulan.

Kredit kepada Puan Azila Akmar untuk gambar.

Lagi sekali saya ingatkan, entri ini adalah untuk korang yang tak boleh accses i-akaun EPF . Tunggu sehingga dapatkan id dan password untuk memohon pengeluaran duti i-lestari KWSP.

Selanjutnya, boleh baca di www.kwsp.gov.my