Mangga Harum Manis Perlis Ke Kajang !

Mangga Harum Manis Perlis - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Kemahen PKP ni, musim Mangga Harum Manis pula keluar ye ! Elok sangat lah tu. Hehe. Masa PKP 1,  dah terperap dalam rumah, mulut memang minta makan je. Mummy order 3 kg terus dengan sepupu mummy. beliau memang kenal dengan orang di ladang Perlis tu, last year sepupu dan makcik mummy memang ke ladang Mangga Harum Manis di Perlis

Proses order pun tak lama sangat, dalam seminggu je sampai dah ! Mereka pos direct dari Perlis ke Kajang dengan menggunakan perkhidmatan courier Citylink. Alhamdulillah selamat tiba di Kajang. Puas hati beli dari sepupu kami , Mangga Harum Mani yang kami terima ni, buah yang sampai semuanya elok, manis, tiada yang lembik, tiada yang pecah.

Harganya pun sangat ok 7 biji = 3kg RM100 termasuk pos

Mangga Harum Manis Perlis Ke Kajang


Mangga Harum Manis Perlis Ke Kajang !

Packagingnya  memang tip top


Mangga Harum Manis Perlis Ke Kajang !

Buahnya , semua cantik-cantik !


Mangga Harum Manis Perlis Ke Kajang !

Harum manis ini, berbuah setahun sekali sahaja. Antara buah mangga paling sedap dan paling mahal ! Kerana ianya bermutu tinggi !

Mangga Harum Manis ini, berbuah setiap tahun dari April sehinggalah awal bulan Jun. 

Alhamdulillah, rezeki kami tahun ini. Dapat merasalah ! Kami sekeluarga 




Mangga Harum Manis Perlis Ke Kajang !



Isi dalamnya, manis, kuning oren. Perghhhh! Memang sedap ! Korang nak? WhatsApp je beliau di SINI

Dengar dari sepupu mummy Mangga Harum Manis ini dah ke penghujungnya. Nak habis musim dah huhu.

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging a.k.a. Curry Puff - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Apa khabar? Sihat ke? Macam biasa, mummy nak sharekan resipi paling mudah buat karipap. Kalau korang Google, mesti ada banyak jenis resepi Karipap kan ! Cara mummy ni cara memang mudah dan juga cara orang dedulu buat karipap. Sedap pun sedap juga ! Ceh ! Puji diri sendiri. 

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging a.k.a. Curry Puff


Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging

Kalau korang nak tahu, mummy pertama kali buat karipap dari A- Z tau. Masa memula, minta daddy belikan tepung dan bahan untuk buat karipap. Daddy macam pelik juga. Siap tanya mummy berkali-kali. Are you sure nak buat karipap? Pandai ke buat karipap ? 

Aduh, boleh dia tanya macam tu? Haruslah boleh buat,kan ! Ini pun mummy buat sempena PKP 1, PKP paling ketat masa ini. Dan first time alaminya. Maka, sedikit bosan la, kan ! Kalau tak kerana PKP. Karipap beli ajelah 😁

Rumit buat karipap sebenarnya kan. Mummy punyalah confident bancuh 1 kg tepung ko. Hahaha, amek ! Banyak namatey karipap ku !

Memula, mummy ngat nk buat karipap pusing, adunan dah buat untuk karipap pusing. Tapi, anak2, kejap nangis nak tidur, kejap nak makan, kejap anak-anak nak mandi

So, satu kan ajelah semua hehe

CARA BUAT KARIPAP RESEPI PALING MUDAH !





Inti karipap, mummy buat menggunakan kari daging dan isi daging. Bahan-bahan untuk inti karipap adalah seperti berikut

5 biji ubi kentang potong kecil
Sedikit Daging potong kecil
3 ulas bawang merah kecil (blend atau tumbuk)
1 ulas bawang putih (blend atau tumbuk)
Sedikit halia (blend atau tumbuk)
3 cubit garam


1 paket tempah kari Daging adabi
Daun kari (jika ada)
Sedikit air.

Masak hingga kering dan ubi Kentang masak

Dah siap inti karipap, kini masanya untuk mummy buat kulit karipap pula. 



Kulit karipap mummy buatkan 2 bahagian, sebab nak buat kulit karipap pusing memang kena buat 2 jenis adunan.

Adunan 1

Tepung gandum 1/2 kg
3 gelas minyak masak

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging

Manakala adunan ke 2

Tepung gandum 1/2 kg
1 1/2 gelas air bersama 1 sudu garam

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging
bebola kan semua adunan


Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging
campurkan dan gelekkan semua



Tak jadi buat karipap pusing, buat biasa je, campurkan semua adunan

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging


Alhamdulillah siap, boleh la makan breakfast, tea time untuk 2-3 hari ni. Jimat masa untuk masak dan prepare 😅

THE 'BEST SUMMER EVER' EXPERIENCE WITH CARTOON NETWORK ON SCHOOL HOLIDAYS

MAKE THIS SCHOOL HOLIDAYS THE 'BEST SUMMER EVER' EXPERIENCE WITH CARTOON NETWORKThe school holiday is just around the corner and families will be looking for fun ways to spend the break together. With social distancing in full effect, why not spend it indoors with Cartoon Network? It will still be the Best Summer Ever when the kids are accompanied by their favorite Cartoon Network pals!

THE 'BEST SUMMER EVER' EXPERIENCE WITH CARTOON NETWORK ON SCHOOL HOLIDAYS



THE 'BEST SUMMER EVER' EXPERIENCE WITH CARTOON NETWORK ON SCHOOL HOLIDAYS


Watch-and-Win Contest

To win some awesome, giant-sized We Bare Bears plushies, Ben 10 and The Powerpuff Girls premiums, kids just need to tune in to Cartoon Nework (Astro Ch 615HD / 635) daily (9am to 12pm) from Monday, 11 May to 28 June, and keep a look out for secret codes that will appear on-screen. Then head over to CartoonNetworkAsia.com/BestSummerEver to submit the codes and tell us why they love watching Cartoon Network.


Photo Credit: Cartoon Network

Best Summer Ever Fan Art Contest

For some hands-on fun, kids can get creative in the Best Summer Ever Fan Art Contest! It's the perfect platform to ignite their imagination and show off their drawing skills. Held from 11 May to 28 June, the best pieces will win amazing goodie bags and be showcased on Cartoon Network for viewers around Asia to enjoy - talk about bragging right!


Photo Credit: Cartoon Network



Don't miss the chance for the Best Summer Ever, all without leaving the comfort of home. For more information about the contests, visit CartoonNetworkAsia.com/BestSummerEver!

In the meantime, be sure to stay tuned to amazing cartoons on Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635) all summer long!

AQIQAH DZAL AIDI FIQRY DAN DOA SELAMAT KE UMRAH

AQIQAH ONLINE vs AQIQAH OFFLINE - Sekejap masa berlalu , dah tahun 2020 dah. Ramai yang bertanyakan pada mummy tentang Aqiqah anak-anak kami. Mummy dedulu cari kambing untuk aqiqah adalah secara offline. Tapi kalau kata zaman sekarang ini, mummy prefer , cari online je. Bagi yang tercari-cari Aqiqah Online 2020 mummy cadangkan korang ke Aqiqah Centre ni. Senang dah sekarang ni nak buat Aqiqah, semua di hujung jari je, lelagi zaman Covid-19 ni. PPKP ? MOC semuanya terhad.

AQIQAH ONLINE VS AQIQAH OFFLINE


AQIQAH ONLINE VS AQIQAH OFFLINE. Entri ini adalah Aqiqah Dzal secara offline.. Fuh ! jenuh juga mencari kambing offline. Berjalan ke sana ke sini dari satu kampung ke satu kampung demi mencari kambing untuk Aqiqah Dzal. Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry tahun 2016 dan doa selamat Tok Mak, Tok Abah dan abang untuk ke umrah. Simpan entri satu hal, penyakit M pun satu hal. Ok lah..Sempena mood rajin datang ni. Mummy cepat-cepat story mory kisah Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry dan doa selamat. Yang sebelum ini, mummy ada teaser majlis persiapan aqiqah Dzal Aidi Fiqry di SINI

So, kalau tanya mummy sekarang, 100% mummy sokong aqiqah online hehehe


2 ekor Kambing Aqiqah Dzal Aidi Fiqry selamat dilaksanakan. Alhamdulillah


Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry dan doa selamat 


Percangan Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry dan doa selamat ini dah berbulan perancangannya. Dari survey kambing sampai la ke persiapan yang lain-lain. 

Berbalik pada Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry dan doa selamat kami mengadakan nya secara sederhana sahaja. Jika ada yang mummy terlepas jemput. Harap di maafi ye. Next baby insyaallah boleh lagi buat. Ada rezeki lebih, boleh buat lebh. Sesama doakannya.


MENU AQIQAH DZAL AIDI FIIQRY

Antara menu-menu yang ada majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry. Semua ini Tok Mak masak sendiri di bantu oleh jiran tetangga dan lain-lain.

 Beriyani Kambing

Rojak Buah

Ikan Masin Nanas Masak Lemak Cili Api


Dalca Sayur

Kambing Masak Merah

 Sambal Sotong dan Ayam Goreng

Jelatah / Pencuk / Acar Nanas Timun

SEPANJANG MAJLIS AQIQAH DZAL AIDI FIQRY






10 pagi Minum pagi dan Bacaan Yassin dari team Kg Melayu Subang



12 tengah hari makanan tengah hari di sediakan

Turut hadir Anak Yatim dan Asnaf dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari / Rumah Amal Kasih Bestari Kg Melayu Subang. Allah suka mummy melihat anak-anak kecil ini. Kelihatan ada kegembiraan di wajah mereka. Mungkin gembira dapat keluar outing. 

Kebanyakan mereka lebih gemar nasi putih berbanding nasi beriyani. 

4 round juga mummy masak nasi putih pada hari tersebut.









Gambar ini semua jemputan yang hadir dari surau Nurul Hidayah, sedara mara dan juga sahabat handai.

Baru perasan, gambar sekeluarga tak ada hehehe. Almaklumlah kan...triple busy. kami tak pakai perkhidmatan katering. Semua kami buat sendiri kenduri aqiqah ini.

Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar. Makanan minuman juga cukup buat semua tetamu. Terima kasih juga pada yang mendoakan kesejahteraan Dzal Aidi Fiqry.

AKTIVITI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI : CAT RUMAH

AKTIVITI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI (PKP 2020): CAT RUMAH. -Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hampir 2 bulan duduk rumah sepanjang  PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI (PKP 2020). PKP satu, memula tu rasa macam bosan sket. Bosan? Memang akan ada lah bosan tu kan, menipu lah kalau kata tak ada perasaan bosan tu. Si daddy dah merungut , tak tahu nak buat apa dah dalam rumah hehe. Aktiviti sama je setiap hari. 



Mummy pun, apa lagi bagilah beberapa idea pada daddy. So, salah satu adalah mengecat rumah. Idea tulah , di terima daddy. Balik je rumah, tengok-tengok di bawanya 1 tong besar cat hahaha..


Aktiviti ni kami buat masa PKP 1, lama benar entri ini duduk dalam draft blog da... Bosan-bosan pun, lama tak update blog ye hehehe. Sampai dan masuk PKPB dah pun hehehe. So, kali ini, nekad ! Nak post juga sebelum habis PKP hahaha.



Cat kali ini , daddy beli jenama Jotun, 1 tong besar tu dalam RM300. 1 tong besar cat tu cukup ke satu rumah? Kalau rumah kami bersaiz hampir 900sq ft tak cukup 1 tong besar tu. So, hanya cat di kawasan ruang tamu, dinding luar bilik, dan balkoni aje.





Tu pun, daddy dah tak larat. Penat katanya, mujur ada anak-anak dan atok turut bantu daddy untuk megecat. Kami buat sesi mengecat tu sebelum bulan Ramadan. Kalau Ramadan, memang tak larat lah gamaknya nak settlekan sesi cat mengecat ni ha..



Warna pilihan daddy, kuning gelap ke arah gold sedikit. Memula tengok macam tak lawa. Tapi, lelama tengok kat dinding nampak lawa dan kemas.



Pandai daddy pilih color. Nampak ceria aje ! Amek gambar dalam rumah pun nampak terang dan tenang gitu.


Hehe. Terima kasih daddy tolong cat rumah, kalau nak harap mummy tak sempatlah. Anak-anak ni ada amsa , nak berkepit aje. Tak boleh berenggang lama sangat !

Selesai update aktiviti PKP 1 kami, nanti mummy update lagi aktiviti PKP kami seterusnya ye !

TAK DAPAT BERBUKA DI BUFFET RAMADAN BGR 2020 IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT DI RUMAH SAHAJA!

BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B -Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Alhamdulillah syukur, bulan puasa Ramadan kali ini, mummy dapat menghabiskan masa di rumah, tidak seperti tahun sesebelum ini. Bulan Ramadan sesebelum ini, mummy busy dengan pekerjaan dan masih pulun kerja. Paling bersyukur tahun ini, mummy dapat puasa dengan bahagianya.  Ye lah, anak-anak semua dah besar. Tidak bergantung pada susu badan 100%. Syukur.. Syukur. Syukur. Cerita tentang berbuka puasa ni, tetiba rasa nak makan satay. Allahu..mummy memang peminat satay, sebulan tu tak dapat makan satay. Rasa macam tak sah. Hehe. Bulan Ramadan selalunya mummy akan ke beberapa buffet Ramadan. Biasalah, reward kan diri dan keluarga. Nak juga berehat dari kentang ketung kat dapur, kan. Tapi, Ramadan 2020. Kita di landa virus covid-19. Makanya, tak boleh nak ke buffet Ramadan. Tempat wajib kami sekeluarga untuk buffet Ramadan ialah biasanya di Bangi Golf Resort (BGR). Sebab banyak pilihan juadah

BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B



BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B

Semalam, kami dapat BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B. Terubat rindu nak makan satay! Mummy makan satay sambil berbuka dengan Bangi Golf Resort "SET B BGR MEAL - PRO" Bangi Golf Resort. Yang mengandungi :

❤️ Nasi Jeera Basmati
❤️ Kambing Masala
❤️ Indian Chicken Peratal
❤️ Daging Kicap Kandar
❤️ Ikan Tenggiri Sambal Tomato
❤️ Spaghetti
❤️ Chicken Bolognese Sauce
❤️ Carbonara Sauce
❤️ Chicken Satay with peanut sauce
❤️Kuih Seri Muka Gula Merah, Kuih Talam Kacang Merah, kek

Sesebelum ni, setiap tahun without failed kami sekeluarga akan berbuka di Bangi Golf Resort 😊

Tahun ni, PKP / MOC pula. Walau PKP /MCO, #bangigolfresort ada menyediakan set berbuka.

Di hantar secara frozen ke rumah, just rendam kan dengan air panas aje. Siap! 😍

BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B
Pihak BGR delivery sampai depan pintu

BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B
Packaging yang kemas

BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B


BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B

Makanan frozen yang perlu di panaskan dengan air panas mendidih. Boleh juga di panaskan menggunakan microwave. 

Mummy gunakan air panas mendidih aje.. Senang 

Plastik vacuum ini, sangat selamat untuk di panaskan 

BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B
Pencuci mulut, tak perlu di panaskan. Makan sejuk-sejuk sedap!

BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B
Set nasi basmathi yang lembut peroi. Sedap yakmat! Ianya di datang kan dengan pelbagai lauk 

BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B
Pelbagai jenis kuih. 

BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B
Satay!

Spaghetti Blognese dan spaghetti pada carbonara

Alhamdulillah, sangat lah puas makan set ni, walau katanya untuk 5 orang tapi kami makan bertujuh pun masih boleh makan sehingga ke sahur. Alhamdulillah. Syukur 


Berapa harga set BERBUKA PUASA / IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL - PRO SET B

Ha.. Sebenarnya, Harganya sangat-sangatlah mampu milik RM99.90 sahaja untuk 5 orang makan

Kalau korang berminat nak order. Boleh order melalui : https://www.lazada.com.my/shop/bgr-foodservice/

 Lazada & E-Kitchen Bandar Baru Bangi

Atau

Hubungi 03-89299888 / mealpro@bgrrest.com