GIGI GRAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH

GIGI GERAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH - Beberapa hari dah.. mummy sengsara dengan sakit gigi geraham bongsu. Rasa macam nak makan orang pun, ada tau! Sakit yakmat plus yut yut tu.. Perghhh! Dari sehari ke sehari nak pi jumpa dentist. Tapi tak p jumpa. Sebab? Banyak nau kerja hahaha. Salah satunya projek dapur tu ha.

GIGI GERAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH




So, Selasa baru ni, terus tak nak delay. Terus call klinik gigi dan buat appointment 1 jam dari tempoh call. Yes! Dapat slot. 



Kalau cerita bab klinik gigi. Tempat yang biasa mummy pergi adalah Klinik Pergigian Ain di Sunway Kayangan. Best sini, sebab parking senang, environment klinik tenang dan selesa. Doktor gigi pula merupakan owner klinik gigi, Dr Ain. 


Tapi, kali ini, mummy tukar angin ke Klinik Gigi Mrs Wong and Partners di Subang Perdana. Sebab tak nak hadap jem petang. Subang Perdana ni pekan kecil dalam area rumah mak mummy. So, kalau nak balik, 5 minit je sampai! 

1st try, ke klinik ni.suasana ok juga, doktor pun baik-baik. Sini ada 3 doktor. Mummy dapat doktor gigi perempuan muda. Masa masuk check gigi, doktor gigi kata gigi geraham bongsu mummy ni dah goyang. No choice, memang kena cabut. Lagi pun gigi tu dah pernah tampal. Agak susah juga dulu nak tampal sebab dalam sangat.

Mummy memang plan cabut juga. Malas nak simpan gigi macam tu. Tambahan pula geraham bongsu yang tak rajin pakai. 

Cuma, gigi geraham bongsu ni. Semua orang tahu, nak tumbuh pun SAKIT gila!

Apatah lagi, nak CABUT?

Insyaallah, mummy dah kumpul kekuatan. Dari nak tanggung sakit tu kan. CABUT JE lah! Nanti kalau sakit telan la pa pe ubat. Ye dak?

BERAPA HARGA CABUT GIGI? 


Harga cabut gigi Geraham Bongsu kat sini RM150. Sebab doktor kata memang susah sket la gigi geraham bongsu ni. Bius pun pakai 2 jenis bius. 

Tak silap mummy, Klinik Pergigian Ain murah sedikit kalau cabut gigi. Tapi, tak pasti bab gigi geraham bongsu. Anak-anak je pernah cabut gigi geraham kat sana.

Tapi, menang is jugaklah. Belum cabut pun dah nangis haha. 

So, berbalik gigi geraham bongsu mummy tu. Sakit ke tidak masa cabut gigi? Of course lah tak sakit. Sebab dah bius kan. Tapi kepala goyang lah. Hehe keras yarabbi gigi geraham bongsu mummy.

Lepas cabut tu, nampak lah ada 4 akar. Tapi dua akar lagi tu, bersambung. Besar sket lah akar tu, sebab bergabung.

Gambar gigi mummy tak amek, sebab takut terasa sakit pulak. Biasalah law of attraction kan. So, nak avoid negative vibe rasa sakit. Tak nak amek gambar dan tak nak simpan hehe.



Lepas 30 minit cabut, doktor arahan mummy makan paracetamol yang di bekalkan. Tapi lepas 30 minit tu, Allahuakbar azab beb! Berjurai air mata, sakit nyut nyut dia makan sakit!

Erm, lama juga lah sakit.. Rasa paling sakit tu nak reda. Dalam 2 jam sakit reda dan dalam 2 jam juga darah hampir stop!

Sakit nyut nyut geli geli manja. Masa ada dalam 2 hari tapi, tak ada sakit gila sangat lah. 



So, dah lega dah harini.. Tinggal nak tunggu gusi recovery. Doktor kata dalam 2 minggu macam tu. 

Doktor cadangan implant atau letak gigi lain. Erm. Malas lah banyak-banyak gigi. Belah belakang banyak-banyak gigi tak bagus sebenarnya. Lelagi geraham bongsu. Function dia tak banyak, malah boleh banyak kan bakteria dan menyebarkan gigi berbau.


PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN  - Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua! Amboi korang PKP hari tu memasing dekorasi rumah ye. Sampai kita pun terpengaruh haha. Tapi, sepanjang PKP aritu. Misi cat rumah je baru settled. Lelain tu, sama je macam sesebelum tu. Nak di jadikan cerita PKPP, masa husband masih kerja dalam rotation dan kami rajin dating berdua. Hahaha. Masa dating, macam biasalah borak pasal anak, borak pasal masa depan, borak pasal rumah. Borak punya, borak dengan husband tentang rumah. Keluar lah topik dapur rumah yang dah 10 tahun gitu je. Husband cakap dapur untuk kitchen cabinet sekarang mahal. Dan, sayang duit habis gitu. Erm, betul juga lah tu. Zaman sekarang ni, kena ada simpanan. Kita tak tahu nasib negara, nasib kita macam mana. Tengok je lah zaman covid-19 ni. Berapa banyak company yang bungkus? Innalillah.. Moga ekonomi kita semua bertambah baik. Insyaallah! 

Bila dok fikir-fikir..erm, jom lah buat kira-kira dulu... 

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN
Sebelum ada tingkap jenis sliding

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN
Selepas pasang tingkap sliding

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN 


Macam mana ada idea nak dekorasi dapur dan ubah SUAI DAPUR apartment kami? OK.. Berbalik kisah discussion kami suami isteri ni. Mummy keluarkan idea, untuk kami tengok-tengok je lah dulu harga kitchen cabinet. So, daddy (husband) setuju. 

Ada 4 tempat kami tengok-tengok. Dan, kami berpuasa hati dengan 1 company ni. Harga kitchen cabinet berkualiti dia sangat murah berbanding tempat lain. 

Bab kitchen cabinet ni, mummy tak nak cerita panjang sangat kat sini. Sebab belum siap apa pun! Tunggu siap.. kita cerita habis lah ye!

Dedulu rasa sayang je nak reno dapur. Tapi, anak makin besar. Nak tak nak, kena minimalist kan dapur juga. Nak amek video & gambar pun tak de lah nampak sepah. 

Sebelum nak buat kitchen cabinet, kami nampak ada beberapa part dapur kami yang perlu di bela / baiki. 

Dapur kami ada 2 bahagian. Dapur attached hall & dapur separate dengan pintu dari dapur asal. 

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN
Dapur asal. Sebelah luar tingkap tu , yard

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN

Consider wet & dry kitchen area juga. Cuma, mummy tak pratikkan wet & dry kitchen. Separate kan tempat dapur sinki dan almari barang. Luar kat kitchen yard buat tempat laundry, simpan perkakas masak & tempat memasak.

Bila dah confirm nak naik kitchen cabinet, kami dok fikir. Takkan kitchen yard tu nak biar macam tu. Kitchen yard kami simen je. Tak ada tiles. 

Dan laundry bar tu, kami akan letakkan satu cabinet bahagian atas kawasan mesin basuh. Cabinet aluminium tu sebenarnya free dari company kitchen cabinet kami buat. 

Box cabinet tu.. Boleh jadikan storage box, shoes cabinet juga. Tapi kami buatkan laundry bar je. Lain sket pemikiran kami kan hahaha.

Alkisah bermula lah part 1,kiranya 1% je baru siap. Ye beb! 1% je.. baru! Banyak sungguh lah nak kena buat dapur ni. Serabut yakmat.

Part 1 dekorasi dapur dan ubah SUAI DAPUR apartment kami. Kami buatkan tingkap sliding dulu, kat bahagian kitchen yard. So, nampaklah kemas dan angin tak terus masuk rumah. Barang juga tak jatuh bile di tiup angin. 

Kat situ ada para kami buat pakai besi grill macam tu. Boleh la support barangan masak BERBENTUK plastik. Ringan-ringan je. 

Para dengan awning kami buat dalam 8 tahun lepas. Sekali grill wrought iron depan rumah RM1K gak lah dulu habis. 

Selesai bab kitchen yard tingkap sliding tu! Berapa kami habis untuk tingkap sliding? Kami habis dalam RM620. Tempah dengan kedai dekat rumah je. Memang kedai tu specialise buat aluminum dan barang berkaca. Macam sliding door, pintu kabinet dan banyak lagi. 

Next projek, tukar daun tingkap bilik, pintu bilik dan pi tu depan. Moga ada rezeki kami amin.... 


Next... Kita buat tile pulak kat kitchen yard ni. Dan.. naik tile (tukar tile lama ke tiles baharu) bahagian kitchen cabinet. 

PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN

Kitchen cabinet ready made sedia ada semua dah keluarkan dari dapur. Alhamdulillah kami sedekah je pada jiran tetangga yang memerlukan. Cepat keluar, cepat lah kami boleh kemas dapur. 

Misi kosongkan dapur settle. Semua barangan dapur tolak ke dining hall. Kitchen yard pulak barang macam dapur, mesin basuh tolak sana sini juga. Dapur lama, dapur biasa tu kami tak ada perancangan lagi. Tapi macam nak let go. Sebab macam tak sesuai dengan kitchen cabinet kami. 

Dan, banyak barangan yang kami sparks joy. No choice la kan, banyak sampah not good for our environment too. 

Okay lah, nanti mummy sambung story part seterusnya. Insyaallah part tile kita update! 


FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama

FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama. Durian E-Fiesta menampilkan lebih daripada 220 tawaran durian


Berita baik untuk penggemar durian macam mummy hehehe. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini bekerjasama dengan Shopee, platform e-dagang no. 1 Malaysia untuk satu lagi inisiatif baharu, Durian E-Fiesta, sebagai bukti komitmen terhadap agenda digitalisasi dan e-dagangnya.

FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama

Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA berkata, “Ketika wabak Covid-19 di Malaysia berada di puncaknya pada bulan Mac lalu, ia telah memberikan kejutan kepada seluruh negara dan pelbagai sektor termasuk sektor pertanian yang tidak terkecuali. Sebelum ini, tiada siapa yang menjangkakan bahawa mereka dapat menjual hasil segar dan sejuk beku secara atas talian, tetapi wabak ini telah mendorong banyak pihak termasuk para petani untuk meneroka penjualan atas talian buat julung kalinya. Langkah ini juga selari dengan harapan YAB Perdana Menteri agar sektor perniagaan dalam bidang e-dagang di pertingkatkan dan menjadikannya satu trend baharu urusniaga. Oleh demikian, kami bekerjasama dengan Shopee demi memberi lebih banyak insentif kepada sektor pertanian untuk terus berada di atas talian dan yang lebih penting lagi, lebih ramai petani akan mendapat manfaat walaupun selepas PKPP. Kami akan melaksanakan kerjasama ini melalui beberapa siri kempen bertema yang menarik bermula dengan Durian E-Fiesta di Shopee bersempena musim durian yang sudah tiba."

Durian E-Fiesta di Shopee akan menjadi pameran jualan durian maya pertama di Malaysia. Program ini akan berlangsung dari 15 hingga 19 Julai dan menampilkan lebih daripada 220 tawaran, para peminat durian boleh memilih daripada pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, Kampung, dan sebagainya.

Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, FAMA dan Shopee akan memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar menarik seperti potongan harga RM5 dengan perbelanjaan minimum RM1, potongan harga RM20 dengan perbelanjaan minimum RM100 dan banyak lagi. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati Musang King di Jualan Kilat Shocking Sale pada harga RM10 sahaja ketika berlangsungnya Durian E-Fiesta.

Mengulas mengenai kolaborasi bersama FAMA, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Biasanya tempoh inkubasi untuk penjual dan pengguna adalah yang paling sukar. Pertama sekali, kami perlu memastikan bahawa penjual kekal berada dalam sistem dan perkhidmatan mereka adalah pada tahap yang optima. Pada masa yang sama, kami harus melatih penerimaan pengguna dan membantu mereka dalam membiasakan diri untuk membeli hasil segar secara atas talian. Oleh itu, kami amat bersemangat kerana mempunyai rakan kerjasama seperti FAMA yang mempunyai pemahaman mendalam tentang ekosistem e-dagang dan bersedia bekerjasama dengan kami bagi mendorong digitalisasi sektor pertanian Malaysia. Selain itu, ini merupakan waktu yang terbaik untuk melaksanakan kerjasama ini memandangkan rakyat Malaysia merupakan penggemar tegar buah durian."

Kedua-dua organisasi ini juga telah mengambil kira para pengguna yang mungkin kurang menggemari Raja Buah. Justeru, Durian E-Fiesta juga akan turut memasarkan buah-buahan pilihan tempatan yang lain seperti manggis, mangga, nenas dan banyak lagi pada kempen tersebut. Edisi pertama kempen ini adalah terhad di Lembah Klang dan bagi memastikan kesegaran buah-buahan, penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya setelah pesanan dibuat.

Peniaga buah-buahan, terutamanya peniaga durian, akan menerima sokongan dan pendedahan pemasaran maksimum sepanjang kempen ini melalui paparan banner dalam aplikasi, laman mikro-khas, push notifications dan banyak lagi.

Adalah difahamkan bahawa objektif FAMA dan Shopee bagi kerjasama jangka panjang ini adalah untuk memacu sektor pertanian dalam mencapai kemampanan dalam jangka masa panjang menerusi perniagaan secara dalam talian. 

Shopee, dalam pada itu, mendedahkan bahawa lebih daripada 2 tan (2,000kg) durian telah dijual melalui platformnya dalam masa 24 jam setelah diberi pendedahan dalam kempen 6.6 Super Sale pada bulan Jun yang lalu. Kata kunci 'durian' juga merupakan salah satu perkataan yang paling banyak dicari pengguna di platform tersebut.

Untuk memuaskan pengidaman durian anda, kunjungi https://shopee.com.my/m/durian-e-fiesta 

Sebagai tambahan kepada Durian E-Fiesta, FAMA juga akan memberikan baucar kepada pelanggan yang membeli produk dari kedai rasmi mereka di Shopee. Layari https://shopee.com.my/agrobazaar_fama untuk menikmati potongan harga RM10 dengan perbelanjaan minimum RM50 bagi barangan seperti daging ayam, daging lembu, sayur-sayuran, buah-buahan dan banyak lagi.




MURAH JE AQIQAH DAIM NAUFAL DI TANAH SUCI MEKAH MELALUI AQIQAHCENTRE.COM

MURAH JE AQIQAH DAIM NAUFAL DI TANAH SUCI MEKAH MELALUI AQIQAHCENTRE.COM  - Selain letak nama anak lelaki yang baik. Islam juga menggalakkan kita melakukan ibadah akikah. Daim tak aqiqah lagi? Umur dah 3 tahun, bila nak aqiqah? Yes! Inilah masalah kami sekeluarga zaman berzaman. Dok fikir bab aqiqah Daim Naufal si bongsu kami ni ha. Banyak sebabnya kami delay aqiqah Daim. Bila daddy FREE, mummy tak FREE. Bila mummy FREE, daddy tak FREE pulok. Huhu susahnya nak dapatkan masa ! Selain masa, ada juga masalah lain. Hrm....nak cerita semuanya mau 3 hari, 3 malam tak habis hehehe. Sampai satu tahap, buat dengan aqiqahcentre.com aje lah ! Senang dan mudah.

MURAH JE AQIQAH DAIM NAUFAL DI TANAH SUCI MEKAH MELALUI AQIQAHCENTRE.COM 


aqiqah, aqiqahcentre.com,

Memula nak buat aqiqah secara online ni pun, ada masa was-was jugalah ! Macam -macam persoalan ada ! Entah betul ke tidak dorang buat aqiqah tu kan? 

Sehinggalah mummy berjumpa dengan aqiqahcentre.com! Tengok testimonial, tengok cara aqiqah dari mereka. Terus mummy on !


MASALAH NAK LAKSANAKAN AQIQAH


Bila mummy up di media sosial mummy tentang masalah kami lambat aqiqahkan Daim. Rupanya ramai juga kawan dan kenalan mummy yang belum sempat lagi lakukan aqiqah macam kami.

Rata-rata dari mereka mempunyai masalah aqiqah seperti berikut :-

  • Kambing Mahal
Masa aqiqah kan abang dan kakak Daim. Dhia dan Dzal. Harga seekor Kambing dalma RM650- RM800 sahaja. Tapi, beberapa tahun dahulu lah. 

Ye, mummy tak nafikan harga kambing di Malaysia sudah cecah RM1,000 seekor untuk aqiqah. Kalau anak lelaki, memerlukan 2 ekor kambing makanya lingkungan RM2,000 perlu ada.

Itu baru kambing tau ! Tak masuk lagi doorgifts, katering, sewa khemah, kerusi meja.

Fuh memang berpeluh nak mikior RM yang patut di keluarkan !
  • Susah (tiada tempat)
Masalah tempat ini, macam kami lah. Kita pun tahu, rata-rata yang duduk bandar ni, tinggal di rumah high rise seperti kondominium, apartment  dan rumah flat.

Nak buat majlis memang agak sukar dan sangat limited. 
  • Tiada masa
Hat masa ni pun , kami sendiri pun ada masalah nak pilih tarikh yang tepat dan semua FREE. Selalunya, tarikh yang best ni , ada je clash masa. Huhu tunggu..tunggu mahu sampai umur Daim sekolah kang tak di buat aqiqahnya 
  • Bayi dan Ibu
Ada setengah orang nak kejarkan masa-masa yang bagus dan kejarkan pahala pada umur anak 7,14,21 hari . Tapi kalau bayi jaunice / ibu ada komplikasi terasa susah nak kejarkan masa-masa tu untuk majlis aqiqah. Betul, tak?

Solusinya.... senang aje ! Tak perlu kita fikir masalah banyak-banyak. Jomlah kita aqiqah di aqiqahcentre.com

KENAPA AQIQAHCENTRE.COM ?


Kenapa mummy memilih aqiqah Daim dengan aqiqahcentre.com ? Ha...kalau korang nak tahu banyak sebabnya mummy buat aqiqah melalui aqiqahcentre.com . Antaranya adalah :-

aqiqah, aqiqahcentre.com

  • 100% Online (tak perlu keluar rumah)
Zaman serba moden ini, semuanya di hujung jari aje ! Tak ada masa, tiada tempat nak buat majlis, semua ini bukanlah masalah besar. Aqiqah dengan aqiqahcentre.com ini, kita boleh buat secara online.

Bermaksud, dari proses order dan bayar aqiqah kesemuanya secara online. Jimaylah masa, duit minyak dan tenaga kita.
  • Di buat di Tanah Suci Mekah
Aqiqah dengan aqiqahcentre.com ini di lakukan di tanah suci Mekah. Dan daging aqiqah kita itu akan di agihkan pada fakir miskin di sekitarnya atau di negara berdekatan dengannya.

Daim belum ada seru lagi ke Mekah, oleh itu kita aqiqahkan lah dulu di tanah suci Mekah. Amek aura orang kata hehehe.
  • Harga murah (mampu milik)
Harga aqiqah di tanah suci Mekah bersama aqiqahcentre.com ini mestilah mahal , kan? sebab jauh tu? 

Oh..itu tidak benar sama sekali dong ! Aqiqah di aqiqahcentre.com walau nun jauh di tanah suci Mekah. Harganya sangat berbaloi. Hanya RM499 untuk seekor kambing.

Ya...RM499 sahaja ! Murah,kan ?


aqiqah, aqiqahcentre.com

aqiqah, aqiqahcentre.com


  • Bukti sembelihan (video beserta sebutan nama anak)
Paling mummy suka buat aqiqah dengan aqiqahcentre.com ni. Sebab ada Bukti video persembelihan. Pihak aqiqahcentre.com akan emailkan Bukti video persembelihan aqiqah kepada kita. Dan dalam video tersebut terang-terangkan di sebut akan nama 

Untuk video, korang boleh tengok di Facebook dan Instagram mummy

  • Trusted 
aqiqahcentre.com ini juga merupakan trusted company. Mummy buat survey dan nampaknya ramai artis yang membuat korban dan aqiqah melalui mereka. 

aqiqahcentre.com juga sudah mengurus 21,000 sembelihan sejak 2014! 
  • FREE : Al-Quran Eksklusif 5,000 Terawal Sebelum 10 Julai 2020
Berita baik untuk pelanggan 5000 orang terawkal. Anda boleh milik alquran ekslusif. Jom tempah sebelum 10 Julai 2020! 


Aqiqah anak Daim Naufal


Kami sudah laksakan sunnah aqiqah anak kami. Korang yang belum buat aqiqah lagi boleh terus buat tempahan secara dalam talian di :


Untuk segala pertanyaan pula, korang boleh tekan je link ini : https://aqiqahcentre.yzza.io/kl84m/







PANDAI TUISYEN PERCUMA ONLINE UNTUK DHIA BATRISYA

PANDAI TUISYEN PERCUMA ONLINE UNTUK DHIA BATRISYA - Sekolah online, go on macam biasa untuk Dhia. Tapi, mummy tetap akan selit kan tutor tambahan untuk Dhia. Sambil-sambil kat luar, kat dobi tu buka lah tablet / ipad untuk buat latihan tambahan di Pandai. 





PANDAI TUISYEN PERCUMA ONLINE UNTUK DHIA BATRISYA 






KELAS TUISYEN ONLINE PERCUMA sangat mudah, anak dari darjah satu hingga ke tingkatan 5. Tak ada alasan, kekangan masa nak masuk kelas Tuisyen yang ber jadual tu. 

Sambil berjalan pun, boleh berikan anak latihan belajar secara online. Gitu lah kami, selagi sesi persekolahan tak buka lagi untuk Dhia Batrisya Mohd Firdaus. Selagi tu lah, anak kena belajar online. 

Walau sekolah Dhia ada berikan latih tubi melalui wasap mummy. Tapi, mummy tambahkan sedikit latihan time kita bersantai 

Mummy gunakan Pandai Tutor dan Pandai Video yang sangat interaktif untuk anak-anak yang masih sekolah rendah dan menengah belajar dari rumah. Yang best nya PERCUMA tau 



TENTANG PANDAI : LAMAN TUISYEN ONLINE




Pandai merupakan laman Tuisyen Online dimana pelajar boleh sertai sesi pembelajaran secara langsung dari rumah menggunakan gadget seperti desktop, komputer riba, tablet dan juga telefon pintar.

Pandai adalah platform pembelajaran secara interaktif untuk membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi secara berterusan untuk mengekalkan gred yang baik. Ada banyak input positif melalui Pandai seperti soalan kuiz harian, ujian topikal, kertas peperiksaan dan kertas sampel mengikut sukatan pelajaran di sekolah.

Bukan untuk anak-anak sekolah rendah je, tapi ada juga slot untuk pelajar sekolah menengah. Cara nak sertai kelas pun mudah sangat dimana pelajar boleh memilih untuk masuk :


Webinar Online ( Percuma )


Dikendalikan oleh cikgu-cikgu yang berpengalaman dengan silibus yang bersesuaian dengan tahap kelas anak-anak, Pandai mempertaruhkan hampir ke semua subjek termasuklah Bahasa Mandarin. Tebahagi kepada dua iaitu untuk pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah.

Untuk daftar masuk secara PERCUMA – https://www.pandai.org/tutor

Tuisyen Online


Sewaktu PKP baru-baru ini, Pandai mengadakan Kelas Tuisyen Online. Kelas tuisyen berbayar yang diadakan secara LIVE untuk pelajar-pelajar yang mahu belajar secara online dengan penglibatan bersama tutor serta kelompok yang lebih kecil bagi memastikan tutor dan pelajar-pelajar dapat berkomunikasi dengan baik.

Kelebihan Tuisyen Online :

  • Pendaftaran secara PERCUMA
  • Bahan pembelajaran akan biberikan secara soft copy
  • Yuran kelas RM 10.00 untuk satu sesi
  • Maksima 25 orang pelajar dalam satu kelas
  • Pelajar dapat berinteraksi dan berbincang dengan tutor secara terus

PANDAI VIDEO




Semua video yang ada di Pandai sentiasa dikemaskini, ditapis dan disusun secara sistematik mengikut tahap, subjek, bab hinggalah kepada topik-topik kecil. Mudah dan menarik sebab anak-anak akan belajar secara interaktif. Tak de lah menghadap gadget tanpa tujuan lagi.


Sudah pastinya menjadi pilihan kakak juga sebab Pandai menepati standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ), Kurikulum Standard Sekolah Menengah ( KSSM ) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Kat bawah ni kakak ada sediakan link-link yang mungkin korang sebagai ibu atau ayah perlukan sepanjang PKP ni.


SEKOLAH RENDAH



SEKOLAH MENENGAH



Tingkatan 1 : video.pandai.org/form1
Tingkatan 2 : video.pandai.org/form2
Tingkatan 3 : video.pandai.org/form3
Tingkatan 4 : video.pandai.org/form4
Tingkatan 5 : video.pandai.org/form5


Pandai Tutor and Pandai Video yang diinisiatif khas oleh www.pandai.org. Mummy install aplikasi je, senang. Di mana-mana anak boleh buat latihan ulangkaji 😊

Untuk daftar percuma, korang boleh ke  https://pandai.org/tutors. Selain tu Pandai juga ada sesi jadual kelas yang diupdate secara mingguan! 

5 RESTORAN PIZZA PILIHAN DI KUALA LUMPUR YANG POPULAR DAN SEDAP

5 RESTORAN PIZZA PILIHAN DI KUALA LUMPUR YANG POPULAR DAN SEDAP - Dahulu kala, pizza adalah makanan kegemaran warga negara Itali dan juga Amerika Syarikat. Kini, pizza adalah makanan segera yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Dan, restoran pizza juga sudah banyak bertapak di Malaysia seperti Pizza Hut, Dominos, US Pizza, Mikey's New York Pizza, Pizza On Fire, Canadian Pizza, Vivo American Pizza dan banyak lagi. Nak makan pizza di restoran atau bawa pulang pizza delivery pun boleh . Mudah je,sekarang ni.



SEJARAH PIZZA


Pizza juga ada sejarahnya tersendiri. Haaa... Jangan pandai makan pizza je tapi tak tahu sejarah pizza. Wajib ambil tahu sejarah pizza juga tau ! Perkataan pizza di katakan di ambil dari turutan perkataan Yunani iaitu picea.




Kalau korang nak tahu pizza ini, ketika zaman Yunani purba apabila mereka menyiapkan menu masakan mereka yang berasaskan roti. Mereka akan melitupi roti mereka dengan bahan-bahan seperti minyak, herba dan keju.

Bagi zaman Roman pula, mereka mencipta kek plasenta daripada sekeping doh dan di hiaskan roti tersebut dengan keju, madu dan juga daun bay.

cara bakar pizza tradisional

Manakala masyarakat sekitar laut tengah pula, membuat roti yang berbentuk bulat seperti pizza.

Baiklah, kalau di Kuala Lumpur sekarang ini, kat mana kita boleh dapatkan pizza yang sedap? Meh mummy rekemen pada korang 5 RESTORAN PIZZA PILIHAN DI KUALA LUMPUR YANG POPULAR DAN SEDAP

5 RESTORAN PIZZA PILIHAN DI KUALA LUMPUR YANG POPULAR DAN SEDAP

1. Domino's Pizza



Siapa yang tidak mengenali Domino's Pizza? Kalau ke restoran Domino's mummy suka memilih roti yang nipis sebegini ! Manakala suami pula, sukakan hand tossed biasa. Pilihan di Domino's pizza juga sangat banyak pilihannya. Restoran Domino's Pizza sangat banyak di sekitar Kuala Lumpur dan ianya juga terkenal dengan perkhidmatan delivery. Seperti yang tertera di tagline nya "BEST PIZZA DELIVERY IN MALAYSIA"

Harga Pizza di Domino's sangat berpatutan, jika ada promo boleh dapat bawah RM10 sahaja untuk personal pizza.

2. Pizza Hut



Pizza Hut juga sudah lama bertapak di Malaysia. Pizza Hut juga merupakan pilihan rakyat Malaysia terutamanya warga Kuala Lumpur. Sebab restoran Pizza Hut ni banyak cawangannya di sekitar Kuala Lumpur. Peminat Pizza Hut boleh memilih samada nak makan di restoran mahu pun pizza delivery

Harga pizza di Pizza Hut juga sangat berpatutan serendah RM10 dan boleh dapat murah lagi ketika promo !

3. US PIZZA


US Pizza di Malaysia ! Wah, gituuu ! Nama je US tapikan menu pizza di US Pizza ini sangatlah Malaysian. Ada pizza durian, pizza musang king, pizza salted egg dan banyak lagi pizza citarasa Malaysia boleh di dapati di sini !

US Pizza juga mempunyai perkhidmatan dine in (makan di restoran) serta take away dan pizza delivery ! 



Sumber gambar : google

Bagi yang mencari lokasi US Pizza di Kuala Lumpur. Korang boleh ke cawangannya di :-

US PIZZA DESA SRI HARTAMAS
36, Jalan 24 / 70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2382 1999

US PIZZA SERI PETALING
No. 142-1 (Ground Floor), Jalan Radin Anum 1, 57400 Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-9054 6681

US PIZZA AMPANG
Holiday Villa Service Apartment, 225, Jalan Ampang, Taman U Thant, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2166 6241

Waktu operasi : 10.30 pagi - 10.30 malam

4. Naked


Naked Pizza juga antara restoran pizza pilihan ramai di Kuala Lumpur. Menurut pengunjung Nani Nked Pizza mempunyai keunikan resipi pizza tersendiri hingga pernah menerima pelbagai anugerah.Selain dari pizza ada lagi menu lain seperti sup, salad, appetizer, hidangan utama hinggalah ke pencuci mulut.

Pasti ada yang menanyakan bila restaurant bercampur dengan bar adakah ianya halal? Di sini anda tidak perlu risau kerana Chef-chef yang bakal memasak hidangan anda beragama Islam. Head Chef sendiri Encik Mohd Azlan Bin Mat Din sudah berkerja di sini hampir 4 tahun . Memang tugasnya untuk memastikan segala bahan mentah yang dimasak adalah dari pembekal yang mempunyai sijil pengesahan HALAL.

Parking tidak perlu risau kerana banyak dan lokasi Naked Restaurant & Bar juga adalah strategik. Kalau nak tengok bola pun ada disini. Dari malam Jumaat hingga hujung minggu adalah waktu yang paling best. Pelbagai gelagat tetamu anda boleh lihat sendiri. 

Lokasi : Block E-0-2 & E-1-2 Plaza Damas, 6, Block E-0-2 & E-1-2 Plaza Damas & Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur



5. Vivo Pizza


Vivo Pizza pizza citarasa Amerika di Kuala Lumpur. Rata-rata pelanggan Vivo Pizza repeat ke sini adalah kerana pizza yang fresh dan kids friendly. Bagi yang mempunyai anak kecil. Anak kecil mesti memilih ke Vivo Pizza. Kerana hidangan untuk anak kecil sangat istimewa kerana di hidangkan dalam bekas makanan dan minuman yang cute

5 RESTORAN PIZZA PILIHAN DI KUALA LUMPUR YANG POPULAR DAN SEDAP highly recommended 

Pengunjung boleh buat pilihan samada nak makan di restoran secara dine-in ataupun bawa pulang ( pizza delivery).

Bercakap tentang pizza delivery, pilihan mummy foodpanda je lah ! Senang dan mudah . Semua di hujung jari je 

27 BEAR EMOJI COMEL 7-ELEVEN EMOBEAR WAJIB DI MILIKI

Kalau sebut je, nak ke kedai 7-Eleven, memang melonjak je lah anak-anak kami , nak ikut ! Kedai kegemaran dorang tu ! Nak cari apa di 7-Eleven ? Antara barangan wajib cari ialah slurpee 7-Eleven. Sambil membeli tu, bolehlah kumpulkan stiker. Stiker 7-Eleven kali ni best tau. Boleh tebus emoji bear hat comel-comel tu. Serios comel !

7-Eleven Malaysia, rangkaian kedai serbaneka No.1 negara, telah bekerjasama dengan emoji® untuk melancarkan program kesetiaan premium yang dapat dikumpulkan, EMOBEAR ™. Koleksi EMOBEAR ™ yang unik terdapat dalam 27 reka bentuk yang menggemaskan, masing-masing menampilkan emotikon yang berbeza pada jersi EMOBEAR ™ iaitu Luvly, Starry, Wannabey, Notty dan Ka-Chingy, antara lain.

27 BEAR EMOJI COMEL 7-ELEVEN EMOBEAR WAJIB DI MILIKI 


27 BEAR EMOJI COMEL 7-ELEVEN EMOBEAR WAJIB DI MILIKI


Kami dah kumpulkan 13 EMOBEAR dari 7-Eleven ! Macam banyak, tapi masih tak cukup ye ! Berebut  dak 3 ketui ni ha nakkan EMOBEAR banyak-banyak. Nampaknya, mummy nak kena kumpulkan 27 jenis (semua) satu set untuk seorang kot !

Mummy pun sebenarnya suka dengan EMOBEAR ini. Kot-kot malas nak bersuara dalam rumah, nak pakai sign emoji je, boleh lah, menggunakan EMOBEAR je ! 


CARA NAK DAPATKAN EMOBEAR DI 7-ELEVEN


Macam mana kami boleh dapatkan EMOBEAR ini di 7-Eleven?

Senang je. Korang akan diberi pelekat program untuk setiap pembelian RM5 ke atas dalam satu resit di mana-mana cawangan 7-Eleven Malaysia, mulai sekarang hingga 16 Ogos 2020. 

Pelekat bonus akan diberi ganjaran sekiranya pembelian tersebut merangkumi produk rakan kongsi terpilih dari jenama seperti seperti Pepsi, Cadbury dan Marigold, antara lain. 

Dengan jumlah 24 pelekat, EMOBEAR ™ boleh ditebus secara PERCUMA. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh membeli EMOBEAR ™ pada harga RM9.90 dengan 12 pelekat. 

Tempoh penebusan kempen ini adalah dari sekarang hingga 23 Ogos 2020.


27 BEAR EMOJI COMEL 7-ELEVEN EMOBEAR WAJIB DI MILIKI

PERTANDINGAN MENDAPATKAN EMOBEAR SECARA PERCUMA


Nak dapatkan EMOBEAR FREE? Haaa..bab PERCUMA ni, siapa yang tak suka,kan? Bagi yang nak dapatkan 3 EMOBEAR secara PERCUMA. Korang boleh ikuti langkah ini ye :-

1. Ambil Gambar Dengan #EMOBEAR dari 22 Jun hingga 2 Ogos 2020. Sebanyak 10 pemenang berpeluang membawa pulang 3 EMOBEAR pilihan. 

2. Untuk menyertai peraduan ini, hanya perlu mengambil gambar dengan #EMOBEAR 7-Eleven yang ditebus 

3. Kemudian, memuat naik foto paling kreatif di akaun Facebook atau Instagram dengan hashtag #PictureWithEMOBEAR, #EMOBEAR dan #7ElevenMY dalam kapsyen korang.



27 BEAR EMOJI COMEL 7-ELEVEN EMOBEAR WAJIB DI MILIKI


Cepat, pergi ke 7-Eleven terdekat dan nikmati tawaran terbarunya, dari Aiskleem ™ hingga pilihan roti pakej 7-Eleven yang luas, dari rangkaian produk import dan tren yang enak hingga pilihan onigiri dan siap sedia yang enak dan sejuk Makan makanan serta minuman paling sejuk di bumi, Slurpee® khas 7-Eleven 

Semua dari pembelian ini akan diberi hadiah dengan pelekat program untuk memulakan koleksi EMOBEAR ™ korang.

Di samping itu, korang juga boleh memuat turun dan mendaftar sebagai ahli aplikasi kesetiaan My7E ™ untuk menikmati lebih banyak faedah ketika berbelanja dengan 7E. 




27 BEAR EMOJI COMEL 7-ELEVEN EMOBEAR WAJIB DI MILIKI

27 BEAR EMOJI COMEL 7-ELEVEN EMOBEAR WAJIB DI MILIKI

Sebagai ganjaran selamat datang kepada semua ahli baru, baucar e-tunai RM3 sekali sahaja akan diberikan untuk setiap pendaftaran yang berjaya. Faedah lain yang menanti ahli termasuk hadiah ulang tahun tahunan, kad e-Stamp produk bulanan dalam aplikasi eksklusif yang memberi ganjaran kepada ahli berdasarkan pembelian berulang, e-Kupon produk atau perkhidmatan setiap dua minggu.

27 BEAR EMOJI COMEL 7-ELEVEN EMOBEAR WAJIB DI MILIKI


27 BEAR EMOJI COMEL 7-ELEVEN EMOBEAR WAJIB DI MILIKI


Nak pujuk anak yang sedang merajuk pun mudah, mummy tayang si LUVLY ini je ! 

So korang yang nak dapatkan stiker 7-Eleven. Korang juga boleh lawati ke : bit.ly/EMOBEAR-PP

Jom kumpul stiker dari : 22 June – 16 August 2020
Penebusan pula boleh di buat dari: 22 June – 23 August 2020

6TH BIRTHDAY DZAL AIDI FIQRY

6TH BIRTHDAY DZAL AIDI FIQRY - HAPPY BIRTHDAY KE 6 TAHUN DZAL ! Anak kedua dan juga sulung lelaki kami. Walau sulun lelaki, tapi Dzal merupakan seorang yang sangat  manja, lembut dan pandai ambil hati kami. Dari kecil, Dzal ini, jenis tak banyak perangai yang boleh buatkan kami pening sangat. Budak yang boleh dengar kata dan boleh di suruh.

Cuma, part touching tu je lah, cepat rasa sedih, simpati orangnya !

Dzal requests nak kek macam Daim. Walau beza beberapa hari je birthday dari Daim. Daddy minta mummy tunaikan juga kehendak Dzal. Oklah nak ! Kek is ON !







HAPPY 6TH BIRTHDAY DZAL


Tapi, bukan keke sahaja tau, Dzal nak kereta mewah (kereta control) hehehe. Bila Daim dengar tentang kereta control. Daim pun mintak lah hadiah juga. Nak lori control huhuhu.

Dah beli 2 hadiah tu, takkan si kakak nak tengok je. Sudahnya, 3 hadiah teruslah daddy kena beli kekekeke. Bertabahlah daddy ye !

Dzal 1 Julai ini akan bersekolah.Oleh kerana dah 6 tahun, nak tak nak..kena lah bagi ke sekolah. Mummy tak nak anak mummy ketinggalan dalam pelajaran juga.

Moga semuanya baik-baik sahaja.

Hand Sanitizer is ON
Face Shield is ON
Mask is ON

so...selamat belajar ye, abang !