SHARIFAH SHAHIRA JUMPA RAHSIA BANTU SAKIT LUTUT IBUNYA

Rupanya dah lama aktres dan penyampai radio popular, Sharifah Shahira mencari produk yang boleh melegakan sakit lutut ibunya.

“Jadi ini berita gembira buat ibu saya. Tapi saya sebenarnya juga sudah kena belajar pakai benda ini. Umur macam saya ini, kena ambil tahu. Lainlah orang badan ringan tetapi keturunan saya pula badan besar, berat, jadi mudah sakit lutut.

“Kalau saya berjalan pun dah pakai selipar. Buat show pun pakai selipar. Takut kena effect bila ramai orang tua selepas umur 50 ke atas atau wanita menopaus, mudah sakit-sakit lutut. Tapi Alhamdulillah tahun 2020, saya terjumpa produk ni.

“Mulanya beli untuk mak, sebab dia susah nak bangun dari duduk. Nak bergerak pun perlahan sebab nak adjust tulang-tulang. Tapi saya pun pakai,” kata Sharifah Shahira tentang produk Gel Amani.

“Tapi jangan harap sekali pakai, terus baik. Kena pakai hari-hari, insyaAllah akan lega dan sakit semakin kurang,” katanya yang turut menggunakan Gel Amani buat suaminya, Ijoy Azahari yang gemar bermain golf.

Bukan setakat Gel Amani, nampaknya Sharifah Shahira juga mengambil Pati Jus Amani yang mengandungi madu, kurma, delima, minyak zaitun dan habbatus sauda sebagai rutin hariannya.

Katanya, Pati Jus Amani mudah diambil kerana siap sedia diminum tanpa perlu dibancuh dengan air.

Senang makannya, buka dan makan. Sebagai wanita berkarier, mana ada masa sangat.

“Pati Jus Amani ini bagus untuk membantu menambah tenaga saya. Umur macam saya lebih 40 tahun ini kena mesra dengan produk begini. Nak bertenaga dan saya pula suka pot pet pot pet, maka saya perlukannya. Yang penting tiada gula, jangan risau dan mereka yang ada kencing manis pun boleh makan Pati Jus Amani,” katanya menerusi satu rakaman video.


 

 Menurut Pengarah Urusan Amani Life Sdn Bhd, Leo Adiputra, produk Gel Amani telah membantu hampir sejuta pengguna sejak dikeluarkan pada 2014 dan dihasilkan dengan teknologi biotech yang disokong oleh komuniti Eropah.

Anda boleh dapatkan produk Amani dari ejen-ejen online dan kedai jamu di seluruh negara.


KENAPA PERLU MEMILIH GEL AMANI ?

✅ Telah membantu hampir 1 juta pengguna sejak tahun 2014.

✅ Dijamin selamat oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA di bawah kategori ubat traditional. Nombor kelulusan : MAL17086021TC

✅ Dijamin HALAL oleh JAKIM. Nombor sijil halal : MS2424:2012

✅ Dihasilkan dengan teknologi biotech yang disokong oleh kominiti Eropah. Mematuhi piawaian antarabangsa untuk menjamin mutu dan kualiti.

✅ Mudah dibawa kemana-mana kerana disimpan dalam botol plastik yang ringan dan tak mudah pecah sehingga boleh dimasukkan ke dalam poket seluar.

✅ Rasanya yang sejuk berangin sangat selesa pada kulit membuatkannya sesuai untuk digunakan oleh pelbagai peringkat usia.

✅ Berbentuk cecair, mudah kering tanpa kesan melekit.

✅ Harganya berbaloi dan tidak membebankan : RM35 (30ml) & RM60 (60ml).

Untuk dapatkan produk ini atau ingin tahu dengan lebih lanjut boleh layari Facebook

Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan

Assalamualaikum semua ! Selamat sejahtera ! Apa khabar semua? Ada menu baru PKPB ke tak tuu.... Mummy dah mula dah ni gatai tangan. Menu PKPB pun dah keluar jugak ni ! Masak apa? Okay..Kali ini, mummy masak Nasi Ulam Beras Primera Red Rice daripada Resipi Chef Wan. Kalau korang ada baca entri mummy sebelum ini. Mummy ada mencuba red rice dari beras Primera. Makan sedikit je pun, dah kenyang. Ramai yang tanya sedap ke beras yang berfiber dan beras diet ni? Selalunya makanan orang diet ni macam tak berapa sedap je ! 

Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan



Okay, itu tidak benar ye kawan-kawan. Nak diet, nak sihat ini kena ada cara nak masaknya. Kalau tak kena cara memang rasa tak sedaplah ! Bagi yang tak ada idea nak masak menu makanan diet, dan sihat ni. Meh mummy share pada semua Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan


Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan




















Bahan Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan


Bahan yang di perlukan untuk masak Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan ni senang je.

Bahan A Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan
2 cawan beras Primera
4 gelas santan dan air
Serai
Daun Pandan
Daun Limau Purut





Bahan B Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan

Bawang merah / bawang kecil (sedikit)
Ulam daun bunga kantan (hiris)
Daun Kunyit (hiris) (mummy tak letak)
Serai (hiris)
Ulam raja (hiris)
Daun Limau (hiris)
Kobis Purple
Limau Nipis
Ulam 
Kerisik (tak letak, sebab pakai kelapa goreng)
Kelapa Goreng
Sambal Belacan 
Budu
Telur masin (pecahkan)


Cara Masak Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan


Cara masak Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan ini adalah menu paling senang masak dan jimat masa. Dlam masa 30 minit settled semua tau !


Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan

Memula ..bahan A tu masak dalam rice cooker. Macam masak nasi lemak, mummy ada letakkan sedikit garam. Dan masak macam biasa.

Senmentara tunggu nasi masak, boleh hiriskan ulam-ulaman tadi.



Bila nasi dah siap masak, gaulkan ke semua bahan B tadi !




Akhir sekali , perahkan limau nipis. Siap untuk di makan !

Bila dah masak macam ni, memang rasa Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan ni sangatlah sedap ! 

Korang boleh mencubanya juga. Genrenti kenyang dan yang penting berkhasiat !

Selanjutnya, kalau nak tahu lagi tentang Beras Primera ini, boleh layari ke

HAPPY BIRTHDAY HUSBAND 10.10.2020

HAPPY BIRTHDAY HUSBAND 10.10.2020 - Tarikh cantik oiiii ! 10102020. Tapi apakan daya, tak sempat nak update pun kat blog. Makanya, sesi throwback je lah ! Mummy memang sangat kekangan masa nak update blog di sebabkan banyak kerja-kerja yang memerlukan berjumpa dengan orang (appointment setiap masa) dan bisnes online di Shopee . Biasalah, stok kalendar murah 2020 dah siap. Menderu juga orang order. 25 sen je harganya ! Mana orang tak berebut kan ! Nantilah, ada masa mummy update tentang kalendar tahun 2021 murah tu kat blog mummy. Sekarang ini, meh kita fokus pada entri BIRTHDAY HUSBAND pada tarikh cantik 10102020

Sesekali kita lunch berdua ye !



HAPPY BIRTHDAY HUSBAND 10.10.2020


Nak di jadikan cerita HAPPY BIRTHDAY HUSBAND 10.10.2020 ni mummy memang dah plan awal untuk beli hadiah husband. Beberapa bulan lepas, darah husband naik sket, penat kerja agaknya. Sepanjang PKPP, PKPB ini jadual kerjanya selang sehari kena kerja pagi sampai pagi. Mulai dari tu, plan nak belikan jam yang boleh cek heart beat dan tekanan darahnya. Kami pernah ada Mi Band, tapi kali ini nak beli yang lagi canggih untuk suami. Almaklumlah, birthday kita aritu pun, kemahen lagi dia invest kan.

dating berdua dan lepak makan lunch berdua sekali harung !

Sebelum 10102020. Bagi awal-awal senang. Malas nak sembunyikan sana sini.


As usual, mummy dah menabung untuk birthday daddy. So, terus aim jam Garmin. Ha sudah, last year pun bagi jam, this year pun bagi jam jugak ! 

Tak pe lah, lelaki tu je lah aksesori depa kan. Apa salahnya kalau jam bebanyak pun. Orang perempuan pun sibuk nak gelang emas, rantai emas, cincing lah biskut tawar pulut dakap etc kan (but not me) banyak-banyak kan. Hehehe.

Nekad je,lah beli jam Garmin ni. Gigih mummy pi 1 Utama yang di tutup sekarang ini akibat Covid-19. Tapi mummy ke 1 Utama tu , sebelum adanya kes Covid-19 !

Rezeki si sang suami tu lah, kan. Memang ntahlah, tak tahu kenapa mummy awal-awal lagi dah beli dan bagi hadiah awal kepada daddy. Kalau lambat pi beli, mampuihlah ! Dengan 1 Utaam tutup, dengan PKPB nya lagi kan.



Tepat tarikh 10102020, birthday daddy yang sebenar. Kids dah bising-bising tanya tak ada hadiah ke, tak ada kek ke? Padahal mummy dah dating dulu aal dah hahaha. Oleh kerana tak mahu hampakan anak-anak. Siang tu, selepas mummy pi pos barang, basuh baju kat dobi, basuh kereta dan beli stok barang.

Mumm terus ajak anak-anak ke kedai Dede Flower & Ballons kat area rumah mak. Sebelum tu, kids ajak prank / surprise kan daddy. Tapi, sibuk call daddy. Tanya daddy dah balik kerja ke belum. Haha.

Samapi kedai ballon, beli ballon je lah, kids pilih warna memasing. Ye lah, nanti belon tu semua dorang gak yang nak main juga,kan hehehe. 

Kek pula, mummy order food panda je lah. Malas dah nak ke sana sini. almost seharian jugaklah kami ni ke sana sini .

Order food panda senang, sebab kami balik rumah, siap mandi, anak-anak makan dinner dulu. Barulah kita potong kek daddy. Tak adalah kami buang masa lagi,kan !

Food panda sekarang ini pun, ada banyak offer dan free delivery . Bergantung pada promo dari semasa ke semasa jugaklah tu. 

rezeki daddy juga sebab harga keke baskin robin ni tak sampai rm100 pun beli kat food panda. Jimat oiii !


Sakan lah birthday daddy tahun ni ye. Hehehe. Tak apalah, sesekali untuk orang yang tersayang dan orang yang banyak bekerja keras untk kami sekeluarga ni.

Moga daddy sentiasa sihat, di permudahkan urusan di dunia dan si akhirat. Ameen !

Projek Dekorasi Bilik Tidur Dzal dan Daim Nippon Paint Turqoise Warna Cat Untuk Bilik Anak Lelaki Kami !

Part 5 : Projek Dekorasi Bilik Tidur Dzal dan Daim Nippon Paint Turqoise Warna Cat Untuk Bilik Anak Lelaki Kami ! ! Pergh dari bulan 7, 8, 9 dan sampai ke bulan 10 pun masih tak habis lagi make over rumah hahaha. Gitulah , nampaknya macam sampai hujung tahun je la deko dan renovation ni ye ! Settled bab dapur, kitchen (yard) dan tingkap bilik. Kali ini, masanya untuk deko / ubah suai / make over bilik tidur anak lelaki kami. Anak lelaki kami ada 2 orang. Makanya, kena guna bilik nombor 2 untuk doranglah ! Tapi, kalau ada guest datang boleh juga tumpang bilik depa. Hehehe. So, konsep bilik tidur anak lelaki kami ni lebih kepada clean and tidy. Kiranya kemas dan minimalist . Minimalist of course la kan sebab bilik kami rumah apartment ni besar mana aje ! Nak pakai katil double decker pun boleh kalau nak nampak ruang besar. Tapi, entahlah, biarlah katil queen aje. Tetamu datang pun boleh tidur dengan selesa nanti. 

Projek Dekorasi Bilik Tidur Dzal dan Daim Nippon Paint Turqoise Warna Cat Untuk Bilik Anak Lelaki Kami !


Perkara pertama sebelum deko / ubah suai / make over bilik tidur anak lelaki kami. Semestinya... kena cat terlebih dahulu ! Nak pilih warna cat ni, daddy memilih warna hijau turqoise . Mummy ikut je pilihan daddy, sebab mummy ni buta warna ! Hahaha. Entahlah malas nak buat pening kepala pikirkan warna. Bab mengemas, nak buang benda-benda dalam bilik tidur anak-anak pun dah boleh pusingkan kepala mummy hahaha.

Yes, banyak barang kami dah buang sebelum proses cat bilik tidur anak ini. Semua perabot lama, kami jual / bagi pada orang. mana jual pun, kami jual murah-murah je ! Dalam 10,20,50 ringgit je. Upah angkat kemas je tu ! 

Baca juga :

Part 1 :

Part 2 :

Part 3 : 

Part 4 :

Kami memilih cat dari Nippon Paint kod AEGEAN SEA BGG 1597 D



Warna cat bilik tidur Dzal dan Daim dah di pilih, seperti yang telah di rancangkan. Hijau turqoise ini ada banyak jenis. Kami memilih cat dari Nippon Paint kod AEGEAN SEA BGG 1597 D tambah dengan washable satin glo. Nak bagi efek berkilat dan mudah di cuci.



Proses bancuhan cat Nippon Paint seperti kod yang di pinta. Harga untuk 5 liter dalam seratus lebih ke RM125 macam tu lah (tak ingat sangat amount yang tepat sebab suami yang bayar.

Tapi, husband kata kedai cat Nippon di Subang Perdana ni murah berbanding kedai cat Nippon di Prima Saujana Kajang dia selalu beli tu. Sana mahal sedikit. 

Tak tahulah mahal sebab jenis kod ke macam mana. Biasalah kod warna ni mainkan peranan yang besar dalam harga cat ni.


Bilik anak-anak mesti wajib amek yang washable. Dan efek satin glo. Supaya mummy daddy mudah cuci kalau terkena contengan. Harga untuk Satin Glo hanya tambah beberapa ringgit berbanding harga cat Nippon Paint yang biasa. Tapi Harga seratus lebih tadi tu dah di kira sekali gus dah hehe.


Daddy grab terus drill, senang sket kerja menukang nanti. Banyak lagi part yang nak kena di tukangkan hehehe


Macam biasalah, beberapa bulan ini, sepanjang proses renovation, dekorasi rumah dan ubah suai ini. Kami memang kerap berdating merangkap meeting. Boleh di katakan setiap petang balik dari kerja. Kami cuba free kan untuk masa bersama. Untuk berbincang dan sesi meluah perasaan. 

Almaklumlah, bila kita balik ke rumah, memasing banyak benda yang nak di buatnya, kemas itu ini, layan kids, tengok kerja sekolah kids, dan nak borak one to one dengan husband pun tak sompat haha.


Proses mengecat dan dekorasi by r husband hanyalah di buat pada weekend yang free (bukan setiap weekend kami free tau) hahaha.

Selesai part emngecat bilik tidur anak lelaki kami. Acaner...sweeet kan caolor Nippon Paint Satin Glo ni !


Apa tu PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ?

Apa tu PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ? - Harini, bermulalah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di sekitar kami iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dari 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020. Semasa 2 hari lepas, ianya telah diwar-warkan oleh kerajaan. Dalam pada tu, ramai kawan-kawan di Facebook mummy bertanyaakn tentang apa tu PKPB? Lama sudah ianya berlalu. Jadi di sini mummy senaraikan balik syarat-syarat untk PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)

Apa tu PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ?



Kawalan Pergerakan 
PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.

Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. 

Orang-orang yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi;

Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.

Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).

Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan. 

Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis.


Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB
• Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.
• Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka 
dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam. 
• Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Walaubagaimanapun makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad 
kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
• Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
• Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. 
• Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
• Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam
Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA. 
• Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian Stesen Minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)
• Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas Ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi. 
• Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. 
• Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Perubatan dan Kesihatan 
• Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
Sektor Ekonomi Dan Industri 
• Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri. 

Perikanan, Perladangan dan Pertanian
• Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi. 
Pelabuhan dan Lapangan Terbang 
• Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
Aktiviti Keagamaan
• Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan 
kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam. 
• Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.
• Walaubagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang 
Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan.
Keputusan lanjut akan diumumkan oleh JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor dalam masa terdekat. 

Aktiviti Riadah, Rekreasi dan Budaya
• Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.
Aktiviti Sukan 
• Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.
• Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.
• Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN.
• Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan 
secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan.

Pendidikan 
• Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.
• Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran. 

Seminar / Bengkel / Persidangan 
• Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.

Mesyuarat 
Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.

Penganjuran Majlis Keramaian
Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

Pelancongan
Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.

Last but not least, take care semua. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA

Samsung Solve For Tomorrow Merangsang Minat dan Sifat Ingin Tahu terhadap STEM di Kalangan Pelajar

Samsung Solve For Tomorrow Merangsang Minat dan Sifat Ingin Tahu terhadap STEM di Kalangan Pelajar – Memandangkan inovasi mengubah dunia kita dengan cepat, maka amat penting untuk mempersiapkan generasi akan datang bukan hanya untuk menyesuaikan diri, tetapi juga berkembang maju dan lebih cemerlang di masa hadapan dalam dunia teknologi. Selaras dengan komitmen Samsung Malaysia, sebuah program pendidikan globalnya iaitu ‘Solve for Tomorrow’ sedang dilaksanakan. Ia merupakan pertandingan yang bertujuan untuk merangsang sifat ingin tahu dan memupuk minat dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), sambil memberi inspirasi kepada para pelajar untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan melalui penyelesaian inovatif STEM. 


Samsung Solve For Tomorrow Merangsang Minat dan Sifat Ingin Tahu terhadap STEM di Kalangan Pelajar





Samsung Solve For Tomorrow Merangsang Minat dan Sifat Ingin Tahu terhadap STEM di Kalangan Pelajar - “Ia amat penting untuk mempersiapkan generasi akan datang dengan kemahiran asas, pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan teknologi dan manfaat peluang baharu yang dihasilkan oleh teknologi. Kami percaya dengan potensi mereka untuk mencapai tahap inovasi baharu dan menghasilkan penyelesaian yang mengubah masyarakat. Untuk membantu mereka mencapainya, Samsung komited untuk membantu mereka melalui program pendidikan yang kami jalankan seperti ‘Solve for Tomorrow’,” kata Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics. 

‘Solve for Tomorrow’ merupakan pertandingan unik yang memupuk pemikiran inovatif, penyelesaian masalah secara kreatif dan kerja berpasukan yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat STEM Universiti Malaya. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dari sekolah yang sering terlibat dengan pelbagai aktiviti STEM yang dijalankan oleh Pusat STEM Universiti Malaya untuk membantu mereka memperhebatkan pengalaman pembelajaran mereka. Pertandingan ‘Solve for Tomorrow’ akan bermula pada 9 Oktober 2020 dan berakhir pada 8 Disember 2020 dengan pengumuman pemenang pertandingan. 


Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar, Ketua Pusat STEM Universiti Malaya berkata, “Kita harus memperhebatkan pengetahuan Sains dan Teknologi di kalangan anak-anak muda untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat ditafsirkan di masa hadapan. Mereka boleh menggambarkannya dengan lebih baik jika mereka dilengkapi dengan peralatan yang betul dan cara terbaik untuk memastikan mekanisme itu tepat adalah melalui pendidikan Sains dan Teknologi.” 


Peserta pertandingan perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mencari penyelesaian berdasarkan teknologi STEM. Para peserta boleh memilih untuk mengemukakan idea yang berfokuskan pada salah satu daripada empat tema iaitu kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan masalah sosial. Setiap satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang pelajar perlu menghantar idea mereka dalam bentuk esei yang menggambarkan masalah yang harus diselesaikan dan bagaimana STEM dapat menjadi penyelesaian kreatif. Pada pusingan kedua, 10 pasukan yang disenarai pendek perlu memperhalusi idea mereka dan membentangnya menerusi PowerPoint. 





Tiga pasukan akan dipilih pada pusingan ketiga. Mereka perlu memperhebatkan persembahan mereka dengan pilihan yang diberikan untuk mencipta prototaip. Setiap pasukan perlu menghantar rakaman video persembahan mereka dan fungsi prototaip yang mereka cipta. Pada peringkat akhir, ketiga-tiga pasukan akan bertanding untuk memenangi hadiah utama bernilai sehingga RM37,900 dengan penyelesaian STEM inovatif mereka yang mengagumkan para hakim. 

Pemenang pertandingan akan membawa pulang hadiah produk Samsung untuk sekolah masing-masing dan juga untuk diri mereka. Pasukan yang memenangi hadiah pertama akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM16,900 yang akan diberikan kepada sekolah sementara setiap pelajar akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM7,000. Untuk hadiah kedua, pasukan akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM13,500 untuk sekolah mereka sementara pelajar akan mendapat produk Samsung bernilai sehingga RM6,000. Pasukan yang memenangi hadiah ketiga akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM10,000 untuk sekolah mereka dan pelajar pula menerima produk bernilai sehingga RM5,400 setiap seorang. Pemenang akan dinilai berdasarkan kesesuaian isu, kreativiti, kebolehlaksanaan idea, penerapan STEM dan penyampaian penyelesaian inovatif. 

“Kami yakin bahawa pertandingan ‘Solve for Tomorrow’ adalah platform yang ideal untuk mendedahkan pelajar kepada dunia sains dan teknologi serta memanfaatkan sepenuhnya potensi mereka melalui penggunaan teknologi. Ini juga merupakan peluang untuk terlibat dan mendorong sifat ingin tahu pelajar dalam STEM di samping melakukan perbezaan dalam masyarakat,” kata Yoonsoo Kim. 

Untuk info lanjut mengenai ‘Solve for Tomorrow’, sila layari: www.samsung.com/my/solvefortomorrow/

### 

Mengenai Samsung Electronics 

Samsung memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa hadapan dengan teknologi dan idea transformatif. Syarikat ini mentakrifkan semula dunia TV, telefon pintar, peranti boleh dipakai, tablet, peralatan digital, sistem rangkaian, memori, sistem LSI, pemutus dan penyelesaian LED. Untuk berita terkini, sila layari Samsung Newsroom di http://news.samsung.com.

Shopee 10.10 Brands Festival celebrates brands with exclusive deals

Shopee 10.10 Brands Festival celebrates brands with exclusive deals - Shopee 10.10 Brands Festival is here and it features endless deals from your favourite brands!  Happening now till 10 October, the Shopee 10.10 Brands Festival is powered by Mydin, Phillips, realme, P&G, Watsons, LOréal, Colgate, Dr Cardin, Enfagrow, Nankid, Wyeth, Photobook, Perfect Diary, Akemi, Her Jewellery and Bag Station.





Shopee 10.10 Brands Festival celebrates brands with exclusive deals



But with so much to choose from, wouldn’t it be great if there was a list of things to look out for? Don’t worry, we got you covered with this Shopee 10.10 guide:-

Daily Free Shipping: Look out for the limited quantity free shipping vouchers that will see minimum spend lowered to RM10 (Normal: RM40) at 12AM and 12PM daily! On 10 October, it gets even better as these free shipping vouchers will be valid platform-wide at 12AM, 10AM, 12PM and 10PM.


More Brands, Better Discounts: The Million Dollar Brands Discounts in-app portal is jam-packed with even more brands such as Panasonic, Samsung, Philips, Goldheart, Fitness Concept, Levi’s, Nestlé and many more that are offering greater discounts.


Daily RM10 Deals: There are RM10 deals happening daily during Shocking Sale so make sure to check the App regularly to get items such as a wireless mouse, yoga ball, tripod stand and cute bags for just RM10! On 10 October, Shopee will be increasing the number of Shocking Sale to 12 times, giving users more opportunities to grab RM10 products.


RM1 & Below: As if the RM10 deals are not awesome enough, users can also search for items across Home & Living, Health & Beauty, Baby & Toys, Fashion, Electronics and Sports & Hobbies that are sold for only RM1. Yes, you heard it right - RM1! If you think that cannot get any better, well, it can! There are even 10 sen items which you can get shipped to you for free with NO MINIMUM SPEND!


Super Brands Spotlight: Every day, selected brands from Shopee Mall will be in the spotlight so shoppers get to enjoy exclusive vouchers and free gifts from them. On 10 October, there will be up to 50 brands featured on the platform for users to grab limited-time deals from 12AM-2AM. Shopee Mall houses products that are 100% authentic, along with a 15-day return policy and also nationwide free shipping.


Shopee Shoppers’ Choice Awards: What’s new in this 10.10 Brands Festival is the Shopee Shoppers’ Choice Awards. Users can vote for their favourite products starting from now to 8 October, and the most popular item (of course with the most votes) will be sold at its best price on 10 October. So, get ready to vote, vote, vote!


Shopee Voucher Hunt: Another addition to Shopee’s 10.10 Brands Festival is the Shopee Voucher Hunt. Keep your eyes wide open on 9 October starting midnight as four clues will been evealed on the Shopee Voucher Hunt page. First 1,000 users to solve the code will get to claim the RM50 no minimum spend cash voucher and can enjoy the results of their hard work on 10 October.


Shopee Games: The 10.10 Brands Festival would not be complete without Shopee’s signature games. Play Shopee Poly, Shopee Farm, Shopee Link, Shopee Candy, Shopee Claw, Lucky Prize and the crowd favourite Shopee Shake which will take place specially on 10 October. Hurry, set your reminders to win up to RM1 million in prizes including a Dyson V8 Vacuum Cleaner, vouchers and coins!
ShopeePay: For those using ShopeePay to checkout, they stand to enjoy extra free shipping vouchers. From 5 to 10 October, users will earn an entry to win up to 10,000 Shopee Coins when they top up a minimum of RM50 into their ShopeePay Wallet. Final pro tip: top up your ShopeePay wallet for effortless shopping on 10 October.


So, what else are you waiting for? Check out the Shopee 10.10 Brands Festival here - https://shopee.com.my/m/1010-festival

Part 4 : Projek Ubah Suai dan Repair Pasang Cermin Tingkap, Cermin Pintu Baru

Part 4 : Projek Ubah Suai dan Repair Pasang Cermin Tingkap, Cermin Pintu Baru - Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera semua ! Dah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) balik dah kami ni, tapi cerita ni bukan kisah aktiviti masa PKPB. Tapi ianya adalah aktiviti  Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Lama betul tertangguh cerita part renovation dan dekorasi rumah kami. Oleh keraan rumah kami ni, dah di duduki lebih 10 tahun. Banyak juga lah part yang nak kena di tukar ganti. Biasalah bab wear & tear ni kan.

Baca juga :-

Part 1 : deko dan ubah suai dapur

Part 2 : deko dan ubah suai daour (yard)

Part 3 : Kitchen cabinet siap !

Part 4 : Projek Ubahsuai dan Repair Pasang Cermin Tingkap, Cermin Pintu Baru



Part 4 : Projek Tukar dan repair untuk Pasang Cermin Tingkap, Cermin Pintu Baru. Ini bukanlah renovation yang besar sangat. Kebetulan dah ubah suai rumah sana sini, kami teruskan untuk menukar tingkap bilik tidur utama, bilik tidur kedua dan juga tambah pintu ala stor di bilik nombor 3.

Bilik tidur utama dan bilik tidur kedua ni tingkapnya tak berapa elok dah, nampak besi tu semua meleding. Biasalahkan, rumah dah lama. Tapi, tukang mummy ni beritahu yang developer pasang barang yang kurang sket kualitinya.


Alang-alang tingkap baru. Kami memilih terus tinted tingkap warna hitam. Gelap sedikit, kurang panas cahaya matahari masuk. Rumah kami bahagian depan ni, memang direct matahari pagi masuk.

Bilik nombor 2 ni bakal jadi bilik anak-anak bujang kami. Iaitu bilik Dzal dan Daim !



Besi tingkap baru, masih cantik. Tujuan gambar ini di ambil sebab nak send report to my husband hahaha. Biasalah dia tu, banyak sangat tanya ! Oleh kerana kerja beliau tak flexible macam bininya. Maka....bini nya je lah kena stay tengok kontraktor buat kerja !



Bilik tidur utama pun done !




Part last, bilik tidur nombor 3 ni. Ada space kecil  macam tersembunyi macam ni. So, daddy amek keputusan untuk tutup dengan pintu sliding. Nampaklah kemas sedikit dari terbuka tu,kan ! Cukuplah kot stor kecik gitu hehe

Bilik nombor 3 ini bakal menjadi bilik Dhia. Ntah bila pulak nak siap dekorasi ni ntah.

 

ADA APA DENGAN LAGU BARU DARI IQA NIZAM ANGAN MERINTIH

ADA APA DENGAN LAGU BARU DARI IQA NIZAM ANGAN MERINTIH ? Zaman sekarang ini, bukan kerja, main games je online. Kalau korang nak dengar lagu best-best pun boleh online je tau ! Lelagi lagu baru Iqa Nizam iaitu Angan Merintih telah di lancarkan pada 25 September 2020. Mummy dengar melalui Youtube je. Music online lain seperti Joox, Spootify, ni semua mummy tak ada install di hand phone mummy. Okaylah, mummy rasa ramai yang kenal dengan artis Iqa Nizam ni. Rata-rata zaman sekarang ini, ramai yang suka dengar music secara online tak kira di telefon bimbit mahupun di komputer. Yang belum kenal dengan Iqa Nizam, jangan risau. Mummy cerita serba sedikit tentang beliau ye. Kalau korang nak tahu beliau ni femes di Youtube, kerana mempunyai subscribers yang ramai melebihi 1 juta penonton tau !

ADA APA DENGAN LAGU BARU DARI IQA NIZAM ANGAN MERINTIH



Untuk lagu terbaharu Iqa Nizam yang bertajuk Angan Merintih ni. Mummy sukakan seni suara Iqa Nizam. Sangat lain dari yang lain. Walau beliau sekarang ni femes di online. Tapi, mummy yakin beliau boleh pergi jauh dalam industri seni lebih dari online !

Jom kita layan lirik lagu Iqa Nizam : Angan Merintih !




LIRIK LAGU ANGAN MERINTIH DARI ARTIS IQA NIZAM
LAGU / LIRIK: EL HADAM

Verse 1: Telah Tercipta, Saat Dirasakan Tiba Menjunjung Nikmat Bahgia Tanpa Duga Namun Terselit Sesuatu Yang Menyakitkan Tanpa Segan Silu Pre chorus: Mana Mungkin, Ku Kan Menjadi Sasaranmu Lagi Kerana Ku Tahu Kau Hanya Membuatku Ku Berangan Dalam Beradu-!!! Chorus 1: Disaksikan Bulan Indah Cantik Mengambang Temani Hatiku Sepinya Dibunuhmu Bicara Katamu Membuatku Akur Kisah Tersimpan Hanya Mimpiku Verse 2: Biar Sakit Dalam Diri Ku Sendiri Takku Biar Mereka Menangis Untukku Kerana Ku Yakin Disebalik Kisahku Tersimpan Harga Tiada Ternilai


Jangan lupa juga, dengarkan lagu beliau di :

Online Music Store: http://www.i-musicland.com Spotify: https://open.spotify.com/album/5OLPulAgzgNWWadgohYnQS Joox: https://www.joox.com/my-en/album/bnJ3QBXmSF4yMLtWGQEM8Q== Apple Music/iTunes: https://music.apple.com/my/album/angan-merintih-single/1533050889 Deezer: https://www.deezer.com/us/album/174906392 Akazoo: https://www.akazoo.com/album/27755405/thomas-arya---iqa-nizam--slow-rock KKBox: https://www.kkbox.com/my/ms/album/wGaayIRHqNiFo0F5HRnZ009H-index.html TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmVQcEQ/



Aktifkan nada pemanggil ini dengan cara berikutnya:

MUAT TURUN NADA DERING

Maxis CallerRingtones -- Dial *131*669926# tekan Call/Hantar DiGi CallerTunes -- Dial *233*1373151# tekan Hantar/Call Celcom CallMeTones -- Dial *323*738750# tekan Call/Hantar U Mobile ColourTones -- Taip CRM 10051619 dan hantar ke 28383


Album : Iqa Nizam - Angan Merintih ℗ & © 2020 INSICTECH MUSICLAND SDN BHD Publishing: MEDIA ASIA PRODUCTION SDN BHD


Beras Merah Primera Antioksida, Low GI dan Cepat Kenyang Kini Pilihan Mummy Untuk Diet !

Beras Merah Keluaran Primera Cepat Kenyang dan Low GI Kini Pilihan Mummy Untuk Diet ! - Ada yang tengah diet ke tu? Diet, diet, juga tapi kita sebagai orang Malaysia ini, memang tak boleh nak lari dari makan nasi,kan ! Makan nasi pun.. ada masa, kita akan lapar lagi. Erm,,,mummy lah tu orangnya. Baru-baru ni, mummy ke Majlis Pelancaran Beras Merah Antioksida, Low GI . Paling best, ianya adalah Keluaran Tempatan - Nomatech Sdn Bhd. Beras Merah Primera ini, di kenali sebagai UKMRC9 adalah rendah GI kerana mempunyai nilai GI 46 iaitu makanan rendah yang mencerna dan memberi tenaga dengan perlahan serta stabil. Jadi, ianya boleh bagi kita kenyang dengan lama, tau . 

Beras merah keluaran tempatan yang terbaharu di pasaran iaitu Beras PrimeraTM Antioksida Tinggi dan Low GI Beras PrimeraTM  bukanlah beras yang biasa, malah mummy anggapnya sebagai beras premium. Kenapa Beras merah ini premium? Kerana  Beras PrimeraTM menjalani proses penyelidikan varieti padi yang dilaksanakan oleh Prof Dr. Wickneswari Ratnam, pakar Genetik Tumbuhan dan Bioteknologi dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia 

Dari kiri Puan Sharifah Nur Rahimah Syed Alias, Pengarah dan Ketua Pembangunan Perniagaan Nomatech Sdn. Bhd, Prof Dr. Wickneswari Ratnam, pakar Genetik Tumbuhan dan Bioteknologi dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Chef Wan


Sesi ini, berlangsung di restoran Chef Wan iaitu De.Wan 1958 By Chef Wan, The LINC KL . Majlis ini juga, turut dihadiri oleh Chef Wan iaitu pemenang pelbagai anugerah dan duta masakan untuk Tourism Malaysia iaitu Datuk (DR) Redzuawan Ismail. Memang ngam sangatlah event ni dengan mummy. Kebetulan pula, memang mummy sedang berdiet dan menjaga kalori makanan. Memang mummy tak sabar nak tengok menu sihat serta cepat kenyang dari Chef Wan



Beras Merah Keluaran Primera Cepat Kenyang dan Low GI Kini Pilihan Mummy Untuk Diet !


Cakap tentang beras merah / perang ini, beras merah bukanlah beras yang asing bagi mummy. Beberapa tahun lepas, kami ada bercuti di Green Camp Bali Indonesia. Di sana, kami di hidangkan menu sihat yang di gandingkan dengan beras merah / beras perang. Pada tahun ini pula, mummy dapat makan lagi sekali menu beras merah dari Beras Merah keluaran PrimeraTM  yang di kongsikan kepada kami oleh Chef Wan.

3 menu tersebut adalah Nasi Berlauk, Bubur Aneka dan Nasi Ulam. Sambil menikmati menu yang di sajikan oleh Chef Wan bersama Beras PrimeraTM. Sambil tu juga, mummy sempatkan diri untuk posing dalam restoran chef. Rugi oiii kalau tak merakamkan kenangan di restoran ala intragramable ni.



Terima kasih chef, share tip masakan dan menu yang best untuk hari ini




Sekarang ini, mummy dah turun berat sebanyak 8kg selama sebulan. Jika mummy tukarkan nasi putih ke beras merah keluaran PrimeraTMini pastinya mummy boleh turun berat dengan banyak lagi. 

Cara Masak Beras Merah Keluaran PrimeraTM


Mudah je nak masak beras merah ni, hanya masak macam masak nasi biasa menggunakan secawan beras Primera™ bersama (2 1/2) dua setengah cawan air 


Untuk masak bubur pula, korang hanya perlu masakkan dengan menggunakan 2 cawan beras Primera™ bersama (5) lima cawan air 


Beras merah Primera™ ini, rasanya ada sedikit kenyal dan tesktur ala-ala beras pulut. Tapi, bila di bagainkan cara masak dengan menu premium seperti yang di kongsikan oleh Chef Wan. Rasanya sangat sedap ! Siapa kata menu makanan orang diet ni tak sedap? Yang penting bagi mummy tu, bab kenyang. Bila kita rasa perut full. Kita sendiri akan stop makan. Betul,tak?

DI MANA BOLEH DAPATKAN BERAS PRIMERA





Di mana boleh dapatkan beras merah ini? Untuk dapatkan beras merah , korang boleh cari di semua pasaraya besar seperti AEON, Tesco, Giant, Mydin

Atau boleh juga dapatkannya secara online seperti di Shopee. Harganya juga mampu milik 1 kg dalam harga RM10- RM20. Ada juga terdapat pek besar seperti 5kg dan 10kg.

Selanjutnya, boleh layari ke :-