SHOPPING ONLINE DI PGMALL MELALUI GRAB EXPRESS UNTUK SAME DAY DELIVERY !

SHOPPING ONLINE DI PGMALL MELALUI GRAB EXPRESS UNTUK "SAME DAY DELIVERY" ! - Siapa kata beli barang online ni lambat sampai? Masalah lambat ni, biasanya syarikat courier lah yang akan di persalahkan, kan? Betul, tak? Tapi, korang jangan patah semangat untuk shopping online ye ! Serius tau, shopping di PGMALL ni sangat lain ! Sebab dalam masa 2 jam sahaja korang boleh terima barangan korang ! SHOPPING ONLINE DI PGMALL MELALUI GRAB EXPRESS UNTUK SAME DAY DELIVERY !

SHOPPING ONLINE DI PGMALL MELALUI GRAB EXPRESS UNTUK SAME DAY DELIVERY !


SHOPPING ONLINE DI PGMALL DAPAT BARANG PADA HARI YANG SAMA MELALUI GRAB EXPRESS

SHOPPING ONLINE DI PGMALL MELALUI GRAB EXPRESS UNTUK SAME DAY DELIVERY ! Merupakan kolaborasi syarikat PG Mall dan Grab Express. Bagi mummy antara inisiatif paling best dan menarik. Dahlah PG Mall ini, barangannya lebih murah dari portal online lain, dapat cepat barang pulak tu. Allahu ! Memang , mummy suka sangat !

Perkhidmatan ekspress seperti ini, mummy yakin. Bukan sahaja mummy yang sukakannya. Pasti, ramai di luar sana ternanti-nantikan. Cuma, untuk fasa pertama kolaborasi ini, penghantaran GrabExpress akan tersedia kepada semua penjual dan pembeli di dalam kawasan Lembah Klang sahaja.

Pembeli boleh menempah barangan dan bungkusan mereka akan dihantar pada hari yang sama.

Bagi penjual dan pembeli yang berada di luar Lembah Klang, perkhidmatan penghantaran ekspress ini akan dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2022 nanti.

Berita yang lagi best adalah, bagi promosi pelancaran kolaborasi ini yang menawarkan diskaun penghantaran sebanyak RM 12 sahaja tau (RM12 OFF delivery).



Mengenai PG Mall


SHOPPING ONLINE DI PGMALL MELALUI GRAB EXPRESS UNTUK SAME DAY DELIVERY !


PG Mall adalah platform perdagangan (E-Commerce) No 1 Malaysia yang ditubuhkan sejak 2017 dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd PG Group. PG Mall bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global. PG Mall adalah satu-satunya "e-commerce tempatan” di Malaysia.


Merujuk kepada “Mapping Malaysia Leading e-commerce Players - 2020 Quarter 1 Report” di Iprice Insights PG Mall berada di tangga ke 3 platform e-dagang utama pilihan rakyat Malaysia. Manakala PG Mall adalah platform e-dagang No.1 keluaran Malaysia.

Untuk keterangan lanjut dan promosi, jangan lupa layari ke :





MYSEJAHTERA KENA CHECK OUT, RAMAI YANG LUPA

MY SEJAHTERA KENA CHECK OUT, RAMAI YANG LUPA  - Terbaca twitter Khairul Aming, "keluar kedai pukul 6pm. Balik rumah mandi, dinner, tengok movie, ready nak tidur, dah pukul 12 malam baru teringat nak check out mysejahtera lol". Rupanya, ramai yang lupa check out mysejahtera.

MYSEJAHTERA KENA CHECK OUT, RAMAI YANG LUPA

MYSEJAHTERA KENA CHECK OUT, RAMAI YANG LUPA 


Mummy pun baru je perasan, masa nak masuk Watson's. Gabra, sampai 2 kali check in. Dan macam main aplikasi mysejahtera. Check ini, check out, check in, check out hahaha. Mujurlah, tak ada orang beratur belakang mummy. Kalau tak, naya !

MYSEJAHTERA KENA CHECK OUT, RAMAI YANG LUPA

Semalam pulak, mummy dah berjangkit dengan Khairul Aming dah haha. Pergi 7E pukul 3 lebih, dekat pukul 4 petang macam tulah. Sudahnya, check out mysejahtera pukul 1 pagi huhuhu

Allahu, tapi sebenarnya tak ada masalah pun kan. Nak buat macam mana. kalau dah lupa !

Cumanya, cara macam ni. Berkesan ke? Perlu ke kena check out. Kalau majoriti rakyat Malaysia ramai yang lupa ?





JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !

JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI - Mummy agak cerewet jugalah bab mencari rak pokok untuk balkoni ni. Bukan apa, mummy tak mahu balkoni mummy nampak hutan belantara hehe. Mummy suka balkoni mummy lapang dan ada ruang sket. Oh ya, balkoni ni juga merupakan tempat sidai baju juga. Mummy suka sidai baju kat balkoni sebab bila sidai tu kan. Bau wangi dari basuhan tu , masuk sampai dalam rumah. Secar automatik, rumah berbau wangi je sepanjang hari hehe. Selain tu, angin bawa masuk wap air, sampai dalam rumah rasa macam ada ekon je. Sejuk ! Hehe padahal rumah kami tak ada econ pun !

JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !


Berbalik kes beli rak pokok untuk balkoni ni, mummy nak cari saiz ngam-ngam je untuk tepi dinding, rumah kami ni memang banyak dinding yang bersegi-segi huhu. So, di bahagian penjuru depan tu, panjangnya 1 kaki lebih. Mummy nak rak yang ngan panjang 1 kaki je . Puas godek sana sini, tak jumpa pun rak yang 1 kaki ni. 

JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !

Alhamdulillah, jumpa di Lush Flora Sg Kantan, paling best, kalau tak pakai pasu banyak-banyak. Tempat letak pasu tu boleh tutup satu per satu. Alaaa, gambar tak de pulak ni, korang bayangkanlah sendiri ek !

Bagi mummy rak pokok ni, sangat minimalis. Tak serabut. Pasu outdoor untuk balkoni pulak, memang malas nak tukar. Biarlah warna macam-macam sket hehe.

Harga rak pun,sangat ok . Untuk 8 pot ni, berharga RM120. 


JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !

Macam biasalah, pergi nurseri ni mesti terjebak beli pokok. Tapi, mummy ni jenis boleh kawal diri sketlah pi nursery. Memang awal-awal dah bercakap dengan diri sendiri.

Kalau nak beli pokok, boleh ! Tapi, beli yang mudah hidup, tak perlu penjagaan sangat. Paling penting ! Jangan beli yang mahal sangat, kalau pokok mati nanti sapa yang rugi ! Jengggg...

Dari situ, dah boleh berjimat. Siapa lagi boleh kawal diri kita, selain diri sendiri. Betul, tak?

Paling bijak, beli 2 pokok. Tapi kita jadikannya 10 pasu terus hehehe.


JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !

Pokok Snake Plant tu, mummy pilih yang ada banyak anak kecil-kecil. Jumpa yang dah beranak 3. Beli pasu dan jadiklah 4 pokok Snake Plant .

Money Plant pun sama, mummy pecahkan kepada 6 pasu. Memang plan, nak letak dalam candle holder tu. Letak gel, letak air, masukkan money plant yang dah di pecahkan kepada 6 tu ! Nampaklah lawa sket, rak kasut tu kan.

Pakistan yang kerja kat nurseri sampai geleng kepala dengan mummy hehe. Jimat sungguh, dia cakap.

JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !

JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !

Mummy ni, memang perangai kedekut sket, ye lah kita bukan nak nampak wow sangat pun. Meriahkan rumah sket-sket je dengan dedaun. Dan, mummy pun jenis busy. Tanam hat yang senang jaga je lah. 

Snake Plant tu mummy suka sebab ye lah, zaman sekarang zaman macam-macam virus. Mengikut kajian, Snake Plants ni dia akan sedut udara yang kurang baik serta boleh kurangkan habuk. 

Nak jaga snake plants pun mudah sangat. Seminggu atau dua minggu sekali je siram. Lepas tu, biarkan je lah. Cuma, mummy letakkan juga baja osmocote slow release tu. Sekali baja untuk 4 bulan. Mudah kerja mummy kau ! 





MAK DAN ABAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN AZ ASTRAZENECA DI PPV IDCC SHAH ALAM

Alhamdulillah MAK DAN ABAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN AZ ASTRAZENECA DI PPV IDCC SHAH ALAM. Mereka terima vaksin untuk corona virus ini pada 22 Jun 2021 untuk dos pertama, manakala terima vaksin Covid-19 pada 24 Ogos 2021 untuk dos kedua .

MAK DAN ABAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN AZ ASTRAZENECA DI PPV IDCC SHAH ALAM


Dos pertama dan dos kedua untuk vaksin AZ ini ambil amsa yang lama. Tidak seperti vaksin Sinovac dan Pfizer. Vaksin AZ untuk mak abah ini, adalah vaksin battle hehe. Dorang asyik tanya mummy je bila turn nak bervaksin. Mummy pun daftarkan je lah. Memula , nasihat juga mak abah untuk tunggu je giliran. Insyaallah kerajaan akan buat temujanji juga nanti tu. 

Erm, bila tengok mak abah tak sabar je , bagi je lah mereka vaksin AZ hehe.

Memang mereka dapat dahulu tarikh temujanji vaksin AZ. Tapi, mereka yang paling lambat nak settlekan dos lengkap


MAK DAN ABAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN AZ ASTRAZENECA DI PPV IDCC SHAH ALAM

Mak siap cakap,"aku inject dulu. Korang pulak lengkap dulu". Hehe. 

MAK DAN ABAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN AZ ASTRAZENECA DI PPV IDCC SHAH ALAM

Terima kasih adik ipar, hanatrkan mak abah untuk 1st dose ni


MAK DAN ABAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN AZ ASTRAZENECA DI PPV IDCC SHAH ALAM


MAK DAN ABAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN AZ ASTRAZENECA DI PPV IDCC SHAH ALAM.

Dos kedua ni, abang kami yang teman mak abah. Abang kami memang duduk serumah dengan mak abah, so tak ada masalah pun teman dan sorongkan kerusi roda mak.

MAK DAN ABAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN AZ ASTRAZENECA DI PPV IDCC SHAH ALAM

abah settle, alhamdulillah


MAK DAN ABAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN AZ ASTRAZENECA DI PPV IDCC SHAH ALAM

Majoriti yang dapat vasin AZ ni, simptom boleh tahan juga. Tapi, mak abah kami tak ada apa-apa pun efek dari vaksin AZ. Demam pun tak ada, alhamdulillah.

Lama tak jumpa mak abah kami, anak-anak kami pun dah rindu atok dan tok maknya. 


4 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Wajib dilawati oleh Setiap Pencinta Sejarah

4 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Wajib dilawati oleh Setiap Pencinta Sejarah Malaysia adalah destinasi yang sangat popular di kalangan pelancong dari seluruh dunia kerana mempunyai pelbagai pemandangan indah, serta pantai-pantai yang cukup cantik untuk dilihat. Keunikan Malaysia adalah kemampuannya untuk menggabungkan kemudahan-kemudahan yang moden dan mewah dengan warisan budaya berwarna-warni, untuk mewujudkan pengalaman pelancongan yang dapat menepati kepelbagaian citarasa semua pelancong. Tempat-tempat bersejarah di Malaysia juga merupakan daya tarikan utama dan sentiasa menarik perhatian ramai pelancong.


4 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Wajib dilawati oleh Setiap Pencinta Sejarah


4 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Wajib dilawati oleh Setiap Pencinta Sejarah



Antara tempat-tempat bersejarah di Malaysia yang terbaik untuk pelancong yang berminat dengan sejarah negara ini adalah:

1. Pulau Pinang - Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Ia juga merupakan sebuah bandar yang kaya dengan sejarah. Georgetown adalah antara kawasan pelancongan utama di Pulau Pinang. Bandar lama kolonial ini telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Kubu Cornwallis di Georgetown adalah satu contoh klasik seni bina British yang menerapkan beberapa elemen tradisional. Menara Jam Peringatan Queen Victoria juga merupakan salah sebuah peninggalan penjajahan kolonial British di kawasan ini. Rumah Agam Biru (The Blue Mansion) adalah satu lagi destinasi kegemaran pencinta sejarah. Bangunan di Pulau Pinang ini dibina oleh sebuah pedagang Cina pada kurun ke-19 dan sangat menyerlah kerana warna birunya yang terang. Beberapa pengaruh Siam juga boleh dilihat sekitar Pulau Pinang. Contoh terbaik adalah patung Buddha yang baring di Wat Chayamangkalaram yang dibina pada tahun 1845. Wat ini mempunyai banyak elemen klasik seni bina Siam dan telah dinaungi oleh penjajah British untuk menggalakkan perdagangan dengan Thailand.

Anda boleh sampai ke Pulau Pinang dengan sangat mudah. Kebanyakan kapal terbang yang masuk ke Malaysia mendarat di Kuala Lumpur. Dari situ, anda hanya perlu menaiki bas untuk perjalanan yang singkat ke Pulau Pinang. redBus mengendalikan perkhidmatan bas antara bandar-bandar di Malaysia. Pelancong-pelancong boleh menempah tiket bas online pada harga berpatutan dan sampai ke destinasi mereka dengan cukup mudah.

2. Melaka - Dari Pulau Pinang, penumpang-penumpang boleh membeli satu lagi tiket bas redBus ke Melaka. Bandar Melaka adalah bandar yang kaya dengan warisan budaya dan sejarah, jadi tidak hairanlah ia dapat menarik ramai pelancong yang bercuti di Malaysia. Melaka juga merupakan Tapak Warisan Dunia. Tokong Cina zaman purba, Cheng Hoon Teng dapat memberi para pelancong sedikit gambaran tentang kekayaan budaya bersejarah yang terdapat di rantau ini. Kawasan ini juga mempunyai beberapa bangunan yang diinspirasi oleh seni bina Jepun dari kurun ke-18. Muzium Kesultanan Melaka adalah sebuah lagi bangunan yang penuh sejarah di kawasan ini. Malaysia mempunyai gabungan pengaruh budaya dan sejarah Cina, Melayu, dan India yang unik.

Pengaruh-pengaruh kolonial terdahulu juga boleh dilihat di Melaka. Bandar Melaka juga mempunyai Dutch Square dan Gereja St. Paul. Kini, Melaka mempunyai pelbagai muzium untuk memberi penerangan kepada pelancong tentang kepelbagaian sejarah Melaka yang bercampur aduk.

3. Selangor - Untuk menghargai pengaruh budaya berbeza di Malaysia dengan sepenuhnya, anda mesti melawat kawasan Selangor. Selangor menempatkan tempat suci agama Hindu yang dikenali sebagai Batu Caves. Batu Caves mula dipotong daripada bukit batu kapur pada tahun 1891. Sebuah patung gergasi Dewa Murugan di depan Batu Caves di Selangor adalah antara struktur yang paling difotograf di Malaysia.

4. Kuala Lumpur - Selalunya, para pelancong menggambarkan Kuala Lumpur sebagai bandar moden yang dipenuhi dengan pusat-pusat membeli belah dan pencakar langit. Namun begitu, bandar ini sangat penting kepada keseluruhan sejarah Malaysia. Kuala Lumpur adalah ibu kota Malaysia dan menempatkan kompleks kerajaan. Kompleks ini termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad yang merupakan struktur besar yang asalnya dibina oleh pentadbiran kolonial pada kurun ke-19. Kuala Lumpur juga mempunyai muzium-muzium terbaik di negara ini yang mesti menjadi persinggahan untuk semua pencinta sejarah. Muzium Negara Malaysia, Muzium Diraja, dan Muzium Kereta Api Kuala Lumpur semua terletak di sini.

Tarikan pelancongan lain di Malaysia:

Tempat-tempat terbaik untuk dilawati tidak terhad kepada tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Pantai-pantai dan keindahan alam semulajadi negara ini adalah sebab utama untuk perkembangannya sebagai hub pelancongan di Asia.

  • Pulau Perhentian - Pantai-pantai di Pulau Perhentian terkenal kerana air laut biru yang jernih dan aktiviti-aktiviti seperti snorkeling, selam skuba, dan pelbagai sukan lasak.
  • Borneo Malaysia - adalah sebuah lagi pulau yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Di sini terdapatnya hutan hujan yang sinonim dengan Malaysia. Pantai-pantai dan cenuram berbatu di pulau ini menjadikannya tempat yang sesuai untuk membuat latihan terjun.
  • Pulau Tioman - Pulau Tioman mempunyai pantai-pantai yang tercantik di dunia. Pelancong-pelancong yang ingin meluangkan beberapa hari melayari di bawah matahari boleh membuat tempahan untuk menginap di pulau ini untuk menikmati pemandangan menakjubkan yang tentu menjadi pujaan ramai pada Instagram.
  • Langkawi- Langkawi juga merupakan destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Ia mempunyai pelbagai tarikan seperti Sky Bridge dan akuarium dalam bangunan untuk menghiburkan para pelancong.
  • Cameron Highlands- Malaysia juga dapat memuaskan pelancong yang lebih gemar percutian di kawasan berbukit. Cameron Highlands adalah satu-satunya tempat di negara ini dengan cuaca yang sejuk. Pelancong yang datang sini boleh memakai jaket ringan dan menikmati kehijauan alam sekitar yang seolah-olah sampai ke langit.
  • Taman Negara - adalah taman nasional pertama Malaysia. Hutan belukar Taman Negara adalah habitat kepada pelbagai flora dan fauna asli yang unik. Taman ini juga mempunyai laluan mendaki, perkhidmatan arung jeram, dan air terjun untuk dinikmati oleh para pelancong.

Malaysia adalah negara yang cantik, penuh dengan tarikan untuk memastikan pelancong sentiasa terhibur semasa percutian mereka. Pencinta sejarah terutamanya suka melawat Malaysia kerana sejarahnya yang unik dengan pengaruh daripada pelbagai budaya berlainan sejak kewujudannya. Satu lagi kelebihan bercuti di Malaysia adalah hakikat bahawa kebanyakan perkhidmatan penginapan di negara ini tidak begitu mahal. Selain itu, terdapat pelbagai pilihan makanan tempatan yang memudahkan waktu makan, lebih-lebih lagi apabila bercuti dengan bajet.

Perkhidmatan redBus di Malaysia juga merupakan tarikan utama buat para pelancong. redBus memberi mereka kebebasan untuk menempah tiket-tiket online dengan mudah dan sampai ke semua destinasi pelancongan pada harga yang berpatutan. Malaysia mempunyai industri pelancongan yang besar dan mempunyai banyak kemudahan untuk menjadikan negara ini lebih selamat dan lebih menarik untuk pelancong. Sudah sampai masanya untuk anda mengemas beg dan menambah Malaysia ke senarai destinasi pelancongan anda!

FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY

FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY - HAPPY BIRTHDAY TO ME ! Yes, 19 Ogos merupakan tarikh hari jadi mummy. Selain suprisekan diri sendiri dengan buat kek hari jadi sendiri. Pokok kesayangan mummy ni pun, berikan kejutan di pagi hari jadi mummy. Pokok Ros Jepun yang mummy beli sebulan lalu (keratan) di Shopee. Telah berbunga, ye ! Allahuakbar, terima kasih kids (Rose Jepun) hadiahkan bunga masa birthday mummy !


FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY

FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY. Syukur, berbunga juga pokok bunga Ros Jepun mummy. Saje je kan awak tunggu sebulan sebab nak ekluar masa birthday mummy.

Walau sekuntum je berbunga pada 19 Ogos 2021, ini dah cukup happy dah bagi mummy. Sebab selama ini, mummy dok fikir tangan mummy adalah tangan panas untuk membela pokok. Hanya pokok Money Plants dan Snake Plants sahaja yang boleh bertahan lama, walau ada juga yang mati dan kuning juga tu.

Rupanya, menanam pokok ni kena ada ilmu. Kena rajin membaca dan bertanya pada yang pakar.

FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY

Oleh kerana masa beli keratan Ros Jepun ni,  mummy tak sure keratan yang baru atau keratan yang dah memang matang. Makanya, gigih juga nak membungakannya.

Dalam group FB Rose Jepun, ramai yang kata , kalau keratan tu muda, memang lambat sketlah berbunga. Tunggu 2 bulan barulah meriah. 

Tapi, jika keratan bunga ros tu matang, sekejap je , ros jepun ni akan berbunga.

5 TIPS CARA JAGA POKOK ROS JEPUN

Cara jaga pokok ros jepun ni, mummy hanya ikut dan tiru je tips dalam group FB. Itu pun, setelah beli keratan Rose Jepun hehe. Main belasah je beli tanpa ilmu kan ! 

Cara jaga ros jepun adalah seperti berikut :-
1. Letakkan di tempat yang panas, pokok ros jepun sukakan panas pagi. Nasib baik rumah mummy facing matahari terbit. Tiru tok mak hehe. Tok mak dulu, kalau beli rumah, mesti nak matahari terbit. 

2. Siram 2x sehari, tapi tak boleh over water, batang Ros Jepun akan jadi lembik nanti. Mummy akan buat, spray2 gitu aje lah 2x sehari. Kalau musim hujan, tak perlu siram. Tengok tekstur tanah masa tu basah atau kering.

3. Bajakan dengan baja mix paksa subur. Beli di Shopee juga ni. Sebab ramai pakai baja ni (letakkan 5 biji setiap minggu) pokok akan berbunga. 

4. Semburkan dengan Strex, untuk elakkan bena. Pokok Ros Jepun ni bena sangatlah suka.

5. Potong bahagian yang dah habis berbunga. Macam kes mummy, masa beli tu, seller bagi keratan yang dah siap berbunga. Tapi, bila tanam, tak berbunga pun hahaha. So, kena buang pucuk bunga yang tak jadi tu.

Esok lusa ni, kalau travel tinggalkan rumah, tak tahulah apa cerita Ros Jepun ni hehehe. Tak tanya lagi dalam group tu. Part ni, pending dulu. Daha da jawapannya, nanti mummy sambung cerita, ek !

FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY



FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY



FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY
Yang dah keluar pucuk bunga ini, keesokkan harinya berbunga dah si pink. 


FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY
yang dah tak jadi tu, kita trim buang, bagi laluan pada bunga baru hehehe

FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY

Nampak tu, batang lembik, overwater. Tapi, Ros Jepun ni sangat senang hidup. Tak perlu risau kalau nak trim ke nak buang ke. Insyaallaha kan tumbuh baru nanti.

Bagi yang nak try berjinak-jinak first time tanam pokok bunga. Mummy recommended korang bela Ros Jepun ni hehehe. 

SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK BERJUNTAI INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID

SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK BERJUNTAI INDOOR PEPEROMIA SCANDENS / CUPID - Selamat Hari Merdeka Malaysia ke 64 ! Korang buat apa merdeka hari ni? Selangor masih di fasa duduk di daerah sendiri lagi. Huhu. Tapi, tak mengapa juga, sebab dan boleh pi nurseri pokok hehe. So, hari ini kami lepak nurseri kedai pokok macam biasa. Semalam, dah pergi Kedai Nurseri di SG Kantan Kajang ni beli pokok. Hari ni, datang balik. Tukar pasu , beli pokok untuk rak bahagian atas (nak pokok menjalar pulak) dan pokok untuk di bahagian sebelah rak kasut.


SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK BERJUNTAI INDOOR PEPEROMIA SCANDENS / CUPID


SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK GANTUNG INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID

Pokok gantung indoor plant ada banyak pilihan, tetapi mummy cari yang harga murah je. Ye lah, mummy ini suka-suka je tanam. Kalau beli mahal, tak menjadi bila bela. Boleh rasa stress pulak nanti. Mummy tak mahu tanam pokok sambil ada perasaan stress. Pilihan mummy untuk hanging indoor plant adalah pokok Peperomia Scandens. Juga dikenali sebagai Cupid Peperomia, kerana bentuk daun berbentuk hati atau LOVE.

Pada mulanya, ingatkan ini adalah pokok Money Plants atau keluarga Phontos. Rupanya bukan huhu.Pokok ini adalah keluarga Peperomia.


KELEBIHAN POKOK PEPEROMIA SCANDENS / CUPID PEPEROMIA

Kenapa mummy memilih untuk membeli pokok berjuntai Peperomia Scandens / Cupid PeperomiaKerana pokok ini ada banyak kelebihan, antara kelebihan pokok Peperomia Scandens / Cupid Peperomia adalah

1. P
okok Peperomia Scandens / Cupid Peperomia boleh hidup dalam keadaan cahaya yang kurang. Jadi, ianya sesuai untuk pokok dalam rumah (indoor plants)

2.  Nak jaga 
pokok Peperomia Scandens / Cupid Peperomiadan ni sangat mudah. Tak perlu selalu siram air. Batang akar pokok ini akan cepat lembik jika kerap siram. Hat ni, memang sesuai lah untuk mummy, sebab kami pun selalu juga ke sana sini.

3. Cahay lampu yang tidak terang pun tak ada masalah untuk jeni pokok pokok Peperomia Scandens / Cupid Peperomia

4.  Pokok ini suka suhu sederhana. Tidak suka pada suhu yang  sejuk seperti winter. 

5. Petua lain, lap daun dengan kain lembap secara kerap untuk membersihkan habuk, agar tanaman dapat melakukan fotosintesis dengan baik

6. Paling best, pokok ini tidak beracun sesuai untuk rumah yang ada  haiwan kesayangan.



SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK GANTUNG INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID

Penjaga nurseri kata, pokok pokok Peperomia Scandens / Cupid Peperomia ni jenis senang biak dan senang hidup. Kasi ON je lah terus . Harga pun ok. RM13 sahaja untuk 1 pasu.

Masa di nurseri, mummy memilih  
pokok Peperomia Scandens / Cupid Peperomiayang banyak juntai dan juga rimbun. 

Kemudian, mummy  minta pihak nurseri pecahkan kepada 3 pasu pokok. Hehe. Staff nurseri kata pandai mummy berjimat ! Haha. Haruslah !

Mummy tambah pasu putih yang berharga RM0.80 / pcs. Pasu putih rumah kami melambangkan pokok indoor hehe. Senang sket daddy dan anak-anak kenal

SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK GANTUNG INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID

Cantik ! Senang jaga, dah siap berjuntai. Semua ini.. kena dengan kehendak mummy . Yeaaaaay



SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK GANTUNG INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID
pasu letak air pancut ni dulu, lama tak pakai, kita recycle letak pasu

Pokok welcome plants, mummy memilih snake plants je, sebab bahagian luar ini macam outdoor dan macam indoor juga. Pilihan pokok easy care menjadi pilihan mummy.

Snake plants pun bagus untuk membersihkan udara dan kurangkan habuk,kan. Sangat sesuai dengan citarasa mummy !

SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK GANTUNG INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID

HARGA POKOK SNAKE PLANT (SANSEVIERIA LAURENTTI) DAN PEPEROMIA SCANDENS


Harga pokok snake plants tinggi ini dan pokok Peperomia Scanden ini memasing berharga RM24 dan RM13. Pokok snake plants ini, mummy tak pecahkan kepada beberapa pasu. Cuma tukarkan ke pasu yang sedikit besar, baru senang dia nak beranak pinak nanti. 

Kebetulan, mummy nak kasi dia ngam dengan pasu tinggi tu.

Fuh ! Jenuh ! Dah macam kena mandrem ni, bila kerajaan bagi nurseri beroperasi. hehehe....

Details nurseri yang mummy gi ni, ada di bawah


Alamat : Lush Flora, Lot 1898, Jalan Sg Kantan 43000 Kajang Selangor

018-917 8663




FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE - Sesebelum ini, mummy lebih suka beli dan jaga pokok indoor sahaja. Macam mana boleh terjebak beli pokok Ros Jepun yang memerlukan cahaya matahari panas ni? Okay, oleh kerana balkoni rumah kami ni mengadap cahaya matahari pagi sehingga 2 petang. Mummy tetiba rasa gatal pulak nak mencuba bela pokok Ros Jepun. Kebetulan masa nak beli barangan dapur di Shopee ternampak ada seller jual keratan Rose jepun dengan harga RM2-RM3 dalam 10 keratan tak silap. Jatuh harga untuk satu keratan dalam RM0.20 je. Dalam hati, "boleh try ni, kalau tak jadi tak adalah rasa membazir ke apa kan". Alang-alang tu, belilah terus dengan semburan stres (bunuh serangga dan bena pokok), baja paksa subur, baja paksa bunga dan garam epsom (untuk rawat pokok jika pokok tak sihat).


Gambar pokok, ngam baru sampai terus cucuk ke tanah risau amek lama dalam parcel, takut pokok layu dan mati nanti



FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE
Cucuk-cucuk aje dulu. Esok baru trim pendek 2 inci

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE


Mummy percaya pada istilah tangan panas, ye tangan mummy panas. Pokok money plant pun ada yang mati, pokok lidah jin pun pernah mati (terlebih air). FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE. Tapi, rasanya tak ralat kot beli Rose jepun ni sebab harga pun murah je !

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE
parcel sampai. balut begini, alhamdulillah semua sampai dalam keadaan yang baik


FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE
banyak, dalam rm24 dengan postage. murah !

Pokok Ros Jepun ni, ramai yang kata pokok senang hidup dan senang mati juga. Teringin sebanarnya nak tanam pokok bunga. Tapi nak yang senang hidup je hahahaha.

Kenapa tak nak bela pokok sayur boleh makan? Pertama sekali, rumah ni tak makan sayur secara banyak pun. 

Keduanya, rasa kos sangat tinggi, baik beli bila nak makan. 

Ketiga, serangga cepat datang sebab nak tumpang makan. Kalau asyik dok spray anti serangga ke apa, aih risau pulak nak makan...kan bila kita sendiri tahu spray yang kita dok spray dengan spray anti serangga tu 

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE

Lepas 2 hari, mummy cantas semua kasi panjang dalam 2 inci dan penuhkan pot rapat-rapat dengan keratan Ros Jepun.

Tapi, gambar di atas dan bawah ni, gambar selepas seminggu. Alhamdulillah lepas seminggu, bertunas dah daun. Suka tengok, tunas gini pun, dah buatkan mummy happy.

Berbanding pokok lain seperti anthurium, money plant, lidah jin yang mummy pernah bela sebelum ini, tak cepat juga tunas daun baru seperti pokok Ros Jepun.

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE


FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE


FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE





Betullah, kata orang, pokok Ros Jepun ni, mudah biak. Walau cepat mati (tak boleh air lebih), tapi, cepat recover. Memang mummy suka.

Part berbunga je ah, tak cepat sangat sebab Ros Jepun ni akan berbunga ikut kematangan keratan batangnya. So, dalam seminggu tak bolehlah nak expect dia berbunga terus. Tapi berdaun pun dah ok bagi mummy. Seronok tengok !
FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE

Link Shopee Pokok Ros Jepun ini, mummy beli di sini https://shopee.com.my/nishaa17



MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT CAKE WITH MUNCHY'S CRACKERS PLUS HIGH PROTIEN CHIA SEEDS

HAPPY BIRTHDAY TO ME  ! Ya betul  MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT Cake WITH Munchy’s Crackers Plus High Protien Chia Seeds ini sempena birthday mummy pada 19 Ogos baru-baru ini . Majlis sederhana ini, di raikan secara ringkas bersama kek ‘homemade’  MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT Cake WITH Munchy’s Crackers Plus High Protien Chia Seeds

MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT CAKE WITH  MUNCHY'S CRACKERS PLUS HIGH PROTIEN CHIA SEEDS


MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT CAKE WITH  MUNCHY'S CRACKERS PLUS HIGH PROTIEN CHIA SEEDS

Mudah je buat  MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT Cake WITH Munchy’s Crackers Plus High Protien Chia Seeds ni. Tak pandai baking pun, tak jadi masalah ! Sebab  MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT Cake WITH Munchy’s Crackers Plus High Protien Chia Seeds merupakan resipi cheesekut paling mudah tanpa perlu bakar, tanpa oven, air fyer, microvave mahupun tanpa kukus



MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT CAKE WITH  MUNCHY'S CRACKERS PLUS HIGH PROTIEN CHIA SEEDS


MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT CAKE WITH  MUNCHY'S CRACKERS PLUS HIGH PROTIEN CHIA SEEDS


MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT CAKE WITH  MUNCHY'S CRACKERS PLUS HIGH PROTIEN CHIA SEEDS


MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT CAKE WITH  MUNCHY'S CRACKERS PLUS HIGH PROTIEN CHIA SEEDS


Kenapa mummy menggunakan Munchy’s Crackers Plus High Protien Chia Seeds ? Sebab Munchy's Crackers Plus High Protien Chia Seeds ianya lebih berkhasiat kerana biskut Munchy’s Crackers mengandungi 10 nutrisi Vitamin A, B1, B6, B9, C, Kalsium, Iron, Zink, Copper, Selenium, tiada lemak trans, tiada kolestrol, kaya dengan multi vitamin dan mineral

RESEPI  MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT CAKE WITH  MUNCHY'S CRACKERS PLUS HIGH PROTIEN CHIA SEEDS


MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT CAKE WITH  MUNCHY'S CRACKERS PLUS HIGH PROTIEN CHIA SEEDS

Resipi MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT CAKE WITH  MUNCHY'S CRACKERS PLUS HIGH PROTIEN CHIA SEEDS mudah dan senang. Guna 5 bahan sahaja
1. Biskut Munchy’s Crackers Plus High Protien Chia Seeds
2. 250g cream cheese
3. Susu Pekat
4. sedikit butter
5. Coklat masakan, hiasan chocolate rice (optional)


MUNCHY’S CHOCOLATE CHEESEKUT CAKE WITH  MUNCHY'S CRACKERS PLUS HIGH PROTIEN CHIA SEEDS


CARA PENYEDIAAN :-

1. Pukul butter dan cream cheese sehingga sebati. Masukkan sedikit gula, coklat (optional , cair secara double boil)

2. Lapiskan dengan Munchy’s creakers dengan krim yang di putar tadi secara berselang seli

3. Lapiskan dengan cairan coklat dan taburkan chocolate rice (jika suka)

4. Sejukkan satu malam. Siap . Senang kan ! 

Untuk video penuh, boleh tonton di video bawah ini ye



SALAD WITH MUNCHY’S CRACKERS

Dah dinner ke? Dinner apa tu? Mummy dinner SALAD WITH MUNCHY’S CRACKERS. Ada masa, mummy boring juga dinner dengan makanan yang berat-berat seperti makan nasi. Salad with Munchy's Crackers ini , penyediaannya sangat mudah, jimat masa. Almaklumlahkan, PKP / MCO ini, kita sebagai parents sangatlah busy. Dengan kerja Work From Home (WFH) dan persekolahan anak secara PDPR.

SALAD WITH MUNCHY’S CRACKERS 

Jika korang juga ada kekangan masa di kala PKP / MCO ini. Jomlah, cuba Salad with Munchy’s Crackers. Plus High Protien High Calcium. Sedap dan ranggup tau.

SALAD WITH MUNCHY’S CRACKERS

Dengan Munchy’s Crackers ni tak perlu risau tentang zat dan vitamin kerana ianya lengkap danlebih berkhasiat kerana biskut Munchy’s Crackers mengandungi 10 nutrisi Vitamin A, B1, B6, B9, C, Kalsium, Iron, Zink, Copper, Selenium, tiada lemak trans,  tiada kolestrol, kaya dengan multivitamin dan mineral

RESEPI SALAD WITH MUNCHY’S CRACKERS


SALAD WITH MUNCHY’S CRACKERS



Resipi Salad with Cream Crackers Munchy's mudah sahaja, hanya perlukan bahan-bahan seperti :-
1. Salad
2. Jagung Rebus
3. sedikit Thousand Island
4. Munchy’s Cream Crackers Plus High Protien High Calcium




Rebus jagung sehingga masak, kemudian campurkan dengan salad,thousand island dan juga Munchy's Crackers ! Siap

Mudah, je kan.