Friday, 13 March 2015

Kok Lim Strawberry Farm Cameron Highlands


Berpagi-pagian check out dari Planters Hotel terus zaaaaaaaas ke tempat pertama, Strawberry Farm. Memula kami pergi di area rumah persekutuan tu. Masuk memang FREE, tapi tak banyak buah strawberry. Terus mencari strawberry farm yang lain. On the way, ada nampak tepi jalan strawberry, Kok Lim Strawberry Farm Cameron Highlands di Brinchang. Malas nk mencari tempat lain. Terus berhenti di situ terus.


Dhia tu, tidur dari kereta. Penat sangat lah tu. Tak pe, kita kasik rerasa makan di Kok Lim Strawberry Farm Cameron Highlands.


Dzal Aidi pun kita kasik rasa strawberry fresh dari Kok Lim Strawberry Farm Cameron Highlands. Manis manis masam. Tapi, manis lagi banyak dari masam. Sedap!!


Tengok macam best je Kok Lim Strawberry Farm Cameron Highland. Lagi best, kalau Dhia bangun dari tidur. So, kita kasik kejut jer. Teruja terus Dhia tengok strawberry kat Kok Lim Strawberry Farm Cameron Highlands


Dhia bukan peminat strawberry. Pernah belikan dulu. Tak makan.


Kali ni, makan pulak strawberry dari Kok Lim Strawberry Farm Cameron Highlands. Sebab fresh dan manis kot.


Siap lepak dengan daddy kat tangga. Nak makan strawberry di Kok Lim Strawberry Farm Cameron Highlands sampai puas dulu.


Ok kita amek 500gm strawberry yang berharga RM30 untuk di bawa pulang.
Kene bayar siap-siap sebelum masuk Kok Lim Strawberry Farm Cameron Highlands. 



Sedap buah-buah ni. Kitorang pilih yang besau2 je untuk bawa balik. Erm..tak sampai 2 hari abes dah. Dhia dok ulang laik buka peti ais. Makan strawberry besau2.


Then, dapat pulak voucher RM2 utk strawwberry ice blended. Entitled untuk 1 cup je. Bodek puye bodek. Dapat beli 4 cawan dengan harga RM2 setiap satu. Kalau rege biasa RM8 secawan. 

Beli 4 cawan nak buat minum2 sambil jalan2 tempat lain. Tak yah lgi beli air lain dah. Mummy ni ha...mmg cepat dahaga. Biasalah breastfeeding mom kan!! 

Lokasi Kok Lim Strawberry Farm Cameron Highlands, bersebelahan dengan time tunnel (tepi jlan besar)
Brinchang, Cameron Highlands 

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Followers